Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


PDO Wujudkan Kerjasama Dengan Radio Internet Anak Pahang "CiliFM" Supaya Blog Lebih Mantap !

Posted: 07 Aug 2012 10:49 PM PDT

Berita baik buat semua pembaca setia PDO, pihak kami kini berkerjasama dengan sebuah saluran radio internet yang ditubuhkan oleh anak-anak Pahang iaitu CiliFM sebagai wadah baru perjuangan rakyat. Radio yang kini masih dalam tempoh percubaan bersama PDOradio itu akan menjadi satu tarikan baru untuk orang ramai terus memberi sokongan padu kepada PDO. CiliFM diasaskan oleh seorang Juruhebah (DJ) yang merupakan anak peneroka Felda di Pahang dan kini sudah dua bulan beropeasi secara online. Pendengarnya adalah terdiri dari kalangan rakyat Pahang yang berada senatero dunia. Dengan perkembangan ini, maka PDO akan mengorak langkah terbaru dalam bidang media baru apabila blog digabungkan dengan radio internet sebagai hebahan. Siaran boleh didengar secara online apabila blog ini dibuka. Untuk pembaca yang tidak mahu mendengar siaran LIVE ini atau mahu menonton video Youtube yang disediakan, anda boleh klik pada butang STOP di menu radio berkenaan (rujuk gambar). Buat masa ini siaran 24 jam ini hanya menggunakan DJ di sebelah malam sahaja. Ini kerana kakitangan penyiaran masih kurang dan akan ditambah dari masa ke semasa. Antara segmen yang telah diwujudkan ialah permintaan lagu, tazkirah, renungan, berita PDO dan sebagainya. Sementara itu pada masa akan datang banyak rancangan baru akan ditambah termasuk wawancara, segmen calon PRU-13, iklan dan tajaan, suara anak Pahang di perantauan dan banyak lagi. Justeru, kami amat memerlukan penaja (sponsor) untuk membiayai kos radio ini agar ia dapat beroperasi dengan sebaiknya. Pada masa ini siaran dipancarkan secara online tanpa studio yang khas. Pada masa akan datang PDO juga akan mewujudkan PDOtv dan lain-lain bagi memberi kemudahan kepada para pembaca semua. Kami juga akan membuat pelancaran eksklusif PDOradio ini dan amat memerlukan sokongan daripada pembaca semua untuk menyumbangkan dana bagi membantu urusan yang berkaitan. Penubuhan radio ini diharap dapat memantapkan lagi PDO dan memberikan kekuatan baru kepada PDO untuk bersaing dengan lain-lain blog yang lebih popular di negara ini hendaknya.

Sila klik butang berkenaan jika tidak mahu mendengar siaran PDOradio ini
atau anda ingin menonton video Youtube yang disiarkam tanpa gangguan

[Sebagai wadah perjuangan rakyat Pahang antara yang terbaik pada masa ini. Maka PDO akan membuka lebih banyak jawatan kosong untuk diisi oleh para pembaca seperti wartawan, jurugambar, juruhebah, pegawai pemasaran, pembaca berita dan sebagainya. Ia sebagai langkah persediaan untuk mengorak langkah menjadi portal berita yang terunggul di negeri Pahang pada masa yang akan datang hendaknya. Malah, PDO juga akan terus mengekalkan konsep FREE MEDIA, namun membuka ruang kepada semua pihak untuk bersuara baik dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang tanpa ada sekatang selepas ini. Konsep ini mungkin agak janggal bagi sesetengah pembaca, namun bagi memberi kepuasa kepada semua pihak ia harus dilaksanakan demi menjadikan PDO sebagai wadah untuk semua rakyat. Justeru, PDO mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi penaja kepada portal ini apabila pelancarannya kelak. Kami mahu berita Pahang dari seluruh pelusuk negeri dapat diperolehi dengan cepat dan pantas melalui blog ini. Kerjasama dengan radio anak Pahang (CiliFM) juga diharap mantapkan lagi PDO selepas ini].


Pendedahan PDO Tentang Isu Jalan Masuk Utama Ke Kuantan 'Di Beri Perhatian' Pihak JKR Pahang

Posted: 07 Aug 2012 12:06 PM PDT

KUANTAN, 8 Ogos - Susulan pendedahan PDO berkaitan dengan isu jalan masuk utama ke bandar Kuantan yang begitu daif dan memalukan, maka pihak kami telah menerima satu email yang dihantar sendiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang iaitu Zulkifli Mohamad. Artikel PDO bertajuk Kerajaan Di Gesa "Baik Pulih" Jalan Masuk Utama Yang Rosak Dan Tiada Lampu Ke Bandar Kuantan telah dirujuk oleh pihak berkenaan. Dalam kenyataannya beliau berkata isu yang dibangkitkan dan perkara-perkara lain yang seumpamanya di mana melibatkan keselesaan orang ramai memang sentiasa menjadi agenda utama di dalam mesyuarat-mesyuarat utama JKR. Malah ianya juga merupakan perkara yang sentiasa dibincangkan pada mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri Pahang. Sementara itu beliau turut menyatakan langkah yang diambil oleh JKR Pahang terhadap masalah yang dibangkitkan. "Berkenaan jalan rosak penyelenggaraannya adalah dijalankan secara terus menerus oleh pihak Roadcare (M) Sdn Bhd dan dipantau oleh JKR Kuantan, manakala bagi lampu jalan Kuantan-Gambang pula kerja-kerja adalah melibatkan penyenggaraan lampu jalan sediada. Dan untuk pemasangan lampu jalan yang baharu di sepanjang jalan tersebut, pihak JKR telah pun membuat permohonan peruntukan bagi pelaksanaan projek itu. Sementara itu bagi Jalan Persimpangan Bunga Chengkeh ke Persimpangan LPT ke Sg Lembing pihak JKR sentiasa memantau dengan terperinci masalah projek ini untuk mengatasi masalah kelewatan penyiapan projek. Sekali lagi pihak kami mengalu-alukan cadangan yang baik untuk keselesaan pengguna", kata beliau.

[PDO ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang atas keprihatinan mereka untuk menyelesaikan masalah dan isu yang didedahkan. Semoga ia memberi keselesaan kepada seluruh rakyat terutamanya pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut selepas ini hendaknya. Apa yang dilakukan oleh JKR Pahang ini adalah satu langkah ke arah memartabatkan media baru sebenarnya. Justeru semua jabatan atau pihak berkenaan yang terpalit dengan apa jua isu yang PDO dedahkan maka mereka tidak perlu melatah. Mereka perlu berkerjasama dengan pihak kami untuk menjawab atau memberi maklumat terkini tentang apa jua isu yang didedahkan. PDO mengamalkan konsep media bebas dimana rakyat boleh menyuarakan apa jua pandangan dan masalah mereka tanpa tapisan. Makanya pihak berkenaan perlu menjawab segala masalah itu dengan menghantarkannya kepada pahangdaily@yahoo.com untuk disiarkan seperti yang dilakukan oleh JKR Pahang ini. Tidak perlu melatah dan melenting dengan PDO kerana ia akan lebih menyukarkan kerjasama antara kedua belah pihak dalam kita merealisasikan kesejahteraan rakyat].


No comments:

Post a Comment