"tukanglawan" |
- Video Penuh Ulangan Ceramah Anwar Di Pandan
- Ah Jib Gor kene kutuk Lagi, Popular Sebagai bahan Sendaan.
- Kelakar!!, SPR Kata Nama Depa Sama, Rumah Pun Sama.
- Untunglah Orang Pandan, Rafizi Calon Mereka.
- Teguran Dewan pemuda Pas Pada Najib
- Aktivis Mahu Perang Dengan JKM Terima Ugutan Bunuh
- Tak Sabar tunggu Filem Komedi NFC
- Zahid Hamidi Akan Dihiburkan Dengan Senaman Punggung
- Wow, Banyaknya Duit Najib
Video Penuh Ulangan Ceramah Anwar Di Pandan Posted: 13 Jun 2012 02:00 PM PDT Bagi Rakan-Rakan yang tidak berkesempatan hadir ke ceramah Pakatan rakyat di Pandan tempoh hari, Tukanglawan sudah kongsikan kepada anda video live ceramah berkenaan pada malam 12 jun lepas. Ceramah Pakatan rakyat yang diberi tajuk Merdeka Rakyat itu menjadi istimewa kerana Rafizi Ramli telah di umumkan akan bertanding di kawasan berkenaan ( sila baca artikel ini ) Pagi ini "tukanglawan" ingin kongsikan sekali lagi kepada anda yang tidak dapat hadir ke ceramah berkenaan dan mungkin juga tidak dapat mengikuti siaran langsung yang dibawakan itu dengan video ulangan ceramah malam berkenaan. Semoga bermanafaat, kongsikan juga dengan rakan-rakan lain. RAFIZI RAMLI TONY PUA AZMIN ALI JENICE LEE ANWAR IBRAHIM Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Ah Jib Gor kene kutuk Lagi, Popular Sebagai bahan Sendaan. Posted: 13 Jun 2012 12:38 PM PDT Najib tak habis -habis jadi bahan gelak, memang agaknya tajun ini agak malang bagi najib, satu-satu kes terbongkar, terbaru kes melibatkan tuduhan bakal anak menantu najib yang dikatakan menipu bapa tiri sendiri ( baca sini ) Terbaru, tersiar di laman portal Malaysiakini, Sekali lagi najib dimalukan bila seruan menamakan dua ekor panda yang dipinjam dari negara cina telah diperolokkan. ( artikel disini ) Selepas membaca artikel berkenaan, "tukanglawan" dengan pantas membuka facebook berkenaan, tetapi malangnya mungkin posting berkenaan telah dipadamkan, jadi "tukanglawan" tidak dapat untuk printscreen dan kongsikan dengan anda. Sebahagiannya mengambil peluang memperolokkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg", "Altantuya dan Scorpene" dan "Rara dan Suahsuah". Namun "tukanglawan" pasti ada banyak lagi cadangan nama yang melucukan, Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Kelakar!!, SPR Kata Nama Depa Sama, Rumah Pun Sama. Posted: 13 Jun 2012 03:25 AM PDT Berapa kali nak bilang, Malaysia ini negara hebat, selain kapal selam yang tak boleh menyelam, enjin jet yang besar tapi boleh hilang tiba-tiba dari depo tentera, jambatan atas darat dan lembu dalam kondo. Sebenarnya Malaysia ini memang ajaib. ada orang nama sama, alamat rumah pun sama juga, bayangkanlah kalau posmen hantar surat,contonya begini. Ali Bin Abu, lot 123, Jalan kapas, pesiaran 4 90000, Bandar Melaka, Melaka. Surat tu sapa punya, sebab penghuni rumah tu nama sama, alamat pun sama. Ali bin Abu yang kulit sawo matang ke yang kulit cerah. Ajaib kan malaysia? Tapi dengan Adanya SPR itu bukanlah pelik, sebab SPR kata nama yang sama dengan alamat yang berbeza itu bukan klon, itu orang yang berbeza, sekali lagi "tukanglawan" tepuk dahi. kah..kah..kah. Semakan di pangkalan data atas talian SPR menunjukkan dua orang pengundi mempunyai nama Wong Wai Seng (nombor kad pengenalan 800411085535 dan 871008085525) dan didaftarkan di parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, serta berkongsi nombor rumah dan blok sama di Taman Seri Ara Dua lagi pengundi dalam kes itu, Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad (RF162733 dan RF162584) didaftarkan sebagai pengundi pos di balai polis Kuang, di DUN Kuang dan parlimen Selayang (bawah). Pangkalan data atas talian SPR bagaimanapun memberikan dua keputusan berbeza terhadap pemilik kad pengenalan RF162584. Sistem Semakan Pemilih Bagi Isi Rumah, yang membolehkan pengguna menyemak lebih daripada satu kad pengenalan serentak, menunjukkan kedua-dua pemilik RF162733 dan RF162584 bernama Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad. Apa nak heran SPR ni, depa buat database ikut suka "Mak Bapak" diorang je, logik ke dalam satu rumah ade 2 orang yang nama sama, kalau nak menipu pun agak-agak la ye. SPR memang ajaib, selepas nama "timun babi" , "kampung Baru" dan sebagainya termasuk keajaiban paling ajaib pernah ada di malaysia bila makcik berumur 159 masih hidup dan jadi pengundi ( Baca artikel best tu kat sini , & keajaiban makcik 159 tahun ) , kali ini kita ada penghuni rumah yang sama dengan nama yang sama dijumpai pula. Ini betul-betul menyusahkan posmen, kalau penghuni tu kene waran tangkap, polis pun pening nak tangkap yang mana. kah..kah..kah, SPR ni memang kerja membohong ye? Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Untunglah Orang Pandan, Rafizi Calon Mereka. Posted: 13 Jun 2012 02:17 AM PDT Barisan pemimpin Pakatan Rakyat pada malam tadi memperkenalkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai calon untuk kawasan parlimen Pandan. Ucapan pemimpin berkenaan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga penuh dengan pujian kepada Rafizi. Dalam ceramah di Taman Seraya, dalam kawasan parlimen Pandan itu, Anwar berkata Rafizi merupakan antara individu yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan untuk dasar Pakatan, termasuk tawaran gaji minimum. Nama Rafizi juga tidak putus-putus meniti di mulut pemimpin lain yang berucap, termasuk ADUN Teratai Janice Lee serta anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. Pua dalam ucapannya di program dihadiri lebih 2,000 orang itu berkata, DAP tidak akan bertanding di kerusi Pandan kerana yakin dengan Rafizi yang disifatkannya sebagai individu yang bijak dan bertanggungjawab. Ketika ditemui selepas itu, Rafizi yang memakai ves jentera pilihan raya PKR untuk kawasan parlimen P100 itu bagaimanapun berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang. Oleh sebab itulah beliau tidak berucap panjang dalam ceramah tersebut, katanya lagi yang tidak putus-putus dikerumuni oleh golongan muda yang ingin bergambar dan mendapatkan tandatangannya. Cabaran sengit bertemu Tee Kiat Katanya, beliau juga tidak tahu sekiranya beliau akan dipertandingkan di Kemaman pula di saat terakhir. "Tentulah keputusan akan dibuat di saat akhir... Tapi orang Pandan tahu saya sudah lama turun ke kawasan ini," katanya. Rafizi mengakui bahawa beliau akan berdepan cabaran sengit di kerusi tersebut, yang kini disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Namun beliau yakin PKR akan mempunyai peluang yang baik di kawasan kerusi campuran dengan 25 peratus golongan miskin bandar dan 50 peratus golongan pengundi muda itu. "Saya rasa keputusan 2008 bukan disebabkan Ong Tee Keat tetapi kerana pengundi memilih berdasarkan kaum. "Pengundi Cina sudah membuat keputusan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi referendum kepada BN. "Ong Tee Keat mempunyai sokongan kuat tapi kita akan pecahkan undi masyarakat Cina," katanya lagi yang terpaksa menghentikan perbualan dengan wartawan beberapa ketika untuk melayan permintaan individu yang ingin bergambar dengannya. Beliau yakin, strategi kempen dengan menonjolkan jenama Pakatan itu akan membuahkan hasil untuk memecahkan blok pengundi berkenaan. Selain Sabak Bernam, Pandan merupakan kawasan parlimen yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya lalu di Selangor. Untunglah Orang Pandan, Rafizi Ramli ini "tukanglawan" sangat kenal, makan pun beberapa kali semeja, bukan seperti seorang pemimpin, tapi lebih sebagai seorang abang, tak pernah sombong, cuma masalahnya siapa sahaja yang menegurnya pasti mahu dilayan, itu nanti buat dia sendiri yang keletihan. Kalau ada 2 orang lagi seperti Rafizi ini, sudah pasti Umno hanya akan disokong golongan lanjut usia. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Teguran Dewan pemuda Pas Pada Najib Posted: 13 Jun 2012 01:19 AM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan. ( baca disini ) Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu. Jika benar dakwaan ini, DPPM merasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak diaibkan di peringkat antarabangsa. Sudahlah diri beliau dikaitkan dengan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 3.1 bilion ringgit, bakal menantunya pula kini dituduh menipu. Seolah-olah PM Malaysia mempunyai terlalu ramai musuh dari dalam dan luar negara dan semua pihak yang memusuhinya mahu sangat beliau tersungkur jatuh sebelum PRU ke 13 sehingakan satu demi satu masalah peribadi beliau dan ahli keluarganya dibongkarkan. DPPM merasakan Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak mencipta kontroversi peribadi terutama dalam keluarganya. Seperti perumpamaan Melayu, 'bapa borek, anak rintik', beliau seperti turut mengheret sama ahli keluarga beliau dalam pelbagai skandal yang dihadapinya. DPPM juga meminta supaya PM berhati-hati dalam segenap aspek kerana dirinya dan keluarganya sentiasa menjadi fokus media dan pengamal politik. Jangan pula nanti, banyak lagi pekung yang terdedah melibatkan peribadi beliau dan ahli keluarganya. DPPM tidak berharap, beliau dijatuhkan kerana isu-isu remeh dan peribadi yang disebabkan kegagalan beliau mengawal kehidupan keluarganya. Justeru, DPPM menasihatkan PM supaya menyiasat dengan teliti latar belakang bakal menantunya supaya beliau tidak menyesal di kemudian hari. Ini menepati dengan kehendak syariat Islam yang meminta ibu bapa bersikap teliti dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka. Dalam keadaan belum diijabkabulkan, bakal menantunya sudah menghadapi pelbagai dakwaan, adakah Datuk Seri Najib mampu memastikan menantu beliau tidak bermasalah dan mampu memberikan kebahagiaan kepada anaknya selepas perkahwinan mereka nanti. DPPM percaya, Pakatan Rakyat akan berpolitik secara sihat dan matang dan akan menentang beliau dalam PRU ke 13 dengan penuh maruah, bukan secara politik kotor yang mengaibkan peribadi beliau sebagaimana yang dilakukan pemimpin parti beliau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sekarang. Artikel oleh Ketua Penerangan DPPM. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Aktivis Mahu Perang Dengan JKM Terima Ugutan Bunuh Posted: 12 Jun 2012 11:15 PM PDT AKTIVIS NGO Muhammad Khairul Hafiz Abdullah yang mengetengahkan isu taraf kewarganegaraan individu lepasan pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendakwa menerima ugutan bunuh. ( baca pendedahan disini ) Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) itu berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Angkatan JKM' membuat ugutan itu melalui panggilan telefon. "Dia hubungi sebanyak tiga kali pada dua, tiga hari lepas. Tiada nombor yang keluar. Dia pakai nombor private (yang tidak tertera). "Dia cakap lagi kalau tak hentikan pendedahan, dia akan ambil tindakan. Dia cakap, dia tahu mana saya bekerja, anak saya bersekolah semua," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Sehubungan itu, menurut Muhammad Khairul, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Putrajaya dua hari lalu. Menurut Muhammad Khairul lagi, individu tersebut turut menghubungi isterinya. "Isteri saya pun terima ugutan... Saya ada cakap balik dengan mereka, kalau berani, kita jumpa depan-depanlah. Saya tak takut. Saya ada semua bukti," katanya lagi. Sebelum ini, Muhammad Khairul mendakwa seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan JKM masih tidak mendapat status warganegara. Selain itu, beliau turut mengancam untuk 'berperang' dengan jabatan tersebut sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu anak yatim bekas jagaan JKM yang sehingga kini masih tidak mempunyai MyKad. Malaysiakini sudah menghubungi bahagian perhubungan korporat JKM untuk komen tetapi masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan buat masa ini. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Tak Sabar tunggu Filem Komedi NFC Posted: 12 Jun 2012 09:00 PM PDT Jangan tak percaya pulak, tak lama lagi kita akan dapat menonton filem baru yang diadaptasi dari cerita sebenar lembu yang tinggal dalam kondo mewah. Yang lebih menarik lagi, Kisah NFC yang akan difilemkan itu akan diolah dalam bentuk yang melucukan, bersesuaian dengan banyak kisah lucu yang berlaku dalam negara ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan untuk menerbitkan filem mengenai Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan isu National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam perbincangan bersama pengarah filem Hishamuddin Rais "Bagi saya politik ini kalau ceramah, serius, bosan. Saya nak lebih daripada ceramah. Politik ini mesti ada satu nilai artistik. "Filem ini mungkin selama 45 minit dan akan pastikan supaya lebih kepada komedi dan seninya bukan terlalu banyak mesej politik. Soal siapa pelakonnya, saya serah pada Hisham (Hishamuddin)," kata Rafizi. Idea asal membawa cerita lucu itu ke layar perak diumumkan Rafizi dalam ceramahnya di Kuala Lumpur malam kelmarin, tapi "tukanglawan" tak berapa setuju kalau setakat 45 minit, kisah lucu berkenaan lembu kalau 4 jam pun pasti tak berenti gelak bila tonton. Kalau boleh lama la sikit, kah..kah..kah Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Zahid Hamidi Akan Dihiburkan Dengan Senaman Punggung Posted: 12 Jun 2012 07:30 PM PDT Gara-gara tak tepati janji, Zahid hamidi akan dipersembahkan dengan senaman punggung, sekali lagi ianya akan diketuai oleh Mohd Ali Baharom, Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) yang mengemparkan tanahair dengan mengadakan senaman punggung dihadapan kediaman Pengerusi BERSIH 2.0 pada 15 mei lalu. Demonstrasi senaman punggung yang dijangka diadakan pada 29 Jun itu akan dibuat kerana PVTM kecewa dengan Zahid hamidi yang antara lainnya didakwa tidak menunaikan janjinya sebelum ini. "Veteran kecewa kerana tidak dihargai sebagai contoh tentang isu kebajikan dan layanan menteri kepada persatuan bekas tentera. "Sebelum ini juga Datuk Zahid ada berjanji seperti nak beri pencen kepada bekas tentera. Tetapi tak beri. "Kemudian beliau juga berjanji nak memberi saguhati kepada bekas tentera yang tak pencen," katanya lagi. Beliau menjangkakan seramai 2,000 orang bekas tentera akan menyertai demonstrasi pada 11.30 pagi di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. Tapi pada fikiran "tukanglawan" tak payah la buat, bukan apa, nanti jadi kebiasaan pulak. malu anak bini dirumah tu nanti, tukarkan saja acara senaman itu dengan menghantar memorandum. Jom lihat senaman punggung gaya umno Sudah-sudah la tu, umno dari yang muda sampai yang tua buat perkara tak senonoh, menangis makcik ni tengok, Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
Posted: 12 Jun 2012 06:16 PM PDT Kalau Betullah apa yang disiarkan oleh sebuah laman portal berita bahawa ada cadangan untuk menyalurkan sejumlah RM1.5 juta lagi kepada setiap kawasan Parlimen BN bagi tujuan memenangi kerusi parlimen dalam PRU13 nanti, ianya sesuatu yang cukup ajaib. Bayangkan kita ada 222 kerusi parlimen di negara ini, kalau didarabkan dengan RM1.5 juta, maka sejumlah RM333 juta diperlukan, itu belum lagi kos BN pusat, belum lagi untuk Adun. kaya betul najib. Maka, betullah kata Anwar Ibrahim bahawa menunjukkan Perdana najib Razak terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. kah..kah..kah. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulu merupakan BOSS najib berkata, keputusan untuk membuat pembiayaan itu dengan terang-terangan mengabaikan peraturan kewangan, kita kene ingat balik, masa Anwar jadi Menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu, najib tu sapa?, budak Anwar je. Kita je kadang-kadang lupa benda tu, tapi najib tetap ingat Anwar itu Bossnya, sebab itu najib sampai hari ini masih bisu dan ketakutan untuk jawab cabaran debat. Berbalik pada apa yang disiarkan portal The Malaysian Insider bahawa, ahli parlimen BN dijangka menerima jumlah itu ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya umum ke-13 selepas pengumuman Belanjawan 2013 pada 28 September depan timbul satu persoalan. Dari mana Najib dapat duit banyak-banyak ni, tabur sana sini tapi tak abis-abis lagi duit?, jangan sebab duit yang ditaburkan itu malaysia akan jadi bangkrup seperti Greece, Almaklumlah seperti yang kita tahu, Ekonomi negara takla memberangsangkan jika nak bandingkan dengan negara jiran, Indonesia dan Thai contohnya. Sudahnya Malaysia lingkup sebab kerja BN , Pakatan Rakyat yang terpaksa betulkan keadaan, takkan nak tunggu negara bangkrup baru kita nak tukar kerajaan. masa tu pemimpin umno dah cabut duduk luar negara pun. Time tu memang "tukanglawan" ketuk-ketuk kepala pencacai umno yang bodoh susah diajar. Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment