Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Blogger Cucumatkilau Gesa PAS Desak DAP Pecat Karpal Singh Kerana Jelas Semakin Biadap !

Posted: 22 Aug 2012 08:53 PM PDT

Semakin hari semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang mula sangsi dengan keikhlasan Pengerusi DAP dalam meneruskan perjuangannya bersama Pakatan Rakyat. Ini berikutan tindakan dan beberapa kenyataan biadap dan menghina agama Islam terus dilemparkan oleh pemimpin terbabit, walau pun pucuk pimpinan parti itu sendiri sebenarnya menyokong pendirian PAS mengenai Islam. Tindakan Karpal itu, bukan sahaja mencemarkan imej dan maruah Islam malah juga telah menyebabkan ramai orang Melayu yang beragama Islam kini ragu-ragu dengan keutuhan dan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat itu sendiri. Terbaru, Blogger Cucumatkilau (foto) yang telah lebih setahun bergerak sebagai aktivis bebas selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengulas tentang isu ini. Sebelum ini beliau telah dihentam hebat oleh penyokong pembangkang gara-gara menyelar tindakan PAS yang mahu mengambil tindakan tegas terhadap bekas Timbalan Presiden parti itu, Ustaz Nasharuddin Mat Isa gara-gara kenyataannya yang menyuruh PAS keluar dari gagasan Pakatan Rakyat dan kelibatnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Mekah baru-baru ini. Berbagai kutukan dan cacian dilontarkan sendiri oleh penyokong Pakatan Rakyat gara-gara kenyataan panas di laman sembang sosial di facebooknya itu. Terbaru, dalam posting diblognya beliau mengeluarkan kenyataan panas jika Parti Islam SeMalaysia (PAS) boleh mengambil tindakan tegas sehingga terpaksa memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali kerana persoalkan tindakan Karpal menghuna Hudud, maka mengapa mereka tidak berani mendesak tindakan yang sama tidak dilakukan oleh Parti Demokratik Rakyat (DAP) terhadap Pengerusinya ini. Kenyataan beliau ini pasti mengundang kemarahan penyokong pembangkang terhadap dirinya, namun bagi blogger terbabit beliau berhak menegur kerana dia tidak terikat dengan mana-mana politik kepartian sekarang ini. Malah, katanya terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS untuk mendengar atau pun tidak kerana Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS sendiri pun ada mengeluarkan kenyataan yang sama tentang isu Karpal Singh ini sebenarnya. Baca kenyataan beliau di sini Jika PAS Berani Pecat Dr.Hassan Ali Maka Mereka Juga Sepatutnya Berani Desak DAP Pecat Karpal Singh !!


Panas: Hari Raya Di Sambut Suram, Isu Air Terus Membelenggu Penduduk Felda Jengka 7, Pahang!

Posted: 22 Aug 2012 08:57 PM PDT

MARAN, 23 Ogos - Perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini sekali lagi disambut dalam keadaan suram oleh para penduduk Felda Jengka 7 dekat sini. Ia berikutan masalah bekalan air yang menimpa kampung terbabit sejak berpuluh tahun yang lalu masih gagal diatasi sehingga ke saat ini. Orang ramai yang ditemui begitu kecewa kerana kerajaan masih tidak mendengar rintihan mereka dan kini saban tahun terpaksa berhadapan dengan isu berkenaan terutamanya menjelang hari raya. Terdahulu, PDO pernah mendedahkan beberapa isu berkaitan masalah berkenaan sebelum ini. Namun, isu yang menghantui sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit masih gagal diselesaikan walau pun berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak terbabit. Tambah menyedihkan apabila pemimpin setempat yang diharapkan membawa isu tersebut ke pihak atasan seolah-olah cuba mencari jalan pula untuk menutup masalah terbabit dari pengetahuan pihak yang sepatutnya. Malah, terdapat laporan ada penduduk yang diugut dan akan dikenakan tindakan jika menghebahkan isu berkenaan kepada media dan sebagainya. Akhirnya penduduk terpaksa menanggung bebanan itu dan ia benar-benar menyusahkan anak perantauan yang pulang berhariraya setiap tahun. Perkara ini didedahkan dalam laman sebmbang sosial salah seorang generasi kedua peneroka yang sudah tidak tahan lagi dengan masalah terbabit baru-baru ini. Berbagai komentar panas diterima berkiatan isu itu. "Ha3...permimpin tiada ilmu...lulus atas politik power...Kalau Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ( DARA ) tidak ditutup isu air.di jengka.....dah lama selesai ...hu3...Kalau kerajaan Malaysia tidak tutup agensi LKWJ dan DARA pasti....Muadzam Shah dan Jengka akan maju macam negeri Johor. KAJORA,KESEDA,MADA..Menempa pembanggunan...DI Daerah PEKAN dan Daerah ROMPIN ,MARAN,TEMELOH JERANTUT,LIPIS.BENTONG..dan JENGKA PUSAT itu tersendiri....peluang perkerjaan anak watan dan anak peneroka..disebab ....permimpin tiada ilmu...ahli Palimen tiada ilmu...PAHANG jadi negeri mundur dan ketinggalan 20 tahun kebelakang..malunya nak negeri Pahang..FIKIR2 lah", kata Desa Keranji Muadzam Shah tentang isu ini.


Walau pun air dihantar oleh PAIP tetapi mereka katanya tidak tahu isu itu
bukankan ini sesuatu yang sunggug melucukan, mana pergi Tok Empat

Sementara itu, Pengundi DUN pula berkata "DULU DULU .... Perkara Infrastruktur begini DISERAHKAN KEPADA LEMBAGA wILAYAH jENGKA untuk selesaikan Ini kerana JBA tiada bajet dan engeneer yang design tetapi ini hari Lembaga JENGKA sudah di tutup". Paling menyedihkan bagi mereka yang ada anak kecil seperti kata Siti Rohaizan ini"saya pn btemu jdh ngan org jgka 7 n skrg menetap d jgka 7..saya sokong sgt semua komen2 kt ats,sbb kt jgka 7 ni bkn time raya je xde air..time x raya pn sama..dlm seminggu 3 ari je ade air..org yg ade ank kecil cam saya plg rasa susahnya bila bdepan mslh ni..tp org jgka 7 sndiri cam redha je bab ni sbb dah set dlm minda semua yg bn wt semuanya btl..kononnya sanggup ssh asalkn bn yg bkuasa..camane la yb bn nk wt keje sbb kalu x wt keje pn rakyat ttp sokong dia jgk". Tambah sayu apabila anak-anak dan cucu cicit warga Jengka 7 pulang ke kampung halaman baru-baru ini. Masalah diajukan kepada Perbadanan Air Pahang Berhad (PAIP), namun anehnya pihak terbabit mengatakan mereka tidak mendapat laporan ketika menghantar bekalan air menggunakan lori di kawasan itu baru-baru ini. Ia sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku jika pemimpin setempat bekerja untuk rakyat dan tidak menutup isu berkenaan. Mereka lebih utamakan menutup imej yang tercalar dari membawa masalah rakyat kepada pihak atasan. Apakah pemimpin sebegini layak dikekalkan?. Mereka hanya menjaga tembolok masing-masing dengan elaun yang diterima tetapi tidak mahu memikirkan masalah yang ditanggung rakyat!.

[Felda Jengka 7 adalah kubu kuat UMNO BN yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor yang diwakili oleh Allahyarham Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak yang meninggal dunia baru-baru ini. Kini kawasan terbabit tidak lagi mempunyai Wakil Rakyat dan terpaksa menunggu selepas Pilihanraya Umum ke-13 akan datang untuk mendapat ADUN yang baru. Soalnya, apakah isu ini dapat selesai?. Inilah yang menimbulkan persoalan kerana berpuluh tahun BN berkuasa di situ masalah tetap berlaku. Malah, semakin hari semakin teruk seperti sekarang. Justeru, para peneroka dan generasi kedua Felda berkenaan digesa menunjukkan ajar kepada pemimpin setempat yang masih lena diulit mimpi. Bayangkan mereka sanggup biarkan anak-anak buah menderita dengan masalah air yang berlarutan hampir 40 tahun asalkan BN terus berkuasa. Tiada langsung fikiran untuk lakukan perubahan demi menjaga kepentingan rakyat setempat. Maka, sudah tiba rakyat membuat perubahan pada PRU-13 ini agar isu ini dapat selesai dengan segera apabila sokongan beralih arah nanti. Jika tidak maka para penduduk Jengka 7 akan menderita buat selamanya. Mujurlah media arus perdana tidak siarkan berita ini demi menjaga kepentingan pihak atasan. Harapan rakyat agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menjaga dulu rakyat di Pahang ini sebelum menuding jari menuduh Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor tidak pandai menguruskan air di negeri berkenaan. Inilah yang dikatakan "gajah didepan mata tak nampak tapi kuman diseberang laut nampak". Senario yang berlaku ini sungguh memalukan kita sebenarnya].


Poster Fitnah, Jika Facebook Palsu Mana Mungkin Capaian "Fans" Boleh Cecah Puluhan Ribu Orang!

Posted: 22 Aug 2012 12:37 PM PDT

Ramai pihak kini mempertikaikan tindakan pihak polis yang tidak mahu menggunakan Seksyen 114A Akta Keterangan bagi menyiasat isu panas dari laman sembang sosial "Pemuda UMNO Malaysia" yang telah menyentuh sensitiviti agama dan boleh merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Malah ramai yang kecewa kerana perbuatan tersebut jelas sekali tertakluk dibawah akta baru yang diperkenalkan oleh kerajaan UMNO BN sendiri sebenarnya. Seolah-olah "terkena batang hidung sendiri", kini terdapat usaha dari kalangan pemuda UMNO cuba untuk mengelak kononnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh Pemuda UMNO. Malah lebih menarik lagi apabila beliau mengatakan akaun facebook berkenaan bukanlah milik Pemuda UMNO Malaysia. Laporan polis juga dibuat berhubung kandungan yang didakwa berunsur hasutan itu. Namun, persoalan yang timbul jika benar akaun itu bukan milik pemuda UMNO maka mana mungkin peminat (Fans) atau pengikutnya boleh mencecah lebih daripada 50,000 orang?. Apapun ramai yang melihat Pemuda UMNO akan terlepas daripada akta zalim ini kerana mereka adalah sayap kanan parti yang berkuasa di negara kita sebenarnya. Ini bermakna Seksyen 114A Akta Keterangan itu tidak syak lagi adalah satu undang-undang yang digubal khas untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat menerusi media baru. Mereka yang akan menjadi mangsa sudah pastilah akan difokuskan kepada pemimpin pembangkang itu sendiri selepas ini. Mana mungkin pemimpin dan ahli UMNO akan didakwa oleh akta yang penuh simbolik ini. Sebab itu kita tidak hairan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah boleh menyatakan secara terbuka polis tidak akan menggunakan Seksyen 114A Akta Keterangan bagi menyiasatkes tersebut. Kononnya, seksyen 114A merujuk kepada prosedur dalam cubaan membuktikan jenayah di mahkamah. Malah lebih mengejutkan bila beliau juga berkata polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 233 bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Katanya lagi, terpulang kepada pejabat peguam negara untuk menentukan pendakwaan bawah seksyen yang mana. Seksyen 233 merujuk kepada penyalahgunaan penggunaan kemudahan jaringan atau perkhidmatan jaringan.

[Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak sebelum berkata laporan polis telah dibuat bagi menggesa siasatan berhubung pengendali dan pentadbir laman facebook tersebut yang kini mempunyai 50,000 pengikut dijalankan. Malah beliau katanya menyedari kewujudan laman sosial palsu tersebut pada Sabtu lepas yang meletakkan profilnya sebagai 'Pemuda Umno Malaysia' dan mengeluarkan satu paparan poster berbaur hasutan dengan tulisan "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'. Insiden sebegini bukan sahaja boleh memecah-belahkan rakyat tetapi juga membuahkan fitnah dan imej salah kepada Pemuda Umno kata beliau selepas membuat laporan itu pada pukul 4 petang di Balai Polis Tun H.S Lee di sini hari ini. Ibdilillah yang juga Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO berkata laporan itu dibuat selepas diarahkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk berbuat demikian. Persoalannya sekarang, jika ia bukan milik Pemuda UMNO atau palsu mana mungkin capaian peminatnya boleh mencecah puluhan ribu].


No comments:

Post a Comment