Liang Lahad....

Liang Lahad....


EDISI PENING - TAIB MAHMUD YANG ADA HARTA RM64BILION,TAPI NAJIB YANG MENAFIKAN?

Posted: 22 Sep 2012 12:19 AM PDT


Baru-baru ini sebuah NGO dari Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) telah mengeluarkan anggaran kekayaan Taib Mahmud dan keluarga beliau sebanyak AS$21 bilion atau pun RM64 bilion..

Dan kekayaan Taib Mahmud secara solo pula dianggarkan AS$15 bilion atau pun RM46 bilion..
dengan jumlah kekayaan beliau itu,menjadikan beliau lelaki terkaya di Malaysia dan sekaligus mengalahkan kekayaan Robert Kuok yang bernilai AS$12.5 bilion.

Untuk lihat rekod terpeinci sila klik sini [KEKAYAAN TAIB MAHMUD]

Laporan tersebut telah dikeluarkan pada 19 September 2012 baru-baru ini..


Setakat ini tiada sebarang penafian dari Taib Mahmud mengenai dakwaan memiliki kekayaan keluarga sebanyak RM64 bilion itu..

Tapi hari ni bukan tuan punya badan yang didakwa mempunyai kekayaan RM64 bilion tu yang menjawab..
sebaliknya...
Najib laki Kak Mah pulak yang menjawab dan menafikannya...

Tak faham aku..
kenapa Najib pulak yang nak menjawab bagi pihak Taib Mahmud....?
lepas tu siap kata dakwaan seperti itu tak perlu diambil pusing....

Sepatutnya Najib sebagai Perdana Menteri lebih molek mengatakan "biar SPRM siasat dakwaan tersebut.." bukannya meminta Taib Mahmud supaya tak layan dakwaan tersebut...
kalau Najib boleh berkata "biar pihak berkuasa siasat SUARAM.."
kenapa tidak dalam kes kekayaan Taib Mahmud ni..?

Benar atau tidak Najib perlu menggerakkan SPRM untuk menyiasat bagaimana Taib Mahmud boleh memiliki kekayaan seperti itu...

Usahkan RM64 bilion..
kalau Taib Mahmud ada kekayaan RM1 bilion pun kena siasat jugak dari mana datangnya harta tu..
sebab dia adalah Ketua Menteri,penyalahgunaan kuasa boleh berlaku dengan begitu senang sekali..


Malaysiakini

Kenapa Najib pulak yang mengelabah sibuk-sibuk nak menjawab yer..?





EDISI UMNO TERMENUNG - PR AMBIL ALIH BILIK GERAKAN UMNO.

Posted: 21 Sep 2012 10:42 PM PDT

Sebuah bilik gerakan UMNO di Kampung Pinang Wa, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telah selamat ditukarkan menjadi markas PAS dan Pakatan Rakyat..

Ini adalah satu perkara yang sangat menarik dan kemenangan moral kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat dalam memperkukuhkan lagi pengaruh politik mereka di DUN tersebut..



Pemindahan status itu berlaku apabila tuan tanah tempat bilik gerakan UMNO ini menjual tanahnya kepada seorang aktivis PAS..
beliau telah menjadikan bangunan tersebut kepada Markas PAS dan juga Pakatan Rakyat..

UMNO kena cari tempat lain le kalau nak bermesyuarat...
kah..kah..kah..

Baca berita lanjut disini [BULETIN ONLINE]

DULU YAKIN,KINI NAJIB MERAYU MINTA DIBERI LAGI SEPENGGAL

Posted: 21 Sep 2012 10:00 PM PDT

Najib mohon lagi sepenggal...?
aik.. hari tu aku ingatkan Najib benar-benar yakin BN akan menang besar dalam PRU 13 ni..

Kenapa pulak sekarang ni dalam nada merayu mohon diberi lagi sepenggal untuk BN memerintah..?
takkan dah tak yakin nak menang sehingga sanggup keluar kenyataan merayu..?

Masa perhimpunan ulangtahun UMNO di Bukit Jalil hari tu Najib siap cakap
ikutkan hati dia mahu jumpa Agung keesokan harinya untuk membubarkan Parlimen bila tengok sokongan ahli UMNO yang datang ke Bukit Jalil dengan ditanggung makan,minum,pengangkutan dan hotel..
opps,lupa wang belanja sekali..

Nak minta peluang untuk diberi lagi sepenggal apa ke jadahnya..
dah berapa penggal dah korang memerintah..?
sehingga 1.3 juta hektar tanah melayu hilang..
saham bumiputera sebanyak RM54 bilion kini hanya tinggal RM2bilion sahaja...
pegangan ekuiti bumiputera masih lagi tidak mencapai 30% seperti yang digariskan oleh Dasar Ekonomi Baru..

Malaysiakini
Yang kaya raya hanya pemimpin UMNO dan kroni mereka sahaja..
dan kini kamu masih nak minta kami beri kamu peluang lagi sepenggal supaya kamu dapat mengkekahkan ekonomi negara sebelum kamu di talkin kan..?
soorryyyy...!!


No comments:

Post a Comment