Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com


Himpunan gambar Bersih 3.0 dari crew MediaPerak

Posted: 30 Apr 2012 03:40 PM PDT

Dah 2 hari aku tak update blog ni. Bukan tak mau update tapi tak larat nak update, demam. Sejak malam sebelum naik bas lagi dah rasa badan tak berapa nak selesa, sampai di depan kota Raya awal pagi Sabtu dah mula bersin. Alhamdulillah bila dah pukul 10 pagi dah tak ingat pasai nak demam, kira takdak masalah sangat la tersedut asap pun. Tapi bila dah nak maghrib mula bersin balik siap dan mula

"tukanglawan"

"tukanglawan"


BERSIH 3.0 , Kisah Keganasan polis 3 - Pukul Orang Dalam Kawasan Masjid

Posted: 30 Apr 2012 06:37 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Didalam peperangan ada 2 tempat setahu "tukanglawan" tidak boleh dicerang atau diganggu, kedua-dua tempat ini selalunya dijadikan kawasan perlindungan.

Berbalik kepada cerita himpunan bersih tempoh hari, "tukanglawan" telah diasak untuk melarikan diri ke kawasan masjid, sesampai disana ramai peserta telah menjadikan kawasan masjid itu sebagai kawasan untuk selamatkan diri.

dengan perit dari gas pemedih mata, kami berkongsi-kongsi garam dan sama-sama menggunakan pili air untuk menghilangkan kepedihan. malangnya kuat kesan gas pemedih mata itu, masuk sehingga memenuhi kawasan masjid tersebut.
lebih malang bila waktu asar, pihak polis tanpa hormat telah menganggu jemaah yang sedang bersolat, mereka membunyikan lonceng , terpekik terlolong sehingga perbuatan mereka menimbulkan kemarahan ramai.

Pada saat orang sedang berjamaah juga pihak polis telah menembak gas pemedih mata, asap dari tembakan tersebut telah masuk ke kawasan masjid, menyebabkan jemaah yangs edang solat mengalami kesukaran bernafas dan terbatuk-batuk.

apa yang paling menyedihkan, anggota polis yang memberi arahan (tukang bunyi lonceng)dan 2 lagi anggota diatas trak tersebut "tukanglawan" percayai beragama islam, (mungkinlah, sbb muka melayu)

Tak apalah itu satu hal, kalu mereka memang tidak pandai menghormati orang ytang sedang solat, semoga ALLAH membuka hati mereka. takut nanti apabila saat nyawa mereka sedang ditarik, terbayang semua khianat yang telah mereka lakukan. saat itu menyesal sudah tiada gunanya.

Di bawah ini , "tukanglawan" nak kongsi satu video untuk anda, lihatlah kebanyakkan polis mentah ini bersikap kurang ajar di kawasan masjid, Video ini diambil di Masjid India, dipercayai ianya berlangsung setelah himpunan itu tamat.

Sama seperti kisah "search party " di stesyen LRT yang "tukanglawan" kongsikan sebelum ini (baca sini)ini juga operasi "serach party" tapi mereka menyerang sehingga dalam masjid, "tukanglawan" percaya ada antaranya sedang duduk rehat setelah selesai solat, malah mungkin ada yang sedang berehat sambil menunggu waktu solat seterusnya (Magrib).

JOM lihat


Persoalannya mengapa ini tidak keluar di TV umno?, apakah perbuatan polis ini sama seperti yang dilakukan tentera zionis pada penduduk Palestin?.

Dan lagi persoalan lebih penting, mereka ini diajar mengguna kekerasan dan serangan fizikal pada peserta himpunan, namun tidakkah mereka ini diajar menghormati masjid, apakah mereka ini dididik dengan nilai agama?, jika tidak, ketahuilah mereka sudah tidak boleh kita harapkan lagi.




Kisah keganasan polis 2 - Pesara Polis Dikasari Polis Mentah

Lihat video kekejaman polis yang tidak disiarkan TV umno disini 


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

(GAMBAR !!!) Hisham Keris Pantau Perhimpunan, Apakah Dia Memberi Arahan Provo Dijalankan?

Posted: 30 Apr 2012 05:20 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Semua kita sudah tahu bahawa ada kumpulan-kumpulan yang masuk ke dalam peserta himpunan untuk jadi "pencetus" kepada tindakan luar kawalan.
Sebenarnya memang sebelum himpunan BERSIH 3.0 diadakan, sudah dengar bisik-bisik, akan ada kumpulan yang menyelinap masuk ke dalam himpunan yang akan diadakan, ke telinga "tukanglawan" sendiri ada yang memberitahu, baju kuning bersih sudah diagih-agihkan kepada si pengacau.

Kita perlu ingat, dalam keadaan sekarang, KERAjaan akan cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan himpunan ini, golongan atas pagar perlu mereka curi, ini adalah untuk membolehkan mereka terus merompak lagi wang rakyat bagi 5 tahun akan datang.

kita imbas kembali sewaktu mahasiswa berkhemah di dataran, kumpulan mana yang datang membuat kacau dan memukul serta merobohkan kemah mahasiswa?, lebih lama dari itu kumpulan mana yang datang dan menyerang ceramah-ceramah pakatan?, sila jawab..

Apakah ada penyokong pakatan datang dan buat kacau pada ceramah Umno apco sekutu israel?, jadi dari segi sejarah dan fakta, puak-puak umno apco penyokong zionis la yang ganas dan jahat. ganggu majlis orang itu seolah-olah kebanggaan.

Dan kita tahu semua itu atas arahan dan diberi upah ,
Jadi, melihat kepada sejarah yang lepas, dan beberapa perkara pelik yang berlaku di himpunan BERSIH, memang sangat sukar dinafikan, adanya kerja kotor untuk menjadikan himpunan ini kucar kacir.

Kemarahan rakyat atas perbuatan polis pada rakyat dalam himpunan BERSIH 2.0 masih belum padam, dan kali ini rakyat sememangnya sudah bersedia untuk hadapai apa pun, namun kesabaran mereka masih dapat dikawal, sehinggalah ada arahan "provokasi" dilakukan.

Mereka-mereka ini yang menyamar sebagai penyokong, muka membuat beberapa cetusan, peserta yang kurang sabar pula terpengaruh dengan provokasi tersebut, jika dilihat kembali , cetusan pertama ialah bina Anwar ibrahim meminta peserta berpatah balik ke jalan TAR, ( maksudnya bersurai ke jalan tar ) namun ketika itulah tiba-tiba ada serangan gas pemedih mata dilepaskan,

Melihat dari sisi lain, ada rakaman dan gambar menunjukkan ada orang yang disyaki sebagai SB membuka pagar tersebut, ini pencetus, sepatutnya kumpulan itu berpatah balik ke jalan tar, namun bila pagar dibuka sudah tentu penyokong yang tidak sabar melepasi pagar tersebut,

Jika benar mereka ganas, sudah pasti sudah lama polis dihambat keluar dari dataran, dan sudah pasti trak polis yang lalu dicelahan penyokong Bersih diterbalikkan, namun ia tidak berlaku. kenapa?

Kerana Penyokong bersih tidak bertindak ganas atau keterlaluan dalam keadaan biasa. kecuali dalam kecemasan atau diganggu polis.

Persoalannya siapa perancang ini semua?, kita mahu tahu apa yang menteri keris buat pada hari perhimpunan tersebut, sebagai ketua kepada ketua polis negara, dia perlu menjawab, kerana semua polis yang terlibat mendapat arahan dari orang bawahan menteri keris.

Hisamuddin buat apa pada hari himpunan, lihat saja atau beri arahan?, sila jawab






Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Akhbar suku sakat Utusan menipu lagi dan Kantoi lagi

Posted: 30 Apr 2012 03:52 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Baru siang tadi "tukanglawan" buka satu portal yang sebelum ini konon-konon berlaku adil  dalam menyiarkan berita, konon-konon la, jangan pulak terkejut bila banyak portal dan akhbar yang konon-konon nutral bila dekat nak pilihanraya nanti berat sebelah, itu taktik lama.

Dari dulu, kini dan selamanya puak Umno akan guna taktik sama, itu belum lagi blog-blog oh hiburan dan gossip-gossip memainkan peranan sama,biasalah, kecenderungan sesetengah pihak memang suka pada gosip dan hiburan, golongan ini paling mudah di "tune" otak mereka.

Ni satu akhbar yang "tukanglawan"  baru tau suku sakat Utusan jugak, jadi tak hairan la kalau rentak pun sama macam utusan, suku sakat dan adik beradik la katakan,. paling best akhbar tu menipu hari ini, tapi akhirnya terkantoi.

Dalam KOSMO ( ala akhbar yg asik cerita artis-artis tu) hari ini cuba mengambarkan peserta demo ni sangat la jahat, tapi kantoi bila pengakuan dari mangsa yang merupakan seorang wartawan menceritakan sendiri dirinya dibelasah Polis. so macam mana nei, nak percaya mana?,


Baik korang percaya je bulat-bulat kosmo tu, entah pergi entah tidak orang yang menulis cerita tu, entah-entah tak pegi walaupun diarahkan sebab tak lalu hidu asap gas pemedih mata, takut bos marah reka je la cerita, itu pon ikut acuan bos dia la tu.

Dah ada pengakuan dari wartawan tersebut yang disepak terajang polis, nanti takut akhbar atau blogger umno pulak pusing cerita, besar-besar nanti tulis tajuk

"WARTAWAN YANG DIPUKUL DIBAYAR RM 5 JUTA UNTUK MENGAKU DIPUKUL POLIS"

Bukan betul media umno ni, surau pun depa boleh letak nama suka-suka hati, ingat tak kes surau Al-Musyrikin yang dok TV3 suku canang dulu?,

"tukanglawan" dok pelik sangat yang akhbar dan media malaysia ni kebanyakkanya berat sebelah kenapa?, yang wartawan pun takut sangat hilang periuk nasik kenapa, bukankah ALLAH yang beri rezeki? takkan tak percaya itu. tak tau la kalau kafir, memang la percaya periuk nasik dijaga oleh Umno.

So lain kali tolong la siar berita tu jangan menipu, geli la, jadi wartawan dengan bangganya mengaku wartawan tapi tarak etika, menipu dan kantoi. TAK MALU KE WOI.. sama je style macam blogger umno. sudahlah keparat, bodoh ... lepas tu menipu pulak tu...inilah hasil acuan umno, itu yang korang bangga sangat?

Ingat, menipu atas dunia ni lepas, boss sayang, tapi dalam kubur nanti boleh jawab ke? malaikat takde sayangx2 nye kaki penipu nei, libas je... kebal ke?




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

BERSIH 3.0 , Kisah Keganasan polis 2, Pesara Polis Dikasari Polis Mentah

Posted: 29 Apr 2012 11:46 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Cerita ini dikongsikan seorang lelaki tentang kebiadapan pihak polis terhadap bukan sahaja peserta himpunan BERSIH, tetapi juga kepada orang awan, persoalannya apakah kita rasa selamat dan boleh bergantung harap kepada pihak polis yang dilihat sekarang sebagai pengawal kepada keangkuhan Najib dan KERAjaan, 

Pihak polis telah mengkhianati rakyat yang mengeluarkan wang mereka melalui cukai dan sebagainya untuk membayar gaji polis-polis ini, namun mereka telah terperangkap dalam "kegelapan akal" bila mereka menjadi perisai pemimpin zalim, artikel ini ditujukan kepada anggota polis, semoga anda semua dapat berfikir.

Polis, Anda telah diludah , kerana anda sudah mengkhianati rakyat.

Baca cerita dibawah ini untuk renungan kita semua, betapa polis kini dan dulu amat berbeza.

Saya amat kecewa dan terpaku dengan kebiadaban dan tindakan pihak PDRM membuat "search party" di Stesen LRT Bandaraya berhampiran pusat membeli belah SOGO yang ketika itu rata-rata sudah mahu pulang ke destinasi masing-masing.

Waktu itu jam menunjukkan 7.00pm, saya berserta isteri dan anak keluar dari Pasaraya SOGO kerana dimaklumkan pasaraya tersebut akan ditutup kerana faktor keselamatan. 

Kami seterusnya menuju ke Stesen LRT Bandaraya yang tidak jauh dari situ. Ketika berada di platform atas, ramai orang sedang beratur untuk mengambil "token" di mesin tiket.

Keadaan ketika itu begitu tenang dan kelihatan segelintir peserta Bersih 3.0 berpakaian kuning turut sama beratur untuk mengambil tiket untuk pulang.

15 minit kemudian keadaan disitu menjadi tegang dengan kehadiran sekumpulan anggota PDRM beranggaran 15-20 orang berpakaian uniform operasi biru gelap. Mereka menyerbu stesen itu dengan tujuan membuat "search party" bagi menangkap mereka yang berpakaian kuning


Apa yang menyedihkan saya, anggota PDRM tersebut tidak menjalankan tugas dengan cara berhemah dan profesional dengan orang awam yang berada disitu. Mereka memasuki kawasan itu dengan jerit pekik seolah-olah hendak menakut-nakutkan orang awam di situ yang rata-ratanya terdiri daripada golongan bekerja, wanita dan kanak-kanak. 

Macam samseng jalanan dalam filem-filem bercorak gangster, cuma kali ini ianya dilakukan oleh mereka yang beruniform bertugas untuk melindungi ketenteraman awam.

Mereka berada dalam keadaan seolah-olah hilang ingatan dan semacam dirasuk ketika "search party" tersebut. Untuk makluman saudara, keadaan disitu sama sekali tidak ada aktiviti perhimpunan. Semua orang sedang bergegas untuk pulang.

Sangat menyedihkan saya apabila beberapa anggota PDRM berbangsa Melayu menarik baju salah seorang peserta Bersih berbangsa Melayu juga yang boleh dianggap seusia dengan bapanya dengan kasar sekali.

Sungguhpun demikian, beliau tidak melawan dan memberi jawapan "dah nak balik.." dan diarahkan supaya menanggalkan baju kuning tersebut serta merta. rupa-rupanya beliau bekas anggota PDRM juga.

Beliau meluahkan perasaan kepada saya, sewaktu bertugas dahulu pun beliau tidak pernah berkasar sedemikian rupa, tidak dengan apa yang berlaku pada hari ini. Wajah kecewa beliau sangat ketara sekali.

Di satu sudut berhadapan dengan saya seorang remaja belasan tahun memakai baju jersi bolasepak Kedah turut dicekup dengan alasan berbaju kuning serta diheret keluar seolah-olah penjenayah besar. Saya amat hairan dan khuatir dengan keadaan yang berlaku ini.

 Begitu zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Mereka seolah-olah hilang kewarasan apabila melompat naik melintasi kaunter laluan untuk ke platform menunggu bagi mencari saki baki baju kuning yang lain. Samseng berlesen barangkali.

Saya amat menghormati serta berterima kasih dengan tugas serta pengorbanan anggota PDRM, tetapi oleh kerana segelintir daripada mereka yang tidak profesional dan 'kekampungan' telah mengikis tanggapan tersebut.

Memang jelaslah bahawa negara ini merupakan "police state" acuan dan tinggalan penjajah. Apabila agama dan lunas-lunas kewarasan ditinggalkan jauh dari jiwa mereka, hanya sekadar untuk mengisi kekosongan jawatan dan cari makan..maka kesan dan akibatnya amatlah serius.

Inilah PDRM masa hadapan yang dicorakkan oleh pemerintah untuk melindungi ketenteraman awam abad mendatang. Sekiranya ini berterusan, kita khuatir budaya gangsterisma ini bakal menggugat keharmonian negara.

Persoalannya, apakah peranan Institusi Raja Berperlembagaan ketika ini hanya sekadar tunggu dan lihat diatas segala kelancangan yang dilakukan oleh sekeliaan hulubalang-hulubalang dan juak-juak mereka?

Apakah mereka tidak mengenal sejarah sebelum ini? Dimanakah rakyat disisi mereka? Apakah suara rakyat tidak laku lagi di istana-istana mewah mereka? Apakah mereka tidak akan disoal oleh Allah Azza Wajalla di atas amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka? Apakah definasi rakyat ini adalah kakitangan awam sahaja dan bukan rakyat marhain seperti saya?

Wallahualam. Hanya Allah SWT sahajalah tempat kita mengadu kali ini.

Sekian. Terima kasih.

Lihatlah, betapa polis kini telah tercalar teruk, terhina kerana sikap pemimpin yang mereka cuba lindungi, Polis kamu ada hanya 2 pilihan, kembali pada rakyat atau terus diperbodoh si menteri dan mereka yang punya kepentingan. jangan sampai kamu terhina sampai ke akhir hayat kamu. kamu sendiri sudah lihat sedikit "apa yang rakyat mampu lakukan" silapnya kamu kerana melindungi pemimpin zalim, jangan jadi bodoh akur dan patuh pada arahan bodoh, apakah jasad kamu hanya robot, yang dengar tanpa dapat melawan?... dimana akal kamu,



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah



. .

( PANAS!!) Ini Amaran, BERSIH 4.0 Untuk Ranapkan Keangkuhan Najib

Posted: 29 Apr 2012 09:38 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara , yang menarik ratusan ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas yang dipercayai dirancang oleh pihak tertentu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.
Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.

Ingat Najib, ini amaran keras kepada keangkuhan kamu , dan ingat juga pihak polis, Dendam rakyat pada 2.0 masih tidak hilang, Bersih 3.0 adalah menifestasi kebangkitan rakyat, yang sudah hilang hormat pada kamu kerana tidak lagi mampu menjadi pelindung rakyat. Dan kami rindukan sedutan CS gas dan pukulan belantan kamu, Kami pasti akan turun bersemuka lagi pada BERSIH 4.0.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

BERSIH 3.0 , Kisah Keganasan polis 1

Posted: 29 Apr 2012 11:45 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Saya dipukul hingga cedera tapi polis enggan benarkan doktor memberi rawatan, kata seorang mangsa keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mohamad Hanif Jamin.

Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu percaya ia kerana beliau memakai baju kuning walaupun tiada perkataan Bersih.

 "Saya hanya berbaju Harimau Muda dan hadir kerana sokong tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil.

"Malangnya, saya dipukul, dimaki dan diheret hingga tersungkur sebelum polis membelasah saya beramai-ramai di tangga menuju KTM Bank Negara," katanya.

Beliau cedera di kening, bibir berdarah dan bengkak di muka, pinggang dan tulang belakang selain rusuk kiri terpaksa di x-ray.

"Seorang doktor keturunan India cuba menghulur bantuan kepada tetapi dihalau polis," katanya yang berterima kasih kepada lelaki itu.

Beliau yang dapat melarikan diri, kemudian menaiki KTM dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan Hospital Serdang selain membuat laporan polis.

"Malangnya, polis enggan menerima laporan perubatan itu dan arahkan saya buat rawatan di hospital lain," katanya lagi.

Persoalanya, Ini Polis atau Gangster?, sudahlah dipukul, tidak benarkan pasukan perubatan bantu, bila mahu buat laporan polis, mereka tidak mahu terima, masih boleh kah kita bergantung pada mereka?, polis untuk rakyat atau pengawal untuk pemerintah?. Jangan marah bila rakyat sudah bosan dan sakiti pula polis. 

Lihat video kekejaman polis yang tidak disiarkan TV umno disini



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Angkara kesombongan Najib, PRU Ditangguh lagi nampaknya

Posted: 29 Apr 2012 08:01 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Agensi media antarabangsa, Reuters meramalkan pilihan raya umum ke 13 mungkin ditangguhkan ekoran pertembungan antara polis dengan peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada sabtu lepas.

Menurut agensi berita itu, pertembungan itu meningkatkan risiko negatif kepada pihak pemerintah dan boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan yang sebelum ini diramalkan Jun ini.

"Mereka (polis) meminta orang ramai bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, yang turut terkena balang gas pemedih mata tepat pada muka sebagaimana dilaporkan Reuters.

"Mereka tak kesah," katanya.

Tindakan polis yang dilihat ganas boleh meletakkan Najib Razak dalam risiko dan akan menyebabkan beliau menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan padahal jangkaan awalnya Jun ini.

Rating sokongan terhadap Najib jatuh selepas tindakan polis menyekat perhimpunan Bersih sebelum ini namun ia telah naik kembali kepada hampir 70 peratus sejak kebelakangan ini, lapor media itu.

Keganasan yang dihasilkan oleh tindakan polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam dikecam hebat Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan.



Mereka menyifatkan perhimpunan itu berjalan aman sehinggalah polis bertindak menembak gas pemedih mata dan water canon ke tengah-tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.

Jom lihat video keganasan melampau pihak polis yang diarahkan KERAjaan disini 




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bersih 3.0: Kebangkitan Rakyat Di Seluruh Dunia !

Posted: 30 Apr 2012 05:32 AM PDT


Bersih 3.0: Lagi Video Mangsa Keganasan Polis !!

Posted: 30 Apr 2012 05:28 AM PDT


Bersih 3.0: Lagi Video Mangsa Keganasan Polis !!

Posted: 30 Apr 2012 05:27 AM PDT


Bersih 3.0: Kebangkitan Anak Muda Kini Bermula!

Posted: 30 Apr 2012 05:04 AM PDT


Bersih 3.0: Polis Ganas, Najib Perlu Minta Maaf !!

Posted: 30 Apr 2012 04:53 AM PDT


Bersih 3.0: Kebangkitan Rakyat Di Seluruh Dunia !

Posted: 30 Apr 2012 05:30 AM PDT


Bersih 3.0: Ganas, Lagi Bukti Polis Buat Provokasi

Posted: 30 Apr 2012 03:47 AM PDT


[Nampaknya, semakin media memainkan isu kononnya peserta Bersih 3.0 ganas, kini semakin banyak gambar-gambar bukti jelas memang ada unsur-unsur provokasi oleh pihak polis dalam adengan ganas yang berlaku. Gambar ini tersiar di laman sembang sosial Facebook dan ia jelas sekali membuktikan memang ada perancangan pihak polis untuk menimbulkan provokasi agar peserta dituduh ganas, walhal mereka yang memulakan segalanya. Cuba lihat "glove" dan "gelang kuning" pada tangan-tangan individu di dalam gambar diatas. Ia jelas menunjukkan kepada kita memang ia adalah kerja terancang pihak polis untuk menjatuhkan imeh Bersih 3.0. Semua ini memang sudah boleh dibaca sejak awal lagi. Kini, satu persatu pembongkaran terus dilakukan untuk menyedarkan rakyat bahawa ini memang satu tindakan jahat pihak berkenaan. Bersih 3.0 itu adalah himpunan aman dan kenapa perlu adanya provokasi cukup melampau itu. Berdsarkan gambar di atas, di kanan memang gambar polis sedang memasang kawad duri menghalang peserta masuk ke Dataran Merdeka. Tetapi di kiri, macam mana glove yang dipakai itu boleh kelihatan sama dengan polis pasang kawad duri. Bukankah ini bermakna, dua-dua adalah polis sebenarnya. Rahsia terbongkar jua, rupanya mereka memulakannya].


Video: Panas, Peserta Bersih 3.0 Cedera Di Tembak

Posted: 29 Apr 2012 07:04 PM PDT


Bersih 3.0: Provokasi Langgar, Siapa Lelaki Misteri Yang Menjadi "Pelakon Lagak Ngeri" Itu Agaknya !

Posted: 29 Apr 2012 06:56 PM PDT

Ramai yang keliru dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang memulakan provokasi hingga menyebabkan berlaku keganasan pada Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Malah, dalam insiden kereta polis langgar peserta di hadapan Komplek Sogo juga ia menimbulkan kemusykilan, kerana ada individu "misteri" dipercayai memulakan adengan ini. Cuba lihat pada gambar-gambar yang disiarkan ini. Ini analisa tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam kes cermin kereta polis di serang itu. Apa yang penting di sini ialah tiada polis yang memandu kereta peronda di dunia ini yang memakai "helmet" mat motor sebagai status seorang polis. Dalam kes ini kemungkinan besar ada dua orang "provokator" yang menjadi pelakon "stuntman" untuk membuat adengan "lagak ngeri" terbabit. Buktinya, cuba lihat pada bulatan merah, di mana ada seorang lelaki yang sudah bersiap sedia untuk menyerang kereta polis tersebut. Nampaknya seperti beliau ditugaskan untuk menghentakkan batu ke cermin kereta polis berkenaan. Keduanya, sila lihat pada bulatan biru di mana pemandu "stuntman" ditugaskan memandu ke lokasi tersebut sambil bersedia menunggu cermin keretanya dipecahkan. Mungkin dek kerana itu sejak awal-awal lagi beliau sudah memakai topi keledar untuk melindungi dirinyer dari serpihan kaca akibat hentakan itu. Kesan daripada insiden tersebut makanya, si pemandu di dapati dengan sengaja merempuh orang ramai yang berada di situ. Ia bagi menampakkan "keganasan" kepada peserta himpunan Bersih 3.0 agaknya. Dek kerana itu orang ramai terpaksa membelasah "lelaki yang memakai helmet", sebaliknya membantu pegawai polis yang tersepit di dalam kereta yang terbabas itu. Apapun, ini hanyala analisa sahaja berdasarkan bukti gambar-gambar ini.



[Berdasarkan gambar dan adengan ini maka hanya pembaca sahaja yang boleh mengesahkan semua ini. Apa yang kami dedahkan ini hanyala analisa atas kejadian tersebut dan berdasarkan kepada maklumat beberapa orang saksi yang ditemui di lokasi kejadian berkenaan. Apapun, kini banyak yang menjadi tanda tanya dalam hal ini. Media arus perdana terus memainkan isu kononnya peserta bertindak ganas, namun kini banyak bukti-bukti yang diperolehi mengesahkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mungkin telah diupah dan dibayar untuk melakukan provokasi ini sebenarnya. Biarlah rakyat menilai dan membuat tafsiran sendiri terhadap pendedahan ini. Kami akan paparkan lebih banyak bukti sebagai rujukan dan hebahan untuk mereka yang musykil dengan kejadian tersebut. Maka, fikirkanlah!].


Bersih 3.0: Provokasi Pecah Dan Rempuh Pagar Polis, Siapakah Lelaki Misteri Yang Di Cari Ini !!

Posted: 29 Apr 2012 07:01 PM PDT



[Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh mendakwa "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan".. Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu? Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan. Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0? Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemedi mata oleh pihak polis. Maka itu, siapakah lelaki misteri di dalam gambar ini. Kepada sahabat dan semua pembaca yang kenal beliau, bolehlah memaklumkan segera kepada kami untuk kita dedahkan segera!!]. sumber