Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Ceramah Mat Sabu Di Nadi Kota Jengka Malam Ini

Posted: 28 Jun 2012 03:08 AM PDT



Himpunan Hijau: 'Harapan Baru' Seluruh Rakyat Pahang Untuk Buat Perubahan Dalam PRU-13 Ini !

Posted: 28 Jun 2012 03:13 AM PDT

TEMERLOH, 28 Jun - PAS Pahang akan menganjurkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Pahang pada 1 Julai ini bagi mengajak seluruh rakyat negeri ini supaya bangkit membuat perubahan politik pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang. Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, program yang bertemakan 'Harapan Baru Pahang' itu akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dekat sini. Tambahnya, program lanjutan daripada himpunan raksasa I Jun di Alor Setar tempoh hari, akan bermula daripada jam tiga petang sehinggalah ke tengah malam dengan pelbagai acara telah disusun. "Program bermula dengan Talk Show anjuran Dewan Muslimat yang menampilkan selebriti terkenal Aishah bersama Setiausaha Majlis Syura PAS Ustaz Nik Zawawi Saleh, kemudian diikuti majlis santai anjuran Dewan Pemuda yang menampilkan penyanyi Pak Long dan kumpulan UNIC. "Pada waktu yang sama 100 kumpulan bermotosikal Pemuda ARC akan berkonvoi dari Taman Kubang Gajah ke tapak program. PAS mahu menonjolkan model himpunan paling baik untuk dinilai sehingga rakyat boleh membanding, meneliti dan membuat keputusan antara dua himpunan anjuran UMNO dan PAS," katanya. Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menjelaskan pada permulaan malam akan diadakan Solat Maghrib, Solat Hajat dan munajat di dataran tersebut yang akan dipimpin oleh Dewan Ulamak PAS Pahang. Tambahnya, himpunan tersebut menjadi satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan memohon kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13. "Pada ceramah sebelah malam akan berlaku satu kejutan dengan perisytiharan tokoh tertentu yang akan menyertai PAS Pahang serta ikrar perjuangan sebagai satu perisytiharan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sudah bersedia menggalas cabaran menggantikan UMNO dan BN di negeri ini. "Turut akan berucap ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Aishah manakala Tuan Guru Presiden akan menyampaikan amanat di kemuncak acara," kata Tuan Ibrahim.


Sila klik pada imej untuk besarkan paparan poster Himpunan Hijau di atas

Mengenai kehadiran, beliau berkata PAS Pahang mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 ribu ahli dan penyokong PAS namun berdasarkan komitmen PAS kawasan-kawasan perhimpunan boleh menjangkau 20,000 orang. Tambahnya lagi, perhimpunan ini menjadi syiar kebangkitan rakyat Pahang bersama PAS di samping menyemarakkan lagi semangat dan daya juang ahli-ahlinya sebagai titik tolak merealisasikan hasrat menuju ke Wisma Sri Pahang. Mengenai pemilihan Kerdau, Tuan Ibrahim berkata, ini bertepatan dengan PAS Pahang yang mula-mula ditubuhkan di situ oleh anak Kerdau sendiri iaitu Allahyarham Mohd Yasin Saleh. Sementara itu, program akan dimeriahkan lagi dengan pameran, jualan gerai dan pelbagai pertandingan bagi menarik pengunjung. Serentak dengan itu Tuan Ibrahim mempersilakan seluruh pencinta keadilan dan orang ramai datang.


Foto FB: Keahlian Isa Samad Dalam KPF Tidak Sah

Posted: 27 Jun 2012 10:34 PM PDT



Rupanya Rakyat Malaysia Telah Di Tipu Oleh TNB

Posted: 27 Jun 2012 10:07 PM PDT


[Ramai sebenarnya tidak menyedari penipuan terancang yang dilakukan oleh TNB ini. Malah, ramai diantara kita memang tidak faham tentang blok-blok yang dikira oleh TNB pada bili masing-masing. Rupa-rupanya kerajaan telah mengarahkan TNB naikkan tarif elektrik tanpa kita sedari. Kini rakyat menanggung bebanan tersebut "rela dalam paksa". Oleh itu, semua pengguna elektrik diminta membawa bil-bil masing-masing ke pejabat TNB di kawasan anda untuk bertanya hal ini. Tanyalah bagi anda puas hati dan jangan sesekali benarkan mereka terus menipu kita, dek kerana kita begitu jahil dengan kaedah pengiraan pada bil tersebut Bertindak sekarang sebelum anda terus ditipu. Jangan biarkan kita diperalatkan sebegini lagi].


Terkini: Saham FGVH Meningkat Kepada RM5.39

Posted: 27 Jun 2012 10:13 PM PDT


Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dicatatkan RM5.38 sehingga jam 10.10 pagi tadi. Kaunter itu meningkat kepada RM5.40 selepas dagangan dan turun naik selama 24 saat antara RM5.38 dan RM5.40. Pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia itu membuat kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen berbanding harga tawarannya RM4.55 sesaham.


Budak OKU Di Percayai Hilangkan Diri, Sila Sebar !

Posted: 27 Jun 2012 01:50 PM PDT



Panas: Obama Baca Buku Kebangkitan Umat Islam Dunia Dan Penghujung Kejatuhan Kuasa Amerika

Posted: 27 Jun 2012 01:34 PM PDT


Buku apakah yang di pegang oleh Barrack Obama (Presiden Amerika) itu ?

[Di saat Obama turun dari kapal terbang, jurugambar sempat memfokuskan lensanya ke arah buku yang di pegang oleh Obama, Buku tersebut bertajuk (The Post- American World) yang dikarang oleh seorang Muslim bernama Farid Rafiq Zakaria berasal dari India dan berkerja sebagai wartawan Di News Week International. Buku Ini membincangkan tentang "Dunia di penghujung Kejatuhan Kuasa Dunia Amerika Syarikat" yang mana di saat itu Satu Kuasa Lain di TIMUR TENGAH mampu meruntuhkan Empayar Amerika Syarikat dan sekutu rapat Israel. Negera-negara Islam tersebut bakal meranapkan segala usaha melebarkan "Sayap Kekuasaan" Amerika Syarikat ke atas negara-negara Islam setelah saki baki Pro-Amerika Syarikat di negara-negara Islam di kalahkan. Apa yang menariknya buku ini di terbitkan pada tahun 2008 iaitu sebelum REVOLUSI Timur Tengah berlaku. dan nampaknya Obama sangt mengambil berat soal kejatuhan Amerika Syarikat. Berdasarkan keputusan Pilihanraya Presiden Mesir yang dimenangi oleh calon pilihan rakyat Dr.Muhammad Mursi tugasnya bukan sekadar merubah segala sistem peninggalan kerajaan terdahulu bahkan beliau bakal merubah kuasa dunia ke pemimpin Islam di Tanah Arab. Moga apa yang di analisis oleh penulis itu akan menjadi realiti serta kenyaataan].


Panas: Ahli Parlimen Indera Mahkota Pula, Dakwa Dia Pernah Di Tawar RM5 Juta Untuk Lompat Parti

Posted: 27 Jun 2012 11:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) hari ini tampil buat pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan RM5 juta untuk lompat ke parti. Azan berkata, beliau ditawarkan jumlah tersebut dalam satu pertemuan di hotel lima bintang di ibu negara pada 27 Januari 2010. "Ia berlaku di siang hari, di hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Siri-siri tawaran ini sudah berlaku sejak 2010 lagi," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Azan juga mendakwa lebih "setengah dozen" ahli Parlimen PKR diberi tawaran sama malah sudah ada yang menerimanya dan lompat parti. "Siri perundingan diatur dengan kemas dan orang yang terlibat yang mewakili pemimpin yang berjawatan tinggi," katanya lagi. Menurutnya juga, terdapat banyak bukti yang menunjukkan berlakunya perundingan itu dan akan didedahkan untuk pengetahuan masyarakat. "Saya rasa ini perlu dijadikan iktibar lebih-lebih lagi pilihan raya makin dekat. Rakyat pun semakin minat dengan integriti," katanya. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebelum ini membuat dua siri pendedahan video dan audio berhubung pembelian ahli Parlimen PKR. "Saya akan terus buat pendedahan demi pendedahan tentang pertemuan dan perundingan pembelian MP ini dan kita tengok siapa yang akan respons," jelas Azan lagi.

[Pendedahan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota ini tidaklah terlalu mengejutkan kita sebenarnya. Ini kerana, memang sudah diketahui sejak azali lagi sememangnya UMNO BN akan melakukan apa saja untuk memastikan calon atau wakil rakyat PKR menyertai mereka atas nama "bebas". Jutaan ringgit dilaburkan bagi membeli mana-mana pemimpin yang dilihat bermasalah atau mempunyai hubungan yang kurang baik dengan pucuk pimpinan tertinggi parti. Amalan ini juga sering dilakukan ketika musim pilihanraya terutamanya ketika tempoh tarik diri selepas hari pencalonan. Senario ini sememangnya berlaku dan BN tidak wajar menafikannya lagi. Pendedahan Azan membuktikan wujud usaha tawar menawar bagi membeli wakil rakyat PKR berlaku. Justeru, tidak hairanlah ramai wakil rakyat PKR kini menjadi Ahli Parlimen bebas yang Pro BN. Apakah mereka itu semuanyan sudah mendapat habuan masing-masing?].


Dua Maut, Bas RapidKL Kemalangan Di Cyberjaya

Posted: 27 Jun 2012 11:58 AM PDT


KEMALANGAN BAS...Keadaan bas RapidKL yang dipandu Ismail Ahmad, 54, terbabas di simpang empat Persiaran APEC, di Cyberjaya selepas merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Foo Hong Kam, 55, yang memecut laju di persimpangan lampu isyarat di sini, Rabu. Hong Kam maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala manakala Ismail pula disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya akibat cedera parah di kedua-dua belah kaki beliau.


No comments:

Post a Comment