Liang Lahad.... |
- FAKTA ! TIADA LESEN BARU UNTUK RUMAH URUT SEJAK 2008
- ANWAR SANGGUP BERHUJAN UNTUK BERSAMA-SAMA RAKYAT PAHANG YANG JUGA SANGGUP BERHUJAN MENDENGAR UCAPANNYA!!
- INILAH RUPANYA KEADAAN BIL AIR DI SELANGOR SEJAK PR MENTADBIR!!!
- GAMBAR USTAZAH UMNO, SI MASHITAH IBRAHIM SENTUH DAN CIUM TANGAN LELAKI BUKAN MUHRIM TERSEBAR!!
FAKTA ! TIADA LESEN BARU UNTUK RUMAH URUT SEJAK 2008 Posted: 21 Nov 2012 01:18 AM PST Fitnah pencacai UMNO yang selama ini cuba menggambarkan bahawa rumah urut dan pusat hiburan semakin bertambah sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meluluskan sebarang permohonan lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan semenjak mentadbir Selangor pada 2008 lalu.. Lesen yang ada kini hanyalah kesinambungan pemberian lesen di zaman BN sebelum 2008 dulu.. Jadi macam mana pencacai UMNO kini boleh bertindak untuk menjadi juara pulak dalam isu rumah urut dan pusat hiburan sedangkan BN dan UMNOlah yang memberikan lesen kepada pengusaha pusat hiburan tersebut..? Tiada Lesen Baru Untuk Pusat Siber, Rumah Urut Sejak 2008 SHAH ALAM 21 NOV : Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak lagi meluluskan sebarang permohonan lesen bagi rumah urut, pusat hiburan awam dan pusat siber. Bagaimanapun, menurut Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, premis yang mempunyai lesen sebelum 2008 masih boleh memperbaharui lesen mereka. "Lesen mereka masih boleh diperbaharui setiap tahun selagi tidak melanggar syarat-syarat lesen dan undang-undang sedia ada," jelas Ronnie ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz di Sidang DUN pagi tadi. Ronnie juga memaklumkan dewan bahawa lesen baru hanya diberikan untuk pusat penjagaan kesihatan seperti refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa dan sauna serta gimnasium. Ini termaktub dalam Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan. Sementara itu, bagi aktiviti pusat hiburan pula, lesen baru hanya dibenarkan bagi aktiviti pusat istirehat dan pusat hiburan keluarga. Antara lain ialah karaoke keluarga, kiosk karaoke, pusat bowling, 'fun fair' dan pusat hiburan keluarga yang menyediakan beberapa bentuk hiburan seperti 'kiddyride' dan mesin simulator. "Mereka juga perlu mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan iaitu tidak menghidangkan atau menyediakan minuman keras kepada pelanggan," tegas Ronnie yang juga Adun Pandamaran. Sejak 2008 sehingga kini, sejumlah 179 lesen pusat penjagaan kesihatan, 1,278 lesen pusat hiburan keluarga dan istirehat serta 224 lesen hotel bajet dikeluarkan Kerajaan Negeri. |
Posted: 20 Nov 2012 11:49 PM PST Anwar Ibrahim sanggup berhujan bersama-sama dengan rakyat barpun pada ketika itu hujan turun dengan lebatnya ketika Jelajah Merdeka Rakyat di Pahang.. 3,000 rakyat di Mentakab Pahang sanggup berhujan demi mendengar ucapan Anwar Ibrahim.. namun kesetiaan mereka berbaloi kerana selepas 20 minit berucap di pentas,Anwar Ibrahim turun untuk bersama-sama dengan rakyat yang sudah basah lenjun di bawah pentas... Pada mulanya Pemimpin Cabang Temerloh,Ahmad Nizam berkata belau tidak tergamak melihat Ketua Umum Keadilan itu berhujan tetapi Anwar tetap bertegas mahu bertemu rakyat,mungkin kerana berasakan tidak adil jika tidak bertemu mereka yang sanggup berhujan untuknya.. Gambar di bawah - Anwar berhujan bersama-sama rakyat Rata-rata hadirin berasa terharu dengan kerendahan dir Anwar dan rama yang memberkan tanda isyarat ibu jari (tanda bagus),selain kegembiraan rakyat terpancar di wajah mereka.. Itulah pemimpin yang tahu hati rakyat jelata.. Lepas ni jangan pelik pulak kalau melihat Najib meniru aksi ini... |
INILAH RUPANYA KEADAAN BIL AIR DI SELANGOR SEJAK PR MENTADBIR!!! Posted: 20 Nov 2012 06:09 PM PST Air percuma di Selangor sudah dilaksanakan selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor pada tahun 2008. Dengan 20m3 pertama percuma iaitu bersamaan dengan nilai RM11 sebulan,banyak isi rumah yang menikmati kelebihan ini.. Ramai rakyat Selangor yang sudah lama tidak ke pajabat Pos membayar bil air.. ini kerana sejak 3 tahun yang lalu,jumlah bil semasa yang perlu dibayar adalah = RM0.00 Di sini aku lampirkan 3 bulan terakhir bil air yang kesemua bil semasa yang perlu dibayar adalah = RM0.00 Ini bil bulan September 2012 Ini pula bil terbaru bulan November 2012 yang baru sampai semalam.. Inilah antara kelebihan-kelebihan yang rakyat Selangor dapat selepas Pakatan Rakyat mengambil alih.. jadi siapa yang kata UMNO perintah dengan Pakatan Rakyat perintah adalah sama..? Beza,memang berbeza,saya mesti pilih!! |
GAMBAR USTAZAH UMNO, SI MASHITAH IBRAHIM SENTUH DAN CIUM TANGAN LELAKI BUKAN MUHRIM TERSEBAR!! Posted: 20 Nov 2012 02:30 PM PST "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (Riwayat At-Thabrani) Itu adalah hadith Nabi Muhammad SAW... dan sepatutnya seseorang seperti ustazah kita ini,Mashitah Ibrahim tahu berkenaan dengan hadith tersebut.. Mungkin oleh kerana beliau sudah bergelar seorang senator dan memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,maka sentuh-sentuh ni tak jadi hal punya.. Gambar Ustazah Mashitah Ibrahim mencium tangan Pak Lah kini sudah tersebar luas di internet.. Ramai yang terkejut.. ramai yang berdarah hidung.. tetapi ramai juga yang terus menghirup kopi pekat sambil kunyah nasi lemak kerana sudah tidak hairan lagi dengan pe'el ustazah yang sorang ni.. Jadi tak payah lah kita nak hairan kalau orang UMNO ni suka dedah aurat.. bergaul lelaki dan perempuan,rasuah,seleweng dan sebagainya.. kalau dah si tukang penasihat agama UMNO pun dah cenggitu rupanya,apa lagi yang kita nak harapkan..? Kalau gambar tu kecik dan tak puas tengok.. tengok bawah ni.. Dalam UMNO orang agama tunduk pada pemimpin... |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment