Liang Lahad....

Liang Lahad....


PANAS!! WARGA EMAS DIHALAU SEMINGGU SEBELUM RAYA DI ZAMAN KHIR TOYO.

Posted: 25 Apr 2012 11:51 PM PDT

Kita selama ini digambarkan oleh media perdana bahawa hanya UMNOlah yang mampu  membantu melayu...
yer...
aku tahu memang UMNO bantu melayu...
melayu-melayu yang namanya seperti..
  • Sharizat, 
  • Tajuddin Ramli,
  • Nazir Razak,
  • Razak Baginda,
  • Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary... 
  • Zahida Rafik... 
Eh... Zahida rafik..? 
Zahida Rafik pun ada..? 
kah..kah..kah..

Itu adalah antara nama-nama yang mendapat tempat dalam
senarai yang dibantu oleh UMNO...
(ataupun yang dapat bantuan dari menteri UMNO sebanyak RM1.5 juta...)
yang bantuannya bukanlah kecil nilainya...
tetapi berjuta-juta dan beratus-ratus juta...

Tetapi bagaimana dengan nasib melayu miskin tua dimata UMNO dan BN..?

Kisah suka duka mereka dizalimi di dalam satu sistem yang zalim yang diamalkan oleh UMNO/BN Selangor dahulu tidak siapa yang tahu kalau tiada orang yang mendedahkan..

Kerana orang-orang teraniaya seperti ini kebiasaannya mereka hanya mendiamkan diri...
mereka terpaksa mendiamkan diri kerana mereka sedar mereka hanyalah ibarat mentimun..
ke kiri atau ke kanan mereka tetap juga menjadi mangsa...

Maka kini...
marilah kita dekati kisah dua orang warga tua yang sempat dirakamkan selepas di jengah berulang kali oleh Setiausaha Jingga 13,DK Vicky di sebuah rumah di Kampung Tepi Sungai,Kampung Jawa ini..

Setiausaha Jingga 13,DK Vicky  menyerahkan sedikit sumbangan peribadi kepada pak cik Chin bin Saad.

Nama Pakcik ini adalah, Chin Bin Saad..
berumur 67 tahun...

Beliau bersama dengan 4 keluarga lagi sebelum ini menetap selama 20 tahun di sebuah penempatan di tepi sungai yang kononnya akan dibangunkan sebagai tempat perlancongan...


Menurut sahabat pak cik Chin ini yang mengenalkan diri beliau sebagai Isa bin Sheikh mubaram (gambar),
Adun Seri Andalas pada ketika itu, Puan Kamala Ganaphaty (BN/MIC) mengarahkan mereka berpindah dari kawasan yang kononnya mahu dibangunkan itu dengan segera walaupun pada ketika itu lagi seminggu umat Islam mahu merayakan hari raya Aidilfitri..
 
Mengimbas kembali detik yang menyedihkan itu,Pak cik Isa menceritakan "kami di sini lagi seminggu nak hari raya, disuruh pindah,saya cakap dengan dia (kamala) tunggulah lepas hari raya sebab kita dah dekat benar nak hari raya..

(Kamala membalas) oohh,tak boleh!!mesti mau pindah...wakil Rakyat (Kamala) tu cakap,awak mesti pindah pasal Khir Toyo sudah bising,kita nak kosongkan kawasan ini..."

Padahalnya..
sehingga kini kawasan yang kononnya dikatakan mahu dibangunkan itu hanya tinggal semak samun...
tak jadi apa pun...

Begitulah hebatnya kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN & Khir Toyo terhadap golongan susah dan daif seperti ini..

Ada kita nak ambil tahu...?
jika tahu pun,masih ada juga yang masih lagi nak terus mengundi BN..

Seolah-olah segala kezaliman BN,kerakusan mereka mengkayakan kroni-kroni mereka dan meminggirkan golongan melayu miskin tidak menjadi hal kepada kita...

Tengoklah sendiri video ini yang sempat dirakamkan bagi memberi pengajaran kepada kita semua...
bahawa menolak UMNO/BN ini adalah satu kemestian...



Kini warga emas ini menetap di tanah rezab kerajaan Negeri Selangor atas bantuan yb xavier jayakumar,Adun Seri Andalas dari PKR yang berjaya menewaskan bekas Adun Seri Andalas dari MIC,Puan Kamala Ganaphaty...

Bagi aku...
menolak BN adalah Wajib!!

No comments:

Post a Comment