"tukanglawan" |
Kenapa Israel Mahu Gencatan Senjata? Posted: 23 Nov 2012 10:14 PM PST Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama 'hanya' 8 hari dan telah mengorbankan 'hanya' 161 syuhada' rakyat Palestin. Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza. Apa tidaknya ? 1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009. 2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam 3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu. israel f16 Igauan Israel menjadi realiti... Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam 4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel. 5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini. 6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri. 7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel. 8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini. 9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka. Ingatilah firman Allah swt : وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ - Surah al-Imran ayat 54 "Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)" Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar…. Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Gempar, Betul Kata Ahli Umno, Bawah PR Selangor Akan Muflis? Posted: 23 Nov 2012 09:00 PM PST Orang umno kata hanya umno yang paling layak memerintah negeri selangor, hanya umno aje yang pandai urus ekonomi negeri paling maju tu, teringat lagi sebelum PRU dulu, mereka cakap pakatan rakyat mana boleh nak perintah, pakatan rakyat tak reti urus ekonomi negeri. Diorang cakap macam tu sebab diorang tu dah dibodohkan oleh umno dari dulu, kini dan selamanya, memang bodohlah sebab dah berapa lama kene tipu tak sedar-sedar lagi. Apa kata baca berita bawah nei. Selangor merekod jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri lain, dengan catatan RM6.903 bilion, melibatkan 170 projek perkilangan diluluskan, sepanjang Januari hingga Ogos. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, jumlah itu mewakili sebanyak 23.18 peratus daripada RM29.786 bilion keseluruhan modal pelaburan yang diluluskan di negara ini, sepanjang tahun ini. "Daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan di Selangor, sebanyak RM 5.237 bilion adalah daripada pelabur tempatan, manakala selebihnya RM 1.665 bilion adalah pelaburan asing. "Sebanyak 14,630 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan," katanya ketika sesi penggulungan Belanjawan 2013 Selangor, pada Sidang Dun Selangor, kelmarin. Menurutnya, sebanyak 101 projek diluluskan itu adalah projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM4.112 bilion, manakala 69 lagi merupakan projek pengembangan pelaburan berjumlah RM2.792 bilion. "Jumlah ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelaburan di Selangor dan masih berkeyakinan dengan senario pelaburan semasa serta dasar pelaburan berkonsepkan mesra pelabur yang diamalkan Kerajaan Pakatan Rakyat," katanya. Dalam pada itu, Teresa berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan program pertemuan, lawatan dan kunjungan hormat ke kilang dan kawasan industri yang beroperasi di Selangor bagi mendapatkan maklum balas, selain meninjau masalah yang dihadapi. Ok, mana ahli umno yang masih kata hanya umno pandai urustabir negeri dan kata hanya umno je la yang pandai apa jawapan korang dari "FAKTA" atas nei... kah..kah..kah.. terbukti kata-kata orang umno salah. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment