Liang Lahad....

Liang Lahad....


ANWAR DITANYA SUDAH HAJI KE BELUM?

Posted: 27 Oct 2012 08:29 AM PDT

Mentang-mentang UMNO berbangga Najib dikawal hampir 30 orang pengawal keselamatan semasa melakukan tawaf di Masjidilharam,satu tempat di dalam dunia yang sepatutnya tidak membezakan pangkat,darjat dan harta..

Najib dikawal rapi semasa tawaf dengan penuh kelapangan kerana ruang berjalan,ruang dihadapan Hajjar Aswad telah pun dijaga dan disediakan oleh pihak pengawal keselamatan..

Untuk itu UMNO berbangga kerana Najib sudah melakukan Haji biarpun sehingga kini masih tidak tahu tentang najis mughallazah..


Maka UMNO selalu menganggap orang yang tidak dirakam perlakuan haji mereka seperti Najib sebagai tidak pernah melakukan haji..

Itulah yang mereka sangkakan kepada Anwar..
mereka selalu bertanyakan soalan bodoh "bila Anwar nak gi haji..?"

Ini salah satu contoh antara mereka yang termakan propaganda murahan UMNO..


Kalau tak jelas lihat dibawah ini..


Mereka ingat Anwar tak masuk TV masa melakukan haji macam Najib,maka Anwar tidak pernah melakukan haji..?

Korang bacalah sendiri jawapan Anwar tu...

Anwar bukan macam Najib,buat ibadat pun nak tunjuk kat TV...



INI SEBABNYA KITA KATA SPR TAK BUAT KERJA, MAKAN GAJI BUTA & PENIPU!!!

Posted: 27 Oct 2012 06:45 AM PDT

Kita selalu salahkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bukan sesaja suka..
bukan menuduh tanpa asas..
bukannya bangun tidur gosok bijik mata terus kata SPR penipu!!

Kita marah dan kita kata SPR tak buat kerja dan kita kata SPR tu agen UMNO sebab memang ada fakta kes nya...



Salah satu sebabnya macam kes ni ha..

Dalam kes lain..
untuk lihat bagaimana siasatan awam SPR menunjukkan pemilih yang berdaftar tidak wujud di alamat yang ada semasa mereka mendaftar dengan SPR 
Sila rujuk [SINI] dan [SINI]

TIRU LAGI - VAN SKUAD SAYANG UMNO DICONTENG CAT MERAH!!!

Posted: 27 Oct 2012 05:28 AM PDT

Selepas pejabat YB Shuhaimi (Adun Sri muda) Pejabat DAP Pulau Pinang,bas jelajah merdeka Anwar kini serangan cat merah telah menular ke atas van Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak..

Sabtu baru-baru ini sebuah van Skuad Sayang tersebut diconteng dengan perkataan "SIAL" dan "BABI" dibahagian belakang dan tepi van tersebut



Nampaknya penyimbah cat merah kini sudah beralih kepada geng UMNO sendiri..

Mungkin mereka semakin menyedari serangan cat merah yang dilakukan ke atas harta benda Pakatan Rakyat hanya menambahkan lagi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama juga rakyat semakin marahkan UMNO..

Mungkin UMNO mahu mencuba nasib mereka dalam mendapatkan sokongan rakyat dengan menyimbah cat ke atas kenderaan mereka sendiri..

Tak tahulah samada mereka akan dapat simpati rakyat atau tidak.. 
sebab kita semua tahu "permainan politik jahat" Wanita UMNO semakin hebat..


Sebelum ini kita digemparkan dengan pendedahan Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya yang mendedahkan perancangan jahat dalaman Wanita UMNO yang mahu menimbulkan fitnah ke atas Azmin Ali...

Untuk mengetahui pendedahan berkenaan sila [BACA SINI]

Nampaknya Wanita UMNO semakin menyamai pimpinan UMNO yang lainnya dalam bermain politik secara jahat..

Kalau rakyat dah buat keputusan nak tolak BN dan UMNO,korang mandi dengan cat merah pun takde siapa yang nak simpati punya...

 

JACLYN VICTOR NYANYI LAGU AGAMA KRISTIAN DIBOIKOT,MCA YANG HINA ISLAM DISOKONG!!

Posted: 27 Oct 2012 12:51 AM PDT

Perkasa tidak memboikot MCA yang secara terang-terangan menghina Islam dan hukum Islam tetapi Perkasa mahu boikot penyanyi Jaclyn Victor kerana penyanyi tersebut menyanyikan lagu agama beliau iaitu "Harapan Bangsa"..

Dengan menyanyikan lagu gereja "Harapan Bangsa',Perkasa telah mendakwa Jaclyn telah menghina umat Islam di negara ini..

Alasan yang digunakan oleh Perkasa untuk perjuangan memboikot Jaclyn Victor tu
adalah kerana penggunaan lirik yang ini..

  • "Bapa engkaulah harapan negara ini"  
  • "Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia"
  •  "Yesus engkaulah harapan segala bangsa"
  • "setiap suku, setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di tahtah mu dan nyatakan bahwa yesuslah tuhanku"  
  • "dan nyatakan bahawa yesuslah tuhanku"

Setiausaha Agung Perkasa Tuan Syed Hassan Syed Ali (gambar atas) berkata, "ayat "dan nyatakan bahawa yesuslah tuhanku" sungguh biadap. Yesus bukan tuhan umat Melayu Islam negara ini..."
(err.. lirik lagu tu kata "yesus tuhanku",maknanya tuhan si Jaclyn Victor tu.. kenapa nak marahkan dia pulak..?)
 
Isu semacam ini menjadi perjuangan Perkasa..?
tapi di mana Perkasa sewaktu MCA menghina Islam dan hukum Islam secara terang-terangan..?

Lagu Jaclyn Victor dicipta untuk penganut agama Kristian terutamanya di Sabah dan Sarawak dan Jaclyn Victor pun memang seorang Kristian..
lagu tersebut tidak dimuatkan ke dalam album beliau dan tidak juga dikeluarkan sebagai single beliau..

Lagu ini adalah lagu gereja..
dan lagu ini pernah dinyanyikan oleh Jaclyn Vivtor di gereja Sabah 5 tahun lalu.

Aku tak ada masalah langsung kalau Perkasa nak boikot ke atau nak buat tarian punggung kat depan rumah Jaclyn Victor tu..

Tapi aku rasa Perkasa ni nampaknya berpilih-pilih isu dalam memboikot...

Yang menghina Islam adalah MCA...
Malah MCA menghina Islam dihadapan Najib yang beragama Islam semasa perhimpunan MCA baru-baru ini
Pemuda MCA juga menghina Islam dengan meluluskan resolusi menolak keras hukum hudud..

Mana Perkasa..?
kenapa tak boikot MCA dan BN..?

Bukan sahaja tidak memboikot MCA,malah Perkasa menyatakan sokongan penuh dan menyeru ahli-ahlinya menyokong parti yang telah menghina Islam le pulak..


Kalau Perkasa bantah lagu gereja tu sebab ianya ditulis dalam lirik bahasa Melayu ada le jugak pointnya..
ada le jugak sesuatu yang boleh dipersoalkan...

Jaclyn Victor seorang Kristian menyanyikan lagu memuja Yesus dianggap hina Islam..
MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak dianggap menghina Islam malah disokong pulak..
entah apa-apa lah Perkasa ni...






DI NEGERI PM KITA ADA RAKYAT HIDUP 20 TAHUN TANPA BEKALAN AIR!!!

Posted: 26 Oct 2012 08:24 PM PDT

Di saat UMNO dan BN mahu mencampuri urusan air di Selangor di dalam cubaan mereka untuk mengkayakan kroni dan menggagalkan pemberian 20 m3 percuma di Selangor..
rupa-rupanya di Pahang masih ada lagi rakyat yang hidup selama 20 tahun tanpa ada bekalan air..



Seorang penduduk, Siti Zaiton Husin, 43, berkata, penduduk terpaksa menadah air hujan dan menggunakan air telaga apabila bekalan asas itu tidak sampai ke rumah penduduk seperti kebiasaannya.
"Bukan sehari dua masalah bekalan air di kampung ini terputus, tetapi masalah ini berterusan sejak sebulan lamanya," katanya kepada Sinar Harian.

Siti Zaiton berkata, penduduk naik bengang dengan masalah itu kerana mereka terpaksa mendapatkan air telaga dan menadah hujan bagi membasuh pakaian dan mencuci pinggan mangkuk.

"Sejak dahulu lagi kami memang berharap mendapatkan air bersih, sudah dapat air timbul masalah lain pula hingga kami terpaksa hidup seperti dahulu, sekali gus menyukarkan urusan harian," katanya.

 
Alahan pada kulit

Selain itu, Siti Zaiton berkata, akibat menggunakan air tercemar, seorang anaknya mengalami alahan pada kulit selepas menggunakan air telaga yang sudah lama tidak dirawat.

"Dahulu kami memang gunakan air telaga, tetapi sejak bekalan air paip disalurkan dari rumah ke rumah penduduk, telaga air sudah lagi tidak digunakan, malah saya sendiri menimbus telaga itu.

"Kami terpaksa menumpang rumah jiran yang mempunyai telaga untuk keperluan mandi dan basuh pakaian, namun sampai bila keadaan ini akan berterusan kerana kami memerlukan sumber bekalan air bersih," katanya.


Ropisah Mohamad, 42, berkata, jika dahulu penduduk berdepan dengan masalah tekanan air rendah, namun sejak sebulan lalu setitik air paip pun tidak sampai ke kampung itu.


"Bukan saya seorang saja berdepan masalah ini, tetapi semua penduduk di sini mengeluh kerana biasanya jika tiada air pun ia tidak berlarutan sampai dua atau tiga hari, tapi kali ini sudah sampai sebulan," katanya.


Menurutnya, dia terpaksa membasuh baju dan pinggan mangkuk di telaga belakang rumah sementara berharap air tangki yang dibekalkan Paip seminggu sekali bagi kegunaan makan dan minum.

"Kadang-kadang sampai seminggu baru kami peroleh bekalan air dari Paip dan keadaan ini sungguh membebankan, apatah lagi bagi kami yang mempunyai keluarga yang ramai," katanya.


Ropisah berkata, bekalan air amat diperlukan terutama hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Aidiladha.


Sambutan raya hilang seri


Menurut Ropisah, jika tahun lalu mereka berasa lega kerana memperoleh bekalan air yang disalurkan terus ke rumah, namun untuk tahun ini mereka mungkin sekali lagi terpaksa berdepan situasi ketiadaan bekalan air seperti tahun sebelumnya.


"Kalau masalah ini berterusan sehingga Aidiladha ini mungkin sambutan raya haji kali ini hilang serinya, apatah lagi pada waktu itu anak-anak mula pulang ke kampung dan sanak saudara pastinya akan berkunjung ke rumah," katanya.


Selain itu, katanya, penduduk yang mengadakan majlis perkahwinan anak mereka pula juga terpaksa membeli air daripada Paip bagi mendapatkan sumber bekalan air bersih.

"Mujur dalam sebulan ini tidak ada berlaku kes kematian, jika tidak sudah tentu jenazah si mati juga terpaksa dimandikan di kampung lain," katanya.


Mohamad Amril Syafiq Mohamad Zaini, 19, berkata, masalah itu sudah lama dihadapi penduduk dan ia amat membebankan mereka.

"Saya tidak tahu punca sebenarnya, tapi masalah tiada air ini sudah lama dan selalu berlaku. Memang menyusahkan kami, jangan katakan hendak mandi, hendak menadah air segayung pun belum tentu ada," katanya.

Sehubungan itu, katanya, masalah itu perlu ditangani segera bagi memastikan penduduk kembali menikmati kemudahan itu semula.

"Tiap-tiap bulan kami bayar bil air, jadi kami berharap agar masalah ini dipandang serius kerana tidak mahu masalah ini terus berlarutan tanpa ada jalan penyelesaian," katanya.

Liangahad - betullah kata pepatah lama,satu jari tunjuk kepada orang lain,jari yang lain menunjuk ke arah diri sendiri..

NOH OMAR KATA NFC TIDAK GAGAL,TAPI DAGING LEMBU KORBAN KITA TIDAK MENCUKUPI DAN MASIH BERGANTUNG NEGARA LUAR!!!

Posted: 26 Oct 2012 08:02 PM PDT

Sempena hari raya korban tahun ini..
Utusan melaporkan bekalan daging korban tidak mencukupi..
dasar peraturan ketat eksport Australia terhadap binatang korban dijadikan alasan dalam laporan Utusan tersebut..




Namun apa yang perlu kita ketahui adalah pada tahun 2008 satu pemberian tender ternakan lembu yang melibatkan perjanjian selama 30 tahun dan jumlah pembiayaan pinjaman wang rakyat sebanyak RM250 juta telah diberikan kepada syarikat suami Sharizat (Sharizat adalah Ketua Wanita UMNO) konon-kononnya untuk menjadi hab industri ternakan tempatan tanpa perlu bergantung kepada negara luar terutamanya Australia..

Lihat artikel yang dipetik dari akhbar yang tidak akan disangkal oleh ahli umno di bawah ini..
Kita melaburkan wang rakyat sebanyak RM250 juta untuk menjadi hab industri ternakan bagi menampung bekalan dalam negara..
kita juga mensasarkan untuk tidak lagi bergantung kepada negara luar dalam soal pembekalan haiwan ternakan seperti lembu..

Perancangan ini sudah pun bermula pada tahun 2008 dengan NFC dianugerahkan tender yang tidak sepatutnya mereka dapat,ini kerana syarikat suami Sharizat ini langsung tiada pengalaman di dalam bidang  ternakan haiwan..

Apabila kita beri tender sebegini besar kepada sebuah syarikat kroni yang langsung tiada pengalaman,maka sudah tentulah kegagalan akan menjadi titik akhirnya..

Itulah yang berlaku..
wang rakyat RM250 juta entah kemana..
bekalan lembu masih lagi perlu diimport..

Kali ini Utusan menyalahkan dasar peraturan ketat negara Australia..
tetapi Uusan tidak nampak kegagalan NFC yang sepatutnya menjadi "HAB INDUSTRI TERNAKAN NEGARA" sekaligus menyelesaikan kekurangan bekalan daging dalam negara..

Hasil yang nampak dari perbelanjaan wang rakyat sebanyak RM250 juta oleh keluarga Sharizat itu hanyalah..
dua bidang tanah bersebelahan dengan Seri Perdana yang bernilai RM3,363,507 juta..
Pembelian kereta mewah Mercedes Benz yang berharga RM534,622
Pembelian kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road Singapura yang bernilai RM10 juta..
dan beberapa lagi harta yang bernilai jutaan ringgit..

Tapi tahun ini bekalan lembu masih tidak mencukupi dan masih lagi bergantung dari negara luar..

Kerajaan berjaya menipu pembaca Utusan tegar..
tetapi tidak kepada rakyat bermaklumat!!

Nak tengok apa kata bakal MB Selangor jika UMNO berjaya menawan kembali Selangor..? 



Kah..kah..kah..
bangang punya bakal MB.. 

No comments:

Post a Comment