Liang Lahad.... |
- DR. ASRI SINDIR UMNO.
- KOLAM UDANG 30 EKAR NOH OMAR JEJAS 1,000 ORANG PETANI DAN NELAYAN
- HARAM DAN BERDOSA UNDI DAP? BETUL KE?
Posted: 08 Aug 2012 06:57 AM PDT isu haram undi DAP [baca sini] isu berdosa undi DAP tak boleh undi Pakatan Rakyat.. Dr MAZA secara halus menyindir Kerajaan BN.... Dalam satu kenyataan beliau melalui akaun twitternya... beliau mengatakan kalaulah menghukumkan memberi undi kepada wakil rakyat "non Muslim" itu sebagai haram,maka memberikan mereka jawatan menteri atau timbalan menteri lebihlah lagi haram....Lihat sini.. Ludah kelangit pastilah ludah tu akan jatuh kebawah balik... itulah jadinya bila UMNO yang selama ini meminggirkan Islam tiba-tiba ingin menjadi hero memperjuangkan Islam... Nak tengok bagaimana MCA bantah hudud hukum Allah ini baca [di sini]. Rakyat bukan bodoh lagi..... |
KOLAM UDANG 30 EKAR NOH OMAR JEJAS 1,000 ORANG PETANI DAN NELAYAN Posted: 08 Aug 2012 02:56 AM PDT Rakyat di Tanjong Karang dan Sungai Burong sukar untuk mendapatkan tanah bagi rumah mereka.. tetapi Noh Omar (bakal MB Selangor jika BN menang) begitu mudah dapat 30 ekar tanah bagi projek kolam udangnya... Kolam udang Noh Omar itu dikatakan menjejaskan pendapatan lebih 1,000 orang petani dan nelayan.. bagi menyatakan kesusahan mereka itu,penduduk membuat bantahan secara aman di pintu masuk ke kolam udang Noh Omar...Belum jadi MB Selangor dah ada kolam udang 30 ekar... dah jadi MB nanti (itupun kalau BN menang ler) tak tahu le aku macam mana keadaannya.. Terjejas Pendapatan, Lebih 150 Nelayan Bantah Kolam Udang Miliki Noh OmarTANJONG KARANG 8 OGOS : Kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki oleh Datuk Seri Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berucap dalam bantahan itu berkata, Noh selaku Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani tidak wajar terlibat dalam projek penternakan udang itu kerana ia akan mewujudkan percanggahan kepentingan. Suee Lim mendakwa memiliki dokumen yang menunjukan Noh memiliki tanah kerajaan semasa pentadbiran BN sedangkan rakyat Tanjong Karang dan Sungai Burong sukar untuk mendapatkan tanah bagi membina rumah. "Tetapi ada pemimpin dapat tanah bukan satu dua ekar tetapi dapat 30 ekar iaitu Noh Omar yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, apa keistimewaan Noh Omar rakyat hendak tanya"? soal Suee Lim. Menurut Suee Lim, beliau mendesak Noh tampil memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kaitannya dengan projek kolam itu pada kadar segera. "Kalau Noh gagal menjawab persoalan yang kita bangkitkan kenapa beliau boleh mendapatkan 30 ekar tanah dan apakah keistimewaan beliau, maka beliau perlu meletakkan jawatannya," tegas Suee Lim. Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu. Sementara itu, Naib Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman berkata kawasan itu tidak wajar diterokai kerana ia adalah tanah simpanan hutan kayu bakau yang dijadikan sebagai pemampan daripada berlakunya hakisan pantai. "Sebelum ini apabila penduduk kampung membuat penerokaan hutan akan ditangkap oleh Jabatan Hutan. "Dalam jarak 100 meter daripada pantai tidak boleh dilakukan aktiviti pertanian dan ini menyalahi akta alam sekitar," katanya. Misran mendakwa sejak kewujudan kolam udang ini disyaki hasil kerang dan laut berkurangan sehinggakan menjejaskan pendapatan nelayan. "Saya anggarkan yang terjejas daripada kewujudan kolam udang ini lebih daripada 1,000 orang,sekarang ini mereka tidak dapat pergi ke laut untuk mencari hasil," katanya. Sebelum ini, petani Manan Osman,54, mendakwa sebelum wujudnya kolam udang ini pendapatan para petani di kawasan ini agak lumayan berbanding sekarang ekoran kehadiran monyet-monyet yang banyak memasuki kawasan pertanian ekoran penerokaan hutan yang menjadi habitat hidupan liar itu. "Saya memang membantah sekeras-kerasnya projek ini.Sikap Noh Omar tidak memahami hati rakyat,petani terlalu risau memikirkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi kami sekarang," ujarnya. Sehingga berita ini ditulis, usaha Selangor Kini menghubungi Setiausaha Politik kepada Noh iaitu Datuk Mohammed Shafie Asnami untuk mendapatkan respon berkenaan bantahan petani berkenaan belum berhasil kerana beliau diberitahu masih berada dalam mesyuarat. |
HARAM DAN BERDOSA UNDI DAP? BETUL KE? Posted: 08 Aug 2012 01:08 AM PDT Isu haram dan berdosa undi DAP ini memang sudah dijangka akan dimainkan oleh media utama UMNO.. Sebab semalam, soalan "pancing" kepada isu haram undi DAP ini dipaparkan di dalam Utusan... semalam Ibrahim Ali (Presiden Perkasa) menanyakan soalan "Apa hukum ahli PAS undi DAP?" Dan memang kita dah jangka hari ini akan ada orang yang akan memberikan jawapan kepada pertanyan Ibrahim Ali semalam tu... Soalan Ibrahim Ali tu telah dijawab oleh Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah.. katanya bukan sahaja haram undi DAP.. malah berdosa pulak jika kita undi DAP... Katanya MCA berbeza dengan DAP... nak tahu samada MCA berbeza atau lebih teruk lagi berbanding DAP?,sila [BACA SINI] Isu haram undi DAP ni sudah tentu akan dimainkan media UMNO untuk beberapa ketika... Sasaran mereka adalah kepada pengundi melayu, supaya pengundi melayu keliru dengan hukum haram mengundi DAP yang dikeluarkan guru agama sekolah pondok ini... Untuk menjelaskan isu ini.. sukalah aku nak bawakan kaedah pemilihan di dalam Islam... dalam Islam,bila datang sesuatu mudarat yang besar.. kita harus mencari pula mencari kepada sesuatu mudarat yang kecil... Apabila tiba keadaan dimana kita ada dua pilihan.. iaitu mudarat besar dan mudarat kecil, maka wajiblah ditolak mudarat yang besar itu dan memilih mudarat yang kecil... Dalam soal hudud... mudarat itu boleh kita lihat sebagai berikut.. Korang jangan hairan pulak jika esok Tan Sri Harussani keluarkan hukum dia pulak.... Ulama' akhir zaman.. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment