"tukanglawan"

"tukanglawan"


Apakah Mutu Proton Preve Seteruk Ini ?

Posted: 16 Jul 2012 02:43 PM PDT

Proton Preve yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu dicanangkan sebagai proton terbaik keluaran pembuat kereta nasional negara ini. tapi benarkah ia kereta terbaik proton?

Sebagai sebuah jenama yang pernah menjalin kerjasama dengan Mitsubishi motor , lotus dan Renault apakah perkongsian tersebut dapat memberi kebaikan kepada pengeluar kereta nasional ini. itu persoalannya, apakah manafaat yang dapat diambil dari perkongsian teknologi yang kononnya diadakan dulu.

Baiklah, apa yang kita dapat lihat adalah bila proton menjalin kerjassama dengan lotus ianya sedikit sebanyak memberi manafaat dengan sistem kawalan dan saspensi kereta proton, benar kah itu, jika ya ia sesuatu yang bagus.

Bagaimana dengan aspek lain, sepatutnya selepas 27 tahun industri ini bermula, proton sepatutnya jadi jenama yang hebat, bukan mahu memperlekehkan, jika kita mahu bandingkan proton dan perodua kita dapati jenama perodua lebih diyakini. walaupun menggunakan banyak teknologi dari jepun ( proton juga ).

Gambar dibawah menceritakan selepas 27 tahun proton ditubuhkan, dan ini hasilnya.


Bukankah selayaknya rakyat malaysia dapat menikmati kualiti kereta yang lebih bagus, jika begini lah mutu kereta kita, jangan kata tidak patriotik jika menggunakan kereta jenama luar. bukan buat ala kadar untuk penuhkan poket kroni saja.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Ftnah Baru Terhadap Anwar sudah bermula?

Posted: 16 Jul 2012 07:07 AM PDT


Apakah fitnah baru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar dalam masa terdekat ni. kali ini blog umno paling busuk yang juga jadi penyebar pertama video -video lucah melaporkan begitu.

Tak terfikirkan kita dari mana si blogger yang tak reti halal haram ni dapat info, semua video sebelum ini dikeluarkan oleh mamat ni, kalau berita sensasi dan fitnah dialah penyebarnya.

Keratan screenshot dari blogger tersebut





Umno ni terdesak sangat agaknya, tak habis-habis lagi fitnah, apa yang mereka mahu agaknya.

Mungkin otak mereka sudah terlalu kotor untuk berfikir waras, pembohongan terpaksa dilakukan untuk terus berkuasa.

Mungkin kali ini skrip sudah bertukar, watak dan lakonan pasti telah diplot dengan sebaiknya.

Bagaimana nak hentikan fitnah murahan ini, senang je... tumbangkan umno.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Seorang Lagi Artis Mencari Keredhaan ALLAH

Posted: 16 Jul 2012 04:34 AM PDT

Haryati Hamzah (Yatt) telah hadir di Himpunan Hijau 2 Putrajaya peringkat Negeri Selangor, semalam.



Beliau walaupun bukan seorang Ahli PAS, menerima jemputan hadir dalam majlis itu untuk sama-sama berkongsi cerita penghijrahannya 3 bulan yang lalu untuk mencari redha ALLAH, beliau juga dalam himpunan itu meminta rakan-rakan dan peminat terus memberi sokongan dan mendoakan agar beliau istiqamah dalam menjadi wanita muslimah.

Yatt ialah seorang pelakon Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang pengacaraan & pemodelan. Wajah pemegang ijazah Kursus Komunikasi & Pengajian Media (Periklanan) dari UITM Shah Alam,sebelum ini telah berlakon dalam beberapa buah filem dan drama.

Beliau juga telah mengacarakan beberapa buah rancangan TV selain menjadi model beberapa Iklan komersial.


Pada himpunan semalam, beliau telah menperdengarkan bacaan sajak yang bertajuk Rintihah Mujahiddah.



Semoga Penghijrahan beliau berkekalan dan mendapat Redha ALLAH.. amin. buat gerombolan umno, jangan pula nak perlekeh beliau selepas ini, al-maklumlah gerombolan umno bukan suka sangat orang berhijran jadi lebih baik camnei, mereka lebih suka pada K-pop.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

No comments:

Post a Comment