Pahang Daily Online |
- Terkini: Minyak Petrol RON97 Turun 20 Sen Seliter
- Panas: "RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru Antara "Najib Dan Rosmah" Siapa PM Sebenarrya !
- Panas: 'Ayah Saiful' Gesa Peguam Negara Kemuka Petisyen Rayuan Terbaik Bagi Kes Liwat Anaknya !
- Video: Panas, Kerana SBPA, Abu Bakar Di Hukum
- Warta Pahang: Menteri Besar, 'Manifestasi' Orang Muda Sokong BN Pada Pilihan Raya Umum Nanti !!
Terkini: Minyak Petrol RON97 Turun 20 Sen Seliter Posted: 04 Jul 2012 08:03 AM PDT
[Nampaknya turun naik harga minyak kini banyak berkisarkan kepada RON97 sahaja. Sedangkan majoriti rakyat Malaysia kini menggunakan RON95. Soalnya kenapa kerajaan tidak mahu turunkan harga minyak RON95?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Apapun, turun naik harga minyak dunia sepatutnya menjadi tanda aras kerajaan untuk tentukan harga minyak di pasaran. Jangan masa harga minyak naik sahaja kerajaan naikkan harga minyak, tapi masa harga turun mereka tidak perdulikan rakyat. Inilah yang memusykilkan kita. Apapun, bila minyak sudah turun maka kerajaan perlu turunkan juga harga barangan lain untuk tidak membenakan rakyat. Jika tidak, rakyat pasti buat perubahan nanti]. |
Panas: "RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru Antara "Najib Dan Rosmah" Siapa PM Sebenarrya ! Posted: 04 Jul 2012 02:18 AM PDT ![]() Bukti, salah satu siaran langsung di RTM yang memaparkan Rosmah itu PM ![]() Ini pula rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang juga kata Rosmah PM [Terkadang, bila dikaji dan difikirkan semula memang memalukan bila kita mempunyai seorang isteri Perdana Menteri seperti Rosmah Mansor ini. Kelibat beliau saling tak tumpah seperti Emelda Marcos di Filipina dulu. Kejatuhan empayar Marcos akibat kesombongan, keborosan, keangkuhan dan kejelekan isterinya yang amat dibenci oleh rakyat. Kini, apakah insiden yang sama akan berlaku pula dalam sejarah Malaysia. Tidak mungkin TV3 dan RTM begitu bodoh boleh melakukan kesalahan ejaan seperti itu. Sebelum ini memang kita ketahui, segala rancangan TV yang melibatkan Najib Razak maka perlu ditunjukkan dulu kepada Rosmah untuk beliau pantau. Andai wajahnya tidak kelihatan pada majlis-majlis tersebut maka ia akan diarahkan buat semula. Inilah yang hebat diperkatakan di kalangan wartawan media arus perdana sekarang ini. Kini, apakah ejaan "Perdana Menteri" pada Rosmah itu disengajakan atau memang mengikut arahan Rosmah agaknya. Jika ini keadaannya, ternyata rakyat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang "dayus" dan wajar dijatuhkan pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. Jika tidak ia akan menjadi lebih parah selepas ini. Oleh itu, marilah bersama lakukan perubahan dan jangan biarkan Rosmah terus bermaharajalela dengan kekuasaan yang ada pada suaminya itu pada masa akan datang. Bersama rakyat lakukan perubahan!]. |
Panas: 'Ayah Saiful' Gesa Peguam Negara Kemuka Petisyen Rayuan Terbaik Bagi Kes Liwat Anaknya ! Posted: 04 Jul 2012 01:21 AM PDT
[Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun membuat keputusan. Apa yang diharapkan oleh rakyat akhirnya terserlah jua. Namun, keluarga Saiful Bukhari Azlan ada hak untuk pertahankan keadilan. Anehnya, keadilan apakah yang mahu dipertahankan oleh mereka?. Tambahan pula apabila perjalanan kes melihat banyak bukti-bukti yang direka, malahan bukti saintifik termasuk DNA juga penuh dengan keraguan. Keadilan itu harus ditegakkan kepada yang hak. Namun, sebagai rakyat Malaysia Saiful boleh terus berjuang untuk mempertahankan haknya. Segalanya akan ditentukan oleh hakim dan rakyat hanya melihat adengan ini satu persatu dengan penuh minat. Kini, kes liwat ini sudah hampir dilupakan. Tambahan pula menjelang pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Apapun, masih ada ruang untuk pihak yang berkenaan membuat rayuan. Soalnya, mahukan keadilan ditegakkan ke atas sesuatu benda yang bathil. Inilah masalahnya]. |
Video: Panas, Kerana SBPA, Abu Bakar Di Hukum Posted: 03 Jul 2012 09:38 AM PDT |
Warta Pahang: Menteri Besar, 'Manifestasi' Orang Muda Sokong BN Pada Pilihan Raya Umum Nanti !! Posted: 03 Jul 2012 09:34 AM PDT ![]() KUANTAN, 4 Julai - Himpunan BN Pilihan Orang Muda yang diadakan di sini Ahad lalu dianggap sebagai satu manifestasi sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional (BN). Sambil menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai satu perhimpunan yang aman, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob menyatakan yang golongan muda tidak seperti yang dinyatakan oleh pihak Pembangkang. "Terfikir oleh saya yang perhimpunan hari ini adalah untuk keamanan dan bukannya membuat huru hara seperti mana yang dilakukan oleh Pembangkang. Ini bermakna, kita selama hari ini tidak mahu mengikut rentak pembangkang. Walaupun tanpa persiapan yang rapi namun tetap mampu berkumpul sebegini ramai, jelas beliau sewaktu menyampaikan ucapan perasmian. Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa golongan muda sentiasa bersedia untuk mempertahankan Barisan Nasional dan kekal menerajui kepimpinan Negara. "Pemuda Barisan Nasional sentiasa bersatu padu diantara satu sama lain dan menyahut panggilan pucuk pimpinan apabila sampai pada waktunya," jelas beliau. Adnan juga turut mengingatkan bahawa saat paling penting bagi sebuah negara demokrasi adalah apabila tibanya pilihan raya. Tambah beliau, golongan muda hari ini perlu sedar bahawa politik ini menentukan masa depan negara kita yang global ini. Pihak Pembangkang jelas tidak mahu melihat negara ini maju. Maka sebab itu wujudnya penentangan projek - projek yang dibuat oleh pihak kerajaan. "Sokongan orang muda pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kesinambungan dan keamanan negara yang telah terbukti buat sekian lamanya," kata Menteri Besar Pahang itu. sumber |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment