Liang Lahad.... |
- TERKINI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT - HUJAN, TAPI TETAP TAK BERGANJAK!!
- TERKINI - GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
- KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA DIHALANG SAMSENG UMNO & BN - MAZLAN ALIMAN DIRENTAP DAN DIKASARI
TERKINI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT - HUJAN, TAPI TETAP TAK BERGANJAK!! Posted: 03 Nov 2012 07:46 AM PDT Aku kagum tengok semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seramban Jaya,Negeri Sembilan.. Dah lah datang dengan pengangkutan sendiri.. tiada makanan disediakan.. nak makan kena beli sendiri,tak macam himpunan UMNO yang makannya ditanggung.. datang pula tidak diberi upah.. dah lah hujan..namun kaki tetap tidak berganjak... Aku bangga dengan semangat rakyat yang semacam ini.. jika kita lihat,semangat ini adalah lambang semangat untuk tukar kerajaan!!!
Agak-agak kalau UMNO punya anjuran,tanpa duit upah,pengangkutan dan makan ada macam ni tak..? | ||
TERKINI - GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT Posted: 03 Nov 2012 04:29 AM PDT Hujan lebat tidak menghalang kehadiran rakyat jelata dari segenap pelusuk tanahair ke himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya,Negeri Sembilan. Ekoran hujan yang lebat,program dimulakan lewat setengah jam.. namun orang ramai sedia menanti dan tetap tidak berganjak... Program dimulakan dengan konvoi motorsikal sebanyak 200 buah dan juga kereta sebanyak 50 buah... kesemua konvoi berkenaan bergerak dari Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Ketika konvoi melalui di jalan-jalan utama,orang ramai yang sedang melalui jalan berkenaan menyatakan sokongan dengan membunyikan hon... Sebahagian besar gambar diambil dari Page Kami Boikot Buletin Utama TV3 | ||
KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA DIHALANG SAMSENG UMNO & BN - MAZLAN ALIMAN DIRENTAP DAN DIKASARI Posted: 02 Nov 2012 10:49 PM PDT Samseng UMNO tak habis-habis cuba menghalang demokrasi dalam politik dengan cara keganasan... Adakah samseng UMNO ini fikir dengan menghalang kemaraan gerakan Kembara Oren Selamatkan Felda akan menutup mata hati rakyat yang semakin bermaklumat.. Mazlan Aliman menceritakan detik-detik bagaimana kembara Oren Selamatkan Felda di halang dari memasuki Lasah Sungai Siput,Perak pagi tadi.. Malah beliau sendiri direntap dari kenderaan yang dinaiki dan ditolak dengan kasar oleh penyokong-penyokong... Mazlan Aliman menceritakan detik-detik tersebut.. PANAS, KONVOI KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA DI HALANG! Sekitar jam 10pagi ini, 20 buah kenderaan ANAK yang cuba memasuki Felda Lasah Sg Siput, Perak di halang di pintu masuk felda berkenaan. Lebih seratus orang bertindak samseng dan sangat agresif. Tidak dapat dipastikan adakah mereka penduduk tempatan atau gangster upahan. Saya yang menaiki Hilux Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pera k, direntap keluar dari kenderaan dan ditolak dengan kasar. Keadaan semakin tegang apabila jumlah mereka kian ramai. Mereka terjerit sambil memaki hamun. Menaikkan banner yg ditujukan kepada saya secara peribadi. 10 orang polis dari Balai Polis Lasah yg cuba mengawal suasana gagal meredakan ketegangan dan hampir sahaja tercetus perkara2 yg tidak diingini. Alhamdulillah, kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai Pengarah Amal Negeri Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan(UKP) seramai 8 orang berjaya menangani suasana provokatif yg dilakukan penduduk dipercayai Umno. Bendera Umno dan BN dikibarkan. Samseng2 ini mengepung kami, menendang kenderaan ANAK yg cuba masuk serta mengugut utk memukul saya dengan menjerit ' kita balun Mazlan ramai2!' KEMBARA OREN SELAMATKAN FELDA adalah aktiviti jelajah ke seluruh negara. Bertemu penduduk tempatan dan mengedarkan risalah. Kami masuk secara baik termasuk untuk menziarahi pimpinan tempatan dan memberi sumbangan kepada gen 2 Felda yg susah, ibu tunggal dan pesakit kronik. Akhirnya, bila suasana semakin tidak terkawal, polis menasihati rombongan ANAK mengalah dan berundur. Walaupun dukacita dengan sikap tidak demokratik penduduk khususnya Umno, kami akur kerana tidak mahu berlaku perkara2 yg tidak diingini. Sedihnya, tatkala Hj Razman membaca doa, mereka terus terjerit2 macam orang meroyan. Peronda polis mengiringi konvoi kami keluar dengan selamat. Demokrasi apakah ini? |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment