"tukanglawan"

"tukanglawan"


Betul ke Pengarah Besar Felda DIsingkirkan Secara Lembut?

Posted: 29 Aug 2012 03:08 PM PDT

Betul ke Datuk Dzulkifli Abd Wahab kini "disingkirkan" secara lembut sebagai pengarah besar Felda dengan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani serta ditugaskan ke Rom, Itali?..

Mazlan Aliman Pengerusi NGO Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)  berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi semalam.

Dzulkifli pada Disember lalu dilapor diarah bercuti dan mengikuti kursus pengurusan lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

ANAK bagaimanapun beranggapan tindakan itu ekoran beliau tidak disenangi kerana didakwa menentang usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Apa sudah jadi ni?,... tiba-tiba Felda sudah macam milik individu pulak, kalau tentang nanti akan dibebankan dengan tugasan tak munasabah.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

T-Shirt, Duit RM30 dan Cuti Sehari Habuan untuk Berhimpun.

Posted: 29 Aug 2012 05:15 AM PDT

Sebelum ni dah terbongkar cerita DBKL , kakitangan awam dan badan berkanun "dikerahkan" wajib hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan untuk "meramaikan" Himpunan Janji Ditepati yang kerajaan nak buat di  Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kah..kah..kah... dah macam hari sukan sekolah pulak dah, wajib hadir... 

KTMB lagi best, mengikut 1 sumbar dalaman, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

"Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.

Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, disamping cuti ganti 1Hari. kah..kah..kah

Pelik apasal masa himpunan BERSIH haritu ramai yang join... dari segenap pelusuk Malaysia turun.. tak payah pun bagi T-shirt free... tak payah bagi RM30 macam umno buat pun tapi ramai...

Jawapannya mudah.. sbb umno BN ni dah tak laku dah. sbb tu terpaksa buat ape saje untuk tarik sokongan.

So kita tak perlulah diumpan RM30 dan T-shirt dan jadi budak sekolah pulak. kah..kah..kah.

Tak menyokong kerajaan zalim dan korup bukan tanda tak patriotik, lawan pemimpin yang curi harta rakyat tu lebih patriotik dari si pengampu menteri. betul tak?



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Isu Lapor Polis Khutbah Kelantan, Khutbah Apa?

Posted: 29 Aug 2012 05:16 AM PDT

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kelantan semalam membuat laporan polis berhubung teks khutbah Aidilfitri di masjid dan surau di negeri ini, pada 1 Syawal lalu yang berunsur hasutan dan boleh memecah belah perpaduan rakyat.

Laporan polis itu dibuat Setiausaha Agung Perkasa Kelantan, Sharif Mahmood di Balai Polis Kota Baharu di sini, pada pukul 3 petang.

Sharif berkata, Perkasa meminta polis menyiasat tindakan pihak tertentu mengedarkan teks ucapan khutbah berkenaan yang dilihat sebagai usaha membelakangi dan mencabar kewibawaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Sultan Kelantan.

Boleh tak "tukanglawan" tanya sikit, khutbah apa tu, nak jugak tengok teks yang diedarkan tu, nak jugak baca dan cuba faham dan kalau ade rakaman lagi best, bukan apa takut benda ni kecoh-kecoh tapi sebenarnya takde isu pun... 

Perkasa tak pernah buat kenyataan yang boleh memecah belahkan keharmonian rakyat ke?, kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kesian mahathir.. JANGAH JADI JAHIL MURAKKAB

Posted: 29 Aug 2012 05:17 AM PDT

Selain cakap Al-Quran tu perlu dikaji semula supaya sesuai dengan zaman,  mahathir pernah kata hudud tu tak terdapat dalam Al-Quran, kata" malayu karala" itu lagi hudud tu ciptaan ahli-ahli fekah. lepas tu mahathir dengan tak bersalah kata pulak  elok kawan dengan syaitan... wah... bercakap soal hukum, soal hudud syaitan dan Malaikat ni boleh ikut sedap "logik akal" je ke?

 
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din semalam menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

"Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,
" kata Datuk Dr Haron Din.

Tiba-tiba kesian pulak "tukanglawan" pada " Malayu Karala" nei, sebenarnya apa dia merepek ni, dia sedar atau tak dia persenda Al-Quran, sampai boleh cakap sesuka hati ikut logik akal sendiri?, sudah la tu, jangan la banyak bunyi, takut jadi Jahil Murakkab  (Dah jahil menyesatkan orang lain pulak) ....

 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pak Lah kata Sokongan Pada BN Bawah Najib Tak Menentu

Posted: 29 Aug 2012 05:17 AM PDT

Pak Lah  memberikan amaran  populariti parti pemerintah  masih tidak menentu di bawah najib razak walaupun pelbagai polisi diperkenalkan.

Perkara tu  Pak Lah beritahu semasa sambutan rumah terbukanya pada 25 Ogos lepas, 

Pak Lah ketika temuramah di rumah terbuka beliau.
Kata Pak Lah walaupun najib dah buat macam-macam untuk pikat hati pengundi, namun ia tidak semestinya akan diterjemah kepada undi kepada BN.

"Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya, Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.

"Saya dah lalui semua itu sebelum ini."

Walaupun telah membuat banyak  langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya. ia belum lagi meyakinkan kerana tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Duit Baru Mengelirukan, Lagi Masalah Didedahkan.

Posted: 29 Aug 2012 05:18 AM PDT

Dalam sebuah artikel yag disiarkan oleh Sinar harian,diceritakan la betapa pentingnya duit baru dikeluarkan.

dalam artikel tu dijelaskan penukaran duit baru bukanlah dibuat secara suka-suka atau untuk menggantikannya dengan duit lebih cantik, tetapi yang paling penting adalah peningkatan ciri-ciri keselamatan.

Kita juga gagal menghargai betapa wang kertas atau syiling itu bukan hanya benda biasa, tetapi menggambarkan kemajuan dan identiti negara kita tulis artikel tu lagi.

Tapi apa masalah duit kertas ni?, "tukanglawan" kongsikan 1 lagi masalah, cuba tengok gambar bawah nei, perhatikan warna duit dalam gambar tu.
 


Sama kan ... so apa masalah dengan warna duit tu?

Gambar ni diambil waktu malam didalam suasana yang gelap, sekali tengok ni tak perasan nilai 2 keping duit tu berbeza sebab warna takde beza pun, duit yang atas tu bernilai RM10 dan yang bawah tu RM20 ringgit. jadi kalau tak hati-hati boleh tersalah bagi..

Saiz 2 keping duit tak ama nilai tu pun sama je lebar dan tingginya, beza antara 2 keping tu pun cuma dalam 5mm je. jadi dari segi ukuran boleh kata takde beza.

Bawah ni pulak gambar yg diambil pakai flash.


Amacam? boleh terkeliru tak? dan satu lagi"tukanglawan" diberitahu duit note RM5 ringgit dan RM1 ringgit akan jadi kecut bila disimpan didalam tempat yang agak panas, contoh dalam kereta bagi tempoh agak lama.

"tukanglawan" tak mahu la test kan, mana tau korang nak test cuba letak RM5 dalam kereta dan park di tempat yg agak panas, kalau jadi kecut sendiri tanggung la.

Ok la, mungkin peningkatan dari segi keselamatan dinaik taraf.. tapi bagaimana pulak dari segi lain?....


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Mahathir Vs Musa Hitam

Posted: 29 Aug 2012 05:18 AM PDT

Kini Mahathir terpaksa berhadapan dengan seorang lagi bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam, buat kawan-kawan yang belum baca, jom baca sikit coretan dari Khalid Samad bila dia bersembang dengan Tun Musa Hitam mengenai mahathir, pilihanraya dan undinya.

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya.

Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato' Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu.

Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, "mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?".

Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, "kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim."

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, "saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang", sambil menunjuk ke arah diri saya, "dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!"

Kami semua yang mendengarnya tergelak. "Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?" tanya saya. "Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!" kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, "I won't tell you who I voted for in the last election".

Zaman berubah seperti juga manusia - KHALID SAMAD

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pelik !!!! Ahli Parlimen Umno Kekal Walaupun Bankrap.

Posted: 29 Aug 2012 05:19 AM PDT

Perkara 48. Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseorang hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika--

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal; atau

(b) dia seorang bankrap belum lepas; atau

(c) dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan; atau

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian; atau

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; atau

(f) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan, atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di mana-mana negara di luar Persekutuan atau telah membuat suatu akuan setia kepada mana-mana negera di luar Persekutuan.


Tapi ahli parlimen Labuan dilaporkan akan kekal jadi Ahli Parlimen "Sehingga Sidang Parlimen berakhir September depan, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal akan duduk di kerusinya di Dewan Rakyat," kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditanya mengenai status wakil rakyat itu yang dilaporkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu

Apa sudah jadi nei...

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lawak Kenyataan Profesor Kangkung Nei.

Posted: 29 Aug 2012 03:23 PM PDT

Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.

Kah..kah..kah, adoi lawak betul la, profesor ni tak tahu ke berapa jumlah simpanan rezab tunai negeri, makin kurang atau makin banyak berbanding masa Selangor diperintah BN dulu?...

Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM),  tu kata lagi air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai.

La.. bukan ALLAH beri percuma ke pada manusia? kenapa agaknya.. sebab air adalah benda yang sangat diperlukan manusia kan... kah..kah..kah.. apa punya statment profesor oiii... semua benda nak bikin wang ke.. ni udara ni takmo jual jugak ke?


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment