Liang Lahad....

Liang Lahad....


JAMBATAN PASANG SIAP TAK SELAMAT,41 TAHUN JALAN TAK BERTURAP DENGAN ALASAN TIADA PERUNTUKAN!!

Posted: 16 Nov 2012 12:24 AM PST

Negeri Sembilan perlukan perubahan kali ini..
kasi tukar satu kali...

Apabila jambatan yang selamat pun gagal dibina dan jalan tidak berturap selama berpuluh-puluh tahun dengan alasan tiada peruntukan sudah cukup untuk rakyat Negeri Sembilan melakukan perubahan..

Tiada peruntukan selama berpuluh tahun memang satu alasan yang tak logik...


KUALA KLAWANG - "Kadangkala saya terpaksa meredah air Sungai Klawang untuk membawa peralatan memasak dari rumah ke kedai makan berikutan tidak berani menggunakan jambatan," kata seorang penduduk, Zainah Abdul Hamid, 57.

Zainah berkata, jambatan pasang siap yang diperbuat daripada besi itu licin dan bahaya untuk digunakan bila hujan.

 
Menurutnya, kebiasaannya jambatan itu digunakan keluarganya untuk ke rumah saudaranya yang berada di sebarang sungai.

"Kaki anak saya pernah tersepit di antara besi jambatan itu ketika mahu menghantar makanan ke rumah saudara kami.

Jambatan pasang siap yang menghubungkan rumah Mat Rodi dan saudaranya 
 "Selain itu, kawasan jambatan ini juga gelap kerana tiada lampu jalan," katanya yang sudah tiga tahun mengusahakan kedai makan.

Sementara itu, suaminya, Mat Rodi Lazim, 61, berkata, jalan yang menghubungkan rumahnya dengan jalan utama juga tidak pernah diturap.


Menurutnya, berikutan masalah itu, bila hujan dia akan tinggal sementara waktu di kedai makan miliknya yang terletak di Kampung Batu Serambai kerana jalan yang menghubungkan rumahnya tidak boleh dilalui.

"Bila hujan jalan yang menghubungkan rumah saya akan becak dan bahaya dilalui terutama pada waktu malam.

"Sejak saya mendiami rumah di pinggir Kampung Kemin ini 41 tahun lalu, jalan di kawasan berkenaan tidak pernah diturap," katanya.

Mat Rodi yang juga pesara tentera berkata, jalan ke rumahnya juga berada berhampiran sungai dan kini keadaannya semakin terhakis.

Dalam pada itu, Mat Rodi berkata, dia sudah membuat aduan ke Pejabat Daerah dan Tanah, ketua kampung dan wakil rakyat tetapi sehingga kini masih sama.

"Antara jawapan yang diberi kepada kami ialah tiada peruntukan untuk membina jalan dan jambatan tetapi sampai bila kami harus tunggu," katanya yang memiliki enam anak.

KEJATUHAN PEMERINTAHAN AKIBAT KEGAGALAN PEMIMPIN,KATA RAJA NAZRIN DEPAN MUKA ZAMBRY

Posted: 15 Nov 2012 11:48 PM PST

Barulah aku faham kenapa kepimpinan UMNO Perak tidak begitu sebulu dengan Pemangku Sultan Perak, iaitu Raja Dr. Nazrin Shah ni..

Hari ni Raja Nazrin mengingatkan Zambry bahawa sejarah kejatuhan sesebuah empayar dan pemerintahan itu berpunca daripada kegagalan pemimpin..
kata-kata Raja Nazrin itu diucapkan di hadapan muka Zambry,Menteri Besar Perak yang berkuasa hasil dari rampasan kuasa..
 
Raja Nazrin memahami tuntutan rakyat jelata yang rata-ratanya kini sudah melakukan perubahan minda..

Raja Nazrin faham rakyat tidak lagi boleh dikongkong atau diperbodohkan
seperti yang kerajaan BN lakukan sebelum ini..
rakyat sudah berhijrah diperingkat minda dan bijak menilai sesuatu isu dan semakin tahu apa hak-hak mereka..

Raja Nazrin mahu pemimpin kerajaan supaya lebih memahami kehendak rakyat..
kegagalan kerajaan untuk berhijrah selari dengan perubahan yang dimahukan rakyat akan mencetuskan masalah besar...

Semua orang tahu,bahawa BN dan UMNO tidak pernah mahu memahami apa sebenarnya yang rakyat mahukan..
kerajaan melihat jika rakyat merungut.. kerajaan hulurkan bantuan RM500, selepas beberapa hari RM500 pun habis dan keadaan angkuh BN tetap seperti sediakala.. tidak pernah berubah..

Kegagalan pemimpin - Raja Nazrin..

"Sejarah sudah menunjukkan bahawa antara punca kejatuhan empayar dan kejatuhan pemerintahan adalah kegagalan di peringkat pimpinan untuk melakukan penghijrahan secara bijaksana dalam mengurus tadbir sesebuah empayar atau negara.  

"Perlu disedari, bahawa penghijrahan itu umumnya mula tercetus sebagai idea di dalam minda dan aktif bergerak dalam minda.  Minda yang aktif adalah yang banyak berfikir, sering mencetuskan pemikiran baru, pemikiran yang menuntut kepada perlunya penghijrahan," titah baginda.

Raja Nazrin yang tak terlibat dalam politik pun faham..
tetapi UMNO yang sudah berkuasa selama 55 tahun tidak pernah nak faham..

BN BAKAL KALAH DI PERLIS!! KETUA PEMUDA UMNO PERLIS LETAK JAWATAN!!

Posted: 15 Nov 2012 08:29 PM PST

Di saat hampirnya PRU-13..
Ketua Pemuda UMNO mengisytiharkan meletakkan jawatan beliau di dalam UMNO..

Pengumuman perletakan jawatan tersebut di umumkan di lama Facebook dan memberitahu akan menghantar surat perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO dan lain-lain jawatan di dalam UMNO kepada Presiden UMNO,Najib Razak..




Alasan adalah penat..?
sesiapa yang terlibat dengan politik secara aktif sudah tentulah tidak akan percaya dengan alasan "penat" seperti ini..

Lebih-lebih lagi beliau hanya baru 3 tahun memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri Perlis..
mana boleh penat..

Kalau pasal kecewa sebab nama tak naik jadi calon pada PRU13 ni mungkin orang boleh terima..
sebab itu memang biasa terjadi dalam UMNO..

Kalau UMNO Perlis dah retak seperti ini,agaka-agak BN boleh pertahankan Perlis tak..?

No comments:

Post a Comment