"tukanglawan"

"tukanglawan"


Najib PM Yang Takut Pada mahathir

Posted: 03 Dec 2012 04:18 AM PST


Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.


"Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas.


"Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib tidak boleh bertindak tegas terhadap bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (ketika terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tak boleh bayangkan beliau boleh bertegas dengan Mahathir," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Anwar berkata, beliau tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13.

"Ia disampaikan kepada hampir semua pimpinan Umno negeri. Sebab itu saya fikir Najib rasa kedudukan peribadinya dalam Umno tidak selamat," kata Anwar.

Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno memuji dasar Wawasan 2020 serta berterima kasih kepada Mahathir kerana 'sukarela' berkempen untuk Umno.

Ketika melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) semalam, Najib dilaporkan turut mengakui Mahathir masih memiliki pengaruh kuat dalam pentadbiran Umno BN.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Video Istimewa. Pertama Kali Ustaz Azhar Berpuisi

Posted: 02 Dec 2012 11:42 PM PST


Kita hanya selalu tengok ustaz azhar berceramah dan beri jawapan berkaitan soal jawab Agama, tapi pernah kah kita lihat Ustaz azhar berpuisi?.


Tak pernahkan, jom kita sama-sama tonton dan kongsi puisi dari Ustaz Azhar Idrus.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Amaran Kerajaan Malaysia, Guru Hanya Boleh Aktif Bersama umno.

Posted: 02 Dec 2012 09:39 PM PST


Semua guru sekolah di negara ini hanya boleh bergiat aktif dalam parti umno sahaja, ini bermakna mereka haruslah sedia menjadi robot yang akan patut pada arahan, dan sanggup jadi bodoh kerana umno, 

Kalau kerajaan yang dipimpin oleh umno buat benda tak betul, mereka sebagai kakitangan kerajaan pun kene sokong umno jugak, nak sokong parti lain selain umno tak boleh walaupun parti lain lebih baik pentadbirannya berbanding umno.

Portal Malaysiakini mendedahkan berita mengenai nasib seorang guru yang  dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat beberapa hari lepas. ( baca sini )


Laporan berita itu juga mendakwa selepas insiden pemecatan tersebut, guru itu mendakwa telah menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

Rupanya umno nak tutup kes ini, dia mintak guru terbabit jadi orang umno, dan kemudian ganjarannya apa?... apakah guru ini diberi balik kerja sebagai guru hanya selepas bersetuju jadi ahli umno?... 

Rupanya umnolah penentu hidup mati orang lain, sesuka hati boleh buang kerja dan sesuka hati boleh ambik balik asalkan mahu sokong umno... atau ini menunjukkan betapa jahatnya umno yang konon jaga sangat orang melayu ( orang melayu ialah orang yang paling mudah ditipu oleh umno ) .. hanya kerana hadir ke ceramah guru berbangsa melayu ini dibuang kerja. apakah itu adil?

Bodohnya lah kita bila membenarkan kata-kata pembodohan pemimpin umno yang juga kini senator itu.. guru tidak selayakknya dikongkong, guru yang akan mendidik seharusnya bebas mahu menyokong siapa pun, bagaimana mahu melahirkan pelajar yang bijak jika guru sipaksa jadi robot yang hanya tahu menyokong 1 parti?

Sikap beginilah yang membuatkan ramai guru dan kakitangan kerajaan muak dengan umno.. nah kini masa untuk sama-sama kuburkan umno.. ini kali la..


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lagu Warisan, Momokan Umno Untuk Kayakan Pemimpin

Posted: 02 Dec 2012 07:16 PM PST

Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu 'Warisan'.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu 'popular' Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

"Menyanyi lagu 'anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) 'tanah dipijak milik orang". Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!


"Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?


"Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat," katanya di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor semalam..

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

"Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

"Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…" sindir Anwar.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Semoga Umno Tabah Hadapi Ini.

Posted: 02 Dec 2012 05:59 PM PST


Tak gunalah nak tipu sana sini konon punya la ramai yang masih sokong umno.

Kalau dalam media milik umno atau sekutu umno, bukan main lagi canang kononnya rakyat yakini umno, kononnya dengan mudah umno boleh rampas kembali majoriti 2/3 yang dah ranap tu.

Umno sepatutnya berusaha kembalikan keyakinan rakyat, bukan memperbodohkan rakyat, masalahnya rakyat tidak lah bodoh, malah yang bodoh sebenarnya pemimpin umno itu sendiri.

Mengapa begitu, kerana hasil bancian demi bancian jelas menunjukkan umno sudah tidak lagi jadi pilihan, itu pun masih lagi pemimpin umno tipu diri sendiri dengan mengatakan mereka disokong ramai.

Kalau benar umno jadi pilihan, kalau benar umno disokong ramai, mengapa bancian akhbar sinar harian versi online menyatakan sebaliknya... sila lihat dibawah...




Maka rakyat sudah bersuara, umno harus tabah terima keputusan ini,  jelas umno sudah tidak lagi diyakini.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....

AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment