Liang Lahad.... |
- GAMBAR YANG TIDAK PATUT KITA BENARKAN PEJUANG PALESTIN MELIHATNYA!!
- TERBAIK!! KERAJAAN PR SELANGOR JIMATKAN WANG RAKYAT RM80 JUTA SETAHUN APABILA TAMATKAN ALAM FLORA!!
- MANGSA METER DIGITAL TNB - BIL LETRIK DARI RM8.75SEN MENINGKAT JADI RM100 SETIAP BULAN!!
| GAMBAR YANG TIDAK PATUT KITA BENARKAN PEJUANG PALESTIN MELIHATNYA!! Posted: 19 Nov 2012 10:12 AM PST Di Malaysia dan di negara-negara Islam yang lain mengadakan kempen memboikot restoran makanan segera McDonald,kerana McDonald adalah penyumbang dana kepada Israel sejak lebih 30 tahun yang lalu.. Namun.. keputusan memboikot produk makanan McDonald tersebut dibalas pula oleh McDonald dengan menawarkan 200 ribu burger percuma kepada 1,000 pelanggan pertama di setiap rangkaian mereka di negara ini semalam (isnin) Ingatkan kempen burger percuma oleh McD tu gagal dan tak dapat sambutan dari melayu Islam di negara ini.. rupa-rupanya kita tersalah perkiraan.. orang melayu Islam lebih ramai yang beratur bagi mendapatkan sebiji burger percuma.. Seolah-olah si ibu palestin ini keseorangan dalam menghadapi penderitaan dan kesedihan akibat dari kezaliman yahudi yang telah membunuh anaknya.. saudara seislamnya di negara Malaysia ini tidak mampu membantunya walaupun dengan ujian menahan diri dari memakan sebiji burger!! Dan gambar di bawah ini adalah gambar yang tidak sesekali kita patut benarkan pejuang Palestine (yang kini sedang berjuang bermati-matian, sambil di dalam hatinya berharap umat Islam dan seluruh manusia di muka bumi ini melakukan sesuatu bagi membantu mereka) melihatnya.. Gambar yang menunjukkan betapa murahnya nilai kesungguhan kita dalam menyelami penderitaan rakyat Palestine.. Berbeza dengan Kempen memboikot McD ini diluar negara... di luar negara kempen boikot ini berjalan dengan serius sekali.. kesungguhan mereka boleh kita lihat di dalam gambar ini.. Mungkin ada yang berkata.. "alah,memang aku ambik burger free tu,tapi tak bermakna aku sokong yahudi.." Soalnya sekarang adalah penyatuan.. penyatuan kita dalam sesuatu hal demi menunjukkan yang umat Islam seramai lebih 1 bilion ini tidak boleh diperlakukan sebagaimana yahudi memperlakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin sedemikian rupa... Juga penyatuan sebagai isyarat kepada pihak Amerika dan yahudi bahawa sekiranya kamu sakiti saudara seislam kami di palestin,pasti kami akan bertindak ke atas kamu..!! itulah isyarat yang kita mahu mereka ketahui.. Tetapi kalau dalam hal memboikot barangan seperti McD ni pun kita dah gagal.. macam mana kita nak kata yang kita akan sanggup bermati-matian demi Islam..? Senjata burger yang dihantar pun kita dah kalah...!! | ||
| TERBAIK!! KERAJAAN PR SELANGOR JIMATKAN WANG RAKYAT RM80 JUTA SETAHUN APABILA TAMATKAN ALAM FLORA!! Posted: 19 Nov 2012 08:23 AM PST Kerajaan Pakatan Rakyat sememangnya benar-benar mengambil berat akan kepentingan wang rakyat dan memastikan agar ianya dapat dijimatkan semaksimum mungkin dan digunakan dengan sebaik-baiknya.. Tidak seperti BN yang hanya tahu memikirkan bagaimana caranya untuk menafaatkan wang rakyat bagi kepentingan diri dan kroni mereka sahaja... Sebagai contoh.. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat menjimatkan sebanyak RM80 juta setahun apabila pengurusan sampah diambil alih kerajaan negeri daripada Alam Flora Sdn Bhd.. Wang rakyat dapat dijimatkan sebanyak RM80 juta.. jika di bawah BN,RM80 juta ini masuk ke syarikat kroni mereka,Alam Flora.. sedangkan dengan wang sebanyak RM80 juta ini banyak perkara yang dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berjaya menjimatkan lebih RM80 juta setahun selepas kutipan sisa pepejal negeri itu diuruskan sendiri pihak berkuasa tempatan – berbanding sewaktu ia diuruskan Alam Flora Sdn Bhd. "Wang penjimatan ini kita salurkan semula kepada rakyat sejajar dengan semangat "Hasil Negeri untuk Rakyat" melalui skim pemberian 25 peratus rebat cukai pintu kepada rumah flat kos rendah di seluruh Selangor," katanya sewaktu membentangkan belanjawan Selangor bagi tahun 2013. Alam Flora dilapor menghentikan kutipan sisa pepejal di Selangor pada 16 Oktober 2011 selepas Selangor memutuskan mengambil alih perkhidmatan berkenaan. Sebelum itu Khalid sekali lagi menegaskan bahawa perjanjian perkhidmatan yang dimeterai di antara kerajaan negeri dahulu dan Alam Flora berat sebelah dan merugikan rakyat Selangor. Bagaimanapun, Selangor sentiasa berunding dengan Alam Flora untuk menyelesaikan baki tunggakan hutang, katanya. "Hasil daripada semakan yang kita lakukan, kerajaan negeri akan membuat tuntutan balas kepada Alam Flora kerana kebanyakan kompaktor dan mesin yang dipulangkan kepada kita (berada) dalam keadaan yang sangat teruk," katanya. | ||
| MANGSA METER DIGITAL TNB - BIL LETRIK DARI RM8.75SEN MENINGKAT JADI RM100 SETIAP BULAN!! Posted: 18 Nov 2012 09:25 PM PST Selepas TNB menukarkan meter lama kepada meter digital.. ramai rakyat Malaysia yang mengeluh mengenai bil semasa yang tinggi dari kebiasaan... Ini dinamakan kenaikan bil secara senyap-senyap... tiada pengumuman kenaikan tarif tetapi bil para pengguna melambung tinggi.. ini yang dinamakan kezaliman alaf baru..
Presiden Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia, M Arjunan berkata, lebih 50 aduan mengenai masalah bil elektrik naik mendadak diterimanya sejak penukaran meter manual kepada sistem digital itu. Menurutnya, rumah persinggahannya di Bukit Beruntung turut mengalami nasib sama apabila bil semasa RM8.75 meningkat RM100 hampir setiap bulan. "Pada Mac lalu, bil dikenakan RM8.75 dan saya terkejut apabila bil Ogos mencecah RM1,211. "Apabila dirujuk kepada TNB, mereka memaklumkan berlaku kesilapan kiraan atau terlebih caj sebanyak RM393.79 menjadikan bil tertunggak yang dikeluarkan November lalu ialah RM928," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, satu laporan dibuat berhubung insiden itu kerana didakwa sengaja menganiaya pengguna melalui meter yang boleh diselaras untuk meningkat atau merendahkan bacaannya. Menurutnya, pendedahan dibuat kepada media bukan untuk publisiti tetapi meningkatkan kesedaran pengguna khususnya yang mengalami nasib sama tetapi tidak membuat aduan. "Setiap bulan, sekurang-kurangnya hanya satu atau dua hari sahaja saya akan singgah di rumah berkenaan kerana tinggal di Ipoh tetapi bil yang diterima luar biasa dan terlalu banyak. "Jiran turut terkejut melihat bil semasa rumah persinggahan itu apabila purata bulanan mencecah RM100 sedangkan mereka yang tinggal secara tetap hanya dikenakan sekitar RM50 sebulan," katanya. Arjunan berkata, beliau turut merujuk masalah itu kepada juruteknik elektrik dan dimaklumkan meter digital berkenaan mudah diubah bacaannya berbanding sistem manual. Oleh itu, beliau meminta individu atau keluarga yang mengalami nasib sama sepertinya tampil supaya usaha membawa masalah berkenaan kepada TNB dapat dilakukan. "Mereka boleh menghubungi 013-7726777 atau 013-5227795 untuk berkongsi masalah mereka mengenai bebanan bil elektrik. "Satu protes akan dibuat jika perlu sekiranya TNB gagal menyelesaikan masalah pengadu dalam tempoh ditetapkan sebagai menuntut hak keadilan memandangkan bukan semua pengguna golongan berkemampuan," katanya. |
| You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






No comments:
Post a Comment