Liang Lahad....

Liang Lahad....


NAJIB BIMBANG DENGAN KEGANASAN ISRAEL,TAPI TIDAK MAHU HENTIKAN PERDAGANGAN DENGAN ISRAEL??

Posted: 17 Nov 2012 11:00 AM PST

Kebiasaan orang munafik adalah cakapnya lain buatnya lain..
cakap sokong Islam,tapi menolak Islam..
cakap nak bantu Islam,tapi merekalah yang menyusahkan Islam..

Itulah yang mungkin boleh kita umpamakan dengan Najib Razak ni..
Najib melahirkan kenyataan konon-kononnya beliau bimbang dengan apa yang sedang berlaku di Gaza,iaitu Israel kini menyerang ummat Islam Palestine tanpa belas kasihan..



Najib hanya mampu melahirkan kebimbangan beliau dengan kekejaman Israel..
tetapi Najib tidak mampu untuk menghentikan penghantaran bekalan minyak sawit ke Israel..
Najib sebagai seorang Perdana Menteri yang mempunyai kuasa untuk melakukan sekatan ke atas perdagangan dengan Israel,tidak mahu melakukannya..

Kita mungkin tiada senjata dan kelengkapan perang yang lengkap dan canggih untuk bertindak dari segi ketenteraan terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestine..

Tetapi kita mempunyai hubungan dagang dengan Israel yang boleh kita sekat bagi menunjukkan kita tidak setuju dengan keganasan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestine yang tidak berdosa.. 

Di bawah ini adalah beberapa bukti perdagangan Malaysia dengan Israel..
bagaimana Malaysia meminda akta bagi membolehkan perniagaan dengan Israel dilakukan..
 
llk

Di bawah ini pula adalah jadual kapal dari Israel ke Pelabuhan Klang..
kekerapan jadual kapal Israel ke Malaysia ini sangat mengejutkan kita..
kerana selama ini konon-kononnya Malaysia tidak mengiktiraf Israel..
namun aktiviti perdagangan menunjukkan sebaliknya..


Ini adalah bukti dokumen aktiviti di Pelabuhan Klang yang menerima kemasukan kapal Isreal..


Ini pula kapal ZIM USA,sebuah syarikat yang pegangan sahamnya dimiliki oleh Israel sebanyak 98% yang berlabuh di Pelabuhan Klang dari Haifa,Israel..
laporan mengenainya sili baca sini [KAPAL ISRAEL BERLABUH DI MALAYSIA]


Sudahlah Malaysia di bawah kepimpinan Najib tidak mahu menghentikan perdagangan dengan Israel..

Malaysia dengan selamba pula menghentikan pembekalan minyak sawit ke Negara Iran hanya kerana mahu menurut kehendak Israel yang sememangnya mahu menekan ekonomi Negara Iran..
sebuah negara yang sangat ditakuti oleh Israel..

Konon-kononnya bila Israel tak suka dan marah dengan pembinaan senjata nuklear Iran (yang sehingga kini masih tidak dapat dibuktikan degan jelas dan tepat),Malaysia juga seolah-olah mahu turut sama menunjukkan perasaan yang sama seperti Israel itu...
 

Dan sekarang Najib mahu mengatakan beliau bimbang dengan keganasan tentera Israel di Gaza..?


KETUA PEMUDA UMNO PERLIS TAK JADI LETAK JAWATAN PULAK DAH!!

Posted: 17 Nov 2012 08:49 AM PST

Ketua pemuda UMNO Perlis yang meletakkan jawatan dan mengumumkannya di dalam facebook kelmarin,kini menarik balik hasrat beliau itu..

Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff mengumumkan perletakan jawatan tersebut kelmarin dengan alasan beliau sudah penat dan mahu berehat dari politik kerana sudah 3 tahun memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Perlis..
baca sini berita perletakan jawatan beliau [KETUA PEMUDA UMNO PERLIS LETAK JAWATAN



Kini macam mana pulak boleh tiba-tiba tak penat ni..
beliau tidak lagi penat selepas sahaja selesai berbincang dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Khairy Jamaluddin..


Selepas berbincang,beliau tidak lagi penat dan tidak jadi meletakkan jawatan..

Nampak gayanya kalau macam ni,bukan badan beliau yang penat..
tapi "poket" yang dah penat kot..
bila dah jumpa Kahiry,ada le sesuatu tu..
tidak le penat lagi gamaknya..

Memang dasar perangai UMNO..
kalau tak dicalon.. tak dapat projek,terus letak jawatan..
bila di janji dengan sesuatu,terus tak jadi letak jawatan..
macam budak-budak..

KERETA TELAH DILAPORKAN DICURI TAPI TETAP TERIMA SAMAN AES!!

Posted: 17 Nov 2012 12:29 AM PST

Sudah lah kerugian sebanyak RM15,000 akibat dari keretanya dicuri,di saman pulak oleh mesin pembuat duit kerajaan BN,AES..

Saman AES di terima seminggu selepas kereta beliau di curi..
dan saman itu dikeluarkan ketika pencuri kereta beliau memandu melebihi had laju di lebuhraya utara selatan berhampiran Taiping pada 27 October 2012 yang lalu,sehari selepas kereta beliau dicuri..

Nampak sangat sistem AES ini hanya berfungsi untuk menyaman pemandu sahaja.. tak cek terlebih dahulu,janji saman tetap saman!!


Sepatutnya sebelum surat saman dihantar kepada pemilik,status kereta berkenaan sepatutnya sudah pun diperiksa dan sepatutnya sistem yang ada  sudah pun dapat mengesan dari awal lagi bahawa kereta berkenaan telah pun dicuri kerana laporan polis mengenai kecurian kereta berkenaan sudah pun dibuat pada hari ianya dicuri..

Ini lah yang dihadapi oleh seorang setiausaha sebuah syarikat swasta,Ng Lee Kee, 33 tahun..

Kereta model Proton Saga Aeroback berwarna merah jingga miliknya hilang ketika dia menghadiri mesyuarat di Taman Canning pada 26 Oktober lalu.

"Sewaktu kejadian, saya meletakkan kereta berhampiran dengan lokasi mesyuarat diadakan lebih kurang jam 7 malam.

"Bagaimanapun, selepas mesyuarat tamat pada jam 9.45 malam, saya mendapati kereta hilang sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam pada hari yang sama bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.


Cuba bayangkan kalau orang menggunakan plet kereta palsu yang sama dengan plet kereta kita..
saman akan dikeluarkan atas nama kita..

Lepas tu,kita terpaksa ambil cuti,turun naik pejabat JPJ dan silap-silap haribulan kita kena turun naik mahkamah hanya kerana mahu membuktikan kita tidak memandu di jalan dan waktu yang tertera di dalam saman AES tersebut akibat dari orang lain menggunakan plet palsu yang sama dengan plet kereta kita...


 

No comments:

Post a Comment