Liang Lahad....

Liang Lahad....


BERITA YANG BUAT BN TERKEDU! WIFI PERCUMA SELURUH SELANGOR DIJANGKA SIAP JANUARY 2013

Posted: 22 Nov 2012 08:33 PM PST


SHAH ALAM 22 NOV : Pemasangan internet jalur lebar (wifi) keseluruh negeri Selangor sedang rancak dilaksanakan dan dijangka siap pada awal Januari 2013.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains,Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti lokasi yang dicadangkan antaranya kawasan yang belum mempunyai perkhidmatan wifi.

Selain itu, kawasan tumpuan awam dan kawasan kepadatan penduduk yang tinggi dan berpendapatan sederhana atau ekonomi yang sederhana rendah serta rendah.

Rodziah menambah Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang berjaya melancarkan Projek Selangor Public Integrated Network System (SPINS).

Katanya, sebanyak 200 lokasi sudah dikenal pasti di seluruh MBPJ dalam melaksanakan projek itu.
"Projek ini merangkumi kemudahan internet percuma secara wifi yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna dengan mengintegrasikan semua usaha-usaha Kerajaan Negeri selain memudahkan berinteraksi dengan sistem kerajaan," katanya yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

Jelasnya, perkhidmatan wifi percuma yang ditawarkan kepada rakyat mengambil kira konsep pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri yang mana setiap pengguna wifi percuma itu diberikan penggunaan selama 30 minit dan selepas itu, pengguna perlu log masuk semula.

Menjawab soalan tambahan daripada Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkenaan terdapat aduan perkhidmatan wifi tiada dapat digunakan, Rodziah berkata Kerajaan Negeri sudah merujuk kepada pihak MBPJ berkenaan perkara itu.

"Perkhidmatan wifi yang dimaksudkan mengalami masalah teknikal itu adalah di Petaling Jaya tetapi hanya berlaku sedikit masalah teknikal," katanya.

Untuk rekod, sejak 2008 hingga 2012, sebanyak 332 lokasi dipasang perkhidmatan wifi dan sebanyak 15 buah Pusat Siber Rakyat ditubuhkan.

Lianglahad :- patut ler rakyat semakin menyokong Pakatan Rakyat... 

No comments:

Post a Comment