Liang Lahad.... |
BERSIH 3.0 - KERAJAAN BN YANG HIPOKRIT! Posted: 27 Apr 2012 02:08 AM PDT Esok, pada tarikh 28 April 2012.. Jam 2pm bertempat di Dataran Merdeka... bakal berlangsungnya perhimpunan rakyat melalui perhimpunan Bersih 3.0 "Duduk dan Bantah" menuntut pilihanraya adil dan bersih.... Dalam isu perhimpunan Bersih 3.0 ini kita dapat lihat bagaimana kerajaan cuba berlagak baik dan cuba mengaburi mata rakyat apabila mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan... Konon-kononnya kerajaan bersikap terbuka dengan akta baru iaitu, Akta Perhimpunan Aman 2011.. Hishammuddin Hussein berkata "atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.." Tetapi apa yang berlaku adalah... kerajaan kini dilihat cuba berselindung di belakang DBKL dan PDRM... konon-kononnya DBKL melarang perhimpunan Bersih 3.0. Sepanjang sejarah perhimpunan aman di negara kita ini,DBKL tidak pernah terlibat dalam menggalak atau menghalang secara umum sesuatu perhimpunan yang diadakan.... Tidak cukup dengan itu juga.. hari ini mahkamah majistret mengarahkan pula pihak PDRM supaya menutup Dataran Merdeka selama 4 hari bermula dari esok sehingga 1 may 2012... Arahan dari siapa tu..? apakah kerajaan nak mengatakan kerajaan tidak campur tangan...? kejap benar... kejap halang... kerajaan BN ni ingat rakyat Malaysia ni bodoh ker..? Arahan penutupan tersebut termasuklah kesemua jalan yang menuju ke Dataran Merdeka.. Penutupan Dataran Merdeka dan jalan-jalan yang menuju ke arah Dataran Merdeka ini akan digunakan TV3 dan RTM termasuklah Utusan untuk melaporkan sebagai berikut..
Perhimpunan Bersih 3.0 hanya dirancang diadakan hanya dua jam.. tetapi kerajaan menutup jalan untuk satu tempoh yang lama sehingga menyukarkan orang awam memasuki Kuala Lumpur dan secara tidak langsung menyebabkan peniaga mengalami kerugian besar akibat kesukaran orang ramai memasuki KL... Tak ke bangang namanya tu....? Menjadi kewajipan semua rakyat hadir Bersih 3.0 Anwar Ibrahim pula menyeru semua rakyat untuk hadir ke perhimpunan Bersih esok... ianya kata Anwar,adalah bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil Menurut Anwar lagi kehadiran rakyat adalah bertujuan menuntut hak yang dijamin dalam perlembagaan dan bukan menuntut elaun atau ganjaran untuk diri sendiri. Bersih 3.0 akan cuba sedekat yang boleh ke Dataran Merdeka. Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah esok, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka. "Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini. Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi. | ||
BERSIH 3.0 - AMK SELANGOR SOKONG DAN KERAH AHLI KE DATARAN MERDEKA. Posted: 27 Apr 2012 12:08 AM PDT Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meyakini bahawa gelombang kebangkitan rakyat telah lama menyala dan kini menuju kepada suatu kemuncak yang tidak dapat dibendung sama sekali. Kebangkitan rakyat dalam Bersih 3.0 adalah bertitik tolak daripada setiap garis kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya , dalam memastikan rejim Umno Barisan Nasional terus berkuasa secara haram di negara ini.
AMK Selangor bersama rakyat dan anak-anak muda dalam menyatakan bantahan terhadap setiap penipuan dan kerosakkan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya samada yang telah berjaya dibongkarkan mahupun yang masih giat disiasat. AMK Selangor turut mempertikaikan kredibiliti dan integriti Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya yang dikaitkan dengan keahlian Umno seperti yang didedahkan oleh Parti Keadilan Rakyat semalam. Nyata wujud kepentingan politik dan kesangsian dalam setiap tindakan dan keputusan yang diambil oleh mereka. Suruhanjaya Pilihanraya seharusnya bebas daripada menyokong dan membantu secara sulit mana-mana parti politik yang bertanding di negara ini. Rakyat jelas tertipu dan cuba diperbodoh-bodohkan oleh mereka yang sebenarnya menjadi tali barut pemerintah yang zalim. Kebergantungan hayat politik Umno Barisan Nasional selama ini jelas sangat bergantung kepada kepakaran Suruhanjaya Pilihanraya memanipulasi daftar pemilih induk melalui sistem Gerrymandering dan Malaportionment yang mengelirukan serta memberi kelebihan kepada pemerintah. Lapan (8) tuntutan oleh BERSIH seharusnya menajdi keutamaan Suruhanjaya Pilihanraya sebelum melaksanakan gerak kerja pilihanraya yang akan datang. Sikap tidak bertanggungjawab suruhanjaya ini telah merampas setiap hak pengundi di dalam negara yang berkehendakkan sebuah pilihanraya yang telus dan adil. Ternyata, kehendak untuk melaksanakan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil adalah satu kewajipan yang seharusnya dipenuhi dan bukan lagi terbit daripada tuntutan minoriti. Ini adalah waktunya dimana setiap warganegara harus turun menyatakan bantahan mereka terhadap mana-mana individu mahupun organisasi yang terang-terang menipu rakyat. AMK Selangor menyokong setiap tuntutan untuk melaksanakan suatu pilihanraya yang bersih dan adil. Anak-anak muda seharusnya menggunakan ruang bantahan ini, seperti yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Malaysia dimana membenarkan setiap perhimpunan yang dijalankan secara aman. AMK Selangor akan mengerahkan seluruh kekuatan ahlinya di seluruh negeri untuk turun bagi memastikan sasaran 500,000 Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah tercapai dan akan menjadi barisan hadapan dalam memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Azmizam Zamanhuri Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Malaysia |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment