Liang Lahad....

Liang Lahad....


FILEM "ISTANBUL AKU DATANG" - DIALOG TOMOK GAMBARKAN MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM!!

Posted: 02 Dec 2012 05:25 AM PST

Najib kata Malaysia adalah negara Islam..
UMNO kata Malaysia adalah negara Islam..

Walaupun tiada satu potong ayat pun dalam perlembagaan kita yang mengatakan kita mengikut hukum Al Quran atau pun Sunnah Rasulullah SAW,dan kita tidak menghukum mengikut hukum Allah...
tetapi kita masih dianggap sebagai negara Islam oleh pemimpin UMNO..

Namun,kepada sesiapa yang menonton filem "Istanbul Aku Datang" pasti tahu babak ketika Lisa Surihani bertemu dengan Tomok di Kota Istanbul..

Dialog yang dilafazkan Tomok secara jelas menggambarkan Kuala Lumpur,Malaysia bukanlah negara Islam dan melalui dialog itu,mereka menggambarkan mereka boleh berpeluk di Kuala Lumpur..

Namun berbeza pula ketika di Istanbul,Turki..
Tomok menegur Lisa yang memeluknya di tengah khalayak ramai kerana dan mengingatkan Lisa bahawa mereka sedang berada di negara Islam...

Dan ketika babak Tomok bertemu dengan Lisa itu..
berlakukah dialog ini..

Lisa : Biii.. (Bi,panggilan untuk "sayang",dan terus memeluk Tomok)
Tomok : Bi,janganlah peluk depan-depan orang macam ni..,tak elok orang tengok.!
Lisa : You peluk i kat KL ok jer..
Tomok : Itu lain,kita kan kat negara orang,negara Islam pulak tuuu.. hormatlah sikit..

Kalau kita lihat ayat Tomok tu..
"Itu lain,kita kan kat negara orang,negara Islam pulak tuuu.. hormatlah sikit.."

Maknanya kita boleh faham di sini bahawa maksud Tomok tu,Kuala Lumpur tu bukan berada di dalam sebuah negara Islam..

Sila tonton video ini..


SELANGOR MENJADI NEGERI PERTAMA LANCAR BANTUAN SAUDARA BARU ISLAM!!

Posted: 02 Dec 2012 12:08 AM PST


Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai semalam...
Najib sekali lagi cuba menggunakan sentimen agama dan perkauman bagi meraih undi melayu apabila beliau dilihat cuba menakut-nakutkankan orang melayu apabila mengatakan pemberian undi kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti akan membawa kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan ke atas kaum tertentu.

Tapi apa yang menghairankan adalah 4 buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat berada dalam keadaan harmoni tanpa pepecahan kaum mahupun pergeseran antara kaum..

Malah perkembangan agama Islam semakin hebat di dalam 4 buah negeri ini dengan aktiviti di Masjid semakin hari semakin rancak dengan majlis ilmu..

Selangor tidak terkecuali..
apabila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperhebatkan bantuan kepada saudara baru Islam dengan pelancaran "Muallaf Care"..

"Muallaf Care" diwujudkan bagi memberi bantuan,sokongan dan kekuatan kapada saudara baru Islam dalam menjalani kehidupan baru mereka...

Najib juga menggambarkan bahawa hanya BN sahaja yang berjuang untuk agama Islam di negara ini..
tetapi tahukan Najib,bahawa Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan skim bantuan saudara baru islam melalui  "Muallaf Care"  ini...

Muallaf Care Bantu Saudaru Baru

KLANG 2 DIS : Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melancarkan "Muallaf Care" bagi memberi bantuan dan sokongan bagi saudara baru Islam di Selangor memulakan kehidupan baru.

Inisiatif tersebut bagi menyalurkan bantuan dengan lebih cekap
pada tahun pertama pengislaman untuk meringankan beban mereka seperti :-

  • Bantuan bulanan, 
  • Sewa rumah, 
  • Berkhatan dan 
  • Perubatan.

Bagi muallaf seperti Fatin Ardini Monica Abdullah, 24, bantuan dan sokongan itu adalah penting di dalam keadaan mereka berasa terasing dan jauh dari keluarga.

Pelajar Diploma Pengurusan dari Kolej Astin itu berkata, bantuan pelajaran RM 20,800 dari Mais memberikan kekuatan dirinya untuk meneruskan pelajaran selain meningkatkan pengetahuan mengenai Islam.

"Saya jauh dari keluarga dan dengan cara ini saya tidak berasa keseorangan kerana sebagai saudara baru bimbingan amat perlu.

"Perhatian diberikan mencerminkan Islam begitu pentingkan penyatuan dalam kehidupan," kata gadis berbangsa Iban dari Sarawak yang memeluk Islam pada Julai tahun lepas.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, program yang bertemakan "We Love Muallaf" merupakan strategi baru bagi mendekati dan memastikan perkhidmatan yang baik terus diberikan kepada muallaf.

"Di samping memastikan golongan muallaf ini dibantu dari pelbagai aspek, program ini akan banyak membantu dalam menyebarkan  Islam secara lebih teratur kepada bukan Islam.

"Dengan program dakwah diatur, Mais berharap akan dapat terus meningkatkan bilangan muallaf dan umat Islam di Selangor," katanya selepas majlis pelancaran Muallaf Care di Pusat Konvensyen Setia Alam, Setia Alam di sini semalam.

Mohamad Adzib berkata terdapat kira-kira 7,000 muallaf di seluruh Selangor ketika ini.

Pelancaran Muallaf Care menjadikan Mais sebagai Majlis Agama Islam Negeri pertama melaksanakan sistem seperti itu.

Mohamad Adzib berkata, peruntukan keseluruhan bagi asnaf muallaf tahun ini ditingkatkan sebanyak RM 23.7 juta berbanding RM 21 juta pada tahun lepas.

"Mais telah mewujudkan skuad Mesra Muallaf yang akan turun padang memantau keperluan dan aduan diterima berkaitan muallaf," katanya.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tengku Sulaiman Shah turut berkenan menyampaikan bantuan bina rumah kepada 10 muallaf berjumlah RM 442,000 dan lapan penerima bantuan pelajaran bernilai RM 154,000 dalam majlis berkenaan.
Majlis tersebut turut meraikan 30 pasangan pengantin baru muallaf.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Muallaf Selangor, Profesor Madya Dr Halim Tamburi dan  Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Kalau nak tengok tahap peruntukan untuk Agama Islam di Pulau Pinang..
sila lihat sini..
[PERUNTUKAN ISLAM PULAU PINANG]

GAMBAR KEMALANGAN, MAYAT MELEKAT DI BESI PEMBAHAGI JALAN!

Posted: 01 Dec 2012 08:45 PM PST

BALAKONG – Seorang pemandu lori mati 'melekat' di besi pembahagi jalan selepas terbabas ketika menunggang motosikal di Kilometer 0.2 Jalan Balakong-Seri Kembangan di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa S Subramaniam,48, dikatakan baru pulang dari tempat kerja di Balakong ke rumahnya di Taman Sungai Besi Indah.






Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sendirian dipercayai gagal mengawal motosikal ditungganginya.

Menurutnya, motosikal mangsa kemudian melanggar konkrit pembahagi jalan menyebabkan kepalanya terhentak di besi pengadang jalan.


"Mangsa yang beralamat di pangsapuri Sungai Besi Indah itu maut serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.


"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya," katanya.



Kemalangan memang tidak berbau..
kemalangan juga tidak dapat dielakkan dengan meletakkan beribu-ribu kamera AES di jalanraya Di negara ini...

No comments:

Post a Comment