"tukanglawan"

"tukanglawan"


Rakyat Jadi Mangsa, Polis Jadi Bodoh Kerana Rejim Umno

Posted: 05 May 2012 03:24 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Semua masalah dalam negara ni berpunca dari rejim serba penakut lagi bangang, rejim paling lama berkuasa di dunia, rejim apa lagi kalau bukan rejim umno.
Kenapa "tukanglawan" cakap begitu, senang betul jawapannya, rejim umno la yang membuat perpecahan di kalangan kaum, pernah ke korang tengok rejim umno ni buat majlis dalamnya boleh disertai kaum cina, atau india tau melayu pas atau melayu PKR, rasanya dalam 25 , ada la sekali, tu pun macam takde.

Tapi kalau Parti PAS buat majlis, orang melayu PKR , orang melayu DAP, cina dan india pun ada sekali dalam majlis tersebut. berpecah ke orang melayu sebab pakatan rakyat?, tak pun , yang berpecahnya ialah umno, mereka rasa hanya melayu umno terbagus, padahal melayu umno la paling perkauman, bukan saja pada kaum lain, dengan kaum sendiri pun berpuak-puak.

Yang ini la tipu daya umno paling banggang orang melayu sudah  termakan penipuan paling keji umno, kisah perkauman , Agama dan Raja-raja memang makanan umno menipu melayu.

Puak umno ni jangan guna alasan negara dah aman, tanya apa lagi kita mahu, aman ke bila tengah bulan nak makan pun sekat-sekat, makan sambal telur,? ( korang kene kencing dgn BN)  padahal anak menteri pakai kereta mewah dan hidup macam raja tapi kerja tak ada, aman kah bila rakyat dirasuah RM500 tapi keluarga menteri ambik RM250 juta,  najib pulak dikhabarkan mintak RM 3.8 billion untuk kes kapal selam tak boleh tenggelam tu.


Paling best pulak, golongan paling mudah kene tipu ialah polis, adoi, kenapa sampai macam tu sekali tahap kene bodoh, "tukanglawan" kesian dekat diorang nei, salah sapa sebenarnya,  apa yang dicari sebenarnya?

Kalau cari makan, ingat, ALLAH yang beri makan, Kalau nak naik pangkat, berbaloi ke naik pangkat tapi rakyat benci, orang tak pandang lagi polis sekarang macam polis dulu, sebab apa, sebab fungsi dah tak sama, polis dulu kalau org cari tengah malam pun dia bangun tolong sebab pikul tanggungjawab, tapi polis sekarang? tengah malam pegi mana?... jawab sendiri la.

"tukanglawan" ni banyak kawan polis, kenal depa camne, memang la tak semua perangai "haramjadah" sebab berselindung balik uniform, tapi ada sesetengah tu dah tau apa yang jadi kat malaysia nei, dah tau sapa betul sapa salah.

Depan rakyat masa bersih bukan main pukul orang, tapi bila duduk depan-depan cerita elokx2, dia boleh pulak jawab "tak tau la, aku ni ikut arahan je, periuk nasi aku nei". apa jenis jawapan tu. nanti kalau ade perompak lari pulak, bila tanya "aku tak tau la, nyawa aku nei" . kenapa tahap polis sekarang sampai macam tu.

Jawapannya senang je, sebab dah dibasuh otak oleh pemerintah, betul lah kata cikgu Bard, "Polis dan rakyat adalah mangsa regim penakut pada 28 April".

Tengoklah polis, sebab rejim penakut tu la korang jadi bahan ludah, jadi kebencian rakyat, sebab segelintir dari kamu, semua tanggung malu.

Sekarang duduk depan cermin pakai uniform biru kamu, tengok muka kamu , tengok dalam-dalam, tanya diri kamu, kamu bertugas untuk rakyat atau pemimpin zalim? , jika masih mahu mempertahan pemimpin zalim, fikir apa akan jadi bila rejim itu tumbang nanti?

Alhamdullilah, cita-cita mahu jadi polis dulu Allah halang, jika tidak sudah pasti "tukanglawan" jadi manusia yang akur dan patut tanpa tentangan.. patuh dan akur kerana baju yang dipakai?, Berbaloi kah?.

Rakyat sudah hulur tangan, Mahu bersama kami, atau mahu terus jadi balaci rejim... pilihlah.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

( Terkini !!) Perimekar Beli Kapal Selam Untuk Pelancongan?

Posted: 05 May 2012 12:48 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Kertas pendakwaan sangat sulit yang kini berada di tangan pendakwaraya awam Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene ketika Menteri Pertahanan waktu itu yang kini Perdana Menteri, Najib Altantuya, menunjukkan bahawa syarikat Malaysia yang memperoleh kontrak, Perimekar Sdn Bhd rupanya hanyalah sebuah syarikat agensi pelancongan!

Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengerusi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Dr Kua Kia Soong sebentar tadi dalan satu sidang media ringkas di Kuala Lumpur.

Dr Kua yang berjaya memperoleh akses kertas pendakwaan secara eksklusif semasa berada di Paris, Perancis, dua minggu lalu menyatakan bahawa pendakwaraya Perancis sangat sibuk menyiasat skandal berkenaan sejak ia mula terbongkar pada 2009 sehingga ke hari ini.

Jelas Dr Kua lagi, mereka telah menemuramah pegawai-pegawai kementerian pertahanan negara itu yang terlibat secara langsung dalam kontrak pembelian sehingga kepada termeterainya perjanjian antara kerajaan negara itu dengan Malaysia.

Mereka juga telah memeriksa beberapa akaun peribadi dan akaun yang berkaitan dengan urusan pembayaran seperti yang telah didedahkan pada Khamis lalu oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel di Kuala Lumpur.

Kesemua dokumen termasuk memorandum persefahaman, memorandum perjanjian jual beli, surat hasrat (letter of intent) serta invois dan akaun bank turut dibongkar yang menunjukkan penglibatan secara langsung orang kanan Najib Altantuya, Razak Baginda yang memiliki Perimekar.
Persolannya di sini, bagaimanakah sebuah syarikat yang berdaftar dengan agensi pelancongan dan tidak ada kena-mengena dengan bidang persenjataan jauh sekali ketenteraan boleh memperolehi bayaran lumayan berjumlah EUR2.3 bilion (RM7.1 bilion) di mana pendedahan pada Khamis lalu menunjukkan sekeping kertas faksimili tulisan tangan Najib Altantuya meminta DCN membayar EUR1 bilion (RM3 bilion) sebagai bayaran pertama, tidak termasuk EUR360,000 (RM1.2 juta) hanya semata-mata untuk berjumpa dengannya?

Sejak SUARAM membuat laporan secara rasmi pada 2009, lebih 153 dokumen dan bukti perjanjian pembelian kapal selam dirampas daripada pelbagai sumber, antaranya Thales International yang berpangkalan di Hong Kong serta pejabat DCN sendiri melalui pegawainya Henri.

Tidak mustahil siasatan selanjutnya bakal mendedahkan pula skandal antara DCN dan Kerajaan Perancis yang dilihat mendiamkan diri sejak penemuan skandal tersebut tercetus dengan pembunuhan misteri penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.

 

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Panas !! Aktivis Pelajar Ditangkap Polis

Posted: 05 May 2012 12:15 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
BILA POLIS NAK TANGKAP POLIS YANG PUKUL ORANG?

Seorang pemipin pelajar yang juga aktivis kepada pemansuhan PTPTN telah ditahan oleh polis sebentar tadi, alasan yang diberikan ialah kerana beliau telah memukul pihak polis.

Mengikut informasi yang "tukanglawan" perolehi, Khalid Mohd Ismad ialah timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahaiswa Idenpenden ( kami) baru berumahtangga den berasa dari kelang selangor

Sebelum ini, Puak-puak pencacai penulis blog umno yang tak pernah beri hujah dan bukti kukuh telah memuduh Khalid mengasari seorang polis trafik, berdasarkan gambar yang telah dikatakan mirip dengan beliau. 

Ini adalah gambar yang dikatakan itu.


Jika tangkapan itu hanya berdasarkan gambar ini, apakah kita begitu mudah tertipu, kerana potongan rambut langsung tidak sama. dan sebagai peserta bersih, sudah tentulah Khalid akan memakai baju kuning sebagai sokongan pada himpunan tersebut, itu pendapat "tukanglawan".

Atau perhatikan gambar dibawah, dimana potongan rambut adalah sangat hampir, dan perhatikan di bahagian mulut.

Jadi, jika Khalid ini bukan individu yang mengasari polis tetapi ditangkap oleh polis hanya berdasarkan gambar ini, apakah polis akan meminta maaf secara terbuka darinya dan keluarganya.

"tukanglawan" yang telah beberapa kali terserempak dengan khalid, walaupun tidak kenal rapat , sekali lihat sudah tahu, lelaki yang menyepak polis tersebut bukan khalid , tak tahulah jika mata "tukanglawan" ini tak betul atau juling,

Atau ketika kejadian, Khalid dempat mengubah bentuk rambutnya, lari sekejap dan menukar pakaian dan menunggu masa yang sesuai untuk sepak terajang polis.

Tapi jika ini masih usaha bodoh KERAjaan mahu memburukkan peserta Bersih, itu tindakan paling bodoh nampaknya, kerana cubaa pertama mereka sebelum ini sudah makan diri.

Senang kata, Pengerusi SPR dan timbalannya letak saja jawatan, tunai saja 8 tuntutan tersebut, bukan memburuk-burukkan Himpunan tersebut, atau memfitnah pemimpin pakatan, kerana makin nampak umno yang diketuai najib semakin terdesak.




Apakah logik jika  fikir "tukanglawan" Khalid ditangkap sebenarnya kerana dia merupakan aktivis pelajar dan dia dianggap sangat merbahaya kepada kerajaan?, kerana golongan paling kuat dan mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan selain dari rakyat sendiri, ianya adalah golongan pelajar.

fikir- fikirkan la.


Mahu tahu jawapannya, Mari kita tumbang kerajaan zalim, anda mampu mengubahnya, malaysia lebih baik tanpa umno.

#Diatas artikel yang ditulis berdasarkan maklumat asal Khalid ditahan kerana ia dikaitkan dengan gambar kononnya dia mengasari anggota polis.

Ada juga maklumat dia ditahan kerana mengugut pihak polis di laman Facebooknya, namun kesahihan itu belum "tukanglawan" dapat. cerita yang tukanglawan dengar khalid melahirkan rasa tidak puas hatinya bila ibunya dikasari semasa himpunan bersih tempoh hari.

Khabarnya ibu khalid telah dipijak dan dikasari sehingga pecah usus.

Apakah anda mahu memaafkan orang yang bertanggungjawab itu?, apakah anda mahu membiar sahaja si pelaku itu terlepas?, awas, polis malaysia akan tangkap anda jika anda menyatakan rasa kesal dan rasa tidak puas hati anda.

Apa pun, jika khalid ditangkap oleh polis kerana mengugut kerana kecewa dengan apa yang dilakukan terhadap ibunya, fikirkan kembali, apakah itu selayaknya?, kerana tanggungjawab seorang anak melindungi ibu bapanya, melindugi keluarganya,

SYABAS KHALID, ANDA MELAKUKAN SEWAJARNYA. MELINDUNGI KELUARGA ANDA ITU TANGGUNGJAWAB ANDA.

Polis tak ada hak mencampuri urusan dan tanggungjawab Khalid terhadap keluarganya. Itu tanggungjawab paling besar buat diri Khalid, sepatutnya polis mencari dan menghukum si pelaku, bukan menangkap seorang anak yang mengasihi dan menyayangi ibunya.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Polis Ugut Nak Bunuh Chegu Bard

Posted: 04 May 2012 11:14 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..


"KALAU AKU BUNUH KAU TAK SIAPA TAHU TAU!!, itu kata-kata seorang anggota polis hasil didikan umno terhadap chegu Bard, hassan Ali mana, akidah anggota polis ini sudah rosak, pegi la cari dia dan betulkan akidahnya. kerana dia sudah lupa Allah maha melihat dan mengetahui apa pun yang dilakukan oleh hambanya.

Jom baca laporan polis Chegu Bard terhadap keganasan polis terhadapnya.

Laporan polis tersebut adalah seperti berikut, dilaporkan di Balai Polis Jln Dang Wangi kuala Lumpur pada 30 april 2012 lepas pada jam 5.19 minit petang, dengan nombor laporan ialah Dang Wangi / 017106 / 12, ( sumber boleh lihat disini )

Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. 
Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit "Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !"
Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.
Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut "kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau"
Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).
Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.
Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?
Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah. Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam.
Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan 'brainwash' polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.
Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.
Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.  Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.
Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Polis boleh bunuh siapa saja yang dia mahu, itukah yang difikirkan oleh anggota polis tersebut, ingat, anda sedang diperhatikan oleh rakyat, jangan kerana nila setitik, rosak nila sebelanga.

Cukup-cukuplah jadi balaci pemimpin rejim kejam, kerana anda bukan setakat memalukan diri sendiri, tapi anda juga memberi beban emosi terhadap anak dan isteri anda. balik kepada rakyat, kerana amanah anda adalah untuk menjamin keselamatan rakyat, bukan memukul rakyat sesuka hati.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment