Liang Lahad....

Liang Lahad....


INILAH DUA PEMIMPIN ISLAM CONTOH

Posted: 29 Sep 2012 06:50 AM PDT

Kedua-dua pemimpin ini sangat-sangat aku kagumi..

Kedua-duanya berilmu tinggi,rendah diri walaupun dari segi duniawi,pangkat dan jawatan mereka besar di dalam negara kita..

Seorang Sultan.. seorang lagi Menteri Besar...

Lebih menarik lagi,kedua-duanya berada di dalam satu negeri..
negeri yang ditadbir oleh pemimpin yang zuhud..

Patutlah rakyat Kelantan sehingga kini tidak membenarkan Kelantan ditadbir oleh orang yang tidak memahami konsep kepimpinan Islam..



Kalau mengikut kepada status admin page Nik Aziz, KDYMM Sultan Kelantan menziarahi Tuan Guru Nik Aziz di rumah beliau di Pulau Melaka...

Sultan Muhammad V, sempat solat asar berjemaah dimasjid Pulau Melaka..



Inilah rumah Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Jika pemimpin yang semacam ini pun orang hina,caci maki.. aku tak tahulah tahap pemikiran dan iman orang yang menghina tu...

EZAM AKUI UMNO SEMAKIN LEMAH DAN DI AMBANG PERPECAHAN DISEBABKAN SIKAP MELAYU UMNO SENDIRI!!!

Posted: 29 Sep 2012 06:17 AM PDT


Ezam sendiri mengakui UMNO semakin lemah..?
pelik tu..
Ezam yang buat "u turn" ke UMNO semasa zaman Pak Lah jadi PM, konon-kononnya dia mahu menguatkan UMNO...
tapi kini dia sendiri mengakui UMNO semakin lemah?
 
Malah Ezam juga menegaskan bahawa keadaan itu disebabkan sikap kaum melayu UMNO itu sendiri..

Ezam juga menegaskan bahawa perpaduan di dalam UMNO semakin menurun sekaligus boleh menyebabkan parti UMNO berada diambang perpecahan..

Pelik tapi benar..
tapi aku melihat kenyataan ini dikeluarkan kerana Ezam nampak bibit perpecahan dalam UMNO yang sudah bermula di peringkat akar umbi yang dimainkan oleh team Muhyiddin Yassin..


Kebanyakan ahli UMNO diperingkat akar umbi melihat kepimpinan Najib lemah ditambah dengan adanya liabiliti kepada Najib,UMNO dan BN secara umumnya iaitu Rosmah Mansur..



Sinar Harian
Ezam: Kekuatan Umno makin lemah

SHAH ALAM - Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.

"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.

Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.

"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.

Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.

"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.


Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.


"Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.


Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13.

PERUBAHAN - PENCAPAIAN 4 NEGERI PR ATASI ZAMAN PEMERINTAHAN BN

Posted: 29 Sep 2012 01:22 AM PDT

SHAH ALAM 29 SEPT : Empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat(PR) membuktikan walau baru hanya empat tahun memerintah tetapi pencapaiannya sudah mengatasi lebih 50 tahun pemerintahan Umno-BN.

Perkara ini didedahkan dalam pembentangan khas kejayaan negeri-negeri PR ketika program Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di sini.

Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan pencapaian Kerajaan Negeri berkata pencapaian ekonomi dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi Selangor mencapai 23 peratus pada tahun 2010 daripada 22.1 peratus ketika tahun 2008.

Manakala nilai pelaburan, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM36 bilion sejak 2008 hingga 2012.

"Bagi pelaburan tempatan bagi tempoh itu sebanyak lebih RM14 bilion dan
pelaburan asing sebanyak RM21.9 bilion.

"Manakala sebanyak RM7bilion sehingga Julai 2012," katanya.

HASIL NEGERI KEDAH MENINGKAT

Selain itu, Kedah mencatatkan kecemerlangan apabila meningkatkan hasil pembangunan negeri melalui hasil balak kepada RM80 juta bagi tahun 2011 daripada RM9 juta semasa pentadbiran Umno-BN.

"Pada tahun 2008, ia meningkat kepada RM35 juta ; 
2009 sebanyak RM38 juta; 
2010 sebanyak RM53 juta ; 
2011 sebanyak RM80 juta.

"Kita menyasarkan ia meningkat kepada lebih RM80 juta bagi tahun ini," kata Exco Kerajaan Negeri Kedah, Amiruddin Hamzah.



AGAMA ISLAM DIMARTABATKAN DI PULAU PINANG.

Bagi Pulau Pinang pula, kejayaan terbesar mereka ialah dalam program memartabatkan agama Islam.
Menurut Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy ia melibatkan peruntukkan sejumlah RM64 juta bagi tahun 2012 daripada RM12.5 juta pada tahun 2008.

"Peruntukkan itu melibatkan antaranya pembesaran tanah kubur, pembinaan Sekolah Agama Rakyat, surau dan masjid," katanya.

 KELANTAN BERJAYA ATASI MISKIN TEGAR.

Manakala bagi negeri Kelantan, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata negeri itu berjaya mengatasi masalah miskin tegar dengan mencatatkan 0.2 peratus lebih rendah di peringkat nasional pada tahun 2011.

Katanya, bermula 17.8 peratus pada tahun 2002, Kelantan berjaya mengurangkan masalah itu kepada 4.8 peratus pada tahun 2011 seterusnya meletakkan negeri itu ke tangga ke lima selepas Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kedah.

"Walaupun kami sentiasa dipinggirkan sejak dahulu lagi tetapi kami berjaya membuktikan kami mampu melaksanakan pelbagai lagi agenda Kerajaan Negeri.

"Kita juga masih menunggu tunggakan royalti petroleum sebanyak RM10.4 bilion. Daripada tunggakan itu, pelbagai agenda dirangka untuk dibahagikan duit royalti itu kepada rakyat.

"Antaranya, menyelesaikan masalah miskin tegar dengan menyasarkan ke angka sifar menjelang 2015," katanya.

40 TAHUN TIADA BEKALAN LETRIK DI NEGERI BN!!!

Posted: 28 Sep 2012 11:28 PM PDT

Percaya atau pun tidak..
di pantai barat semenanjung ini masih ada lagi kampung yang tidak pernah merasa bekalan letrik selama 40 tahun...

Ini berlaku di negeri BN Janji Dicapati...
Perak Darul Ridzuan..
negeri MB yang merampas kuasa, Encik Zambry...

Bukan itu sahaja..
penduduk Kampung Matang itu juga tidak mendapat bekalan air yang sempurna..



Penduduk Kampung Matang tersebut diberikan alasan bahawa kos untuk memasukkan bekalan letrik ke Kampung berkenaan adalah sangat tinggi...

Alahai berapa je lah kosnya tu,sampai dikatakan tinggi sangat tu..?
ada ke kos membina pencawang tu semahal RM48.7 juta..?

Sebab RM48.7 juta tu adalah kos kediaman Najib dan Muhyiddin setahun..
setahun...bukan 20 tahun yer...
RM48.7 juta untuk rumah PM dan TPM tapi rakyat pendapatan rendah nak dapatkan bekalan letrik bermacam-macam alasan yang diberikan..
Rujuk kos kediaman PM dan TPM [DISNI]

Baharuddin Arip, 57 mendakwa "Kami dimaklumkan kos membina pencawang elektrik sangat tinggi dan pihak berkenaan tidak mempunyai peruntukan secukupnya bagi menyediakan kemudahan elektrik kepada kami.

"Akibatnya, setiap penghuni rumah terpaksa bergantung kepada dua mesin jana kuasa elektrik dan sebuah pam air untuk mendapatkan bekalan bagi tempoh terhad," katanya.


Katanya, lebih membebankan, penduduk terpaksa memperuntukkan kos bahan api lebih RM300 sebulan semata-mata untuk memastikan rumah mereka mendapat bekalan elektrik bermula jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.


Seorang lagi penduduk, Mat Nasir Ahmad, 80, berkata, pihaknya menghantar surat rayuan kepada PDT Kerian pada bulan November 2006 untuk memohon kelulusan pembinaan infrastruktur jalan raya, penyediaan bekalan elektrik dan air kerana mereka terpaksa melalui jalan kebun untuk keluar ke pekan.



PUSAT PLKN LEBIH PENTING DARI PENDUDUK.

Menurutnya, susulan pembinaan bangunan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Matang Timbul terletak berdekatan kampung itu, pihak berkenaan membina jalan berturap selain Kementerian Kesihatan menyediakan dua punca air bersih dari telaga asli.

"Bagaimanapun, usaha penyambungan bekalan elektrik gagal diselesaikan pada masa itu dan tidak diteruskanhingga kini.


"Sudah puas kami mengadu, permohonan kami ditolak ke sana dan ke mari ibarat seperti bola dengan alasan jumlah penduduk di kampung ini tidak cukup.


"Saya kesal kerana kampung yang dikelilingi kawasan yang pesat membangun masih terpinggir daripada kemudahan asas," katanya.





Lianglahad - Inilah kisah semasa hidup rakyat Malaysia..
kita mampu dapat kehidupan yang lebih baik dari ini...
kita juga mampu mengubahnya,jika kita berani mengubahnya...


REBET RM200 TELEFON PINTAR - KENAPA TIDAK PADA UMUR 20 TAHUN?

Posted: 28 Sep 2012 10:41 PM PDT

Belanjawan yang dibentangkan Najib semalam adalah satu belanjawan survival politik BN dalam negara ini..

BN sememangnya cuba berhempas pulas,sehabis mungkin untuk menarik golongan pengundi muda bagi mengundi BN pada PRU13 nanti..
ini kerana BN diramalkan akan tumbang pada PRU13 ini..
dan pengundi muda pula merangkumi 38.8 % atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini

Ibarat orang yang sudah mahu dijatuhkan hukuman mati,mereka akan sanggup
menawarkan segala-galanya asalkan sahaja mereka tidak dijatuhkan hukuman mati...

Itulah yang dapat kita lihat dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib semalam..

Sebagai contoh - REBET RM200 PEMBELIAN TELEFON PINTAR BAGI BELIA BERUMUR 21 - 30 TAHUN. 


Kenapa mesti bermula pada umur 21 tahun ke atas..?
kenapa tidak ditawarkan rebet kepada remaja yang berumur 20 tahun ke atas..?
hanya beza satu tahun sahaja..

Jawapannya mudah..
kalau diberi rebet kepada remaja yang berumur 20 tahun,mereka bukanlah pengundi yang boleh mengundi BN..
kerana syarat kelayakan mengundi bermula dari umur 21 tahun ke atas.


Sebab itulah Najib umumkan pemberian rebet ini bermula dari umur 21 tahun ke atas..
semuanya ada motif politik...


Najib tidak akan tawarkan rebet kepada belia yang berumur 20 tahun walaupun hanya beza satu tahun kerana memang dasar BN tidak akan tawarkan sesuatu yang tiada kepentingan politik kepada mereka. 

Gunakan rebet yang diberi..
Tapi UNDILAH Pakatan Rakyat!!!
belia mampu mengubahnya!!


No comments:

Post a Comment