"tukanglawan"

"tukanglawan"


( Video Kejam Dera Kana-Kanak ) Harga sebuah kemodenan.,

Posted: 09 May 2012 01:45 AM PDT


Inilah apa yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini, bukankah kita diajar dengan nilai lemah lebut dan sopan santun juga adab dan budaya, walaupun "tukanglawan" tidak pasti apakah wanita ini melayu atau Indon, tapi dari raut muka dan bahasa menunjukkan kemungkinan besar dia seorang melayu.

Lihat video dibawah ini, anda pasti akan terkejut dengan apa yang dipaparkan.

Video sepanjang 4 minit lebih ini memeparkan seorang wanita mengasari seorang kana-kanak, tidak puas dipukul dengan bantal pada bahagian kepala, anak kecil itu dikasari dengan pelbagai cara.



Apa yang anda rasa, binatang juga saling nemyayangi, jika manusia tidak mampu lakukan lebih baik dari kasih seekor binatang, maka ini layaknya dipanggil syaitan.

Sudah tiada lagikah kasih sayang dalam diri manusia sekarang, apakah kerana arus kemodenan sifat kemanusiaan sudah luntur dan telah terhakis, betapa malangnya manusia itu bila nilai paling murni dalam hidupnya sudah hilang.

Mendera kanak-kanak yang tidak berdaya itu satu sikap penakut, kelak takut dibimbangi anak itu akan membesar dengan dendam dalam dirinya, dan peristiwa hitam seperti ini tidak akan berakhir.

Ia akan berulang dan akan terus berulang kerana dendam dan peristiwa zaman kecilnya. lantas membesar jadi manusia yang penuh ketakutan sifat mahu balas dendam.

"tukanglawan" kelu tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi.

Melihatkan babak awal dalam clip tersebut sudah cukup buat "tukanglawan" rasa sedih dengan apa yang terjadi . nilai manusia terhakis dengan kemodenan hidup, apakah ini ertinya "keamanan"?

Sebarkan kepada semua, wanita ini perlu ditangkap dan dihukum segera.


# Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera. 

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

2 Tol yang sesak itu patut ditutup segera.

Posted: 08 May 2012 10:57 PM PDT

Pemuda PKR (AMK) Negeri Selangor terkesan dengan keluhan dan permasalahan rakyat khususnya warga negeri Selangor yang saban hari dibebankan dengan kutipan tol setiap kali melalui Lebuhraya Persekutuan, iaitu laluan yang menghubungkan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur dan melibatkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau.
Lebuhraya Persekutuan yang dibuka pada tahun 1974 mulai membuka laluan bertol sepanjang 18 kilometer yang mula beroperasi pada 1992.

Kutipan tol pula mula berkuatkuasa pada 15 November 1993 iaitu melibatkan dua plaza tol; Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau dengan kutipan tol permulaan bagi kenderaan Kelas 1 seperti kereta di Plaza Tol Batu Tiga sebanyak 60 sen dan 50 sen di Plaza Tol Sungai Rasau, manakala bagi lori/treler ialah RM1.20 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM1.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini telah mencecah hampir dua kali ganda dari kadar kutipan asal iaitu sebanyak RM1.10 bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM1.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Kutipan tol bagi lori/treler pula di Plaza Tol Batu Tiga adalah RM2.20 manakala RM2.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Merujuk kepada Penyata Rasmi Parlimen bagi Dewan Rakyat ketika Parlimen kelapan, penggal ketiga, Jilid III, bilangan 43 bertarikh 10 November 1993 di bawah usul yang dibawa oleh ahli Parlimen Klang YB Fong Kui Lun (kini ahli Parlimen Bukit Bintang) bertajuk Kutipan Tol Di Lebuhraya Persekutuan 2 Di Antara Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau, dinyatakan bahawa kebenaran mengutip tol yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada pihak PLUS adalah sehingga tahun 2018.

Jika merujuk kepada penyata rasmi Parlimen yang sama, ternyata, operasi kedua-dua plaza tol ini adalah bertujuan untuk memindahkan beban pembayaran kos pembinaan pembesaran Lebuhraya Persekutuan berjumlah RM357 juta kepada rakyat.

Ini seharusnya tidak terjadi memandangkan adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan menyediakan semua kemudahan termasuk lebuhraya untuk manfaat semua rakyat.

Jika dihitung secara terperinci keuntungan yang diperolehi oleh pihak PLUS menerusi operasi kedua-dua plaza tol ini, ternyata kos pembinaan pembesaran lebuhraya Persekutuan sepanjang 18 kilometer berjumlah RM357 juta ini mampu selesai ditampung balik menerusi kutipan tol dalam tempoh lebih kurang tiga (3) tahun sahaja.

Merujuk kepada penyata rasmi Parlimen yang sama, kos purata untuk pembinaan lebuhraya bagi jarak satu (1) kilometer menelan belanja sebanyak RM20 juta. Sekiranya lebih 160,000 kenderaan melalui (pergi dan balik) kedua-dua plaza tol ini setiap hari, bererti sebanyak RM352,000 telah berjaya dikutip.

Dalam tempoh sebulan, sebanyak RM10.56 juta akan berjaya dikumpul dan dalam tempoh lebih kurang tiga (3) tahun, nilai modal bagi kos pembinaan pembesaran lebuhraya sebanyak RM357 juta tersebut telah berjaya ditampung kembali.

Sehubungan dengan itu, memandangkan kini telah hampir 20 tahun kedua-dua tol tersebut beroperasi, adalah mustahil sekiranya kos pembinaan pembesaran lebuhraya yang siap pada 1992 ini masih belum berjaya dilunaskan.

Ini dikuatkan lagi dengan fakta bahawa kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut telah meningkat sebanyak dua kali ganda dari kadar kutipan asal.

Setiap hari, ratusan ribu rakyat menggunakan laluan bertol di Lebuhraya Persekutuan ini untuk pelbagai tujuan terutamanya ke tempat kerja.

Seandainya mereka menetap di Klang dan bekerja di Kuala Lumpur, maka setiap hari mereka terpaksa membelanjakan sebanyak RM4.20 bagi menampung kos bayaran tol (pergi dan balik) dari rumah ke tempat kerja.

Kos ini tidak termasuk kos minyak petrol yang turut dijual pada harga tinggi dan membebankan.

Justeru, AMK negeri Selangor merasakan telah sampai masanya untuk pihak kerajaan memansuhkan serta menutup operasi kedua-dua plaza tol ini pada kadar segera. Rakyat tidak seharusnya dibebankan lagi dengan kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini.

AMK negeri Selangor dengan ini mendesak pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya supaya memansuhkan dan menutup operasi di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau dengan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

AMK negeri Selangor dengan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan juga akan turut menggerakkan satu demonstrasi aman pada 13 Mei 2012 bagi menuntut pemansuhan dan penutupan kedua-dua tol ini.


- Azmizam Zaman Huri




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Peneroka Patut dapat RM38, 000 bukan RM15, 000

Posted: 08 May 2012 10:15 PM PDT


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, menyifatkan durian runtuh kepada peneroka sebanyak RM15,000 terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi.

Katanya, RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan.

"Felda memberikan dividen yang tertinggi di Negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka.

"Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun,"ujarnya lagi.

Dakwa Husam lagi, apabila peneroka diberikan RM15,000 ini mereka tidak lagi menikmati dividen tahunan seperti mana sebelum ini kerana ladang berkenaan telah menjadi milik Felda Golden Vantures Holding Bhd (FGVH).

"Tukaran dari hak milik tersebut terlalu kecil. Saya ingat durian runtuh ini RM38,000 ke atas bersekali dengan saham peneroka dalam syarikat FGVH yang disenaraikan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung 'durian runtuh' sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di hadapan warga peneroka, di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang semalam.

Tambah Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri Kelantan, apa yang dipersoalkan kenapa durian runtuh yang dimaksudkan itu terlalu kecil, malah beliau tidak bersetuju dengan jumlah itu.

"Sepatutnya dengan hak yang dilepaskan oleh peneroka itu mereka seharusnya mendapat jumlah yang lebih besar daripada apa yang diberikan,"ujarnya.

Tambahnya, jika dinilai dari RM15,000 untuk diagihkan kepada semua peneroka hanya melibatkan jumlah RM500 juta.

Beliau menambah, sedangkan pada awalnya jumlah pendapatan yang wajar diperolehi melalui durian runtuh sebanyak RM2 bilion.

"Jadi saya nak tanya Perdana Menteri ke mana perginya wang sebanyak RM1.5 bilion lagi. Kenapa mereka hanya diberikan RM15,000 dan bukannya RM38,000 sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini?,"soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan durian runtuh hanya runtuhnya sebela dahan sahaja, selebihnya tidak boleh dimakan.

Macam biasa"tukanglawan" agak pelik mana najib dapat duit banyak-banyak untuk umpan rakyat sokong umno, ini usaha terdesak mereka, tak apalah, mereka bagi kita ambik je, dalam keadaan negara dah hampir bankrup sumber duit tu dari mana sebenarnya, apakah berhutang?

Kenapa sampai sekarang idea Anwar supaya wang yang disalurkan kepada IPP dikurangkan tidak dilaksanakan, kan kalau tak bagi duit negara pada kroni, beban negara sikit ringan. RM15, 000 tak banyak mana kalau nak banding dengan apa yang kroni dapat.

Awas peneroka, jangan mudah ditipu, apakah nilai negara ini boleh dibeli hanya dengan nilai RM15, 000



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Majlis Fatwa Jangan Jadi Boneka umno.

Posted: 08 May 2012 09:49 PM PDT

Jika Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak mengeluarkan fatwa seperti ini pun saya pasti semua yang bergelar "allazina aamanu" sudah arif lagi mengetahui akan pengharaman jika membuat kerosakan. 

Tetapi nyatanya, fatwa sebegini telah menyerlahkan lagi siapa di sebalik topeng Majlis Fatwa. Jika mereka makan gaji dengan kerajaan sekalipun, namun mesti beringat-ingat, ketua terbesar bukanlah kerajaan tetapi Allah Azzawajalla. Menutup pekung kerajaan dengan menyalahkan rakyat melalui jalan fatwa adalah suatu pengkhianatan terhadap agama!

Saya melihat, fatwa sebegini menjadi nyawa terakhir kepada kerajaan apabila isu demi isu yang mereka mainkan tidak mendapat perhatian rakyat jelata

Bermula isu syurga neraka sampailah kepada isu seks, semuanya tidak berpihak kepada mereka, bahkan ludah yang dihampurkan terpalit ke wajah sendiri. Akhirnya, mereka mengambil kesempatan ini untuk menimbulkan isu lain, mufti dijadikan boneka, agama pula dijual atas nama politik demi meraih sokongan. Sungguh jijik sekali feel seperti ini.

Mengistinbatkan sesebuah fatwa bukan seperti menulis rencana, baik buruknya harus diteliti dari segenap sudut. Kondisi dan situasinya harus disesuaikan dengan masyarakat, dan perbahasannya bukan seperti perbahasan di dalam dewan parlimen! Fatwa dosa dan pahala, haram atau halal tidak sama dengan peraturan sekolah.

Saya percaya, pertikaian terhadap majlis fatwa rentetan fatwa yg dikeluarkan bukan sahaja pada badan pengeluar bahkan pertikaian juga terhadap fatwa yang dikeluarkan. Seolah-olah berat sebelah dan kelihatan seperti menyebelahi pihak kerajaan, dan yang lebih ditakuti jika ia berpihak kepada kemungkaran. Yang sewajarnya diharamkan tidak pula diharamkan atas kepentingan pihak tertentu.

Saya amat menghormati majlis fatwa kebangsaan atas nama autoriti mereka memegang tanggungjawab agama di dalam negara Malaysia, tetapi mereka tidak wajar menggunakan kuasa ini untuk mengambil kesempatan. Setidak-tidaknya, mereka mengambil langkah diam jika ditakuti fatwa yang dikeluarkan bersalahan dengan kehendak agama.

Saya pasti, jika fatwa yang dikeluarkan ini menepati ciri-ciri sebuah fatwa dan digazetkan secara saksama serta adil, rakyat tidak akan melenting. Rakyat hari ini semakin dekat dengan ugama dan telah tahu apa perkara yang haram dan yang halal. Pertimbangan majlis fatwa yang berat sebelah inilah yg mugkin menjadi pertikaian oleh rakyat terutamanya golongan agamawan.

Menyifatkan BERSIH 3.0 secara khusus sebagai hukum haram atas illah mencetuskan keadaan huru-hara adalah kesilapan yang sengaja mengundang padah

Pertamanya kerana matlamat dan tujuan perhimpunan itu diadakan bukan untuk menghuru-harakan keadaan jauh sekali mahu menumbangkan kerajaan

Keduanya, dalam pada mereka mengharamkan BERSIH, masih banyak maksiat yang sepatutnya terlebih dahulu diharamkan tidak pula difatwakan sebagai haram. Inilah antara penyebab timbulnya kemarahan pelbagai pihak.

Sewajarnya, dalam mengeluarkan fatwa biarlah bersifat menyeluruh dan adil. Jika satu maksiat HARAM, maka seluruh perkara yang mempunyai ciri-ciri maksiat mesti di-HARAM kan. 

Kondisi di Malaysia sudah terbalik, seolahnya, yang meminum arak itu haram, sebaliknya yang membuat arak tidak pula haram. Merokok diharamkan, tetapi penjualan rokok masih lagi berluasa. Begitu juga halnya perjudian, walaupun perbuatan judi telah lama difatwakan haram, namun tempat perjudian terbesar masih wujud di Malaysia.

Jika mahu berfatwa, lakukanlah ia secara adil dan saksama dalam semua hukum.

Jika tidak, apa yang akan berlaku, Itulah yang ALLAH sebutkan dalam surah Al-Baqarah, "beriman dengan sebahagian dan kufur dengan sebahagian" Apa yang mempunyai kepentingan oleh pihak tertentu dihalalkan, sebaliknya yg tidak berkepentingan pula diharamkan secara semberono.

Akhirnya, saya menyeru kepada majlis fatwa kebangsaan agar kembali kepada tugas asal mereka tanpa mengira latar politik. Walaupun terpaksa menempelak & menegur kerajaan, maka itu yang harus mereka lakukan demi melihat institusi agama terus mendapat penghormatan dan kepercayaan. Setidak-tidaknya mereka akan dihormati kerana kewibawaannya menjaga kredibiliti hukum dan agama.

Artikel asal ditulis :
AL al-Bayt University, Kingdom of Jordan.
Syariah, Fiqh wa usuluh.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Guru ini hebat, Hero BERSIH 3.0

Posted: 08 May 2012 09:20 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Seorang guru disambut sebagai seorang hero di sekolah ekoran tindakannya  ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu yang mencetus sensasi di laman video Youtube dan laman sosial Facebook.

Toh Chin Hong, 27, bagaimanapun tidak begitu menghiraukan populariti yang diraih.

"Fokus pada 28 April tidak boleh hanya pada satu orang. Ia akan menjejaskan tujuan utama kita iaitu penambahbaikan pilihan raya.

"Kita mesti ingat. Jika kita lupa, seluruh perhimpunan itu tidak bermakna
," kata guru kimia itu dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Dalam perhimpunan itu, Toh dikejar oleh pasukan keselamatan yang bertindak ke atas kumpulan peserta perhimpunan di satu jalan di luar stesen LRT Masjid Jamek.

Beliau yang kepenatan akibat dikejar polis FRU kemudian duduk bersila di jalan berkenaan, bertentangan dengan barisan pasukan tersebut.

NONETindakannya itu yang dirakam lensa kamera, mendapat sambutan liar di Internet apabila gambar beliau dalam keadaan diselubungi asap gas pemedih mata dikongsi lebih 1,500 pengguna Facebook, selain 160,000 tontonan video di YouTube.

"Memandangkan mereka (polis) tidak membenarkan saya duduk di Dataran Merdeka, saya duduk di hadapan mereka," katanya yang digelar 'Lelaki Topi Jerami' oleh para peminatnya.






Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment