Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: ADUN BN 'Inderapura' Halang Pendakwah Sertai Forum Agama Semata-Mata Desakan Politik !

Posted: 07 Jul 2012 09:15 AM PDT

KUANTAN, 7 Julai - Akibat takut dengan bayang-bayang sendiri, seorang pendakwah Syed Anis Syed Husin terpaksa menjadi mangsa politik Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Shafik Fauzan Mohd Sharif (foto). Menurut sumber diperolehi, Syed Anis sepatutnya menjadi panel bersama-sama KPP Penyelidikan Ustaz Hamdan Yusi Yusof dan Asmawi Abu Bakar dalam Forum Al-Muqarrobin anjuran An-Nadwah di Masjid Charok Paloh, dalam DUN Inderapura (Kuantan) malam esok. Sumber tersebut mendakwa, akibat tekanan daripada Shafiq, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengarahkan Timbalannya Dato' Ghazali menggantikan Syed Anis. Sebelum itu pertubuhan dakwah An-Nadwah telah menaja program forum bertajuk: "Ramadhan: Benarkah aku kasih kepadamu" dengan memberi wang tunai RM500, seekor lembu dan sumbangan kepada 40 orang fakir miskin. Dakwa sumber berkenaan, oleh kerana Syed Anis dibayangkan antara calon yang akan diketengahkan oleh PAS Kuantan di DUN itu, membuatkan Shafiq yang juga ADUN Inderapura dikatakan khuatir pengundi-pengundi terpengaruh dengannya. Difahamkan, Charok Paloh merupakan antara kubu kuat UMNO-BN yang masih ada di Kuantan. Pada PRU yang lepas, Shafiq hanya menang kurang daripada 500 undi ke atas calon PAS, Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Syed Anis. Menurut sumber itu lagi, Syed Anis sudah beberapa kali diblok daripada mengajar termasuk di sebuah masjid dalam DUN tersebut. sumber


Syed Anis kendali satu program bersama Abby di Kuantan baru-baru ini

[Tindakan ADUN BN terbabit amatlah tidak wajar sama sekali, kerana gara-gara desakan politik beliau tidak dapat membezakan perana sesuatu program agama itu. Biar pun nama Syed Anis diwar-warkan bakal menjadi calon untuk berlawan dengan beliau di DUN itu pada pilihanraya umum nanti, namun ia bukanlah satu keputusan muktamad sebenarnya. Justeru, tidak perlulah ADUN terbabit menggunakan kuasanya untuk menghalang pendakwah terbabit menunaikan tanggungjawab beliau. Akibat kebaculan ini, ia jelas merendahkan martabat ADUN BN itu yang kononnya merupakan satu-satunya ADUN yang mempunyai kepakaran dalam bidang agama (syariah) di negeri ini. Kami juga mempunyai beberapa maklumat panas yang mana ADUN berkenaan dikatakan telah gagal melaksanakan tugasnya sebagai Exco Pelancongan negeri Pahang. Kegagalan itu menyebabkan para peniaga Melayu di Malay Town akhirnya gulung tikar gara-gara "janjinya yang tidak ditepati". Beliau hanya popular sebagai "Exco Basikal" kerana gemar mengadakan program berbasikal atas nama pelancongan. Sebaliknya, gagal dalam meransang ekonomi dari sudut industri pelancongan ke negeri ini. Ketakutan inilah yang menyebabkan dia akhirnya "gila meroyan" apabila melihat nama pendakwah yang dikatakan akan berlawan dengan beliau diundang sebagai ahli panel dalam program agama di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau agaknya].


Sukan Malaysia XV (SUKMA) Pahang 2012 Bakal Di Rasmikan Di "Stadium Darul Makmur" Malam Ini !

Posted: 06 Jul 2012 08:01 PM PDT

Biar pun penuh dengan kontroversi, akhirnya Sukan Malaysia XV Pahang 2012 bakal dilancarkan secara rasmi di Stadium Darul Makmur malam ini. Raptai dan latihan intensif telah diadakan sejak beberapa hari lalu untuk memeriahkan acara pembukaan malam ini. Khabarnya, syarikat yang menguruskan acara persembahan (Event Management) ialah Siti Nurhaliza Production (SNP) milik Dato' Siti Nurhaliza artis tersohor dari negeri ini. Beliau menggunakan lebih 2,000 pelajar sekolah sekitar Kuantan untuk membantu menjayakan program tersebut. Tinjauan PDO, ke stadium semasa latihan terakhir malam kelmarin mendapati Stadium Darul Makmur kini benar-benar sudah berwajah baru. Imej warna-warni menghiasi seluruh kawasan stadium bagi menyambut kehadiran ribuan peserta dan penyokong masing-masing ke temasya sukan terbesar di negara kita ini. Gajah masih menjadi maskot SUKMA di Pahang kali ini. Walau pun ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kejayaan sukan itu, namun pihak penganjur percaya ia akan berjalan seperti yang dirancangkan. Memang ada kecacatan terutamanya dari segi persiapan vanue-vanue sukan, malah ada lokasi yang terpaksa dibatalkan biar pun ribuan ringgit telah dilaburkan untuk membaik pulih kemudahan terbabit. Namun, dek kerana kelewatan maka ia digantikan dengan vanue yang lain. Apa yang pasti, ramai pihak kini memantau dan mahu melihat kejohanan SUKMA di Pahang kali ini berjaya. Dengan belanja melebih RM200 juta ringgit maka ia diharap dapat menjadi sejarah baru dalam industri sukan di negara ini. Penyertaan negara Brunei Darus Salam juga diharap menjadi suntikan baru untuk menyemarakkan lagi semangat athlet kita pada kejohanan ini.




Difahamkan, kini bandar Kuantan sesak dengan kenderaan dan orang ramai yang mula berpusu-pusu untuk memenuhi stadium malam ini. Mereka datang awal-awal lagi untuk tidak melepaskan peluang keemasan bagi menyaksikan detik bersejarah perasmian SUKMA XV Pahang 2012 malam ini. Bagi kami, bair pun banyak pendedahan panas yang dilakukan terhadap pihak terbabit sebelum ini, namun kami juga berharap SUKMA kali ini dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Kita tidak mahu lagi mendengar isu-isu panas seperti stadium runtuh atau sebagainya. Imej Pahang akan tercemar jika ada insiden panas seperti ini. Pada tahun 1996 dulu, umum masih ingat beberapa hari menjelang perasmian tiba-tiba bumbung Stadium SUKPA di Bandar Indera Mahkota telah runtuh. Ini amat memalukan dan diharapkan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

[Sempena perasmian pembukaan Sukan Malaysia 2012 (Sukma 2012) malam ini juga, Dato Siti Nurhaliza Taruddin dikatakan bakal membuat satu kejutan besar. Difahamkan, penyanyi yang sibuk mempromosikan produk Simply Siti buat julung kalinya akan menyanyi sambil menaiki seekor gajah. Siti Nurhaliza yang banyak kali mengadakan persembahan di majlis perasmian seumpama ini melakukan satu inisiatif baru kerana penganjuran pembukaan perasmian kali ini mendapat usahama dari syarikat miliknya sendiri. Oleh itu, pada malam itu nanti, Siti Nurhaliza ingin meninggalkan satu memori bersejarah buat penggiat sukan negara dengan melakukan persembahan berani. Mungkin, ia satu pendekatan yang diambil oleh Siti dari penyanyi lagenda Datuk Sudirman Hj Arshad yang menyanyikan lagu Tanggal 31 dengan mengenakan baju bendera yang panjang berjelar. Menerusi segmen persembahan pada malam itu nanti, Siti bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertemakan sukan yang mana lagu berkenaan merupakan sebuah lagu yang dicipta khusus buat pejuang sukan negara. Upacara gilang-gemilang ini akan disiar secara langsung oleh RTM].


No comments:

Post a Comment