Liang Lahad....

Liang Lahad....


BANJIR : BN SALAHKAN PR,TAPI AKHIRNYA RAKYAT DI NEGERI BN YANG DIPINDAHKAN SEBAB BANJIR!!!

Posted: 04 Nov 2012 09:50 AM PST

UMNO/BN kalau dah tak ada modal untuk mancari salah Kerajaan Negeri Selangor, isu banjir pun akan diperbesar-besarkan..
seolah-olah bencana alam itu adalah berpunca dari Kerajaan Negeri Selangor...

Dari sini kita boleh lihat bagaimana propaganda BN,UMNO,Utusan dan TV3..
kalau kita tak pandai bermain politik pun, kita tetap akan nampak propaganda jahat mereka ni..
Kalau banjr berlaku di negeri Pakatan Rakyat,maka kerajaan Pakatan Rakyatlah yang dipersalahkan..
tapi kalau banjir berlaku di negeri BN,Utusan dan TV3 akan melaporkan bahawa itu bencana alam,hujan lebat...

Kita masih ingat lagi bagaimana UMNO siap hasut mangsa banjir supaya minta wang pampasan dari kerajaan negeri Selangor,seolah-olah banjir tu disebabkan pentadbiran Khalid Ibrahim..


Banjir pun nak dipolitikkan..?

Tapi Allah Maha Besar..
dalam UMNO dan BN duk memperbesar-besarkan isu banjir ni dan menghasut rakyat dengan mengatakan banjir ni adalah salah kerajaan Pakatan Rakyat..

Tiba-tiba,negeri BN juga dilanda banjir..
Malah ramai pula yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir..

Di Negeri Perak..
seramai 181 orang terpaksa dipindahkan apabila banjir berlaku di Hilir Perak..



Manakala di Johor pula jumlah yang terpaksa dipindahkan adalah seramai 578 orang..


Buat fitnah dan propaganda...
akhirnya Allah menurunkan bencana di negeri sendiri..

Main isu banjir di Selangor,tapi yang kena pindah ke pusat pemindahan banjir adalah penduduk di negeri Johor dan Perak..

Rakyat Selangor,rilek jer..

ORANG ASLI PAHANG SURUH KERAJAAN PAHANG SELESAIKAN DULU KRISIS AIR NEGERI INI,SEBELUM BERHASRAT SALUR AIR KE SELANGOR!!!

Posted: 03 Nov 2012 06:00 PM PDT



Memang amat memalukan bagi kerajaan BN Pahang apabila masyarakat Orang Asli Pahang meminta kerajaan BN Pahang menyelesaikan krisis air di Pahang sebelum berhasrat nak menyibuk dalam hal air Selangor..

Gesaan tersebut lahir dari kemarahan penduduk yang mengalami masalah bekalan air setiap hari selama 5 bulan sedangkan bil air pula tinggi iaitu antara RM40 hingga RM150 sebulan walaupun sering tiada bekalan air..
ini ekoran tekanan angin yang kuat sedangkan air yang keluar terlalu kecil.


Malahan menurut penduduk, masalah ketiadaan air ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama dan semua pihak yang berwajib sudah pun mengetahui masalah air ini namun tiada tindakan yang diambil bagi mengatasinya..


Tidak mahu terus dibelenggu kemelut air berlarutan, penduduk mencadangkan tangki baru dibina di sekitar kawasan berdekatan bagi memudahkan penyaluran bekalan air bersih ke rumah penduduk tanpa gangguan.

Nor Rizal Rajim, 32, berkata, penduduk di sini termasuk Kampung Bukit Serdang menerima air dari Loji Air Kertau, Maran yang dipam ke Rumah Pam Bohor sebelum disalurkan ke rumah masing-masing.


Katanya, tidak pasti di mana silapnya sehingga mereka tidak boleh menerima bekalan air bersih sedangkan paip lama sudah berganti.


"Kalau dulu, alasan paip bocor diberikan setiap kali bekalan terputus, tetapi apabila paip sudah berganti tidak seharusnya keadaan ini berulang.


"Kawasan rendah, masih boleh menerima air bersih tetapi tidak di kawasan yang tinggi. Keadaan ini sangat menyusahkan kami lebih-lebih lagi, ada yang mempunyai anak kecil dan mempunyai ahli keluarga yang terlantar sakit," katanya.


Nor Rizal berkata, penduduk beragama Islam paling terbeban dengan masalah berkenaan.


Malah katanya, masalah itu turut melibatkan Sekolah Kebangsaan Bukit Rok yang menempatkan seramai 210 pelajar termasuk lebih 70 pelajar asrama, di sini.


Difahamkan, Rabu lalu, pihak Perbadanan Air Pahang Berhad (Paip) telah menghantar bekalan air untuk memenuhkan tangki di asrama, tetapi air tadahan di sekolah masih tiada.


Menurut Nor Rizal, sekiranya tangki baru itu dapat dibina, ia dapat menyelesaikan krisis bekalan air di sini, sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah terbabit.


Selesai isu air di Pahang


Penduduk mahu kemelut isu air di negeri ini diselesaikan sebelum berhasrat menyalurkan ke negeri Selangor.


Bagi Nor Haisah Putal, 35, perkara itu tiada kaitan dengan politik tetapi lebih kepada masalah rakyat.


Katanya, seharusnya masalah air tidak lagi menjadi isu utama di kampung berkenaan.


"Kalau boleh, selesaikan masalah air di negeri ini dulu, baru bantu rakyat Selangor. Kami sudah biasa dengan air paip, takkan dah lebih 20 tahun guna air paip, masih nak bergantung air perigi atau sungai.


"Sumber air itu pun sudah tidak bersih. Kalau bersih, kami pun tidak kisah. Jimatlah tak perlu bayar bil air," katanya.


Penduduk berharap, Paip lebih cekap menguruskan perkara itu dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikannya.


Lianglahad -  BN ni betullah...
masalah air di negeri sendiri pun tak pernah nak selesaikan, ada hati nak campur urusan air Selangor..

CHUA SOI LEK NAFI DIA HINA ISLAM!!!

Posted: 03 Nov 2012 03:30 PM PDT

Chua Soi Lek menafikan dia telah menghina Islam..
dia mengatakan bahawa tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia...

Malah Chua Soi Lek mengatakan MCA menghormati sensitiviti umat Islam negara ini..




Alasan Chua Soi Lek itu adalah kerana menurut beliau..
beliau hanya menentang hudud PAS..

Tapi kalau kita lihat isu ini..
Chua Soi Lek secara langsung menghina hukum hudud yang juga hukum Allah dan hukum yang ada dalam Al-Quran..

Apabila Chua Soi Lek mengatakan negara-negara Islam yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling korup,beliau secara langsung telah menghina hukum Allah dan sekaligus menghina Islam..
bermakna "hudud PAS" atau apa sahaja gelaran yang diberi pada PAS tiada kaitan langsung dalam penghinaan beliau itu...

Chua Soi Lek tidak menghina "hudud PAS" apabila mengatakan 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas sekiranya hudud dilaksanakan di negara ini..
itu adalah penghinaan dan penentangan terhadap hukum Allah secara langsung..

Lagi pun tiada istilah "hudud PAS"..
yang ada hanyalah hudud Allah...
hukum Allah..

Kenyataan Chua Soi Lek yang menafikan beliau menghina hudud hanyalah satu kenyataan bersifat "terdesak" apabila BN dan UMNO semakin hilang sokongan pengundi melayu Islam akibat penghinaan demi penghinaan dari MCA terhadap Islam..

Pemuda MCA sendiri meluluskan resolusi menentang keras hukum hudud dan menyatakan sokongan padu kepada pemerintahan sekular negara ini..
baca [PEMUDA MCA LULUS RESOLUSI BANTAH HUDUD]


Itulah tandanya Chua Soi Lek dah mula rasa takut nak jadi pembangkang negara ini buat kali pertamanya..
kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment