Liang Lahad....

Liang Lahad....


CAMPURTANGAN UMNO BAGI MEMASTIKAN KUMPULAN ASPIRASI MENANG DALAM PILIHANRAYA KAMPUS

Posted: 21 Jun 2012 09:29 PM PDT

UMNO dan BN sememangnya kelihatan sangat terdesak bagi mendapatkan satu "petanda" bahawa mereka masih lagi kuat dan mendapat sokongan rakyat...

Itu sebabnya sebelum ini UMNO berusaha menghebah-hebahkan kepada rakyat bahawa perhimpunan ulangtahun ke 66 mereka mendapat sambutan hebat...

Padahalnya,walaupun semuanya ahli UMNO,makan minum,penginapan dan pengangkutan semua
ditanggung,jumlah yang hadir tetap menghampakan.. tidak sampai 80K pun walaupun Utusan cuba bersungguh-sungguh kata hadirin berjumlah 120k...

Setelah gagal meyakinkan rakyat dan diri mereka sendiri..
UMNO dan BN membuat cubaan kedua dengan menganjurkan himpunan sejuta belia di Putrajaya..
tetapi tetap juga gagal selepas rakyat Malaysia mengecam penganjuran hiburan maksiat dan tidak bermoral dengan kehadiran kumpulan K-POP dari Korea selain perlumbaan kereta mengundang malapetaka...

Sekali lagi UMNO gagal meyakinkin diri mereka bahawa mereka kini mendapat sokongan dari rakyat..

Kini..
UMNO mencuba nasib dalam pilihanraya Kampus tahun ini...
sekiranya kumpulan Aspirasi yang menyokong kerajaan menang besar..
maka UMNO akan mengambil keputusan tersebut sebagai "tanda" rakyat menyokong Kerajaan..
kah..kah..kah..

Pelajar: Opps 20/20 jamin kemenangan Aspirasi
Kumpulan pelajar anti-establishment telah mendedahkan lebih banyak butiran mengenai satu dakwaan pertemuan pemimpin Umno, pembantu menteri, agensi kerajaan dan pegawai polis pada Januari 2011 untuk menjamin kemenangan kumpulan pro-establishment dalam pilihan raya kampus tahun ini.

Pertemuan itu dikatakan sebahagian daripada operasi yang dinamakan 'menyelaras pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar di institusi pengajian tinggi awam' yang pertamakali didedahkan oleh Pro-Mahasiswa Nasional (PMN) pada 23 Mei.

Ia juga dikenali sebagai 'Opps 20/20', yang dikatakan merujuk kepada objektif memastikan kumpulan Aspirasi yang pro-kerajaan menyapu bersih pilihan raya kampus.

PMN mendakwa BN bercadang untuk "mengawal" institusi pengajian tinggi untuk survival politik mereka menjelang pilihan raya umum akan datang.

Selepas gagal untuk mendapatkan penjelasan yang memuaskan daripada kerajaan selepas pendedahan tersebut, PMN bersama sebuah lagi kumpulan pelajar - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - semalam mendedahkan satu salinan yang didakwa minit mesyuarat Opps 20/20 yang diadakan pada 25 Januari 2011, di Akademi Kenegaraan - sebuah  pusat latihan yang dikendalikan oleh Biro Tata Negara (BTN) di Kuala Lumpur.

Menurut 'minit' tersebut, 21 individu, termasuk pemimpin tinggi Pemuda dan Puteri Umno,  pembantu menteri, pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi, BTN dan pegawai kanan polis dari Bukit Aman, telah disenaraikan sebagai terlibat dalam operasi ini.



NONE

Antara mereka ialah 
  • Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim yang juga ketua biro pengajian tinggi pergerakan itu (gambar), 
  • Eexco Pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz, 
  • Exco Puteri Umno Serlwani Sabtu, 
  • Setiausaha politik menteri pendidikan tinggi Mohammad Khairi A Malik, 
  • Ketua cawangan khas Bukit Aman Mohd Sofian Makinuddin dan 
  • Irmohizam Ibrahim dari BTN, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Razali direkodkan sebagai berkata - ketika berucap di mesyuarat itu - bahawa Opps 20/20 adalah perang psikologi dan sokongan dari semua yang terlibat, dan akan menjadi cermin pilihan raya umum ke-13.

Menurut 'minit' tersebut, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu juga dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.



Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment