"tukanglawan" |
- Tragedi Hara Raya, 2 Maut di Pekan Pahang.
- Umno Parti Sekular yang kosmetik - Tuan Guru Nik Aziz
- Bila Menteri Sendiri Tak faham Section 114A
- Tragedi Pagi Raya
Tragedi Hara Raya, 2 Maut di Pekan Pahang. Posted: 20 Aug 2012 01:30 AM PDT Dua beranak maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah kenderaan di Kilometer 20, Jalan Pekan–Nenasi tengah hari Ahad. Mangsa, Khairul Azhar Hashim, 36, dari Ulu Batu 4, Temerloh mati di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Muhammad Amiruddin, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pekan. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 1.50 petang itu, mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Viva, dalam perjalanan dari arah Pekan menuju Rompin. "Sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu Proton Perdana yang datang dari arah Rompin menghala ke Pekan, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan mangsa. "Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian sementara anaknya yang dibawa ke Hospital Pekan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, pemandu kereta Proton Perdana terbabit hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Pekan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Umno Parti Sekular yang kosmetik - Tuan Guru Nik Aziz Posted: 20 Aug 2012 12:37 AM PDT "tukanglawan" petik dan kongsikan sebuah artikel dari kelantan Online, sebuah artikel lama dari Tuan Guru Nik Aziz, sila jadikan sebagai renungan buat kita semua. Dalam akhbar HARAKAH bertarikh 30 Syaaban – 2 Ramadhan 1430/21 – 23 Ogos 2009, saya tertarik dengan dua fakta yang ditulis oleh Mohamed Hanipa Maidin dalam artikel beliau bertajuk "Sejak bila Umno tidak hina Islam." Ia berbunyi seperti berikut: i) Ucapan Dato' Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya: "(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan." Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam. ii) Dato' Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS. Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali'Imran). Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud "tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah" akan menjadi satu lafaz kosong. Ia boleh menukarkan "Asyhadu" ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz. Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan. Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ? Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non-muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar? Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam. Menyentuh tentang kenyataan Dato' Nazri Aziz pula, yang secara terang-terangan berkata di dalam satu forum anjuran Majlis Peguam bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk meraih undi kerana bimbangkan kehilangan sokongan kepada PAS jika tidak berbuat demikian, Maka jelas di sini bahawa Umno tidak menjadikan Islam ugama untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kenyataan ini mengesahkan bahawa Islam bukan menjadi landasan perjuangan Umno. Islam itu bukan "a complete way of life". Sahlah dengan ini, Umno hanya menggunakan Islam untuk tujuan-tujuan upacara dan "ritual" semata-mata. Ugama Islam hanya sekadar untuk cari makan dengan mengekalkan kekuasaan? Jika timbul keperluan, Islam itu boleh diperalatkan. Yang penting ialah hegemoni dan kekuasaan politik. Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik. Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah "tiada dasar". Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan. Pendek kata sebelum Umno menuduh saya sebagai orang yang kononnya sedangkan mengelirukan umat mengenai Islam maka melalui bukti-bukti ini rakyat sekalian boleh melihat siapa dan parti manakah sebenarnya yang sedang keliru dan tekun mengelirukan rakyat dalam segenap segi. Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini ? Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, "ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." (Surah Ibrahim : Ayat 41). NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Bertarikh : 5 Ramadhan 1430 26 Ogos 2009 .Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Bila Menteri Sendiri Tak faham Section 114A Posted: 19 Aug 2012 11:01 PM PDT Jangan jadikan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 sebagai satu polemik atau isu politik dan emosional sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein. Kah..kah..kah.. menteri ni cuba "backup" sepupu dia, siapa yang jadikan benda ni polimik politik? kalau bukan BN, kerajaan yang sekarang ni sedang tersangkut roh ditekak? Faham ke tak faham pindaan ni, kalau dah langgar hak asasi manusia untuk bersuara, tu sama je la macam pemerintahan sebuah negara diktator dimana semua pendapat dan pandangan tak boleh disuarakan. "tukanglawan" rasa menteri sorang ni tak paham lagi apa tujuan utama pindaan akta keterangan tu dibuat. Dah kalau semua komen dan pendapat tak boleh dibuat di blog, Facebook, tweet, baik negara ni tak payah ada internet. nak halang macam mana satu benda yang sangat asasi? "Kita sentiasa bersifat terbuka dalam melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap undang-undang malah akan memansuhkannya, jika itu yang orang ramai inginkan. "Dalam transformasi politik pula, kita mencari keseimbangan," katanya menteri tu masa rumah terbuka najib... kah..kah..kah.. menteri.. menteri.. macam ni jenis menteri pun ada.. "tukanglawan" setuju la dengan apa yng bro hisham ni cakap... "uncang-undang akan dimansuhkan jika itu yang orang ramai inginkan.... betul ke... Jawab dulu la kenapa tahanan ISA yang kononnnya dah dimansuhkan tu tak lepas-lepas... Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Posted: 19 Aug 2012 09:56 PM PDT ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam tali air sedalam satu meter di Kampung Kuala Lanjut dekat sini, hari ini. Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 10 pagi semalam apabila motosikal yang ditunggang mangsa Mohammad Aziz Mehad, 21, bersama anak saudaranya, Mohammad Khairul Azhar Mohd Saman, 3, terbabas ke dalam tali air ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit. Bagaimanapun Mohamad Khairul tidak mengalami kecederaan apabila diselamatkan oleh orang ramai yang melihat kejadian itu. Abang mangsa, Mohammad Nizam, 26, berkata adiknya yang bekerja mengambil upah kerja-kerja sawah sebelum itu mahu pergi beraya bersama rakan-rakannya dan terpaksa menuruti permintaan Mohamad Khairul yang mengajak mangsa ke kedai runcit. "Mungkin mangsa pening sebab dia tidak tidur semalam punca dia terbabas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. Mohammad Nizam berkata, orang ramai yang ada di tempat kejadian hanya sempat menyelamatkan anak saudaranya dan gagal menyelamatkan mangsa. Mohammad Nizam, yang mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa adik melalui orang kampung, terus ke tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital. Mayat mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kuala Lanjut lewat petang semalam. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment