Pahang Daily Online |
- Panas: Polis "Kenal Pasti Individu" Hantar Lelaki Amuk Di "Bangunan JPM Putrajaya" Isnin Lepas!
- Gempar: Lagi Lelaki Mengamuk, Kali Ini Di Dalam Premis 7 Eleven Dekat Temerloh Awal Pagi Tadi
- Himpunan Oren: Polis Tidak Benarkan Penganjur Guna Jalan Duta Untuk Berarak Ke Istana Negara
- Semua Wakil Penduduk Cameron Highlands Kini Bebas Dan Tidak Akan Di Dakwa Oleh Mahkamah!
- Terkini: Wakil Penduduk Belum Di Bebaskan Lagi
- Panas: Wakil Penduduk Cameron Highlands Yang Berkhemah Di Depan Pejabat MB Di Tahan Polis !!
- Hairie: Rakan-Rakan Sokong Saya Masuk PAS !!
| Posted: 11 Jul 2012 09:30 AM PDT |
| Panas: Polis "Kenal Pasti Individu" Hantar Lelaki Amuk Di "Bangunan JPM Putrajaya" Isnin Lepas! Posted: 11 Jul 2012 09:17 AM PDT
|
| Gempar: Lagi Lelaki Mengamuk, Kali Ini Di Dalam Premis 7 Eleven Dekat Temerloh Awal Pagi Tadi Posted: 11 Jul 2012 09:46 AM PDT TEMERLOH, 11 Julai - Seorang warga Indonesia dipercayai telah mengamuk di dalam sebuah premis 7 Eleven dekat sini sekitar jam 3.00 hingga 4.00 pagi tadi. Beliau dipercayai mengamuk selepas menghidu gam di sebuah stesen minyak berhampiran (Petronas Semantan) sebelum berkeliaran hingga ke premis terbabit. Difahamkan beliau telah masuk ke premis itu dan telah menyelongkar barangan jualan sesuka hatinya. Ketika kejadian terdapat beberapa orang pekerja di dalam premis terbabit, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana takut dan bimbang lelaki itu bertindak agreasif terhadap diri masing-masing. Tambahan pula ketika itu lelaki berkenaan sedang memegang sebatang kayu. Mujurlah ketika kejadian beberapa orang penduduk tempatan telah masuk ke premis itu dan meleraikan keadaan tersebut. |
| Himpunan Oren: Polis Tidak Benarkan Penganjur Guna Jalan Duta Untuk Berarak Ke Istana Negara Posted: 11 Jul 2012 08:40 AM PDT
|
| Semua Wakil Penduduk Cameron Highlands Kini Bebas Dan Tidak Akan Di Dakwa Oleh Mahkamah! Posted: 11 Jul 2012 08:38 AM PDT ![]() KUANTAN, 11 Julai - Kesemua wakil penduduk Cameron Highlands yang ditahan polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam telah dibebaskan lewat petang tadi. Kesemua mereka akhirnya dibebaskan selepas tempoh 24 jam penahanan mereka tamat. Difahamkan, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 31 Julai ini. Oleh itu mereka juga tidak akan didakwa di mahkamah selepas ini. Kesemua individu berkenaan terdahulu hadir ke Kompleks Mahkamah Kuantan hari ini untuk menunggu pendakwaan dijalankan ke atas mereka. Salah seorang peguam yang mewakili individu berkenaan, Hon Kai Ping (foto) berkata, mereka menunggu keputusan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang memohon untuk menjalankan prosiding terhadap tahanan."Kita dimaklumkan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya, mereka sedang menunggu keputusan dari (Pejabat Peguam Negara) Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran membuat tuduhan mahkamah kepada tahanan."Kami telah tunggu dari pagi tetapi sehingga kini tiada lagi apa-apa keputusan. Kami telah tunggu dari pagi tetapi sekitar jam 3.50 barulah keputusan keluar," katanya. |
| Posted: 11 Jul 2012 09:09 AM PDT |
| Terkini: Wakil Penduduk Belum Di Bebaskan Lagi Posted: 10 Jul 2012 10:39 PM PDT KUANTAN, 11 Julai - Kesemua baki 27 orang lagi wakil penduduk Cameron Highlands yang ditahan polis petang semalam masih belum dibebaskan setakat ini (1.16 petang). Difahamkan usaha membebaskan pihak terbabit sedang dijalankan oleh peguam yang berkenaan. Penyokong serta wartawan media kini berada di mahkamah untuk menggunggu keputusan pembebasan. Kesemua mereka yang terbabit diwakili oleh Peguam Hon Kai Ping (Bar Caouncil Pahang). Turut berada di mahkamah ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan lain-lain. Orang ramai dan wartawan bersesak di mahkamah untuk ikuti kes pagi ini![]() Antara kanak-kanak dan wanita yang ditahan lokap, 4 dibebas malam tadi ![]() Peguam Hon Kai Ping dan S Arutchelvan (PSM) sedang berbincang sesuatu |
| Panas: Wakil Penduduk Cameron Highlands Yang Berkhemah Di Depan Pejabat MB Di Tahan Polis !! Posted: 10 Jul 2012 10:59 PM PDT ![]() KUANTAN, 11 Julai - Kesemua tiga puluh satu (31) orang wakil penduduk, masyarakat kaum India Cameron Hihglands (Green Cow, Kea Farm) yang mengadakan (Occuppy Mb Pahang's Office) di pintu masuk ke Wisma Sri Pahang yang ditahan polis kini masih belum dibebaskan. Mereka yang terdiri daripada tiga belas (13) lelaki, dua belas (12) Perempuan dan enam (6) kanak-kanak ditahan semasa sekitar 4.00 petang oleh pihak polis IPD Kuantan, selepas beberapa perbincangan tidak dipersetujui. Turut berada di lokasi semalam ialah Ketua Polis Daerah (OCPD) ACP Mohd Jasmani Yusoff. Difahamkan, antara yang ditahan termasuk kanak-kanak. Walau bagaimana pun lewat malam tadi beberapa orang kanak-kanak terbabit telah dibebaskan dan hanya dua sahaja berumur dibawah 12 tahun yang masih berada di lokap (kerana tidak mahu berpisah dengan ahli keluarga mereka yang ditahan). Antara yang ditahan juga termasuklah seorang warga emas berusia 90 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun. Perhimpunan berjalan secara aman sekitar jam 11.00 pagi dimana penduduk membentangkan kanvas dan duduk di bawah pokok di jalan masuk ke pejabat MB Pahang. Difahamkan, ketika itu MB tiada di pejabat beliau kerana mempunyai agenda lain di Putrajaya. Maka, beberapa orang wakil penduduk telah dipanggil berbincang dengan wakil MB (Encik Guna dan Dato' Hamdan) di pejabatnya. Akibat tiada jawapan, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus berhimpun kerana diadakan secara aman dan tidak mengganggu sebarang lalu-lintas, mahupun ketenteraman awam. Sekitar jam 2.00 petang barulah pihak polis mula menghampiri kawasan terbabit. Perundingan dijalankan sehinggalah mereka semua dibawa menaiki trak polis untuk ditahan di lokap. Semasa di IPD Kuantan, lewat malam tadi satu perbincangan telah diadakan dengan ASP Muniandi, namun kesemua mereka akhirnya didakwa pagi ini atas kesalahan dibawah Akta Perhimpunan Aman. ![]() Perbincangan dengan ASP Muniandi malam tadi telah gagal, kesemua didakwa ![]() ![]() Berkhemah hanya kerana untuk menuntut keadilan buat diri masing-masing ![]() Penduduk mendirikan khemah di bawah pokok jalan masuk ke Pejabat MB [Beginilah nasib rakyat marhaen, mahu menuntut keadilan untuk hak-hak mereka pun akhirnya ditindas dan ditangkap oleh pihak polis. Sedangkan sudah jelas, mereka ditipu oleh pemimpin kerajaan itu sendiri. Jika insiden ini berlaku di negeri Pulau Pinang, Selangor , Kedah dan Kelantan maka sudah pasti ia akan menjadi tajuk utama media arus perdana. Namun, dek kerana ia berlaku di bumi Pahang yang ditadbir oleh UMNO BN ia dipinggirkan. Apakah ini cara penguasa bertindak. Rakyat berpuluh tahun memohon geran tanah yang mereka diami tidak dilayan tetapi pemaju perumahan yang dilayan hingga meminggirkan nasib mereka. Rakyat harus dibela dan kesian nasib para penduduk Cameron Highlands yang tertindas ini. Apapun, ianya mungkin menjadi senjata baru buat rakyat menolak BN pada pilihanraya umum akan datang. Jika isu Lynas, majoriti suara kaum Tionghua pasti berubah, maka isu ini pasti membuatkan suara kaum India pula berpaling arah. Kesilapan orang kanan MB Pahang ialah membiarkan pihak polis menangkap dan menahan penduduk terbabit di lokap. Sedangkan mereka sebenarnya berbuat demikian kerana mahukan hak mereka]. |
| Hairie: Rakan-Rakan Sokong Saya Masuk PAS !! Posted: 10 Jul 2012 09:19 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















No comments:
Post a Comment