Liang Lahad.... |
- EKORAN NAZRI NAFI HUBUNGAN DENGAN MICHAEL CHIA - RAFIZI CABAR NAZRI SAMAN!!
- SEKALI LAGI LIM GUAN ENG MENGECEWAKAN "ORANG MELAYU"!!
- VIDEO PBT MELAKA HALAU DAP YANG INGIN BANTU MANGSA RIBUT AYER KEROH HEIGHT, MELAKA
- PERHIMPUNAN DI SEREMBAN ESOK TETAP DITERUSKAN!!!
EKORAN NAZRI NAFI HUBUNGAN DENGAN MICHAEL CHIA - RAFIZI CABAR NAZRI SAMAN!! Posted: 02 Nov 2012 09:02 AM PDT Rafizi mencabar Nazri Aziz supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sekiraNya segala pendedahan hubungan antara Nazri Aziz dengan Michael Chia.. Michael Chia adalah individu yang dipertahankan Nazri Aziz di dalam skandal wang RM40 juta UMNO Sabah.. Rafizi baru-baru ini mendedahkan bukti bergambar kenderaan mewah Hammer milik Michael Chia yang kerap digunakan oleh anak Nazri Aziz.. Nazri Aziz sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang terutamanya di dalam kes skandal wang RM40 juta tidak sepatutnya mempunyai sebarang hubungan dengan individu yang disabitkan dengan skandal wang UMNO Sabah RM40 juta.. Apabila anak Nazri sendiri menggunakan kenderaan mewah daripada indivdu yang terlibat dengan skandal wang RM40 juta dan Nazri Aziz sendiri sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas isu tersebut sudah tentulah mengundang perasaan tidak senang dan menimbulkan persoalan di mata rakyat.. Senang nak fikir macam ni lah.. Kalau Nedim Nazri Aziz (anak Nazri Aziz) tu bukan anak Nazri Aziz.. jikalah Nedim tu hanya anak drebar bas yang sudah kurang rambutnya... agak-agak Michael Chia tu nak bagi tak anak Nazri Aziz guna kenderaan mewah yang berharga setengah juta tu..? Jadi kalau Nazri Aziz kata semua tu fitnah dan tak benar.. bolehlah saman si Rafizi tu.. Rafizi dah offer dah tu... |
SEKALI LAGI LIM GUAN ENG MENGECEWAKAN "ORANG MELAYU"!! Posted: 02 Nov 2012 06:12 AM PDT Sekali lagi Lim Guan Eng mengecewakan orang melayu... Lim Guan Eng telah mengambil tindakan yang tidak disukai oleh orang melayu.. Nampaknya segala usaha-usaha orang melayu untuk menghalang Lim Guan Eng dari melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan kehendak orang melayu sudah gagal..!!! Sabar.. lihat fakta dulu... Orang Melayu kecewa yang dimaksudkan adalah Melayu UMNO... Tindakan Lim Guan Eng yang tidak disukai oleh Melayu UMNO ini adalah Kerajaan Pulau Pinang terus memartabatkan Islam,sekaligus mengecewakan UMNO... UMNO kecewa kerana tidak dapat mainkan isu DAP pinggirkan melayu dan Islam Pulau Pinang.. Usaha UMNO untuk menggambarkan LGE ini sebagai anti Islam sentiasa gagal.. ini kerana semenjak Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang,peruntukan yang diberi kepada kegiatan Agama Islam di Pulau Pinang adalah melebihi berbanding semasa Pulau Pinang di bawah BN-GERAKAN dahulu.. Kalau nak tengok perbezaannya tengok sini.. Islam, Sekolah Agama Rakyat, masjid dan surau terbela di Pulau Pinang. GEORGE TOWN 2 NOVEMBER: Tuduhan UMNO/BN bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP sebagai "anti-Islam" terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) itu terus "Memartabatkan Agama Islam" dalam Belanjawan Pulau Pinang 2013 yang bertemakan Agenda Ekonomi Saksama. Selain menjadikan masjid dan surau sebagai institusi merangkumi aktiviti kemasyarakatan, sebanyak RM13.84 juta daripada RM46.42 juta peruntukan bagi memartabatkan agama Islam disediakan untuk pembangunan sekolah agama rakyat (SAR). Ia berbeza sama sekali dengan Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2013 yang tidak menyediakan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat. Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk pembangunan agama Islam bagi 2013 termasuk usaha meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambil kira prasarana mesra OKU. "Masjid terbabit ialah Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. "Pembinaan masjid yang mengambil kira prasarana seumpama itu dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut," katanya. Pada Belanjawan Pulau Pinang 2012, kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM22.8 juta untuk pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong, untuk khariah Masjid Cherok Tok Kun Atas dan khariah Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat manakala RM2 juta diperuntukan untuk pengambilan balik tanah bagi pembangunan Sekolah Agama Rakyat. Katanya, ini membuktikan tuduhan UMNO-BN bahawa Kerajaan Pulau Pinang "anti-Islam" adalah meleset sama sekali kerana realitinya, kerajaan negeri sangat prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan agama Islam dan meliputi semua kaum di negeri itu .Roket Kini |
VIDEO PBT MELAKA HALAU DAP YANG INGIN BANTU MANGSA RIBUT AYER KEROH HEIGHT, MELAKA Posted: 02 Nov 2012 05:24 AM PDT Kita semua tahu kebelakangan ini banyak berlaku hujan lebat dan ribut di beberapa tempat di pantai Semenanjung.. banyak kawasan yang dilanda ribut mengalami banjir kilat dan kerosakan harta benda.. Baru-baru ini 86 kediaman di Taman Ayer Keroh Height,Melaka mengalami kerosakan akibat ribut. Sudah menjadi kebiasaan mangsa-mangsa bencana alam ini akan dibantu oleh pelbagai pihak termasuk NGO dan juga parti-parti politik... ini sudah menjadi kelaziman bukannya sesuatu yang pelik dan aneh.. Tambahan pula jika yang membantu itu adalah UMNO,maka ianya akan diulang siar di TV3 dan RTM berulangkali berhari-hari.. Kita tak marah jika UMNO datang membantu dan PBT juga tidak pernah menghalang sekiranya UMNO mendirikan khemah untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam malapetaka.. Namun keadaan yang sangat berbeza di hadapi oleh DAP yang berhasrat menghulurkan bantuan kepada mangsa ribut di kawasan perumahan Ayer Keroh Height,Melaka baru-baru ini... DAP dihalang dari mendirikan khemah yang meletakkan barangan bantuan untuk diberikan kepada mangsa.. Walaupun berkali-kali diterangkan bahawa Khemah itu didirikan hanya semata-mata untuk membantu mangsa ribut... pegawai Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya langsung tidak memberikan peluang.. malah mengeluarkan notis supaya khemah tersebut dibuka dalam tempoh sejam.. Malah pegawai berkenaan siap menyuruh rakan mereka menghubungi Polis.. seolah-olah kes tersebut adalah kes jenayah.. padahalnya program berkenaan hanyalah program bantuan kepada rakyat.. Pegawai berkenaan siap tanya "ada lesen..?" "ada permit..?" Apa punya bangang le puak-puak ni.. UMNO pasang khemah bantuan bencana tu ada permit ker..? Salah ke kalau DAP berhasrat nak beri bantuan kepada mangsa ribut..? Usaha murni sedemikian dihalang hanya kerana yang menghulurkan bantuan tu adalah DAP.... kesian puak-puak agen UMNO yang begitu takut dengan usaha murni pemimpin Pakatan Rakyat... Nak tengok videonya.. tengok sini.. Satu soalan.. kalau UMNO melakukan perkara yang sama,adakah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan mengambil tindakan yang sama..? |
PERHIMPUNAN DI SEREMBAN ESOK TETAP DITERUSKAN!!! Posted: 01 Nov 2012 08:42 PM PDT PETALING JAYA: Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok (Sabtu) tetap diteruskan walaupun tiada kebenaran permit daripada polis, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Beliau berkata, tidak timbul isu permit kerana tapak himpunan itu nanti akan diadakan di tanah lapang milik persendirian di Taman Seremban Jaya, kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Senawang, Seremban. "Tak perlu permit. Kalau di Dataran Merdeka sebelum ni tiada permit pun boleh berjalan, inikan pula tempat persendirian," katanya ketika dihubungi FMT. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan permit kerana penganjur gagal mengisi maklumat permohonan dengan lengkap. Sekaligus perhimpunan itu dianggap sebagai melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan sewajarnya. Namun Mat Sabu berkata beliau mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada polis bagi memastikan program pada hari itu berjalan lancar. Beliau juga optimis himpunan itu nanti akan mendapat sambutan sekurang-kurangnya 50,000 penyokong. Ini merupakan kali ketiga lokasi berubah selepas usaha untuk menganjurkan himpunan di Majlis Perbandaran Seremban terpaksa ditukar kerana gagal mendapat kebenaran daripada pihak perbandaran dan polis. Penganjur juga pada awalnya merancang untuk mengadakan himpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil namun dalam sidang media mengumumkan terpaksa ditunda atas alasan mahu memberi laluan kepada perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF 2012. Namun, FMT mendapati tiada sebarang perlawanan berlangsung di Bukit Jalil pada hari berkenaan, sebaliknya Piala Suzuki bermula pada 24 November depan di Stadium Rajamangala, Bangkok. Manakala Stadium Nasional hanya digunakan untuk perlawanan antara Harimau Malaya menentang Singapura pada 25 November ini. Himpunan besar-besaran bagi mengumpul kekuatan sejuta penyokong di Bukit Jalil katanya akan diteruskan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada tahun depan. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment