"tukanglawan" |
Deepak Mahu Tulis Buku Cerita rosmah Dan Altantuya. Posted: 12 Dec 2012 08:42 PM PST Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh. Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, ( lihat video disini ) SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya. "(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini - semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya. Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kajian Bebas Dapati AES Bertujuan Kaut Keuntungan. Posted: 12 Dec 2012 06:43 PM PST Sebuah kajian bebas mendapati pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi hanya berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan. Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mengemukakan bukti kerajaan United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), Perancis dan Australia mengambil kesempatan dengan memperoleh keuntungan berjuta dolar melalui pelaksanaan AES. KPRU dalam kajiannya berkata, perkara ini kemudiannya mendapat tentangan hebat kerana kerajaan berkenaan melaksanakan AES secara senyap-senyap tanpa rundingan bersama rakyat dan pengguna jalan raya khususnya pada peringkat perancangan sehingga berjaya memaksa program itu ditutup. "Pada tahun 2006 sebuah siasatan samaran di UK telah menemui kamera trafik sememangnya dilakukan untuk meraih keuntungan bagi kerajaan dan syarikat pembekal kamera trafik dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya. "Malah menurut siasatan tersebut, kamera trafik sememangnya direka untuk mengaut keuntungan daripada pengguna jalan raya di mana saman yang bernilai berjuta-juta dolar akan disalurkan secara rahsia kepada kerajaan dan bukannya memberi semula wang tersebut untuk memperbaiki keselamatan jalan raya," katanya. KPRU turut mendapati penentangan terhadap syarikat pembekal kamera trafik mencapai tahap kritikal di mana terdapatnya laman sesawang yang menyenaraikan kegagalan syarikat-syarikat tersebut dalam memperbaiki keselamatan jalan raya. "Pada tahun 2011, syarikat berkaitan telah kehilangan sebanyak USD$2.4 juta dalam kontrak berikutan permintaan ke atas kamera trafik yang kian menurun dan penentangan terhadap kamera-kamera trafik yang kian meningkat. "Pada tahun 2012, nilai saham syarikat berkaitan di Amerika Syarikat pula menjunam daripada USD$2.10 kepada USD$1.76 (16 peratus) selepas syarikat berkaitan terlibat dengan amalan rasuah dengan pegawai majlis perbandaran untuk mendapatkan kontrak pemasangan kamera trafik. Berbeza di Belanda dan Sweden pula, program AES dikatakan berjaya berbanding negara lain kerana kerajaan terbabit berusaha untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan komprehensif, lantas menjadikan usaha memperbaiki keselamatan jalan raya satu usaha yang menyeluruh. Selain itu, negara terbabit juga mempunyai kecekapan sistem pengangkutan awam yang begitu tinggi sehinggakan majoriti rakyatnya amat bergantung kepada pengangkutan awam selain basikal. Beban kepada pengguna "Corak am yang melakarkan pelaksanaan program AES di Malaysia dan di negara lain adalah berteraskan usaha kerajaan atau pihak berkaitan untuk meraih keuntungan sementara para pengguna jalan raya dibebani dengan kadar saman yang tinggi," katanya. Sehubungan itu, KPRU mencadangkan satu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan jika kerajaan Malaysia serius mahu memperbaiki keselamatan pengguna jalan raya. Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan. "Di Malaysia – di mana kecacatan sistem pengangkutan awam dan amalan rasuah sering dibangkitkan – apakah pelaksanaan sistem AES dibantah sepenuhnya akan ditangguhkan oleh kerajaan hari ini? "Pendek kata, kita nakkan kerajaan yang dahulukan kepentingan kroni atau kepentingan rakyat terbanyak?," soalnya. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment