Liang Lahad....

Liang Lahad....


UMNO GUNA BUDAK SEKOLAH HALANG KONVOI "KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA" DI FELDA SELASIH,JABI.

Posted: 07 Dec 2012 03:35 AM PST

Siri penerangan maklumat berkaitan Felda dan hak-hak peneroka Felda dihalang masuk ke Felda lagi..
konvoi Mazlan Aliman untuk menyampaikan maklumat ke Felda Selasih,Jabi,Terengganu dihalang dari memasuki Felda tersebut..



Berikut adalah kenyataan Mazlan Aliman dari laman facebook beliau...
 
Kembara Oren Selamatkan Felda di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi. Meskipun kami mendapat kerjasama baik daripada pihak polis; namun Umno telah memperalatkan penduduk yg 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun.

Tidak berapa kelihatan peneroka Felda dan anak muda.


Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. 
Bila kita sebut ' undur Isa Samad', bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad....
alahai kesiannya!

Budak2 sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal. Umno kehilangan sokongan, terpaksalah guna budak sekolah...


Budak2 sekolah maki hamun depan Pengerusi JKK dan polis yg turut disertai OCPD Besut. Umno berjaya tarbiyyah bebudak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk.

Akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang.

Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara.


Biarlah masyarakat menilai perangai hodoh pemimpin Umno....
 

TNB AKAN JIMAT RM3.5 BILION SELEPAS PR RUNDING DENGAN IPP.

Posted: 07 Dec 2012 03:15 AM PST

TNB akan dapat jimat sehingga RM3.5bilion setahun apabila Pakatan Rakyat yang dijangka memenangi PRU13 nanti menjadi kerajaan dan akan merundingkan kembali harga subsidi kepada IPP..

Usaha ini tidak dapat dilakukan oleh BN selama ini kerana taukey-taukey IPP yang ada kini adalah dikalangan kroni pemimpin BN juga..

Jadi bagaimana mungkin pemimpin BN yang selama ini dapat "faedah" dari taukey-taukey IPP mahu mengurangkan bayaran subsidi kepada IPP..?

Jawapan dan jalan penyelesaiaannya ada pada Pakatan Rakyat..




SHAH ALAM 7 DIS : Pakatan Rakyat (PR) hari ini muncul dengan pelan penjimatan wang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM3.5 bilion setahun seandainya berjaya ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU13) nanti.

Pengerusi Biro Pelaburan & Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, penjimatan wang yang dibayar kepada Pembekal Kuasa Bebas (IPP) dapat dicapai sekiranya pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB dilaksanakan.

"Masalah kewangan TNB berasal dari terma-terma berat sebelah perjanjian 'Power Purchasing Agreement'(PPA) dengan syarikat-syarikat IPP.

"Kos pembinaan IPP juga sering dibesarkan untuk menyembunyikan pulangan atas pelaburan IPP yang tersangat tinggi.

"Di samping itu, dasar polisi BN untuk mengekalkan margin rizab kuasa yang sangat tinggi membuka peluang untuk lebih IPP kroni dibina," jelasnya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan PR komited untuk berunding semula dengan IPP bagi menurunkan purata Pulangan Atas Pelaburan (ROI) daripada 19 peratus kepada kadar sepuluh peratus.

"Dengan mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, kita percaya kadar ROI untuk IPP yang adil dan munasabah adalah 10 peratus sahaja.

"Kadar tersebut juga masih mampu memberi keuntungan yang baik untuk IPP," ujar beliau sambil menambah langkah tersebut membolehkan TNB melakukan penjimatan sehingga RM 2.6 bilion setahun.

Tambahnya lagi, PR juga akan menurunkan rizab margin pada kadar optimal 20 peratus, yang kini diuruskan Kerajaan Pusat pada kadar terlalu tinggi iaitu 38 peratus.

Penurunan kadar rizab margin itu, menurut Wong, membolehkan TNB beroleh penjimatan sebanyak RM870 juta setahun.

Dengan itu, TNB akan melonjakkan keuntungan tahunan sehingga RM5.6 bilion setahun jika dibandingkan keuntungan tahunan yang mampu diraih TNB iaitu sebanyak RM2.14 bilion sahaja setahun.

PR juga memberi jaminan bahawa pengurusan TNB akan bebas daripada campurtangan politik yang tidak wajar dengan urusan yang lebih telus.

"Apabila sasaran operasi dan kewangan dipenuhi, kita akan menimbangkan penjualan 10 peratus saham TNB yang kini dipegang oleh Khazanah, kepada kesemua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB.

"Ini adalah sebahagian daripada dasar ekonomi 'management buy-out' untuk mewujudkan kelas menengah pengurus – pemilik selain bertujuan mengurangkan penglibatan kerajaan di sektor swasta," katanya.

No comments:

Post a Comment