"tukanglawan"

"tukanglawan"


Lagi - Lagi Bekas Pegawai Kanan Masuk PAS ( masuk lagi?)

Posted: 17 Jun 2012 01:34 AM PDT

"tukanglawan" dah tak tahu nak tulis tajuk apa sebenarnya, dah beberapa kali dah gunakan tajuk yang sama, sebab ceritanya sama, bukan 2 kali,, tapi dah berkali-kali dah. dan cerita ini tidak mungkin anda dapat lihat di TV3, jadi dekat "blog tukanglawan" bolehlah kita tengok cerita yang tak keluar di TV3. 

Pernah ada orang kata, terlalu lama tengok TV3 dan baca Utusan boleh jadi gila, atau paling kurang, hilang kewarasan diri.

Ni, "tukanglawan" nak cerita ni, pasal lagi pemimpin kanan Kerajaan Masuk PAS, sokong Pakatan Rakyat secara terbuka, dulu dalam kerajaan tak bolehlah tunjuk sangat, sebab selagi kerajaan kuku besi memerintah tindakan boleh diorang ambil. jahat memang jahat, kebebasan kita dah dilucutkan hanya kerana Umno memerintah.

Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.

Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah sebelum ini.

Turut sama menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti umno dan akhirnya sudah tidak lagi percaya pada umno yang nampaknya sudah tidka laku lagi tu.

Eloklah tu, pakat-pakat tinggalkan umno tu, konon bejuang untuk bangsa "Melayu", nama umno itu sendiri berbunyi ala-ala inggeris, United Malay No Otak...

 Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

Khairi Perli Najib Terang-terangan

Posted: 16 Jun 2012 09:56 PM PDT

Semua sudah tahu kisah najib dan kapal selam, dah sekarang ini sudah mula panas musim bicara kapal selam di negara Perancis, perbicaraan melibatkan penyelewengan urusniaga pembelian kapal selam untuk angkatan tentera Malaysia itu akan mengusung Najib dan orang rapatnya Razak baginda ke Mahkamah negara itu.

Dan berita terbaru mengatakan, Saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan oleh Mahkamah negara itu.

Bulan Julai ini, Razak baginda dijangka juga akan dipanggil memberi keterangan dalam kes melibatkan salah urus niaga itu, selepas itu Zahid Hamidi dan Najib pula.

Jika Najib ingkar mematuhi sapina yang dikeluarkan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan, ia meliputi negara perancis, atau seluas tanah jajahan europah, jadi asalkan Najib berada di eropah, dia boleh ditangkap.

Malah lebih hebat, najib boleh ditangkap dengan bantuan interpol hatta dia berada dalam negara ini sekali pun. saat paling kritikal ialah ketika kabinet telah dibubarkan nanti.

Najib memang sedang gelabah sekarang, perkataan Perancis pun dia tak berapa sudi nak dengar, kalau perkataan itu terdengar naik pening kepala najib.

Tapi Khairi Jamaluddin pulak dengan selambanya baru-baru ini suka-suka hati perli najib dalam satu pertemuan antara ketua pemuda itu dengan pengikut tweeter dia, terang-terangan Khairi telah memakai baju jersi negara perancis yang mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak Euro 2012 ni.

Apa maksud yang khairi mahu sampaikan, mengapa dalam ketakutan penyokong umno terhadap isu Scorpean yang sedang dibicarakan di Perancis, Khairi terang-terangan pakai jersi Perancis?.

Mesti ada maksud tersirat tu, cuma kita tidak tahu apakah dendam Khairi pada Najib kerana menyingkirkan Pak Lah dari kabinet, atau dendam kerana ketua pemuda itu tidak dilantik jadi menteri, atau mungkin juga Khairi yang berada dalam group Muhyiddin sengaja mahu menunjukkan pada Najib bahawa dia tidak menyokong perdana menteri itu dalam banyak hal.

Terang-terang Khairi memperli Najib, memang Khairi sengaja buat najib pening. dalam ketika Panda pun najib sanggup sewa untuk tunjukkan ini konon-konon cute, khairi sengaja pakai jersi perancis sebagai tanda protes pada Najib.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

No comments:

Post a Comment