Pahang Daily Online |
Eksklusif: Isu Air, PM Najib Di Gesa Bantu Rakyat Pahang Dulu Sebelum Cari Kesalahan Pihak Lain Posted: 30 Aug 2012 06:02 AM PDT Isu air yang melanda tanah rancangan Felda di negeri Pahang ketika musim perayaan Aidil Fitri baru-baru ini benar-benar telah mencalarkan imej Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) sebenarnya. Ramai yang kecewa dengan sikap Najib yang menganaktirikan rakyat di negeri sendiri sebaliknya lebih mengutamakan negeri-negeri lain. Najib sebelum ini dengan bangganya menuduh Kerajaan Negeri Selangor dan Kelantan yang ditadbir oleh pembangkang (Pakatan Rakyat). Walhal sebaliknya senario yang berlaku di negeri kelahiran Perdana Menteri itu sebenarnya lebih teruk dari apa yang disangkakan selama ini. Hampir 40 tahun lamanya, warga Felda di seluruh negeri Pahang dihantui dengan masalah air yang tiada kesudahannya. Malah, isu semakin teruk apabila tiba musim perayaan atau pun keramaian seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Berbagai usaha dilakukan oleh penduduk untuk menangani kemelut yang melanda ini, namun seperti biasa janji-janji manis terus ditaburkan oleh wakil rakyat setempat yang majoritinya pemimpin UMNO BN setiap kali musim pilihanraya. Akhirnya, mereka terus menang dan dipilih rakyat sedang mereka kekal dihimpit masalah air yang tiada kesudahannya. Tambah malang lagi apabila Jabatan Bekalan Air (JBA) syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang pula dikorporatkan awal tahun ini dan kini dikenali sebagai Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). Hasilnya, pihak swasta yang baru telah ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan ini kepada seluruh rakyat Pahang. Apa yang memusykilkan, semasa berada dalam kerajaan dan selepas diswastakan, senario masih tetap sama. Malah, disesetengah kawasan ianya adalah lebih teruk dan sungguh memalukan. JBA Di Korporatkan Tetapi Perkhidmatan Teruk Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP kepada PAIP. PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur. Selain daripada itu, PAIP juga bertanggungjawab ke atas perancangan, pembangunan dan pengurusan Sistem Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur di samping mengebil dan memungut hasil bekalan air bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang. PAIP juga bertindak sebagai penasihat atau perunding kepada Kerajaan Negeri Pahang kepada perkara yang melibatkan industri bekalan air. Logo JBA dan PAIP hanya diubah bentuknya sahaja tapi perkhidmatan sama Bukti, peneroka Felda Bukit Puchong tersiksa nikmati perkhidmatan air PAIP yang keruh dan kotor ketika sambutan Raya Aidil Fitri baru-baru ini Isu panas yang menghantui penduduk Felda Jengka 7, Aidil Fitri yang lalu yang didedahkan PDO dan kemudian disusuli oleh Sinar Harian Pahang PAIP adalah syarikat di mana 100 peratus pegangannya dimiliki kerajaan negeri Pahang. Kerajaan negeri masih bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air, kawasan tadahan dan takungan. Hasil (perbekalan dan jualan air besih) sebelum ini ialah RM110 hingga RM114 juta setahun, tanggungan defisit ialah antara RM46 hingga RM50 juta setahun. Difahamkan Kerajaan negeri akan sumbang RM50 juta setahun itu kepada PAIP sehingga mereka berjaya tingkatkan kecekapan atau kurangkan defisit dalam operasinya. Korporat, Kenapa JBA Pahang Masih Beroperasi? Ramai pihak kini tertanya-tanya, benarkah JBA sudah dikorporatkan?. Ini kerana di seluruh negeri Pahang banyak papantanda dan lambang JBA masih wujud terutamanya ditangki-tangki air dan pejabat-pejabat JBA Daerah. Malah, disesetengah kawasan tidak ada lambang atau tanda-tanda Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) itu wujud. Persoalannya, jika PAIP diwujudkan kenapa JBA masih menjalankan operasi seperti biasa?. Bukankah kerajaan memaklumkan JBA dimansuhkan selepas dikorporatkan. Apakah ini bermakna kakitangan JBA kini menikmati dua skala gaji apabila mereka menyertai PAIP?. Tambah mengejutkan apabila bil-bil kutipan hasil masil lagi dihantar oleh JBA Pahang. Malah, pada bil itu sendiri masih tertera lambang JBA dan bukannya PAIP. Bagi mereka yang membuat bayaran secara tunai mungkin tidak menjadi masalah. Namun, keadaan menjadi kecoh apabila ada individu atau syarikat yang membuat bayaran menggunakan cek atas nama JBA Pahang. Mereka diarahkan membuat cek atas nama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan bukan JBA. Anehnya bil yang diterima dari JBA. Bagi pembayaran secara online juga lebih bermasalah bila mana pihak institusi kewangan tidak lagi menyenaraikan JBA pada senarai agensi berkaitan. Rakyat perlu tahu, kenapa JBA masih wujud selepas hampir setahun ia dikorporatkan menjadi PAIP?. Bukankah sepatutnya JBA itu dimansuhkan beradasarkan kepada perjanjian yang telah dimeterai tersebut. Malah, kakitangan JBA juga telah diserapkan ke PAIP jika mereka masih mahu terus berkhidmat. Persoalannya, kenapa JBA masih wujud? Apakah ia sah dari segi undang-undang. Apakah rakyat boleh membayar bil yang dihantar oleh JBA iaitu sebuah agensi yang telah tiada akibat pengkorporatan yang berlaku?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Harap pihak berkenaan dapat berikan jawapan tentang isu ini. Bukti, JBA dikorporatkan dan kini jadi PAIP tapi urusan mengebil masih lagi diuruskan oleh JBA Pahang, sedangkan itu adalah tugas PAIP sebenarnya [Sebenarnya banyak lagi isu dan masalah air yang melanda rakyat Pahang yang perlu dibela oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Bahkan PDO ada lagi bukti yang lebih menyayat hati melibatkan rakyat di Parlimen Pekan sendiri. Maka itu, usahlah mendabik dada kononnya negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO BN tidak menghadapi masalah air seperti ini. Pahang juga tidak wajar berbangga dapat menjual air ke Selangor sedangkan rakyat sendiri masih menanggung derita yang sudah berlarutan sejak lebih 40 tahun lalu. Begitu juga dengan Felda, usahlah terlalu seronok kerana ia di senaraikan di Bursa Malaysia dan memilikik IPO tertinggi sedangkan masalah air di kawasan Felda seluruh Pahang masih yang terburuk di negara ini. Kenapa Felda tidak keluarkan peruntukan untuk meningkatkan kualiti air serta sistem paip yang sudah usang dan kini membebankan rakyat?. Kata rakyat didahulukan dan janji ditepati, tapi hakikatnya rakyat terus dipinggirkan. Justeru, kepada orang Felda dan rakyat Pahang maka anda perlu fikirkan nasib anda sekarang. Jangan perjudikan nasib dan terus tanggung derita memilih mereka yang hanya pandai berjanji dan bercakap, hakikatnya semuanya hanya indah khabar dari rupa dan retorik politik semata-mata. Berfikir sebelum bertindak !!]. |
Panas: Sumbang Mahram, "Hajat Suspek" Failkan Saman Buat Blogger ProUMNO Resah Main Isu Ini Posted: 29 Aug 2012 12:06 PM PDT Susulan penyiaran artikel isu Panas: Suspek Kes Sumbang Mahram Kaji Failkan Saman Putar Belit Media Serta Blog Terhadapnya! maka ramai pihak yang mula faham tentang isu yang kini sedang hangat dimainkan oleh pihak media arus perdana dan blog-blog pro UMNO sekarang. Suspek yang hanya disoal siasat berhubung kes itu telah dijatuhkan hukuman seolah-olah beliau memang sudah bersalah. Insiden ini, sama seperti apa yang terjadi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dua kes liwat yang dihadapinya dulu. Susulan dakwaan memualkan dari segenap arah oleh media milik kerajaan maka pemimpin terbabit seolah-olah sudah bersalah sebelum dibicarakan. Sedangkan dalam kedua-dua kes liwat itu Anwar akhirnya berjaya menang dan dibebaskan. Inilah yang terjadi kepada bekas calon PKR bagi DUN Damak pada PRU12 lalu, Mohd Nor Jaafar (foto) sekarang ini. Seolah-olah ada cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan kreadibiliti beliau. Tambahan pula ada ura-ura dia akan bertanding sekali lagi di DUN terbabit pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Laporan eksklusif kami telah dipanjangkan oleh banyak blog-blog pakatan termasuk portal terkenal Harakahdaily. Paling menarik, banyak blog dan portal pro UMNO kini mulai terkejut dengan kenyataan "suspek" yang mahu menyaman mereka yang menyiarkan sewenangnya foto beliau kononnya sudah bersalah dalam kes yang belum dibicarakan itu. Apa yang pasti kini ramai blogger-blogger UMNO mula serba salah dan resah apabila suspek mahu mengambil tindakan saman atas penyiaran artikel yang jelas berniat jahat terhadap beliau itu. Kini difahamkan peguam suspek sedang mengumpulkan bukti-bukti kukuh untuk urusan tersebut. Makanya, pihak terbabit digesa lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang jelas sekali telah mendahului siasatan pihak polis dan mahkamah sebenarnya. Laporan PDO yang telah pun dipetik dan disiarkan di portal harakahdaily [Perbuatan kemaruk pihak terbabit yang begitu cepat menjatuhkan hukuman kepada suspek jelas sekali satu sikap yang tidak bertamadun dan membelakangkan mahkamah sebenarnya. Bukan sahaja menjatuhkan hukuman malahan berita itu disebarkan hingga menyebabkan suspek berada dalam keadaan trauma atas apa yang berlaku. Apapun kini kebenaran pasti akan terserlah jua akhirnya. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan yang rapi atas kes ini. Andai akhirnya suspek didapati bersalah dan didakwa oleh mahkamah maka selepas keputusan itulah baru kita boleh mengatakan beliau bersalah atau tidak. Menyebarkan berita dan maklumat yang tidak sahih ini menyebabkan beliau mendapat malu besar dan sudah semestinya tindakan saman adalah jalan terbaik baik menjaga maruahnya yang semakin tercalar sekarang ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment