Liang Lahad....

Liang Lahad....


SCORPENE - ORANG KANAN RAZAK BAGINDA SAKSI PERTAMA YANG AKAN KE MAHKAMAH PERANCIS

Posted: 16 Jun 2012 12:18 AM PDT

Sepina pertama di dalam perbicaraan skandal Scorpene dikeluarkan kepada Encik Jasbir Singh Chahl...
Jalbir adalah merupakan orang kanan Razak Baginda dan bekas pengarah Syarikat Perimekar SDN BHD...

Syarikat Perimekar adalah "orang tengah" di dalam urusniaga kapal selam yang melibatkan komisyen sebanyak RM500
juta...

Malaysiakini
Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengumumkan perkara itu di dalam satu Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene malam tadi.

Jasbir juga difahamkan bersedia memberikan kerjasama bagi membantu perbicaraan skandal Scorpene tersebut...

Jasbir Singh dijangka akan menerima sapina tersebut dalam tempoh seminggu lagi....

"Kemudian Jasbir akan uruskan penerbangan ke Paris. Buat masa ini Suaran tidak akan ke sana, melainkan sekiranya muncul saksi baru penting yang lain," kata Cynthia. 

Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil termasuk Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isteri dan bapanya.

Menurut Cynthia, "Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya,".

"Kes ini semakin terdedah sedikit demi sedikit, secara perlahan-lahan, jadi agak kurang bijak bagi seorang menteri pertahanan untuk mengatakan tidak terlibat",

"Manakala seorang timbalan perdana menteri berkata 'no comment' dan tindakan bodoh untuk seorang Perdana Menteri berkata 'saya tidak perlu jawab,"  kata Chyntia sinis.

"Disebabkan itu tema kita pada malam ini (majlis makan malam) ialah 'you can run but you cannot hide' yang bermaksud 'anda boleh lari tetapi anda tidak akan boleh sembunyi' dengan makna tersirat ditujukan kepada pengkhianat negara yang terlibat," jelasnya.

keadilandaily

No comments:

Post a Comment