"tukanglawan"

"tukanglawan"


Kena Baca!!! AES Konon Untuk Keselamatan, Yang Ini Apa Cerita?

Posted: 10 Dec 2012 05:07 AM PST

Sibuklah canang kononnya pemasangan AES oleh Syarikat kroni anak pemimpin besar Johor bertujuan untuk kurangkan kemalangan, kononnya lepas pasang maka berkuranganlah kes kemalangan.


Semua itu temberang, kan lebih mudah jika terus terang, kata saja pasang AES untuk kikis duit rakyat. itu belum pilihanraya lagi, belum habis duit umno ( mungkin duit rakyat) digunakan untuk kempen menangkan umno, 

Kalau dah menang agaknya segala cara digunakan untuk terus memiskinkan wang rakyat, maka kalau umno berkuasa lagi sekali tarif elektrik akan naik, tarif air akan naik, segala benda dan bahan akan naik, tak berbaloi dengan rasuah politik RM500 yang diberi tu.

Bercakap pasal AES, korang percaya ke AES tu untuk kurangkan kemalangan, dimana agensi penguat kuasa?, kalau kita cakap agensi penguat kuasa tak berapa berfungsi ( selain saman menyaman ) ada yang marah, tapi gambar dekat bawah nei ceritakan apa sebenarnya yang terjadi.

Sistem penguatkuasaan sangat lemah. bagaimana lori dengan muatan tak logik akan begini boleh sewenangnya berada dijalan raya?.. suap bawah meja ke?.

Ini bukan main-main, bayangkan kalau lori ini terbabas?, mana lebih bahaya kereta kancil bergerak selaju 70km/j atu lori dengan muatan berlebihan nei... buat apa sebenarnya AES kalau lori macam ini tinggi boleh sewenangnya berkeliaran.







Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....



AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

6+3 Untuk Orang Pahang, Pilih Pakatan Bukan Umno

Posted: 09 Dec 2012 10:34 PM PST


Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran peringkat negeri bersama tiga tawaran peringkat persekutuan untuk menyelamatkan Pahang daripada kezaliman Umno BN.

Tawaran peringkat kerajaan Persekutuan ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tawaran peringkat Pahang itu ditandatangani Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengikut Harakah Daily, semua tawaran berkenaan diumum kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Kerdau, malam tadi.
TAWARAN PERINGKAT PERSEKUTUAN
PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA: Memberikan Royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak.

KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut –Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub – Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.


TAWARAN PERINGKAT NEGERI
PERTAMA: Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah serta menstruktur semula Kampung- kampung Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT: Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep 'bebas rasuah' dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri.


Apakah jika pakatan menang, rakyat Pahang akan dapat menikmati apa yang dijanjikan ini?, jika masih baca surat khabar arus persana dan TV3 suku, pastinya tak boleh, tapi cuba tanya pada rakyat Selangor dan Pulau Pinang, jawapan yang diberikan ialah ia boleh ditunaikan, 
Buktinya?
Rakyat Selangor dan negeri lain yang ditadbir Pakatan telah merasainya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ahli Parlimen Umno Keluar Parti Tak Puas Hati Pentadbiran najib

Posted: 09 Dec 2012 07:52 PM PST




Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.



Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.

Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti umno itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.

Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.-jalan pulang


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Tidak Hirau Masyarakat India.

Posted: 09 Dec 2012 06:36 PM PST


Tiada keazaman politik punca Datuk Seri Najib Razak tidak tahu seramai 300,000 masyarakat India yang lama menetap di negara ini, tiada kad pengenalan biru, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
"Sekadar buka kaunter dan tunggu rakyat mendaftar bukan penyelesaian. Patutnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cari dan jelajah seluruh negara mendaftar rakyat yang berdepan masalah ini khasnya di luar bandar.
"Malangnya, pentadbiran Najib tiada keazaman politik sehingga mereka dihalang ke sekolah, sukar mencari pekerjaan dan pelbagai urusan lain," katanya pada kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Najib konon Pakatan Rakyat membesar-besar angka, sebaliknya Perdana Menteri itu memberi alasan kononnya hanya 9,000 masyarakat India berdepan masalah kewarganegaraan.
Beliau turut menolak alasan Najib, kononnya 4,500 daripada mereka sudah diselesaikan masalah kad pengenalan biru mereka manakala 2,000 lagi sedang diproses.
Sehubungan itu, Surendran mendesak Najib segera menyelesai masalah itu yang disifatkannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana menafi hak rakyat yang sah.
"Sangat memalukan apabila Perdana Menteri bermain angka berhubung masalah kewarganegaraan masyarakat India. Angka 9,000 tidak logik, bohong dan satu penghinaan," katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment