Liang Lahad....

Liang Lahad....


MAJALAH 3 KANTOI GAMBARKAN VIDEO PALSU REKAAN SEBAGAI KEJADIAN SEBENAR!!

Posted: 11 Dec 2012 10:10 AM PST

TV3 yang kita kenali di negara kita ini sememangnya diketahui sebagai sebuah syarikat televisyen yang menyokong kerajaan BN pada tahap makam "bodek tak hengat dunia punya"..

Tapi bila dah bodek berkali-kali untuk memperbodohkan rakyat demi menyokong perlaksanaan AES seperti yang diingini kerajaan BN..
akhirnya TV3 kantoi...

TV3 kantoi apabila sebuah "slot" rancangan yang menunjukkan betapa berbahayanya pemandu di Malaysia ini dan betapa Kamera AES sangat,sangat,sangat diperlukan di negara ini rupa-rupanya hanyalah lakonan semata-mata..

Yang menjadikan TV3 kantoi adalah dengan rasa tidak berdosanya mereka telah melaporkan kejadian itu sebagai "kisah yang benar-benar berlaku",sedangkan ianya hanyalah lakonan dan di reka khas bagi menipu orang kampung yang merupakan penonton TV3 dan pembaca utusan tegar agar mereka menyokong perlaksanaan kamera AES..

Pendedahan dilakukan oleh geng-geng bikers sendiri...

Boleh rujuk sini.. [FB]

Yang tak tahan tu..
si pelakon yang dikatakan "pelesit jalanraya" oleh Mazidul Akmal Sidek itu siap bergambar bersama motor berkuasa tingginya di hadapan helikopter yang dinaiki oleh krew wartawan TV3...

Mungkin kerana berasa marah apabila rakan bikers mereka di "cop" sebagai pelesit jalanan oleh Mazidul...
maka mereka mendedahkan gambar yang telah mengkantoikan TV3...


Ini adalah kisah malang pada tahap "kesian"...
aku berasa sedih apabila TV3 kantoi pada tahap yang amat-amat menyedihkan..
tapi apa boleh buat...
seperti wartawan TV3 juga ,kita kena melaporkan juga untuk penilaiaan rakyat....
cumanya berbeza dengan TV3,kita melaporkan perkara yang benar belaka...

Korang tengoklah videonya kat bawah ni...

Betullah Hadith Nabi..
akhir zaman nanti banyak kebodohan melanda umat manusia...

HIDUP MELAYU!! HANYA KERANA RM800,DATUK YAHYA SULONG DIARAH KELUAR RUMAH OLEH DBKL!!

Posted: 11 Dec 2012 01:22 AM PST

Datuk Yahya Sulung
Kesian..
itulah yang boleh digambarkan keadaan kehidupan pelawak dan pelakon veteran Datuk Yahya Sulong ini..

Beliau menerima notis dari DBKL supaya keluar dari rumah selepas gagal menjelaskan bayaran tunggakan sewa sebanyak RM800..

Di Malaysia ini para penggiat seni tidak terbela dari segi royalti sepertimana di negara barat..

Apabila mereka meninggal dunia kelak..
maka hebohlah di dada akhbar melaporkan "Negara Kehilangan Pelakon Berbakat Besar"
atau pun "Negara Merasai Kehilangan Seorang Pelakon"
itulah tahap negara kita


Rupa-rupanya tak semua yang bergelar Datuk itu kaya raya..

hanya Datuk-Datuk dalam UMNO sahaja yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah..



Gagal Bayar Sewa, Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah

PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Datin Alisah Ali
Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Alisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.

Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

"Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan.

"Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian," katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.

Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

No comments:

Post a Comment