"tukanglawan"

"tukanglawan"


Benarkah Ada Kes lelaki Ditembak Polis Lagi?

Posted: 23 Aug 2012 11:02 AM PDT

Lelaki berumur 26 tahun ini dikatakan telah mati kerana ditembak dari jarak dekat oleh Polis, Betul ke...?

Kenapa?, rakyat perlu tahu perkara sebenar.... dan kenapa banyak sangat kesan jahit nei...

Macam-macam dah negara nei.


 






Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Hina Kelantan Banyak "Sup Tangan" boleh buat Terkeluar Islam

Posted: 23 Aug 2012 05:00 AM PDT

Artikel ni khas untuk sesapa la, Datuk ke, "tun" ke...Tan Sri ke, ...Menteri ke pencacai ke "ustazah macam artis" ke...... .. selagi dia rasa dia islam baca la nei.  

Khas nak tuju dekat puak bodoh yang hina islam dulu, kalau tak bodoh takde la kan nak hina-hina islam,  boleh pulak hina hukum yang ALLAH dah atur... banyak sangat duit ke atau besar sangat kuasa tu nantid alam kubur bila mengadap malaikat?

Buat puak bangang yang selalu hina-hina hudud dulu tu, lantak la kalau menteri hina pun.. tu menteri bangang... lagi bodoh dan angkuh, ni dengar apa yang Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagitau nei.

Bukan main lagi senang betul boleh terkeluar dari islam, cukup la dengan permainkan hukum hudud... halang hukum hudud.. hina ayat Al-Quran.. semua tu boleh buat hidup atas dunia ni sia-sia je.

Dr Mohd Asri bukak balik ceita sendaan yang dibuat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Sapa yang cakap nak halang? .... hah sendiri mau ingat la engkau.. bape besar power ko ade?..  mengaku islam.. tapi lebih teruk dari orang bukan islam.

"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan 'sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan' adalah melampaui batasan agama.

"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.


"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.

"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," kata Dr Mohd Asri lagi.

Hah, lepas la tanggungjawab pemimpin islam di Kelantan bila usulkan hukum hudud supaya dilaksanakan, cuma pemimpin yang bodoh dan rasa kebal atas dunia je jadi bangang pegi "kutuk" sendiri mau ingat la..  senang-senang je boleh terkeluar dari islam...

Bodoh.. tak belajar agama..... budak darjah 6 pun tahu hukum ALLAH tak boleh hina. Statment DrMohd Asri kali ni, memang "tukanglawan" suka.... lepas ni kita tengok la sape lagi yang rasa kebal nak tentang hukum ALALH lagi.... elok yang tentang hukum ALLAH ni tanam tepi kawasan kubur orang Islam... paham kan maksudnya..... sendiri mau ingat.

# nanti malam sikit "tukanglawan" tepek list panjang ayat-ayat hina hudud, hina hukum islam... lama dah simpan... sebab banyak betul.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

6 kebaikan Harga Kereta Turun.

Posted: 23 Aug 2012 03:00 AM PDT

KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:

-   Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;

-    Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;

-   Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;

-    Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;

-    Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan

-   Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Ada 2-3 orang pemimpin umno kata kalau harga kereta murah nanti negara bangkrap.. bagi tau la alasan, nak juga tau... takkan selamanya pakcik felda nak bawak kancil kot, xciden leper terus. ke nak bawak proton BLM baru syok jalan jauh.. sakit pinggang ooo. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rafizi Ajak Khairi Naik Kereta Edar Stiker.

Posted: 23 Aug 2012 01:00 AM PDT

Khairy Jamaluddin yang kalah berdebat dengan Rafizi hari tu pernah menyifatkan Kempen PKR dan Rafizi khasnya yang mendesak harga kereta diturunkan boleh menyebabkan negara muflis.

La, macam mana pulak negara boleh muflis, rakyat beli kereta dengan harga murah boleh buat negara muflis ke?,, berapa banyak cukai yang kerajaan punggut dari setiap harga kereta.. banyak ke? ala.. takkan dengan rakyat nak berkira... takkan la dengan rakyat kerajaan nak meniaga.

Agaknya Khairi tak paham kenapa PKR dan Rafizi bersungguh sangat nak harga kereta diturunkan, elok la si Khairi ni ikut berjemur edar stiker, sekali sekala apa salahnya kan, rafizi pun dah pelawa tu.

"Saya mengalu-alukan Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta," kata Rafizi.

Masalahnya nak ke Khairi join kempen turunkan harga kereta?.. ala.. sesekali. rasa la pulak apa yang pakatan perjuangkan kan.

Agak-agak dia sanggup tak.. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Mamak Karala Melawak Bila Kepala Sakit.

Posted: 22 Aug 2012 10:54 PM PDT

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal" membawa pengertian lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali dalam BN" dari mengundi "Malaikat yang belum pasti dalam Pakatan Rakyat".

Sakit kepala Mahathir memikirkan jika Anwar jadi PM.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan menafsir demikian dan menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri itu menyamakan BN dengan syaitan sebagai tidak pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

"Kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan agak menakutkan, SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir, namun akhirnya tafsiran inilah paling sesuai untuk kenyataan ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mengkritik Mahathir kerana menyamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

"Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza.

"Namun SAMM melihat persamaan lebih relevan yang dimaksudkan Mahathir iaitu antara Obama dengan janji perubahannya dan Najib Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya," kata Edy sinis.

"Salah satu para kenyataan Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan Pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan," katanya.

"Ia seolah-olah Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN, dan atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN," jelas beliau sambil mengingatkan peristiwa pada malam kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia'.

Tidak cukup dengan itu, katanya dokumen yang terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti' dan kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 nanti dengan lebih panik jika BN tumbang.

Tambahnya, kenyataan Mahathir di dalam blognya itu membuktikan beliau sebenarnya akur dan mengakui perubahan sokongan rakyat pada PRU-13 yang akan menyebabkan Umno BN tumbang.

"Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi," kata beliau lagi.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno Hampir Bubar Semalam Kerana MCA?

Posted: 22 Aug 2012 05:38 PM PDT

Semalam kecoh bila sebuah akhbar laporkan MCA kedah sokong hukum hudud dilaksanakan.. umno yang memang tak nak hudud dilaksanakan tu dah hampir pitam.. kenapa pulak MCA rakan baik dia sokong hudud pulak. 

Memang cemas la kejap umno semalam sampaikan mungkin ada mesyuarat dibuat mereka, jika MCA benar sokong hudud,, Umno nak keluar BN. takpun umno tu kene dibubarkan supaya MCA tak menang pilihanraya.

MCA sokong hudud.. itu dah tikam umno dari brlakang. padahal beberapa orang pemimpin umno sendiri pernah pertikai hukum hudud.. malah seorang bekas pemimpin umno pernah cakap akan tentang habis-habisan jika hudud dilaksanakan.

Takkan MCA lebih faham tentang hukum Islam berbanding umno?.. ini sungguh pelik.

Tapi hari ini umno boleh tarik nafas lega. MCA Kedah sebenarnya tak pernah pun sokong hudud...

MCA Kedah dah pun mintak sebuah akhbar berbahasa Melayu memohon maaf berikutan laporan akhbar itu yang bertajuk 'MCA Kedah Sokong Hudud' semalam.

"Saya sangat kecewa kerana lain yang ditanya dan lain pula yang ditulis. Semasa temu bual itu berlangsung, saya tidak dengar pun wartawan itu menyebut perkataan hudud tetapi apabila berita keluar, ia berkaitan dengan hudud," Kata Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew.

Hurmmm.. umno mesti lega sekali kan... tak jadi umno nak keluar BN, sebab MCA tak sokong Hudud... sama macam umno jugak.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment