"tukanglawan" |
Teks Ucaptama Presiden AIC #MeetAnwar6 Perak Posted: 23 Jun 2012 04:36 AM PDT Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tidak ada perkara yang lebih membanggakan diri saya secara peribadi selain dapat berdiri dihadapan semua sahabat Anwar Ibrahim Club sebagai penganjur Dialog Anak Muda Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim, MeetAnwar6, dan ini julung-julung kali AICMalaysia menganjurkan dialog seumpama ini di luar Lembah Klang. ![]() Penghargaan terima kasih saya titipkan, pada AICPerak yang merealisasikan dialog ini, dari secebis kertas konsep menjadi sebuah program yang bermakna. Penghargaan buat Sdr Fuadiriza, Sdr Zafril, Sdr Emmiza dan Sdr Afy, sekadar menyebut beberapa nama, saya yakin selepas ini AICPerak akan melahirkan lebih ramai anak muda berani yang bertanggungjawab mengubah landskap pemikiran tempatan. Semangat untuk merasai perubahan begitu ketara dibumi Perak yang bertuah ini, terdorong oleh sejarah hitam rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang lalu. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua melihat sejarah hitam ini bukan dari sudut politik semata-mata, tetapi dalam kerangka lebih besar iaitu pencabulan hak dan penindasan ke atas demokrasi yang didukung oleh bangsa Malaysia. Tatacara baru dunia perlu menolak pembodohan pemikiran yang sebegini , apalah nilai segulung ijazah dan kerjaya yang lumayan sekiranya kita hidup dalam kegelapan dan tidak jamak budaya. Dalam usaha ini saya mengakui perubahan tidak akan datang dalam satu malam. Satu ucapan, tidak akan dapat menangkis kecurigaan yang berpuluh tahun menimbun , dan satu dialog tidak dapat menjawab semua pertanyaan. Tapi, saya yakin untuk melakukan perubahan, kita harus bermula dan menyuarakan secara terbuka perkara2 yang selama ini kita lagukan secara terpendam di ruang yang tertutup. Kita berkeupayaan untuk mencipta Malaysia yang kita inginkan jika kita berani menempa permulaan baru; sementara itu kita perlu terus memperjuangkan cita-cita murni seperti demokrasi , kebebasan dan kemuliaan diri manusia dan sebarang ketidakpedulian terhadap masyarakat sekeliling akan meroboh semua yang diimpikan. Harapan saya dialog sekecil ini mampu menyalakan sesuatu didalam hati kita, menggerakkan sesuatu di dalam pemikiran kita sebagai anak muda. Bilamana kebangkitan semula anak muda bergerak, demokrasi dan budaya akan menjalin satu kesepakatan dalam membina permulaan baru. Izinkan saya memetik kata-kata Rabindranath Tagore, penyair India terkenal dalam bukunya The Myriad - Minded Man Malam sudah berakhir Nyalakan lampu di sudut sempitmu yang dikotori jelaga Pagi yang agung untuk semua terbit di Timur Biar cahayanya menerangi jalan kita yang bermakna Sekian sahaja daripada saya. Nah, maka saya serahkan majlis yang bersejarah ini, sebagai mahkota kebangkitan minda anak muda di Negeri Perak Darul Ridzuan. Artikel diatas adalah Ucaptama Presiden AIC Malaysia, Saudara Saifuddin Shafi pada Program #MeetAnwar6 di HillCity Hotel, Ipoh Perak, siang tadi. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Radio Live Meet Anwar Ibrahim Dari Perak Posted: 22 Jun 2012 11:25 PM PDT AIC Perak dengan Kerjasama AIC Malaysia hari ini mengadakan Program Meet Anwar Perak "Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim" dari Ipoh perak. Anda akan dapat mendengar Siaran Langsung Live memalui Petai Fm. blogspot atau dengan klik pada player dibawah. |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment