"tukanglawan" |
- Saham Felda Ohh Felda.
- Isu Air, Eloklah Syabas Berundur, Jangan Susahkan Rakyat
- Hiburan Petang, Imbas Kembali Salah Laku Umno
- Helikopter Terhempas , Pemimpin Keadilan Maut
Posted: 23 Jul 2012 01:47 PM PDT Semalam Saham felda jatuh lagi, mungkin ini lah buah durian yang runtuh dari BSKL agaknya inilah hadiah najib dan isa Samad kepada peneroka felda supaya umno dipilih lagi pada PRU akan datang.
Naik hanya sekejap, tapi turun berkali-kali, biasa lah saham memang pada awal niaga akan naik tinggi, sebab jadi tumpuan pembeli, tak lupa juga jadi tumpuan pak menteri. makcik dan pakcik felda hanya di "fatamorganakan" dengan keuntungan. Kisah isa Samad dapat 180,000 unit saham bukan rakyat tak tahu, agaknya Isa Samad mencagarkan lebih banyak tanah felda kepunyaannya berbanding peneroka lain. isa Samad pun seorang peneroka felda agaknya. Bukan nak dengki dengan isa Samad yang dapat saham lebih banyak dari pakcik peneroka tu, kita takut sangat saham ini akan jatuh lagi, walaupun belum dibawah tahap rugi, kita sangat takut jatuh sampai ke tahap tu, isa samad dan pak menteri yang pegang saham tu tak rugi sangat la, cuma kesian dekat peneroka. Durian sudah runtuh di BSKL... tunggu cikit lagi takut busuk. kita harap taklah busuk, sebab bila busuk dah tak boleh makan dah, jual pun takkan laku. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini | ||
Isu Air, Eloklah Syabas Berundur, Jangan Susahkan Rakyat Posted: 23 Jul 2012 11:21 AM PDT Kecoh isu air di Selangor, dulu rakyat selangor dicanangkan dengan kononya empangan empangan sudah di tahap kritikal dan dah nak kering dan pasti kerajaan negeri selangor dipersalahkan kerana beri air percuma kepada Rakyat. Kemudian, Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dari Selangor pun pegi la menyiasat perkara ni, betul ke empangan dah nak kering, tapi bila tengok tak pulak kering, bila tak kering perkara ni dipersoalkan balik. tak paham betul kenapa puak ni suka berbohong Untuk orang luar Selangor dan KL, kalau nak tau Syabas ni sejak Pakatan Rakyat ambil alih Selangor memang suka buat onar. dulu tekanan air tinggi, sekarang kalau nak mandi paip lain kene tutup dulu, banyak kawasan yang macam tu. Ini sudah sama macam kes SB tuduh Pakatan diresapi Komunis la, (baca sini) tuduh, lepas tu orang beri bukti nafi dan larikan isu, sama la Syabas hari ini dah larikan isu pulak, kata diorang yang kering bukan empangan, yang tak cukup ialah air bersih ( rujuk gambar pertama ). La, sudah tukar ka, dulu kata empangan nak kering, sekarang cakap tak pulak, bekalan air bersih pulak tak cukup. Jadi apa tugas utama Syabas nei, ambik air bersih dan jual buat untung je ke?. air bersih dan terawat tu mana nak dapat, boleh jadi bersih dan terawat sendiri ke?. Salah siapa ni, bukan salah Syabas ke?, dan ada 7 empangan tapi tak mampu nak rawat air, sekarang nak buat empangan Langat 2 pulak?, apa tujuan nya... Bukan kalau tak cukup kemampuan nak rawat air, loji rawatan air ke yang kene dibina, tak tahulah pulak "tukanglawan" kalau empangan langat 2 nanti air yg terhasil tu memang dah siap terawat. Tak lain tak bukan Al-fulus, tu je la.. bukan sebab air tak cukup. Syabas yang gagal rawat air tu beri alasan pada puak umno untuk baham duit lagi, kalau bina empangan Langat 2 nanti kos air di Selangor akan naik. Jadi sebelum rakyat selangor susah angkara belaan umno ni, baik la kita humban terus umno dengan syabas sekali. memang menyusahkan rakyat, sabotaj kerajaan Selangor untuk susahkan rakyat. perangai setan belaan umno memang macam gitu. Jom tengok video bawah nei Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini | ||
Hiburan Petang, Imbas Kembali Salah Laku Umno Posted: 23 Jul 2012 12:38 AM PDT Walaupun ini bulan puasa, tapi tidak salah jika kita terus mendedahkan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat kan. Nah, sebagai hiburan kita petang-petang ni, elok kita ingat lihat video dibawah ni. jadikan pengajaran. Ingat, bila kita dipinjamkan kuasa oleh ALLAH, jangan sesekali menyalahgunakannya, jangan gunakan kuasa itu untuk kepentingan sendiri, berdosa buat begitu,apa lagi menyalah guna wang rakyat, lagi la berdosa. Harap video diatas menjadi pengajaran, jangan khianat pada rakyat, sampai bila-bila rakyat akan ingat. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini | ||
Helikopter Terhempas , Pemimpin Keadilan Maut Posted: 22 Jul 2012 11:14 PM PDT Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak, Peter Ato Mayau, 53, meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas helikopter milik Sebiro Holdings di Sungai Triso, Sri Aman Jumaat lalu. "Kita kehilangan seorang pemimpin berjiwa rakyat, kurang bercakap tetapi kerja aktif dan konsisten membantu rakyat," kata Chee How yang kali terakhir bersama mendiang dalam sebuah program di Parlimen Mambong seminggu sebelum kejadian. Menurut Chee How, mendiang adalah calon berpotensi untuk menang dan sudah disahkan mewakili KEADILAN bagi Parlimen Mambong pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau pernah bertanding sebagai calon KEADILAN pada Pilihan Raya Negeri 2011 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat, namun tewas kepada calon BN dalam saingan tiga penjuru. Chee How menyifatkan mendiang sebagai seorang yang mempunyai sentuhan peribadi istimewa dan sangat rajin. Malah bapa kepada tiga anak itu sudahpun turun padang dalam Parlimen Mambong sejak Oktober tahun lalu. "Ato Mayau seorang yang tahan lasak dan mempunyai tahap kesihatan baik. Mendiang juga merupakan pemimpin mudah mesra dan sangat disenangi ramai. "Walaupun beliau berketurunan Bidayuh, namun salasilah keluarga sangat unik dan beliau memiliki darah campuran Melayu, Cina dan Bidayuh," katanya yang masih bersedih dengan kehilangan mendiang. Mayat Ato Mayau kini berada di Kuching dan dijangka dikebumikan esok. Sementara itu, Bernama melaporkan, semua yang meninggal dunia itu menaiki helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang menyaksikan juruterbang berbangsa Jerman, Rico Steger, 35, selamat bersama Adun Pelagus, George Lagong Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment