"tukanglawan"

"tukanglawan"


Forum AIC Kini Kembali

Posted: 08 Aug 2012 01:43 PM PDT

Tahukan anda, Anwar Ibrahim Club (AIC) dulu mengumpul ramai ahli dari forum yang mereka tubuhkan, ianya kemudian dirialisasikan sebagai sebuah club penyokong datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kini setelah sekian lama, sekali lagi AIC melancarkan Forum AIC untuk sama-sama berbincang banyak hal berkaitan isu tempatan dan luar negara.

Dengan interface lebih menarik, pengunjung akan dibawakan terus ke portal ringkas yang memberikan pelbagai informasi terkini.


Pengunjung berdaftar juga dapat sama-sama mengikuti isu-isu terkini, berbincang dan memberi pendapat berkenaan isu yang dikeudarakan, pengunjung berdaftar juga boleh memulakan topik untuk diperbincangkan. semakin banyak posting yang dibuat, pengguna tersebut akan dinaik taraf mengikut rangking yang akan diberi.


Selain itu, pengunjung yang berdaftar juga boleh berinteraksi antara satu sama lain melalui live chat, pengguna boleh berkenalan dengan rakan baru  dan berbincang banyak isu di forum ini.


Jangan tunggu lagi, jadilah yang terawal bersama-sama komuniti forum AIC, sila klik link dibawah untuk mendaftar.

http://aicmalaysia.freeforums.org/portal.php

Klik Sini untuk lawat Blog AIC



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Puak Umno bodoh? Taklah, Diorang Banggang !!!

Posted: 08 Aug 2012 07:09 AM PDT

Puak pencacai umno yang semua orang tau tak cerdik dah melalak dah, kata mereka kerajaan pakatan rakyat tak pandai memerintah sebab tema hari kemerdekaan negeri pakatan tak sama.

Laaaaaa, yang BN dah 55 tahun merdeka tak pandai cipta lagu dengan logo tu tak nampak ke, logo budak tadika mau diangkat jadi logo merdeka.. kah..kah..kah, jom gelak.

Tau ke tidak kenapa tema tak sama?, sebabnya sebelum  tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' tu diangkat jadi tema rasmi , kedah dengan kelantan tu dah tolak awal tema merapu nak mampus umno tu .. apa temanya.. "janji dicapati?" bodoh.. bodoh... sapa la bodoh sangat bagi tema sakai tu.

Maksudnya sebelum tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' kedah dah pilih tema "Terus Berbakti' Kelantan dah pilih tema 'Menerajui Perubahan' pun.

Nak cakap pakatan rakyat tak mampu mentadbir ke?, ala, isu tema nak jadi punca alasan bodoh puak umno, kalau tak sebab tema banggang umno yang merapu dan membodek diri sendiri saat nak mampus ni, orang lain tak susah nak pilih tema lain.

Sendiri silap mau letak salah pada orang lain, bijak puak umno ni, bijak bodohkan diri sendiri, terutama yang sorang tu.. bodoh betul pilih logo budak tadika jadi logo merdeka...... fahamx2 la sapa....  apa je la.. "janji dicapati" 

Ohh lupa, kita nilai la laporan audit negara... tengok kat sana pun dah tau sapa yang tak layak memerintah.. sudah pasti parti lembu yang dah umur 55 tahun tu.. dah liat dah daging.. keras dah. puiii pahit.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lee Chong Wei Bakal bertanding PRU13 ?

Posted: 08 Aug 2012 06:08 AM PDT

Jadi seorang profesor serba tahu tak semestinya mampu jadi Ahli dewan undangan negeri , jadi seorang penyanyi hebat terkemuka pun belum tentu boleh jadi wakil rakyat hebat, dan sudah semestinya jadi ahli sukan berjaya pun tidak semestinya mampu pikul tugas dan amanah sebagai yang berhormat.

Nak jadi ahli politik ni harus la tahu bagaimana nak selesaikan masalah rakyat, bukan asyik berjanji dicapati je, bila nak pilihanraya tabur duit rata-rata dan buat kerja bodoh cipta lagu sampai rakyat muntah.

Boleh ke turun padang jumpa orang kampung, sama-sama gotong royong, korban masa yang cuma ada 24 jam sehari untuk duduk layan karenah rakyat dan banyak pengorbanan lain..

Ada yang cakap akan undi Lee Chong Wei kalau jaguh sukan tu dipilih jadi calon, yang bercakap tu seorang artis....

Cuma nak pesan dekat akak tu, bukan semudah tu nak pilih pemimpin, betullah Lee Chong Wei berjaya dalam sukan, tapi belum teruji lagi bagaimana dia nak tangani masalah rakyat.

Ini bukan pilihan main-main, tak boleh la pilih sebab dia pemain sukan hebat kita kene pangkah terus.. takkan kita pandang "enteng" pasal siapa yang akan wakili kita, yang akan suarakan masalah rakyat.

"tukanglawan" takut kalau dia dicalonkan dan menang dia tak paham apa yang perlu dia lakukan, nanti kejutan budaya pulak... fikir-fikirkan la..


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kerajaan Pulau Pinang Beri Ganjaran buat Jaguh Badminton

Posted: 08 Aug 2012 06:07 AM PDT

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi anugerah insentif RM100,000 kepada Dato' Lee Chong Wei atas kejayaan menjadi rakyat Malaysia pertama untuk memenangi 2 pingat perak Olimpik dan usaha gigihnya dalam Sukan Olimpik London 2012 .

 Ia juga adalah sebagai galakan untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016.

Lee Chong Wei walaupun gagal memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia, Dato' Lee telah menjadi juara Olimpik dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Negeri Pulau Pinang berasa bangga dengan kejayaan juara badminton daripada Bukit Mertajam ini.

Walaupun semua rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaannya, semangat perjuangan dan keupayaan bertaraf dunia beliau memberi inspirasi kepada kita dan telah menyatukan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa, satu semangat dan satu jiwa.

Kerajaan Pulau Pinang juga akan memberi sokongan penuh kepada Dato' Lee untuk mencapai pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016, yang akan juga membantu mempersiapkan pengganti yang layak.

Hurm, "tukanglawan" terfikir, berapa pulak kerajaan BN akan beri kat jaguh badminton nei, mesti juta-juta, sebab BN kan kaya raya mesti nak lawan Pulau Pinang punya... 

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gambar Dan Video Kristal Yang dikatakan Jadi Pasak Bumi

Posted: 08 Aug 2012 01:58 AM PDT

Satu penemuan yang menakjubkan di mexico telah ditemui ianya dikatakan adalah penemuan pasak bumi, ianya berbentuk kristal yang sangat besar dan berceracak.

Penemuan sangat hebat di gua yang dipanggil "cristal cave " itu di penuhi dengan batu-batu kristal yang membentuk seperti pasak atau pancang seperti yang biasanya di pasang pada banggunan-banggunan besar dan ada yang sampai sehingga 12 meter panjang.

Menurut saintis itu lagi, pasak-pasak ini hanyalah permulaan kerana semakin dalam pengalian mereka, lebih besar ukuran pasak-pasak yang dijumpai.

salah seorang penyelidik, Dr frank Press, Pengarang buku The earth yang karyanya dijadikan rujukan banyak universiti menyatakan bahawa gunung ganang hanyalah sebahagian daripada sebuah binaan yang besar dimana akarnya memanjang jauh kedalam perut bumi.

Menurut Dr Press menulis lagi gunung ganang sangat penting dalam meneguhkan dan menetapkan perut bumi.

Sedangkan Allah telah menceritakan itu  sejak 1400 tahun lalu dalam firmannya yang berbunyi

" Dan gunung ganang pula di perkukuhkan letaknya ( di bumi sebagai pancang pasak yang menetapnya ". Surah An Naazi'aat, 79 ayat: 32

 " Dan gunung ganang sebagai pancang pasaknya ". Surah An Naba, 78 ayat : 7

Juga firman Allah yang berbunyi " Dan ia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu ". Surah An-Nahl , 16 ayat : 15

Dalam setengah tafsir pula ia di sebut
" Dan dia menancapkan gunung ganang di bumi supaya ia tidak berguncang bersama kamu, ( dan dia menciptakan ) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk ".

Masyallah, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. lihat gambar dibawah












Lihat pula petikan video ini



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Kene Saman, Ini Sejarah 1Malaysia

Posted: 08 Aug 2012 12:39 AM PDT

Seramai lapan orang peneroka dari sekitar Jengka semalam memfailkan saman terhadap Najib Razak di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana ungkapan menghina 'haram jadah' terhadap mereka.

Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan minta ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.

Ungkapan bermaksud menghina itu turut menyuburkan perasan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda mengakibatkan plaintif telah dipulaukan, dicemuh dan menjadi sasaran berita negatif oleh media sepanjang agihan durian runtuh.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman turut hadir bersama kira-kira 50 peneroka menyokong tindakan saman ke atas Najib hari ini. katanya jarang berlaku rakyat menyaman Perdana Menteri atas ungkapan bahasa yang kesat dan menghina jadi kes ini merupakan satu catatan sejarah,

Mula-mula 1Malaysia, lepas tu Klinik1 Malaysia, Kedai ikan 1Malaysia, Kedai permata 1Malaysia, dan sekarang Sejarah 1Malaysia, sejarah Perdana menteri kena saman sebab sebut bahasa kotor dekat peneroka felda... kah..kah..kah

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Penduduk demo Depan Kolam Udang Noh Omar?

Posted: 07 Aug 2012 11:18 PM PDT

Betul ke penduduk kampung berdemo depan kolam udang milik noh omar yang beriya-iya
nak jadi menteri besar umno selangor tu?.. jom tengok gambar bawah ni.


Tak berapa jelas sangat tulisan nya, yang "tukanglawan" boleh baca sikit je.. , ni apa yg "tukanglawan" faham la ayat tu bunyi camni

"Apakah keistimewaan noh omar, dapat 30 ekar tanah? *********takdapatbaca************** berputih mata!"

Hurmm.. susah nak jawab ni, biar kita baca komen kawan kat facebook je la.



Dan lagi pembongkaran paling best tentang lokasi dan pekerja kolam udang kepunyaan pejuang bangsa melayu asli yang sangat cinta muaah-- muaah pada melayu sebangsanya


Hah, lepas disiasat rupanya ada kena mengena dengan tanah 30 ekar .. jeng.. jeng.. jeng... ( ingat khir toyo?.. ingat Sharizat ?.. satu kapal dengan Noh tu  ).. hurrrmmm itu mesti tanah kepunyaan melayu tu....

Tapi puak umno akan spin cerita ni, diorang kata hasil siasatan penduduk ni demo depan kolam udang noh omar sebab udang tu tak sedap....

Takpe la, kita tunggu noh omar jawab, dia kan suka kuar paper kebelakangan nei.







Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Woi Umno, Tak Letih Ke Menipu?

Posted: 07 Aug 2012 08:14 PM PDT

Gila punya perangai, menipu je kerja, susah betul nak cari puak umno yang tak menipu, sampai sorangustaz muda dia pun cuba menipu ( ingat tak kes mekup tu? ) ye la, nak pelik apa kan, menipu dan merompak wang rakyat kan memag darah daging umno.

Kalau tak menipu bukan la umno, sudahlah menipu kantoi pulak, dah tu tak reti malu?

la.. puak umno ni mane reti malu, kalau reti malu takla dok kebas duit rakyat buat macam mak bapak dia punya duit...

Nah, tengok gambar yang puak umno cuba tipu.


Apa? tak cukup jelas, nah tengok gambar bawah ni.



Woi puak umno.. terdesak sangat dah ke.... malu la.... puiii




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Takziah kepada ADUN Ajil

Posted: 07 Aug 2012 07:29 PM PDT

Takziah, kepada ADUN AJIL, Dato' Hj Rosol Wahid yang ditimpa musibah

Rumah beliau telah terbakar malam tadi. Kejadian dipercayai berlaku selepas berbuka puasa.

Bersyukur kepada Allah keluarga beliau selamat walaupun rumah beliau hangus dalam kebakaran tersebut. Harap beliau dan keluarga bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment