Liang Lahad....

Liang Lahad....


PULUHAN RIBU HADIRI CERAMAH BN DI SRI MUDA - PR SRI MUDA PERLU KERJA LEBIH KUAT [GAMBAR & VIDEO]

Posted: 17 Jun 2012 11:13 AM PDT

Malam tadi bertempat di Taman Sri Muda (Seksyen 25 Shah Alam) berlangsungnya siri ceramah BN..

Penceramahnya adalah terdiri dari N.Gobalakrishnan (MP Padang Serai - yang juga ahli kelab katak melompat Bebas) dan juga Hamidzun Khairuddin (TIBAI)..

Jumlah hadirin...?
memang tak ada ampun...




Jumlah hadirin sudah cukup untuk memberikan signal kepada Pakatan Rakyat di Dun Sri Muda supaya bekerja lebih keras lagi...
supaya menempah baju parti dengan lebih banyak lagi...

Rakyat nampaknya sudah bijak memilih..
mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah...

Dengan jumlah hadirin yang datang...
dapatlah kita gambarkan bahawa akhbar Utusan tetap masih ada lagi pembaca yang setia..

Mereka kelihatan tidak sanggup membiarkan diri mereka terlepas peluang untuk kena tipu..
mereka seolah-olah tidak berasa gembira jika hanya Utusan sahaja yang menipu mereka..

Maka malam tadi mereka hadir beramai-ramai bagi membuktikan bahawa diri mereka sedia ditipu pada bila-bila masa yang diperlukan...

Korang saksikanlah sendiri gambar-gambar ini..
yang ada orang duduk tu adalah manusia..
yang kerusi sahaja tu adalah kerusi yang menempatkan orang bunian dan juga jin...
kiranya walaupun jin..
kerusi penuh jugak ler maksudnya tu...
Hamidzun tengah memberikan ceramah dihadapan pembaca utusan
Gobalakrishnan sedang bersungguh-sungguh yakinkan pendengar bahawa kerusi sebelah mereka ada orang
  
seperti biasa,makanan disediakan
Kalau UMNO tengok gambar kat atas tu nanti dorang kata gambar tu di edit ler..apa ler bagai...
jadi aku sediakan sekali video..
korang tengoklah sendiri...
jangan berdarah hidung tengok video ni dah ler..

BN bertambah kuat..?
hahahaha...

NABI KATA LAIN TMJ KATA LAIN - PILIH NABI ATAU KERABAT? -

Posted: 17 Jun 2012 01:11 AM PDT

Dalam Sinar harian hari ini dapat kita lihat satu kenyataan TMJ dengan tajuk TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'..

Beliau mengeluarkan kenyataan berikutan kebelakangan ini dilihat orang melayu seolah-olah tidak memihak kepada Raja...

Itu pandangan dia...
pandangan aku pulak..
sebenarnya orang melayu kini lebih memilih agama sekiranya berlaku pertembungan yang melibatkan sesuatu yang dilarang oleh agama...

Contohnya begini :-
  • Islam kata beli sesuatu yang tiada membawa manafaat adalah dianggap membazir = Rakyat sokong.
  • Islam kata membazir itu adalah saudara syaitan (selaras dengan Hadith dan Ayat-ayat Allah) = Rakyat sokong.
  • Mana-mana pihak yang menyokong perlakuan pembaziran = Rakyat tidak akan sokong.
Hanya ada sekelompok manusia sahaja yang akan menyokong pihak yang melakukan pembaziran tanpa banyak soal... iaitu UMNO!
 

BERBEZA DENGAN HADITH NABI.
 
Sama jugalah dengan isu yang aku nak ketengahkan ini...

Apabila TMJ mengatakan "Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan"
maka...jika kita tahu agama...
jika kita tahu Hadith Nabi...
kita perlulah menolak kenyataan tersebut tanpa was-was lagi..

Kerana Hadith Nabi Muhammad SAW ada menyatakan dalam Hadith Baginda..
 "Ubat kepada kebodohan adalah bertanya".

Jadi adakah apabila aku bawakan hadith Nabi bagi membetulkan kenyataan tersebut aku masih akan dianggap sebagai salah..?

Samalah seperti nasib Nizar apabila beliau mengeluarkan kenyataan mengikut apa yang dituntut didalam Islam dalam bab pembaziran,beliau pula yang dianggap salah dan menderhaka...



Sinar Harian

Untuk kita semua berfikir...
aku kemukakan satu hadith untuk kita rengunkan bersama..
"Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia..
pendusta dipercaya..
orang yang jujur didustakan..
amanat diberikan kepada pengkhianat..
orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. 
Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? 
Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" 
(Ibnu Majah)

Apakah kita sudah sampai ke zaman ini...?
"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama. Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan".
(Sahih Bukhari)

Aku timbulkan isu ini hanyalah semata-mata mahu mengingatkan
jangan ikut membabi buta...
janganlah melebihkan apa-apa makhluk melainkan Allah,Rasul dan Al Quran..

Ini tak...
sikit-sikit derhaka..
sikit-sikit derhaka..

Jika berlaku pertembungan mana-mana pihak dengan Allah,Rasul dan Al Quran,maka dengan senang hatilah kita sepatutnya menolak pihak yang bertentangan itu...

DEFISIT MENINGKAT PASCA PERBEKALAN TAMBAHAN 2012

Posted: 16 Jun 2012 10:58 PM PDT

15 Jun 2012

Defisit Meningkat Pasca Perbekalan Tambahan 2012


Loceng penggera peningkatan defisit fiskal negara sekali lagi dibunyikan berikutan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di Dewan Rakyat semalam. 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membentang RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2012 untuk memohon dana tambahan mencecah sejumlah RM15,295,345,000, di mana RM13,795,345,000 merupakan perbelanjaan bekalan manakala RM1,500,000,000 adalah bagi perbelanjaan tanggungan. 

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, perbekalan tambahan ini membebankan Negara dari segi kewangan dengan peningkatan hutang Negara yang setakat ini telahpun mencapai RM470,760 juta dan turut menyeret defisit fiskal secara keseluruhan ke suatu tahap yang memerlukan pengawasan yang ketara.

Dalam penulisan KPRU bersama YB William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang sebelum itu berjudul "Anwar vs
Najib: Siapa lebih bijak dalam tadbir urus hutang kerajaan?".

Statistik KPRU telah menunjukkan dengan jelas trend defisit fiskal secara keseluruhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menampakkan perbezaan bermakna samada semasa ekonomi berkembang dengan baik atau semasa ekonomi meleset.

Kini, setelah membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2011) 2012 untuk mendapatkan tambahan peruntukan sebanyak RM10,290,243,800 bagi menampung perbelanjaan kerajaan tahun 2011 pada bulan Mac 2012.

Dalam tempoh masa yang singkat, Kerajaan BN sekali lagi membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2012 untuk mendapatkan tambahan peruntukan sebanyak RM15,295,345,000 bagi menampung perbelanjaan kerajaan tahun 2012.

RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Awang Adek Hussin untuk bacaan kali pertama kali ini dengan jumlah paling besar – RM11.2 bilion – diperuntukkan bagi "perkhidmatan perbendaharaan am".

Berikut ialah senarai kementerian/jabatan kerajaan dengan peruntukan masing-masing:
Jadual 1: Peruntukan Perbekalan Tambahan Berdasarkan Kementerian
Kementerian/Jabatan Peruntukan (RM)
Perkhidmatan Am Perbendaharaan11,232,000,000
Kementerian Kerja Raya 445,800,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 404,000,000
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 360,000,000
Kementerian Dalam Negeri353,520,000
Perbendaharaan300,000,000
Kementerian Pertahanan210,000,000
Jabatan Perdana Menteri112,900,000
Kementerian Pelajaran 195,000,000
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 60,000,000
Kementerian Kesihatan 40,000,000
Kementerian Sumber Manusia23,000,000
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar16,028,000
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah16,028,000
Kementerian Pelancongan15,000,000
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani10,000,000
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi10,000,000
Kementerian Pengangkutan2,000,000
Sesungguhnya, kekurangan disiplin dan kehematan dalam pengendalian kewangan yang diamalkan oleh Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah menyaksikan pemborosan yang begitu menonjol serta penuh dengan pelbagai tuduhan penyelewengan.  

Biarpun Perdana Menteri telah berjanji berulang-ulang kali bahawa kerajaan akan mengambil insentif dan langkah bagi mengurangkan defisit fiskal, namun tiada pun kelihatan apa-apa usaha yang nyata, bah kata pepatah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah.

Kini, tambahan pula dengan pembentangan perbekalan tambahan, jangkaan bahawa defisit fiskal Negara akan terus terjunam ke paras yang membimbangkan selepas 15 tahun berturut-turut mengalami defisit.

Menurut Laporan Ekonomi 2011/2012 Kementerian Kewangan Malaysia, unjuran defisit yang dialami oleh Malaysia pada tahun 2012 adalah masing-masing berada pada kedudukan 4.8 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK, atau Gross National Product (GNP)) dan 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK, atau Gross Domestic Product (GDP)) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 2: Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan 2012 (RM Juta)
Dikemaskini pada April 2012 2012 (Unjuran)
Hasil 186,906
Perbelanjaan Mengurus181,584
Perbelanjaan Pembangunan Bersih48,343
Defisit/Lebihan Keseluruhan-43,021
% dari KNK -4.8
% dari KDNK-4.7
KNK (harga semasa)890,347
KDNK (harga semasa)918,322
Sumber: Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan
Memandangkan kerajaan memohon peruntukan tambahan yang berjumlah setinggi RM15,295,345,000 – suatu angka yang lebih tinggi daripada bajat tambahan sebanyak RM10,290,243,800 bagi menampung perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan untuk beberapa kementerian dan jabatan bagi perkhidmatan tahun 2011. 

Lantas, perbelanjaan kerajaan memecut dan memberi tekanan kepada defisit Belanjawan Negara.

Dengan menggunapakai data yang dibekalkan oleh Kementerian Kewangan dalam pengiraan defisit terbaru dengan menambah perbekalan tambahan yang baru dibentangkan dan mengekalkan faktor lain termasuk jumlah hasil pendapatan, adalah nyata bahawa defisit fiskal Ngeara kini telah mencecah 6.4 peratus daripada KDNK seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3: Statistik KPRU: Unjuran Defisit Fiskal Pasca Perbekalan Tambahan 2012
Perbelanjaan MengurusRM181,584,000,000
Perbelanjaan Pembangunan Bersih RM48,343,000,000
Perbekalan Tambahan 2012(Perbelanjaan Mengurus sahaja) Perbelanjaan BekalanRM13,795,345,000
Perbelanjaan Tanggungan RM1,500,000,000
Jumlah
RM245,222,345,000
Defisit/Lebihan Keseluruhan-RM58,316,345,000
% dari KNK-6.5
% dari KDNK-6.4
Nota: Andaikan faktor lain seperti hasil Kerajaan tidak berubah.
Secara amnya, perkembangan ekonomi Negara adalah senantiasa dalam arus yang dinamik, ada kalanya dilandai kemelesatan dan ada kala pula meraikan peningkatan; data dan maklumat berkenaan turut akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. 

Maka, pengiraan tersebut sekadar suatu anggaran dan dikemukakan sebagai rujukan. 

Faktor lain seperti hasil pendapatan kerajaan mungkin berubah. Misalnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya meningkatkan kutipan hasil tahun 2011 hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, iaitu mencatat jumlah kutipan RM109.7 billion.

Secara teori, peningkatan hasil Negara sememangnya dapat mengurangkan atau sekurang-kurangnya menstabilkan defisit fiskal Negara, atas premis perbelanjaan yang berhemat. 

Permasalahannya, pengurusan kewangan oleh pihak kerajaan Malaysia yang menampakkan defisit fiskal berlarutan telah menimbulkan keraguan tentang kemampuan kerajaan semasa dalam menangani hutang Negara yang kian memuncak dan dalam merangka perbelanjaan Negara secara berhemat.

Ooi Heng,
Parliamentary Research Head
KEADILAN Parliamentary Research Unit 
Office of the Leader of the Opposition
Level 14, Tower Block
Parliament of Malaysia
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment