"tukanglawan"

"tukanglawan"


SEBARAN SEGERA, MAHASISWA PERLU BANTUAN DI DATARAN

Posted: 17 Apr 2012 10:49 AM PDT

Dikhabarkan jam 3 pagi ini, anggota polis dan DBKL akan merobohkan khemah dan mengusir mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka bagi mendedsak pembelajaran percuma.

Dari maklumat di fb dan tweeter, telah ada lebih kurang 200 anak muda turun untuk mempertahankan mahasiswa ini, walaubagimana pun sumber itu sukar disahkan buat masa ini.

Tindakan mahasiswa itu dilihat sangat merbahaya kepada kerajaan, kerana ia mampu membuat masyarakat mula berfikir tentang tuntutan pembelajaran percuma, "jika negara lebih miskin dari malaysia boleh beri pendidikan percuma, mengapa malaysia tidak"


Jadi apa cara sekalipun, bagi rejim pemerintah mahasiswa itu perlu dihalau dari terus mmembuka minda rakyat terbanyak. dan malam hari adalah mungkin masa paling sesuai kerja jahat mengusir mereka boleh dilakukan kerana terlindung dari pandangan umum dan media.

Sebelum ini sudah 2 kali DBKL datang merobohkan khemah mereka, namun tindakan itu tidak berhasil kerana orang ramai datang memberikan sumbangan seperti khemah, makanan dan wang ringgit, sebagai tanda sokongan perjuangan mereka.

Universiti Dataran Merdeka juga telah diadakan disana, antara pensyarahnya ialah Pak samad (sasterawan Negara) yang semalam telah hadir memberi kuliah puisi., ini adalah amat merbahaya bagi pemerintah, kerana pak samad juga dianggap musuh pada rejim umno.


Jadi anak muda, jika anda mahu pendidikan percuma, atau anda perihatin tentang masa depan generasi akan datang.. pergi sekarang ke dataran dan selamatkan rakan pejuang kita, jika berjaya anda tidak lagi perlu pening kepala mahu biaya anak anda sambung sekolah... melainkan anda sudah terlalu kaya.. atau anda tidak mahu kisah ( sebab anda bodoh dan tak peduli apa pun)

Mahasiswa lain, mana anda, sampai hati biarkan rakan anda diperlaku begini..... turun sertai mereka di dataran merdeka... 10 tumbang 100 datang... mereka berani, kenapa anda pengecut?. jika 10, 000 mahasiswa turun, apa yang kerajaan mahu lakukan?., mahu pecat semua pelajar?


Sebarkan hasutan ini, saya tidak takut.. mengapa anda perlu khuatir........

INI NEGARA BUKAN NAJIB YANG PUNYA..... 


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

LIVE streaming BERSIH dari Padang kelab sultan sulaiman

Posted: 17 Apr 2012 07:56 AM PDT

Live streaming sempena 10 hari menjelang BERSIH 3.0 dari padang kelab Sultan, Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur, yang menampilkan lebih 30 orang aktivis dan pemimpin masyarakat.

jom klik disini

LIVE STREAMING


SILA SEBARKAN ARTIKEL INI



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Pejabat PM besar, tapi tak selamat

Posted: 17 Apr 2012 06:42 AM PDT

Walaupun ajal maut adalah ketentuan Ilahi tetapi beberapa insiden yang berlaku pada hari kejadian Mohd Nordin Ahmad Bakri meninggal dunia di depan pejabat Perdana Menteri amat mengecewakan rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani ada beberapa faktor turut bertanggungjawab menyumbang berlakunya kes kematian itu.

Antaranya kelewatan ketibaan pihak doktor dan ambulan ke tempat kejadian melebihi 20 minit walaupun Hospital Putrajaya terletak lebih kurang 4.3 kilometer dari tempat kejadian yang mana dijangka boleh sampai dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan ambulan.

Mohd Nordin meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 12 April lepas dipercayai akibat serangan jantung ketika berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Beliau dipercayai meninggal akibat dari lambat diberikan bantuan kecemasan.

Taufek juga turut mempersoalkan, apakah tidak ada pasukan paramedik yang bertugas sepenuh masa di pejabat Perdana Menteri bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kecemasan?

"Tidak mustahil, ia boleh melibatkan kejadian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di Pejabat Perdana Menteri termasuk YAB Perdana Menteri?," kata Taufek dalam sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Malah beliau juga mempertikaikan pegawai-pegawai kerajaan tidak diberi latihan kecemasan seperti memberi bantuan penafasan kecemasan khususnya pihak anggota polis bagi menghadapi kes-kes kecemasan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Nordin.

Tegasnya, pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sewajarnya menjadi pejabat yang mempunyai kemudahan mesra rakyat di mana rakyat yang hadir untuk berjumpa beliau diberi keutamaan dan kemudahan yang sesuai.

"Apa yang boleh disimpulkan daripada kejadian ini Putrajaya yang dicanang sebagai pusat Petadbiran Negara yang canggih dan moden sebenarnya masih jauh ketinggalan dan perlu dilakukan transformasi segera," katanya.

Justeru itu katanya yang juga mewakili Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah, Perdana menteri sewajarnya memberi bantuan kepada keluarga mangsa iaitu isteri dan lima orang anak di mana 3 daripadanya masih bersekolah.

Beliau menuntut satu siasatan terperinci dijalankan oleh polis berdasarkan laporan polis yang telah dibuat di Putrajaya pada hari ini bagi memastikan kejadian sama dapat dielakkan dari berulang pada masa depan.

Alah, apa nak hairan, kalau saiful bukhari boleh la dapat layanan istimewa, tak pun pencacai umno  boleh la dapat first class service.. rakyat ni mana nak pandang, nak pulak yang jenis hantar memorandum kepada kerajaan ni, ibarat sampah je bagi diorang, kecemasan?, mana ada dalam SOP diorang kalau kes macam nei, tak kisah pon... boleh isap rokok bawah pokok lagi ..

Ini lah nilai rakyat bagi umno lembu, jom tukar kerajaan. Rakyat BOSS pemimpin, jangan lupa tu, kita pecat je najib., buat pencacai umno, sebab orang-orang ni la umno jadi baik hati dan pemurah sangat sekarang, duit ditabur - tabur dengan harapan rakyat diperbodoh lagi. nak harap umno lembu baik dengan sendiri.... takkan ade la.. baik penuh dengan makna., poket penuh dengan duit... duit rakyat pulak tu.







Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Peristiwa Gempar Di Padang Kelab Sultan Sulaiman

Posted: 17 Apr 2012 12:38 AM PDT

31 individu daripada pelbagai latar belakang dijangka bakal mengegarkan Kelab Sultan Sulaiman, pada program '10 hari menjelang Bersih 3.0', malam ini.

Program yang dijadualkan bermula jam 8 malam itu membariskan bukan sahaja ahli politik, tetapi juga para budayawan, artis terkenal, aktivis mahasiswa dan masyarkat.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata program pada malam ini juga turut menampilkan nama-nama yang agak asing dari Pakatan Rakyat, seperti bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir; dan anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Tamrin Tun Ghafar.

"Selain mereka, para budayawan, anak muda, dan mahasiswa yang hadir malam ini akan berdiri menyatakan pendirian mereka tentang Bersih 3.0, selain penampilan khas artis terkenal, Aisyah," tegas Chegu Bard ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Program anjuran SAMM dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga pertama kali dianjurkan oleh 39 NGO anak-anak muda dan mahasiswa.

Menjangkakan kehadiran rakyat tidak kurang 10 000 malam ini, Chegu Bard memaklumkan, malam ini juga tetamu yang hadir akan diperdengarkan lagu khas sempena Bersih 3.0 yang berjudul 'Mentari Kuning, menyalalah' nyanyian Amin Iskandar atau Black.

Selain ucapan, pelbagai program seperti nyanyian, dan deklamasi sajak turut dipersembahkan.

Pada malam ini juga, baju t Bersih 3.0 akan dijual dengan harga kos RM11 kepada tetamu yang hadir, bagaimanapun pihak penganjur hanya mencetak sebanyak 1000 helai sahaja.

"Kita mendapat maklumat ramai di kalangan rakyat yang berminat dengan baju ini, bgaimanapun merungut ia agak mahal. Jadi, pada malam ini hanya 1000 pembeli yang akan mendapat baju ini dengan harga RM11," kata beliau.

Program ini juga dijangka akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah; Datuk A. Samad Said; wakil mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim; dan Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang.

Program ini sebagai satu program 'countdown' menjelang perhimpunan man Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, 28 April ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Mahasiswa berkampung di dataran dapat bantuan

Posted: 16 Apr 2012 04:44 PM PDT

Pelajar yang menduduki kawasan Dataran Merdeka untuk menuntut pengajian tinggi percuma menerima sumbangan khemah baru oleh orang awam dan penyokong untuk menggantikan khemah yang didakwa dirosakkan oleh pegawai Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, kumpulan pelajar berkenaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam perkhemahan yang masuk hari ketiga semalam.

Selain daripada sumbangan khemah dari orang awam dan penyokong mereka, kumpulan mahasiswa itu juga menerima sumbangan makanan, minuman, dan wang tunai beberapa kali sehari, sumbangan yang diterima terutama makanan  begitu banyak sehingga terpaksa didermakan kepada golongan tidak berumah, kata Haziq Abdul Aziz, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Selain itu "tukanglawan" juga mendapat perkhabaran bahawa beberapa kumpulan mahasiswa akan mula menyertai mereka menjelang himpunan BERSIH nanti, mengikut sumber yang terpaksa dirahsiakan, kumpulan mahasiswa akan bergilirx2 berkampung disana sehingga detik tersebut.

Sumber itu juga mempelawa mahasiswa dan mereka yang menyokong supaya sama-sama berkampung di dataran merdeka bagi menuntut pendidikan percuma .



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Rayuan Imam Hoslan Gagal

Posted: 16 Apr 2012 04:06 PM PDT

Mahkamah Persekutuan  telah menolak permohonan imam Hoslan Hussain untuk meringkankan hukuman penjara yang dijalaninya atas kesalahan menghina mahkamah .

Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum memutuskan bahawa pemohon itu gagal melepasi tahap untuk mahkamah memutuskan bahawa kes tersebut luar biasa.

Dalam penghakiman ringkasnya, Malanjum berkata panel berkenaan tiada pilihan selain menolak permohonan tersebut.

Empat hakim lain dalam panel itu ialah para hakim Mahkamah Persekutuan: Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali dan Datuk Sulong Matjeraie.

Imam berusia 46 tahun itu diwakili peguam Karpal Singh.

Tak apalah, ada hikmah disebalik kejadian, "tukanglawan" dengar Imam telah banyak membantu banduan lain dalam penjara, mereka belajar mengaji dan solat pun diimamkan oleh imam Hoslan, manusia baik, di mana jua akan tabur jasa, walaupun dalam penjara.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment