"tukanglawan"

"tukanglawan"


(Gambar) Zul Katak Nak Lawan Ceramah Anwar Malam Tadi

Posted: 07 May 2012 09:35 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Malam tadi berlangsungnya  dua  ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional  dengan Pakatan Rakyat. Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai  dan Ceramah PR  di Kg Baru Batu Caves. BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang). Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang lagi.

poster ceramah Barisan Nasional

Poster Ceramah Pakatan Rakyat


Ceramah BN yang dihadiri ratusan orang sahaja


Lautan manusia di ceramah PR


Anwar Ibrahim  sedang berceramah


Zul Nordin sedang berceramah di Majlis BN


Ternyata UMNO / BN cuba mensabotaj ceramah Pakatan Rakyat.  Hasilnya.....cuba  anda nilaikan gambar-gambar di atas. Jelas berbeza sambutan rakyat. Najib mesti tambah gelabah tengok gambar-gambar ini.

Sudah-sudahlah tu Umno, tak payah la nak malukan diri sendiri. ceramah orang tak datang, tapi canang di akhbar dapat sokongan padu.  


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

AIC Selar Fitnah Jahat Terhadap Azmin Ali

Posted: 07 May 2012 09:00 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang tinggi kepada keampuhan semangat dan iltizam politik Yb Mohamed Azmin Ali yang tetap berdiri teguh serta istiqamah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan meskipun cuba diheret oleh Umno ke dalam kancah politik fitnah dan kebiadapan lucah baru-baru ini.

AIC pada masa yang sama menyelar Utusan Malaysia dan rangkaian Media Prima yang terus bermodalkan fitnah serta kelucahan sebagai pelaburan terbesar Umno BN menghadapi amarah rakyat terhadap kegagalan pentadbiran mereka termasuk isu nasional seperti Bersih 3.0 serta isu antarabangsa berkaitan skandal Scorpene.

AIC ingin mempersoalkan tanggungjawab Utusan Malaysia sebagai akhbar yang sanggup menggadaikan daya fikir anak-anak muda dengan menyiarkan berita yang belum pasti sahih, dan tindakan ini sama tidak bermaruah dengan keghairahan Buletin Utama milik TV3 mengheret ibu Yb Mohamed Azmin bagi tujuan melaga-lagakan keharmonian keluarga beliau.

Modus operandi dua media yang hina ini amat jelas, sebagai media tunggangan kepada Umno BN yang cuba menganggu kosentrasi Yb Mohamed Azmin yang dilihat begitu cemerlang untuk sekali memimpin jentera pilihanraya PKR khususnya mencipta kemenangan yang gemilang pada Pilihanraya Umum akan datang.

Syabas diucapkan kepada semangat Yb Mohamed Azmin yang menjadi sumber inspirasi kepada anak muda, betapa nawaitu dan niat perjuangan yang begitu ampuh pasti sukar diganggu gugat walaupun seribu cabaran yang dihadapi.

Anak-anak muda pastinya memandang tinggi atas komitmen Yb Mohamed Azmin ini, dan akan menghumban budaya fitnah dan lucah tersebut sekaligus menguburkan Umno BN.

Justeru, AIC percaya kebiadapan Umno BN ini sudah sampai kepada noktahnya. Utusan Malaysia dan Buletin Utama boleh terus menyalak, tetapi sedarlah hakikatnya salakan kedua-dua media ini tidak lagi memberi impak kepada rakyat yang bijaksana dan akan mereka akan memilih untuk mengangkat Pakatan Rakyat sebagai pentadbir baru di Putrajaya.

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Lepas Pemimpin Mahasiswa, Polis Tangkap EXCO AMK

Posted: 07 May 2012 08:47 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Beberapa hari lepas, Seorang pemimpin mahasiswa telah ditahan polis, apa yang "tukanglawan' dengar beliau ditahan ketika hadir ke balai polis untuk membantu soal siasat, namun setibanya disana beliau telah ditahan tanpa sebab yang jelas.

Terdapat 2 versi cerita mengapa beliau telah ditahan ada yang mengatakan kerana keratan gambar yang dikatakan mirip beliau telah mengasari polis pada himpunan BERSIh yang lalu, dan ada yang kata kerana luahan hatinya terhadap kekasaran pihak polis terhadap ibunya sehingga mendatangkan kecederaan teruk, luahan itu telah beliau tulis di laman facebooknya.

Khabar yang "tukanglawan" dengar pihak pendakwaan tidak mahu meluluskan reman ke atas Khalid Ismad kerana tiada bukti jelas kenapa beliau ditahan.

Hari ini seorang Exco AMK, Saudara Farhan Ibrahim pula telah ditahan polis. satu sumber menyatakan satu pesanan telah ditulis seperti berikut

Farhan, 8.5.12: "Rumah diserbu jam 3pagi. Skrg di balai melaka tengah. Akan di bawa di Dang Wangi pagi ini."

Walaubagaimanapun, pesanan itu berbentuk Sms, Twitter, atau status facebook tidak dapat "tukanglawan" Pastikan, sebarang informasi berkaitan penahanan Farhan akan "tukanglawan" kemaskini kemudian.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Bekas Ketua Polis Pula Cuba Burukkan Nik Aziz

Posted: 07 May 2012 08:17 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Bekas ketua polis negara nak burukkan Tuan Guru Nik Aziz pulak, adoiai, tengok la dulu muka kalau nak burukkan orang, muka mana ada nur, muka mana hitam kusam dan malap.

Rahim Nor dalam NST hari ni keluar di muka surat no 6 satu artikel untuk merendahkan TGNA, (Tuan Guru Nik Aziz) , sapa dia ni nak burukkan TGNA, tinggi sangat ke ilmu agamanya sampai nak kata macam-macam kat orang yang lebih boleh percaya dari dia tu.

Tak apa lah, rakyat bukannya bodoh lagi, dan kita tahu menilai apa yang orang sampaikan, kalau setakat mamat nei tak payah la. kita semua tahu la cerita dia macam mana, sampai boleh naik pangkat jadi ketua polis negara.. bukankah dia ni terlibat langsung dalam kes turun naikkan Anwar ke mahkamah pada tahun 1998?. dia pukul Anwar sampai lebam mata, jatuh dan pengsan.

Jadi secara senang kita nampak dah betapa dia nia kan meyokong penuh umno.. kah.,.kah..kah. dan jangan lupa dia juga penyokong perkasa ( patut la gangster )

Ni keratan akhbar berkenaan, kalau boleh pinjam, jangan beli pulak, baik beli harakah dari paper camnei. korang tengok la sendiri apa kata si polis pemukul orang nei.


Bekas ketua polis tu cuba gambarkan apa pada TGNA?, kalau pada tajuk ( ingat tajuk itu penting) dia cuba gambarkan TGNA ni seolah-olah sesat, dan siapa yang dokong beliau adalah kafir?, cuma soalannya camne dengan pengikut atau penyokong mahathir yang jelas-jelas hina Islam tu?, kafir tak? kalau tak... wah.mazhab baru ke ni, Mazhab umno?


Takpe la, serangan bertalu-talu sekarang kepada pemimpin pakatan bukan apa, kita jangan lupa pilihanraya makin hampir, mereka akan lakukan serangan demi serangan. tapi itu bukan pokok utama.. pokok utamanya ialah.

SUPAYA KES KAPAL SELAM NAJIB ORANG LUPA, WEI... "tukanglawan" TAK LUPA LA, SETIAP HARI KITA AKAN CERITA PASAL KAPAL SELAM... amacam? 


Dok fitnah pemimpin pembangkang, cakap itu ini, tapi kes Najib ada asasnya, ia sedang dibicara di Perancis, utusan, NST, Mstar, Kosmo kena jadi bisu?... nak jualan naik, cuba siar kes najib kat muka depan.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

#CeritaBersih3.0 - Polis Suruh Senyum, Jangan Jerit Walau Sakit

Posted: 07 May 2012 07:45 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

"Sepanjang 300 meter perjalanan saya ke Kelab Diraja Selangor, saya dipukul oleh pihak polis tanpa ada perasaan belas kasihan," jelas mangsa kekejaman polis pada Himpunan Bersih 3.0, Nour Islam Niamat, 30.

Nour Islam yang juga merupakan aktivis NGO, Jingga 13 memberitahu beliau ditahan oleh pihak polis ketika berada hampir dengan pengadang jalan di Dataran Merdeka dan ketika itu beliau hanya meninjau keadaan di sana tanpa melakukan apa-apa provokasi.

"Ketika saya hampir di Dataran Merdeka lebih kurang pukul 5 petang, saya tidak mendengar pun arahan pihak polis meminta peserta Bersih bersurai malah mereka terus bertindak dengan menyembur air serta menembak gas pemedih mata.

"Dalam keadaan saya berada di barisan paling hadapan maka menyenangkan pihak polis menahan saya dan dalam keadaan saya baru ditahan tiba-tiba datang sembilan hingga sepuluh orang anggota polis ke arah saya dan telah bertindak memukul, menendang serta menumbuk saya," jelasnya.

Nour Islam yang menceritakan peristiwa tersebut memberitahu beliau telah berjalan hampir 300 meter dan melalui trak-trak polis yang dipenuhi anggota polis untuk ke Kelab Diraja Selangor

"Saya telah dibawa melalui trak-trak polis dan ketika melalui trak tersebut terdapat lebih kurang 200 orang anggota polis yang berbaris di situ, saya telah dipukul dan ditendang oleh polis-polis yang berada berhampiran trak itu.

"Setiap seorang dari mereka tidak melepaskan peluang memukul saya, saya terpaksa tempuhi mereka sikap kejam mereka tanpa boleh dielak langsung malah mereka terus tumbuk serta terajang saya tidak kira di muka mahupun di perut," sambung beliau lagi.

Menurutnya lagi setiap kali beliau dipukul polis mengarahkan beliau senyum dan jangan menjerit kesakitan, jika beliau menjerit sakit polis mengatakan beliau melawan dan akan dipukul dengan lebih teruk lagi.

"Apabila saya sampai di tempat tahanan tidak ada Ambulan mahupun pegawai kesihatan yang menunggu, apabila saya bertanya di mana pihak kesihatan mahupun Ambulan.

"Pihak polis cuba mengelak untuk menjawab dan mereka melengah-lengahkan untuk memanggil ambulans walaupun terdapat peserta yang cedera teruk sehinggakan ada mereka yang hampir pengsan," cerita beliau lagi.

Beliau yang mendapat tiga jahitan di dahi akibat ditendang oleh polis itu menjelaskan ketika dipukul pihak polis mengarahkan beliau tunduk serta tidak boleh melihat polis-polis yang memukulnya.

"Saya langsung tidak boleh melihat muka-muka polis yang memukul saya kerana anggota polis memegang kepala saya kebawah tanpa memberi peluang saya mengangkat kepala saya.

"Ketika saya jatuh pun polis meminta saya tundukan kepala dan jangan sesekali cuba melihat siapa yang memukul saya, namum saya perasaan setiap anggota polis yang bersikap kejam itu tidak mempunyai nombor polis dan yang ada hanyalah nama. Saya tak pasti siapa sebenarnya mereka," tegasnya.

Beliau yang mengalami cedera yang teruk itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas sejam beliau dipukul untuk mendapat rawatan.

"Pihak hospital telah membuat pemeriksaan keatas saya termasuk menjahit luka di kepala saya, mereka juga turut melakukan pemeriksaan x-ray bagi mengetahui kecederaan dalaman akibat tendangan yang kuat dari pihak polis.

"Setelah selesai melakukan pemeriksaan saya telah membuat laporan polis di Balai Polis yang berada di HKL termasuk menyerahkan laporan perubatan dari pihak hospital," tambahnya lagi.

Namum beliau bersyukur apa yang dialami olehnya direstui oleh Ibunya dengan menyifat ia adalah maruah diri dalam memperjuangkan kebaikan.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Lingkuplah Utusan macam nei

Posted: 07 May 2012 07:28 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Kalau macam ini gayanya, memang utusan akan lingkup, manakan tidak utusan ni lepas sorang, sorang saman dia, yang terbaru Azmin ali, ni dengar cerita senator Autralia pulak, Nick Xenophon yang utusan fitnah anti islam tu.

Kenapa Nick Xenophon difitnah anti islam?, sebabnya senator itu bersama rakyat turun ke himpunan bersih, beliau turun untuk menjadi pemerhati..


utusan ni dulunya diwujudkan untuk jadi penyampai berita, zaman dulu utusan ini bagus, siar berita yang tak berat sebelah, tapi bila editor bertukar ganti, penjilat dan pencacai umno jadi ketua, semua jadi punah.


Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.

"Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Xenophon  merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

Xenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.

Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia.


Habislah Utusan, banyak sangat menipu itulah jadinya, paling kesian yang ditipu itu orang melayu yang bersumberkan maklumat dari satu pihak saja. mereka terus jadi bodoh dan mudah tertipu.

Tapi tak apa lah, Duit rosmah banyak, mungkin rosmah boleh tolong bayarkan bagi pihak utusan.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment