Liang Lahad....

Liang Lahad....


NAJIB TIDAK MENAFIKAN KONSORTIUM GEORGE KENT DIANUGERAHKAN KONTRAK "LRT AMPANG" - RAFIZI RAMLI

Posted: 30 Jun 2012 11:24 PM PDT

Saya mengalu-alukan kenyataan pendek Dato' Seri Najib Tun Razak semalam berhubung skandal anugerah kontrak LRT Ampang, walaupun kenyataan itu lebih banyak menimbulkan persoalan baru.

Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak hanya menyebut bahawa "tiada yang salah dalam proses anugerah itu" tidak menafikan bahawa Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang didedahkan oleh KEADILAN. 

Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian
pembidaan yang berpihak kepada pembida lain. 

Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor.

Saya dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai dokumen rasmi berhubung kontrak ini dari pejabat Prasarana semalam. 

(Dakwaan saya bahawa SPRM mengambil beberapa dokumen ini turut mendapat reaksi dari Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato' Shahril Mokhtar melalui satu komunikasi Twitter yang disertakan bersama. Reaksi beliau tidak menafikan bahawa dokumen diambil oleh SPRM, hanya mempertikaikan penggunaan perkataan "rampas").

Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender (tender bond iaitu jaminan kewangan yang perlu dikemukakan oleh setiap pembida) kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi.

Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterimapakai.

Saya menyeru supaya Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana supaya mengesahkan sama ada dakwaan bahawa bon tender Konsortium George Kent benar-benar telah dipulangkan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi baru.

Saya beranggapan bahawa kenyataan Dato' Seri Najib Tun Razak semalam mengesahkan kontrak pembesaran LRT Ampang telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent seperti yang disyaki oleh banyak pihak.

Bermula Isnin 2 Julai 2012, saya akan mula mendedahkan pelbagai aspek teknikal dan kewangan hasil dari proses penilaian bidaan yang membuktikan bahawa campur tangan Dato' Seri Najib ini bukan sahaja merugikan negara, malah turut membahayakan nyawa jutaan rakyat Malaysia.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
30 JUN 2012

PRU 13 - RASANYA ESOK SAYA NAK MENGHADAP YANG DI PERTUAN AGUNG - NAJIB

Posted: 30 Jun 2012 11:03 PM PDT


"Rasanya esok saya nak menghadap Yang di-Pertuan Agong," 

Itulah dia ayat yang kita tunggu-tunggukan selama ini..
sebab rakyat sudah tidak sabar lagi untuk mengundi dalam PRU 13 nanti...

Najib merasakan beliau kini sangat-sangat bersemangat untuk mengadap Agung esok untuk membubarkan parlimen bagi mengadakan PRU13...



Tapi sangat-sangat malang bagi rakyat yang sudah tidak sabar untuk menganugerahkan BN sebagai Pembangkang buat kali pertama dalam sejarah negara apabila kenyataan Najib yang "dilihat seolah-olah yakin" itu hanyalah kenyataan beliau pada 2 bulan yang lalu...
masa ulangtahun UMNO hari tu..

Mungkin pada waktu ucapan itu dilakukan...
Najib sudah berjaya meyakinkan diri beliau sendiri pada waktu itu bahawa BN sudah siap sedia untuk Pilihanraya...

Mungkin juga beliau berasa sangat teruja dengan kehadiran ahli-ahli UMNO yang nampak gah...

Tetapi akhirnya sedar bahawa mereka semua itu hanyalah ahli UMNO yang diangkut dengan bas,disediakan wang saku dan penginapan percuma....

Dan kini...
Nada Najib sudah berbeza....

Daripada "nampak yakin" mahu adakan pilihanraya awal..
kini Najib berdalih pulak dengan mengatakan beliau mahu menghormati mandat selama lima tahunyang akan berakhir pada April 2013 tahun depan..


Lepas tu pulak "perdana menteri balik tabir" Tun M juga mengeluarkan kenyataan menasihatkan Najib supaya menggunakan saki baki waktu yang ada bagi menghabiskan mandat 5 tahun bagi meyakinkan rakyat jelata tentang kemampuan BN...

Sinar
Inilah kali pertama aku melihat BN terlampau yakin dan sangat-sangat yakin sudah berjaya mendapatkan sokongan rakyat sampai berdarah hidung tetapi terlalu takut nak adakan pilihanraya...

Kebiasaannya BN ni kalau yakin menang besar,mereka tidak akan tunggu sehingga saat-saat akhir...
tapi kali ni lain macam rentaknya...

Semakin yakin..
semakin mengundur pulak...

Jadi yang bengong sampai keluar kenyataan
"Rasanya esok saya nak menghadap Yang di-Pertuan Agong," tu apahal..?

cehh!! 

No comments:

Post a Comment