"tukanglawan"

"tukanglawan"


PERKASA adakan sidang khas dalam UiTM Shah Alam untuk kempen UMNO

Posted: 27 Oct 2012 06:30 AM PDT


Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof. Ir Dato. Dr. Sahol Hamid berkenaan dengan keadaan institusi pengajian tinggi yang harus bebas daripada cengkaman dan pengaruh politik luar.

Beliau merujuk kepada keadaan huru - hara yang boleh berlaku disebabkan pengaruh parti politik luar. Masih segar diingatan saya bahawa beliau mengatakan dengan adanya pengaruh parti politik di dalam kampus akan menyebabkan mahasiswa melayu berpecah - belah dan melemahkan masyarakat melayu khasnya. Selain tu, mahasiswa akan leka dan lupa kepada matlamat asal ke menara gading iaitu belajar bagi membela nasib anak bangsa.



Namun begitu, pada 21 Oktober 2012 yang lepas, telah diadakan satu Persidangan Khas PERKASA negeri Selangor di Dewan Agong Tunku Canselor, UiTM Shah Alam.



Saya mengakui bahawa PERKASA merupakan Non - Governmental Organisation (NGO) Melayu yang menjadi kumpulan pendesak. Tetapi, jelas PERKASA sememangnya berpihak kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan bukanlah badan neutral seperti yang digembar - gemburkan.

Buat pengetahuan pembaca, saya pernah berbual  beberapa kali dengan pimpinan kampus UiTM yang 'rasional'. Mereka menyatakan bahawa jika hendak di bawa badan yang tajam kepada kerajaan seperti Bar Council, SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya, pasti akan ditolak oleh pihak pentadbir. Namun, mereka akan lembut apabila sesuatu program ini hendak diadakan kerjasama dengan Pemuda UMNO, Barisan Nasional, Jaringan Melayu ataupun PERKASA.


Antara yang berucap dalam persidengan tersebut adalah Datuk Ibrahim Ali sendiri sebagai Presiden PERKASA, ucapan beliau seperti biasa berapi - api dan penuh dengan sentimen. Terdapat beberapa perkara yang saya kira sebagai unsur perkauman dan hasutan. Antaranya :

a) Kita perlu kekalkan UMNO sebagai pemerintah, tanpa UMNO punahlah masyarakat Melayu. Malaysia akan diperintah oleh cina.
b) Anwar Ibrahim adalah peliwat sejak zaman sekolah dan universiti, saya kenal siapa Anwar sebenarnya. Hanya mahkamah yang tidak dapat membuktikan perkara tersebut. Sebab itu Anwar terlepas.
c)Nik Aziz hanya bagi RM500 untuk bina jalan tar. Apa kejadah ? Nik Aziz itu 'barang' pun dah tak naik sibuk nak jadi MB Kelantan lagi.
d) Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah Kafir Harbi.

Banyak lagi sebenarnya kenyataan yang bakal merungsingkan pembaca apabila diceritakan nanti. Tapi, saya berasa gusar bagaimana NC UiTM membenarkan persidangan berunsur politik seperti ini diadakan di dalam UiTM kampus Shah Alam sedangkan ini terang - terangkan ingin menghasut masyarakat supaya berpecah - belah.

Tambahan pula, UiTM membenarkan badan yang berpihak kepada kerajaan mengadakan program. Tetapi, mengapa pula apabila SUHAKAM, SUARAM dan seumpamanya ingin menggunakan ruang awam UiTM mereka ditegah ? Itu saya musykil .



Sila lihat nama nombor 6. Saya tuntut Naib Canselor UiTM supaya respon.

Adakah ini tindakan terdesak UMNO dan proksinya supaya dapat berkempen ?

Adakah ini perbuatan yang bertanggungjawab dan jujur selepas beberapa kenyataan dikeluarkan?

SAYA MUSYKIL

Waallahualam..

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Chua Soi Lek Cemerlang Putar Belit Statistik

Posted: 27 Oct 2012 04:00 AM PDT

Dakwaan akhbar The Star dan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek berhubung kenaikan harga rumah yang terlampau tinggi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga membebankan rakyat disifatkan sebagai tidak tepat, tidak masuk akal malah berniat jahat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam satu kenyataan media menjelaskan, statistik yang digunakan akhbar itu hanya untuk daerah tertentu di Penang dan tidak mencerminkan seluruh negeri.

Beliau berkata, data yang digunakan untuk membuat perbandingan tersebut juga adalah perbandingan di antara Selatan-Barat dan Utara-Timur daerah Pulau Pinang.

"Saya ingin mengucapkan tahiah kepada Dr Chua Soi Lek dan The Star atas 'kecemerlangan' mereka dalam memanipulasi statistik. Apa yang mereka lakukan ialah mengambil harga purata tahun lepas dan kemudian membandingkannya dengan harga maksimum bagi setiap jenis harta tanah, seperti yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

"Sebagai contoh, harga purata pangsapuri atau kondominium di daerah Utara-Timur Q1 sememangnya bernilai RM450,286 seperti yang dilaporkan sebelum ini. 

Harga ini kemudian digunakan oleh The Star untuk membuat perbandingan kepada Laporan Stok terbaru oleh JPPH yang menyatakan bahawa harga pangsapuri atau kondominium di Daerah Timur Laut Pulau Pinang bernilai antara RM170,000 kepada RM2. 7 juta.

"Untuk membandingkan harga tahun ini harga purata tahun lepas adalah benar-benar keterlaluan," katanya.

Justeru katanya, akhbar itu perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada institute berkenaan bagi memastikan orang ramai tidak terkeliru dengan fakta sebenar.

The Star dalam laporannya sebelum ini bertajuk "Properties in Penang only for the rich, says Chua" mendakwa harga hartanah di Pulau Pinang meningkat secara drastik iaitu pada kadar 400%" dalam tempoh setahun.

Laporan itu bagaimanapun disangkal Ketua Menterinya Lim Guan Eng


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Penambakkan Pantai Port Dikson Akan Bawa Bencana

Posted: 27 Oct 2012 02:00 AM PDT

Hampir 100 orang terdiri daripada peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Wisma Negeri di Seremban, Negeri Sembilan Semalam  bagi membantah isu penambakan pantai Teluk Kemang yang menjejaskan pendapatan mereka.

Himpunan yang turut disertai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan itu berpunca daripada ketidak puasan hati peniaga yang mendakwa ditindas pemimpin Umno-BN termasuklah Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Port Dickson.

Demonstrasi yang bermula seawal pukul 11 pagi itu turut menyaksikan penyerahan memorandum kepada pegawai khas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah Seketariat SAMM Negeri Sembilan, Azizi Aziz berkata, penambakan pantai itu bukan hanya menggugat periuk nasi peniaga, malah turut merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai Teluk Kemang yang menjadi tumpuan pelancong.

"Penambakan pantai atas alasan 'pantai sempit' adalah tidak relevan. Ia akan menjurus kepada kerosakan ekosistem dan secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf sebagai pantai yang selesa dan selamat.

"Seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman pantai dan menyebabkan banyak nyawa yang terkorban.

"Akhirnya pantai tersebut dihindari pengunjung. Kita khuatiri pantai Teluk Kemang akan menerima nasib sama," katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, katanya, SAMM akan mengadakan satu sidang media khas dan mengatur pertemuan semua mangsa yang terlibat dengan beberapa menteri kabinet di parlimen minggu depan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Dalam demonstrasi sama, para peniaga turut membantah perancangan pembangunan yang tidak menepati spesifikasi sehingga menimbulkan tanda tanya serta menolak pembinaan longkang besar yang menyebabkan air laut Teluk Kemang menjadi keruh dan kotor.

Selain itu, peniaga turut memohon supaya gerai lama, tandas awam dan bangunan buruk diganti dengan fasiliti baru, memastikan setiap premis perniagaan memperolehi CF tepat pada masanya serta diberikan pampasan setimpal sekiranya projek penambakan ini diteruskan.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Perutusan Eiduladha Daripada Kak Wan.

Posted: 27 Oct 2012 12:00 AM PDT

"Memaknai Pengorbanan demi Keadilan"

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd. Selawat ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Eidul Adha kepada seluruh warga Muslim di Malaysia. Marilah kita bersama-sama doakan kesejahteraan mereka yang sekarang ini sedang melakukan ibadah di Padang Arafah supaya memperoleh haji yang mabrur dan diberkati. Semoga selamat dalam urusan harian di sana dan selamat kembali ke tanahair, Insya Allah.

Eiduladha juga sering disebut sebagai hari raya haji atau hari raya korban. Apakah yang boleh dimaksudkan dengan pengorbanan. Ianya adalah satu proses kesetiaan, ketaatan dan keikhlasan. 

Lihatlah bagaimana ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang redha menerima perintah Tuhan untuk mengorbankan putera baginda Ismail a.s. Namun, ketaatan yang wujud dalam diri Ibrahim a.s itu sangat mengujakan sehinggakan Ismail.a.s juga redha dengan ketentuan yang telah diperintahkan.

Begitulah, kisah ini terkait dalam kehidupan hari ini bahawa pengorbanan adalah ketaatan dan kesetiaan dalam perjuangan yang meletakkan Islam itu dikedudukan yang tinggi.

Islam juga menggalakkan umatnya yang berharta dan mampu untuk mengorbankan sedikit daripada haknya itu untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. 

Janganlah kita lupa akan saudara kita yang menderita dengan tekanan hidup akibat krisis dan perbalahan seperti di Syria, Rohingya, Afghanistan dan serata dunia. 

Kerana bukan korbannya tidak diterima tetapi keikhlasan itu adalah lebih utama seperti kisah Qabil dan Habil yang tercatat dalam Surah Al-Maidah ayat ke 27
"Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa"

Juga di Malaysia yang terus terbeban dengan ekonomi dan kuasa membeli yang semakin rendah, anak muda yang terkesan dengan bebanan hutang belajar, graduan yang sukar mendapat kerja dan aktiviti jenayah dan moral yang semakin membimbangkan.

Jelas sekali, bahawa Islam itu mendidik umatnya agar sentiasa bersatu dan bersedia untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan agar isu yang berbangkit seperti memperlekehkan hak dan hukum Islam di Malaysia tidak akan berulang dan seterusnya Islam dapat dipertahankan. 

Oleh yang demikian Islam akan sentiasa dimartabatkan dan terus dihormati oleh semua kaum. Maka dikesempatan ini, masih ada peluang untuk kita terus memupuk masyarakat yang penyayang dan saling bantu membantu antara satu sama lain tanpa mengira latarbelakang bangsa dan ideologi politik.

Dalam konteks Malaysia, harus kita lihat pengorbanan itu dari sudut kesedian untuk istiqomah, ikhlas dan memegang amanah untuk memerangi salahgunakuasa, penyelewengan, rasuah dan penindasan. 

Tanggungjawab ini melibatkan pelbagai sektor, dari segi pendidikan, ekonomi, pekerjaan, sosial dan agama serta adat kepercayaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan negeri menjayakan apa yang telah mereka perjelaskan demi kesejahteraan hidup walaupun ada perbedaan kepentingan politik, agama dan bangsa.

Semoga kita semua dapat menghayati apa yang telah Rasulullah S.A.W nyataka semasa menyampaikan khutbah di Hujjatul Wida' (Haji Perpisahan)

"Sesiapa yang telah diamanahkan, maka tunaikanlah amanah itu kepada yang berhak menerimanya.."

Justeru, ayuhlah rakyat Malaysia khususnya dan yang Muslim khasnya, kita bersatu dan mengenepikan apa jua perbedaan dan fahaman politik antara kita. 

Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan bersyukur agar kita dapat terus mengangkat agama dan dalam masa yang sama kita memelihara hubungan yang rapat dengan kaum-kaum lain.

Selamat menyambut Eidul Adha 1433H
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Semak Bil Air Rumah Anda, Takut Syabas Kenekan Caj Komersial.

Posted: 26 Oct 2012 10:00 PM PDT

Penduduk Selangor yang masih dikenakan harga air pada tahap komersial oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) disarankan supaya merujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing untuk tindakan lanjut. 

Ia bagi membolehkan penduduk menikmati pemberian 20 meter padu air percuma yang diberikan Kerajaan Selangor dan mengelakkan mereka daripada dikenakan kadar caj perniagaan yang jauh lebih tinggi berbanding caj kediaman.

Terbaru, 23 kediaman di kawasan Pandan Perdana mengadu yang mereka dikenakan caj perniagaan oleh Syabas bermula bulan ini walaupun mereka telah menikmati air percuma pada kadar kediaman dari 2008.

Kes tersebut didedahkan Adun Teratai, Jenice Lee kepada pemberita dalam satu sidang media di sini pagi tadi.

"Penghuni yang mengalami masalah ini dinasihatkan supaya merujuk terus kepada majlis perbandaran di kawasan masing-masing bagi membolehkan PBT mengeluarkan surat rasmi yang mengesahkan premis perniagaan telah dijadikan sebagai kediaman.

"Kita tidak mahu penduduk setempat terus berhadapan masalah sama kerana ia akan membebankan mereka apabila terpaksa membayar kadar tarif air yang tinggi," katanya.

Dalam kes hari ini, 23 unit kediaman itu dikenakan caj perniagaan sejak Oktober tahun lalu akibat salah tafsir Syabas terhadap premis yang didiami penduduk.

Ekoran itu, penduduk terpaksa membayar antara RM36 hingga RM60 sebulan untuk bil air.
Bagaimanapun, setelah merujuk kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengenai perkara tersebut, Syabas akhirnya bersetuju membatalkan caj air perniagaan yang dikenakan dan mengembalikannya kepada caj air kediaman.

Jenice berkata, masih banyak lagi kediaman di kawasan Pandan Jaya dan Pandan Indah yang mengalami nasib sama.

"Justeru, penduduk perlu segera merujuk kepada MPAJ untuk tindakan lanjut. Jangan hanya berdiam diri kerana ia akan membebankan penduduk sendiri. Air percuma adalah hak rakyat Selangor," katanya lagi.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Laluan Maut KL - Rawang Perlukan Jejantas

Posted: 26 Oct 2012 08:00 PM PDT

Kerajaan diminta membina sebuah jejantas di persimpangan Lebuhraya Kuala Lumpur – Rawang menghala ke Institut Kraf Negara (IKF) di sini ekoran kekerapan kemalangan dan kesesakan yang berlaku di lalu lintas tersebut.

Penduduk di situ mengadu bahawa kemalangan serius yang meragut nyawa berlaku hampir setiap minggu kerana keadaan simpang yang tiada lampu jalan raya kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei.

"Kita mencadangkan satu jejantas bagi mengelak kemalangan daripada terus berlaku. Ini kerana pembangunan berterusan menambah bilangan penduduk dan kenderaan.

"Laluan keluar masuk di sini juga kebanyakannya digunakan pelajar terutama dari IKN yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama. Ini tentu satu keadaan yang mendesak di sini," katanya dalam sidang media sewaktu membuat lawatan di kawasa itu hari ini.

Pembangunan pesat di kawasan itu menyebabkan jumlah penduduk mencecah 2,000 orang dan pertambahan kenderaan menyebabkan kesesakan lalulintas berlaku.

Pei Nei berkata pejabatnya akan memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk membina sebuah jejantas.

"Mungkin keadaan jalan raya sedia ada tiada kelengkapan mencukupi untuk membantu satu situasi selamat bagi pengguna di sini. Kita juga terima aduan supaya lampu di jalan raya dipasang dengan lebih banyak demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

"Kita minta kementerian membuat kajian mengenai perkara ini," katanya dengan harapan tindakan segera diambil bagi mengatasinya.

Seorang peniaga, Maznah Mat Desa, 53, dari Taman Tun Teja berkata, apabila waktu kemuncak memang sukar untuk melintas di situ kerana ia merupakan laluan utama melibatkan kenderaan yang banyak dan besar seperti bas dan lori.

"Minggu lepas seorang pelajar bermotosikal berlanggar dengan seorang penunggang lain untuk keluar dari simpang ini. Sekarang dikatakan kedua-dua mangsa ditempatkan di hospital kerana cedera.

"Minggu sebelumnya  seorang lelaki melintas jalan terlibat kemalangan dengan satu kenderaan dan meninggal dunia di situ," katanya yang mendakwa berlaku tiga kemalangan di sepanjang Oktober ini.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Isu BAS, Ketua GAPS Cuba Tutup Kes Pecah Amanah.

Posted: 26 Oct 2012 06:00 PM PDT

Dakwaan terbaru Ketua Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin terhadap Menteri Besar Selangor merupakan cubaan untuk mengalihkan tumpuan terhadap kes pecah amanah yang membabitkan diri beliau sendiri.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata kes tersebut berlaku ketika Hamidzun menjadi peguam panel Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada suatu ketika dahulu.

Faekah berkata fitnah terbaru beliau bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos sewa beli bas yang digunakan pemimpin parti untuk berkempen ke seluruh negara tidak benar sama sekali.

Abdul Khalid juga dari awal lagi dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor pada bulan Ogos, mengumumkan bahawa kos bas dua tingat yang digunakan pemimpin Pakatan Rakyat untuk berkempen di seluruh negara itu ditanggungnya sendiri dan tidak melibatkan dana Kerajaan Negeri.

"Ini membuktikan bahawa sejak dari awal lagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menyembunyikan perkara ini malah mengambil sikap terbuka dan telus.

"Jika Hamidzun meragui perkara ini, beliau sepatutnya memberikan bukti kukuh bukannya membuat tuduhan sewenang-wenangnya," menurut Faekah di dalam satu kenyataan media.

Menurut Faekah lagi, Abdul Khalid juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Hamidzun berterusan menjaja fitnah di media tanpa memberikan sebarang bukti.
Dakwaan Hamidzun telah dilaporkan di dalam sebuah akhbar dan beberapa laman web berita.

"Malah, pihak media juga sepatutnya berasa bimbang dan berfikir banyak kali sebelum menyiarkan dakwaan Hamidzun jika dakwaan itu tidak disertakan dengan bukti-bukti.

"Tan Sri Abdul Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini pernah dilemparkan pelbagai tuduhan tetapi selepas disiasat pihak berkuasa, ternyata ia tidak benar.

"Malah, seorang individu pernah diarah membuat kenyataan mohon maaf di media kerana membuat fitnah. Kejadian ini diharap boleh menjadi pengajaran kepada Hamidzun," menurutnya lagi.

Faekah turut menganggap penubuhan GAPS semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid.

Ianya dibuktikan apabila GAPS hanya mendiamkan diri berhubung isu kolam udang dan pemilikan tanah di Tanjung Karang oleh Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan isu sumbangan RM 40 juta kepada Umno Sabah yang merupakan antara isu hangat di media hari ini.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Isu Air Selangor, 80 NGO Sokong Kerajaan Pakatan Selangor.

Posted: 26 Oct 2012 04:00 PM PDT

80 Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka Solidariti Hijau daripada seluruh negara menyerahkan memorandum sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu air.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil NGO, Zulkefly Mohamad Omar kepada Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

Menurut Zulkefly, kandungan memorandum itu menyatakan sokongan terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu yang meringankan bebanan rakyat.

"Usaha Kerajaan Negeri ini perlu dialu-alukan dan dijadikan tanda aras dalam memberikan kemudahan kepada rakyat," katanya.

Ujar beliau, air adalah hak rakyat yang perlu dipertahankan dengan tidak boleh dikomersilkan yang hanya berasaskan keuntungan.

"Kerajaan Pusat seharusnya juga memberikan peluang kepada Kerajaan Negeri dan memberikan kerjasama yang akan memudahkan rakyat dengan tidak isu air ini tidak dipolitikkan," katanya.

Sementara itu Abdul Khalid berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran delegasi NGO-NGO itu yang prihatin terhadap isu air agar dapat ditangani dengan cara terbaik oleh Kerajaan Negeri.

"Isu air ini dilihat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini dan juga Kerajaan Pusat dengan tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kita mesti tidak menjadikan air itu alat untuk perniagaan, dan kini Kerajaan Negeri sedang membetulkan usaha itu," katanya.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment