"tukanglawan" |
- chua soi lek Kafir Zimmi?
- SPR Main Silap Mata Lagi.
- Payung Terjun Tak Berfungsi, Anggota Tentera Maut.
- Najib Gelabah, Sekarang Baru Mahu Bincang Dengan hindraf
- GEMPAR !!!! Peneroka Harap Durian Runtuh, Tapi Terima Malapetaka.
- Video Ceramah DSAI Di Kuantan Pahang.
- Imam Maut Tidak Sempat laung Azan.
Posted: 08 Nov 2012 02:07 PM PST Sudah dengar fatwa baru mashitah? kalau belum baca bawah nei Orang bukan Islam yang menerima kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai 'kafir zimmi' (bukan Islam yang patuh bawah kepimpinan Islam), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mashitah ibrahim. Kah..kah..kah.. ohh rupanya nak tau kafir zimmi atau harbi kene ikut sama ada dia sokong najib tau tak la rupanya. Kalau macam tu soi lek tu ikut fatwa si mashita ni kira kafir zimmi la gamaknya. kah..kah..kah. Kalau pemimpin DAP yang menghormati orang islam, bantu orang islam, jadikan apa yang Rasullullah anjurkan masih dikira kafir harbi la kalau ikut fatwa terbaru mashita nei. Sudah -sudahlah buat orang pening dan keliru kan orang mashita oiii. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Posted: 07 Nov 2012 09:30 PM PST KEADILAN semalam membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun. Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR. "RDPT merupakan 'audit trail' di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh 'tally' jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini. "Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian. SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu," kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali. Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT. "Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut. "Terdapat 40,000 nama di seluruh negara. Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan. "Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini," katanya dipetik Media Selangorku. Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan. "Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama. "Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos," sambungnya. Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan. Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Payung Terjun Tak Berfungsi, Anggota Tentera Maut. Posted: 07 Nov 2012 08:30 PM PST Seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika sedang membuat latihan penerjunan di kawasan Hutan Simpan Kubu Gajah, Selama Isnin lalu ditemui mati petang semalam, kira-kira 500 meter dari tempat dia menjalani latihan. Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, ASP Abdul Ghani Zainun berkata mayat Koperal Supin Ghani, 37, yang berasal dari Tamparuli, Sabah ditemui di dalam kebun getah pada pukul 4.30 petang oleh anggota keselamatan. Mayat mangsa di hantar ke Hospital Selama untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi semalam. Mangsa bersama 23 anggota tentera yang lain dilaporkan sedang mengadakan latihan penerjunan bersama pasukan komando peperangan khas dari kem Sungai Udang, Melaka di kawasan hutan simpan itu pada pukul 11.30 malam. Mereka membuat penerjunan dari pesawat Charlie. Abdul Ghani berkata selepas latihan selesai pada awal pagi, mangsa dilaporkan tidak kembali ke kem latihan dan kehilangannya dilaporkan kepada pihak polis tengah hari semalam. Polis lalu melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, tentera, RELA dan orang ramai. Beliau berkata siasatan awal mendapati payung terjun yang digunakan mangsa dipercayai tidak berfungsi. Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. - Bernama Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Najib Gelabah, Sekarang Baru Mahu Bincang Dengan hindraf Posted: 07 Nov 2012 07:30 PM PST Selepas pemimpin Hindraf mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen minggu lepas, tiba-tiba najib pula mahu buat perjumpaan dengan kumpulan itu bagi menyelesaikan permasaalahan dihadapi masyarakat india. Mengapa baru sekarang bila sudah terlalu hampir pilihanraya, baru najib mahu mendengar pandangan mereka, mahu dengar masalah orang india yang sudah lama timbul. Alasannya senang je, najib sudah tidak mampu duduk diam, semakin dekat pilihanraya, semakin gelisah lah najib, makin dekat pilihanraya, makin najib takut kalah. Kalau najib ini benar-benar iklas, sudah lama dulu masalah kaum india diselesaikan, mengapa selepas mereka jumpa Anwar baru najib gelabah?. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
GEMPAR !!!! Peneroka Harap Durian Runtuh, Tapi Terima Malapetaka. Posted: 07 Nov 2012 06:30 PM PST Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa pemegang saham FGVH berdepan dengan kerugian apabila harga saham itu terus mengalami kejatuhan di mana terkini tercatat pada harga RM4.61. Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, maklumat yang diperolehi daripada pihak bank mengatakan jika harga saham jatuh pada harga RM4.78 pun pemegang saham sudah kerugian. "Kalau ditolak dengan interest, bayaran kepada bank jelas pemegang saham atau peneroka sudah rugi. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif," katanya Walaupun katanya, peneroka diberi skim membayar RM50 sebulan kepada bank hakikatnya peneroka berdepan dengan penambahan hutang termasuklah interest serta hutang yang lain. "RM50, berapa lama kena bayar untuk 800 unit saham? Dalam RM3600 lebih sedangkan pada waktu ini peneroka sudah terbeban dengan pelbagai potongan seperti tanaman semula, penyelenggaran ladang, hutang baja perumahan dan macam-macam lagi. Bertambah lagi beban mereka," katanya semasa dihubungi. "Di waktu peneroka dibuai perasaan susah, pemimpin masih memberi pengharapan kononya suasana ini hanya sementara, sambil memujuk supaya mereka bersabar," katanya yang menyifatkan peneroka bukan menikmati durian runtuh tetapi sedang menghadapi malapetaka. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Video Ceramah DSAI Di Kuantan Pahang. Posted: 07 Nov 2012 05:30 PM PST Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Imam Maut Tidak Sempat laung Azan. Posted: 07 Nov 2012 04:30 PM PST Seorang imam, yang hendak melaungkan azan Subuh, mati akibat dipukul di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh di Tanah Merah semalam. Abdullah Nawang, 77, yang cedera parah di leher dan kepala, mati di unit kecemasan Hospital Tanah Merah. Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun di sebuah kedai kopi di Kampung Kulim, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada pukul 7 pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmud. Bercakap kepada pemberita, Abdul Aziz berkata suspek yang tinggal tidak jauh dari surau itu pernah mendapat rawatan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Baharu. "Polis percaya Abdullah dipukul menggunakan senjata tumpul atau objek keras, dan polis sedang mencari senjata yang digunakan suspek yang dipercayai dibuang tidak jauh dari tempat kejadian," katanya. Isteri mangsa, Ramlah Ahmad, 67, yang ketika kejadian berada di ruang solat wanita di surau itu, berkata beliau terdengar bunyi bising seperti orang terjatuh di dalam surau. "Apabila melihat ke bahagian solat lelaki, saya nampak suami dalam keadaan berlumuran darah di atas sejadah. "Ketika itu, saya sedang memakai telekung untuk menunaikan solat Subuh. Arwah tidak sempat melaungkan azan," katanya sambil memberitahu bahawa setiap pagi suaminya akan mengimamkan solat Subuh di surau itu. Abdullah yang menoreh getah di kampung itu meninggalkan seorang isteri dan empat anak serta 20 cucu. Mayat Abdullah dibedah siasat di Hospital Tanah Merah sebelum diserah kepada keluarga untuk dikebumi. - Bernama Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment