"tukanglawan"

"tukanglawan"


Umno Takut Keakraban PAS-DAP Rupanya.

Posted: 21 Aug 2012 04:00 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP.

Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.

Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.

"Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan PAS atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya.

"Berbagai isu dicanangkan namun tidak merosakan benteng antara DAP dan PAS. Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," katanya.

Tambah beliau lagi, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengikut 'tarian' perkauman Umno BN sebaliknya melipat gandakan usaha mewujudkan suasana harmoni kalangan kaum.

Jika kita tidak melatah katanya, apa isu yang dibangkitkan Umno BN akan mati begitu sahaja.

"Biarkan Umno BN menari seorang dengan berbagai gaya, kita jangan ikut sebaliknya memerhati dengan serius mudah-mudahan mereka letih sendiri.

"Pakatan Rakyat teruskan usaha mendekati rakyat di samping kemaskan jentera di semua peringkat, " tegasnya.

Betul pun, umno sekarang sedang meroyan teruk, sekejap kutuk PAS kemudian kemaruk nak bersama.. selepas itu kutuk DAP dan pujuk balik PAS.. nampak terdesak... sudah la.. bukan tak pernah PAS bergabung dengan umno...

Umno ni jangan bagi kuasa, dia buat negara ni mak bapak dia punya.. 

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kerana Dosa Umno, Anwar Tempuh Sejarah Paling Hitam.

Posted: 21 Aug 2012 02:00 AM PDT

Lihat dulu video dibawah.



Anwar Ibrahim menjadi mangsa kerakusan umno, malah lebih tepat jadi mangsa kerakusan seorang diktaktor tua yang sangat takut tenggelam dalam kehebatan Anwar Ibrahim..

Kaji semula kes pemecatan Anwar, kegelisahan beberapa pemimpin umno timbul bila buku  "Asian Renaissance" ( gelombang kebangkitan asia) diterbitkan, seorang diktaktor tua takut 'legacy' nya pudar jika anak muda bernama Anwar Ibrahim menjadi Perdana menteri.

Jika anak muda ini menjadi perdana menteri, idea, pembaharuan dan gagasan yang lebih besar dibawa anak muda itu akan membuatkan bekas diktator tua itu hanya bekas pemimpin biasa-biasa.
Gerakan dibuat, hasutan juga makin kuat, si diktator tua sendiri ada masalah ketika itu, menyelamatkan syarikat besar anak atau terpaksa berhadapan dengan kedegilan anwar yang berkeras tidak mahu guna wang rakyat selamatkan syarikat anak si diktator.

Akhirnya diktator tua kalah pada kehendak diri sendiri.... Anwar dipecat dan akhirnya dihumban dalam penjara... dan ketika itu umno berdosa.. malah mengusung lebih ramai ahli umno buat dosa hingga hari ini. mereka cipta cerita memburukkan Anwar... sehingga orang umno percaya pada apa yang mereka sendiri takkan mampu buktikan.

Dalam penjara, Anwar menempuh detik hitam dalam sejarah, ibunya  meninggal ketika dia dalam tahanan...  apakah perasaan kita tidak disisi orang paling kita sayang pada hujung usianya...

Anwar terpaksa hadapi itu kerana dosa yang dilakukan umno....

Bolehkah dosa merelakan perbuatan kejam terhadpat Anwar ditebus?.... memisahkan seorang anak dengan ibunya sehingga tidak dapat berada disisi ibu tersayang ketika saat akhirnya.. itu dosa paling kejam pernah di"relakan" orang umno...

Namun, dosa itu mereka halalkan... kerana mereka lebih percaya pada cakap mulut pemimpin ""melayu""  keturunan dari karala selatan india yang amat mereka sanjungi..

Cakap "melayu" Karala itu juga buat ramai ahli umno buat dosa kering pada Anwar... kerana mereka "megiyakan" dosa dari fitnah umno.. Anwar tempuh Sejarah Paling hitam dalam hidupnya....

Untuk ahli umno.. fikir sejenak... bolehkah kamu memaafkan diri kamu sendiri.... ?, setiap kali kamu gembira pada hari raya.. Anwar merindui ibunya... yang hembus nafas terakhir semasa dia dihumban dalam penjara oleh dosa umno..

Kita takkan dapat memahami... kerana kita tak pernah melalui....

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kempen Turunkan Harga Kereta Dapat Sambutan Hebat.

Posted: 21 Aug 2012 12:00 AM PDT

Kempen 'Turunkan Harga Kereta' akan menjadi buah mulut di seluruh negara sepanjang sambutan Aidilfitri, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

"Reaksi orang ramai, semuanya bersetuju. Kami yakin, kempen bakal  menjadi isu yang merentasi sempadan kaum, agama dan latar ekonomi.

"Habis cuti, isu ini akan merebak lebih cepat. Kita akan buat forum seluruh negara untuk terangkan perincian dan edar pelekat kereta di lokasi tumpuan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedar kira-kira 20,000 pelekat 'Turunkan Harga Kereta' kepada pemandu di plaza tol Gombak dan Jalan Duta.


Turut sama membuat edaran ialah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Timbalan Pengarah Biro Penerangan, Sim Tze Tsin dan penyanyi popular era 90-an, Dayangku Intan.

Kehadiran mereka menarik perhatian ribuan pemandu kenderaan yang dalam perjalanan pulang berhari raya. Mereka membunyikan hon dan menunjukkan isyarat 'bagus' sebagai reaksi.

Malah, beberapa petugas tol Jalan Duta dan polis bantuan PLUS yang berada di lokasi turut meminta pelekat itu.

Pengarah Biro Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, pula terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk memandu kereta Proton Tiara – kenderaan rasmi kempen 'Turunkan Harga Kereta' dari ibu pejabat parti menuju plaza tol Jalan Duta.

"Kenderaan  ini yang dipandu kebanyakan rakyat. Ini pengalaman bawa kereta kebangsaan yang tak dirasai pemimpin Umno BN," katanya.

Beliau menggalakkan orang ramai mengambil logo kempen dan ubah semula untuk dicetak sebagai t-shirt, pelekat kereta dan sebagainya.

"Tiada hak cipta. Boleh muat turun. Buat inisiatif masing-masing. Mereka untuk teruskan kempen ini. Kami alu-alukan," katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Jalan Raya Pelik Di Negeri Umno.

Posted: 20 Aug 2012 10:00 PM PDT

Umno sangat hebat, kerana kehebatan umno tu la orang johor terus pertahan umno,jalan raya paling pelik pun ada di johor, apa nak kisah.. sayang umno... buat apa pun penyokong umno tak kisah. kah..kah..kah.


Kira-kira 200 penduduk di Kampung Sawah Pekan Nenas, di Pontian Johor rasa sangat bimbang sebab beberapa tiang lampu berada atas jalan, tak dialihkan bila jalan di kampung tu diturap beberapa bulan lepas.

Keadaan ni merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan, seorang penduduk Mohammad Nazer Yunos, 38, berkata dianggarkan 10 batang tiang terpacak di atas jalan, tambahan keadaan jalan yang bersimpang siur dan mempunyai beberapa selekoh tajam memburukkan lagi keadaan.

"Tiang elektrik terbabit sukar dilihat terutamanya pada bahagian selekoh tajam menyebabkan risiko berlakunya pelanggaran begitu besar kepada pemandu lebih-lebih lagi pada waktu malam, 

"Penunggang motosikal yang menjadikan laluan di bahu jalan sebagai laluan mereka turut berdepan dengan risiko pelanggaran tiang elektrik ini," katanya.

Ala.. apa nak pelik.. negara malaysia kan, semua ada.. lembu duduk dalam kondo, jambatan atas darat kemudian alih sungai bawahnya.. kapal selam tak boleh menyelam... enjin jet yang besar kereta boleh hilang.... apa sangat la kes tiang lampu atas jalan.. kecik punya hal.. kah..kah..kah...

Di mana umno kuat.. dekat situ rakyat kene bodoh.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bekas Tahanan ISA Ikrar Perjuang Pembebasan 30 Lagi

Posted: 20 Aug 2012 08:00 PM PDT

Waktunya kira-kira satu jam menjelang waktu senja di pinggir bandar yang tenang di Sungai Buloh, Selangor, dan keluarga Abdul Razak sedang menyediakan juadah untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Buat kali pertamanya dalam tempoh dua tahun, kesemua lima anak Abdul Razak dan Hadijah CP Veeravu akan berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan.

fadzullah abdul razakHanya sejam sebelum kunjungan Malaysiakini, anak lelaki mereka, Fadzullah (kanan) telah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - di mana dia ditahan tanpa bicara selama 23 bulan dan 14 hari, kerana didakwa terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiah.

Tetapi jauh daripada memikirkan sambutan hari raya yang menjelang tiba, Fadzullah berkata "keutamaannya" sekarang ialah untuk berkempen bagi pembebasan 30 lagi yang masih ditahan di bawah ISA, yang dia yakin adalah satu undang-undang yang "kejam'.

"Oleh kerana saya telah melaluinya, maka saya tahu betapa kejamnya ia dan apa yang berlaku kepada tahanan termasuk dalam tempoh tahanan reman.

"ISA kejam, dari segi pemenjaraan, penyiksaan dan sekarang, hakikat ialah sesetengahnya dibebaskan awal manakala yang lain tidak,
" katanya.

Fadzullah menerima 'berita baik' mengenai pembebasannya dengan "perasaan yang bercampur" dan fikirannya masih dengan tahanan lain yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok di dalam bilik kurungan.

fadzullah abdul razak with wife and baby"Mereka telah ditahan tanpa sebab dan kini mereka terpaksa menyambut Aidilfitri di sana, seorang diri. Inilah yang bermain di fikiran saya, ia menjadi satu bebanan berat di jiwa saya."

Katanya, kalau menurut perintah tahanan, beliau dijadual dibebaskan pada 1 September dan oleh itu telah bersedia untuk dibebaskan dalam masa dua minggu lagi.

Fadzulla dibebas sehari sebelum ibu bapanya merancang untuk ke kem tahanan tersebut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan anak sulung mereka itu.

"Kami telah berdoa supaya dia dibebaskan dalam bulan Ramadan ini. Neneknya menasihatkan kita supaya berbuat demikian dengan harapan dia akan dibebaskan sebelum Hari Raya, dan ia terkabul," kata bapanya, Abdul Razak.

"Kami bersyukur kepada Allah, dan mereka dari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suaram atas sokongan mereka."

-malaysikini-
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Anwar Sah Di Permatang, Kak Wan Bertanding Di Mana?

Posted: 20 Aug 2012 06:02 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim dah sahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) UN mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh," kata Dato Seri Anwar, .

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di Butterworth hari ini.

Kak Wan pulak dimana nanti, kalau boleh biarlah di Selangor atau KL... ok tak?

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment