"tukanglawan"     |   
- Najib Melawak Lagi, "woi, boleh blah la"
 - #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah!
 - BERSIH 3.0 , Kisah Keganasan polis 3 - Video Polis Kacau Restoran
 - #CeritaBersih3.0 - Luahan Hati Seorang Pemuda
 - Gambar Polis Pijak Bahu Najib
 - Lepas Akhbar kantoi , Portal pula kantoi menipu
 
|    Najib Melawak Lagi, "woi, boleh blah la" Posted: 01 May 2012 05:21 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Pengumuman gaji minimum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  hanya bersifat sandiwara bagai memancing undi menjelang pilihan raya,  kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Choo Chon  Kai. 
  "Selain paras gaji minimum yang diumumkan jauh kurang daripada apa  yang dituntut oleh gerakan masyarakat, pelaksanaan tersebut hanya akan  berlaku selepas enam bulan dan kemunginan besar akan ditunda lagi  seperti yang berlaku kepada pegawal keselamatan. "Kalau kerajaan Umno BN benar-benar ingin melaksanakan gaji minimum,  sepatutnya ia dilakukan sekarang. Apabila hak pekerja dituntut, maka  taktik melambatkan menjadi lumrah pemerintah," katanya pada kenyataan  hari ini. Beliau menyifatkan tindakan terbaru Najib itu yang bakal senasib  dengan pengumumannya sebelum ini berhubung gaji minimum untuk pegawal  keselamatan. Malah katanya, kerajaan BN sebelum ini tidak berniat untuk melindungi  hak pekerja bahkan sanggup menggadaikannya demi menjaga keuntungan  kroni dan pemodal besar. "Tuntutan pekerja di Malaysia yang perlu ditunaikan segera demi  menjamin kesejahteraan hidup adalah gaji minimum RM1,500, jaminan kerja,  kawalan harga barang, kebebasan menubuhkan Kesatuan Sekerja, bebas  daripada beban cukai GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), perumahan  selesa dan penghentian penswastaan perkhidmatan asas. Malam tadi, Najib mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi  sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung  manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM800 atau RM3.85 sejam. Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja  termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan  domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Sudahlah, najib dah kering idea, bukan dulu najib ke yang kata, kalau pakatan rakyat beri gaji minima pada pekerja negara akan bangkrap, puiiiiii malu la woi... boleh blah. jijik tgk muka najib  Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . .  |   ||
|    #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah! Posted: 01 May 2012 04:28 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..Artikel asal oleh Aiman Athirah Al Jundi, Merdeka Review 28  April 2012, seawal pagi telah membuktikan ketertiban para peserta Duduk  Bantah BERSIH 3.0.  Mereka kelihatan sangat profesional, penuh semangat  kekitaan, persaudaraan, perpaduan bahkan bersedia menjadikan himpunan  itu sebagai satu rapat rakyat daripada pelbagai keturunan yang sangat  aman pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.  Ini  terbukti dengan kehadiran ramai kalangan mereka bersama seisi keluarga, ayah ibu, anak-anak, tua muda, kecil besar bahkan termasuk juga  rakan-rakan kita dari kalangan OKU - Orang Kelainan Upaya.  Ada yang  hadir dengan berkerusi roda, berpapah, bertongkat dan berdukung. Andainya  rakyat memang hadir ke situ untuk bertempur dengan pihak Polis,  tentulah ratusan ribu rakyat itu lebih mampu menumpaskan keselamatan  yang jauh lebih sedikit bilangannya.   Tetapi itu tidak berlaku bukan?   Bahkan rakyat pasrah melarikan diri selepas REGIM PDRM yang mendapat  perlindungan dan jaminan suaka selamat REGIM BN membuat tindakan ganas  menyepak, menerajang dan mengheret rakyat dengan muka terseret di atas  tar jalan raya! Sangat  sadis situasi pada petang itu.  Ironinya ratusan ribu rakyat itu  majoritinya masih upaya menahan sabar dan hanya pasrah dalam pekik raung  meminta tolong agar dihentikan pembelasahan regim dalam raut calar  petang Sabtu 28 April. Kamera, Video Kamera, Handphone berkamera rakyat dirampas bagi melupuskan bukti kehancuran demokrasi  kolot Regim UMNO Barisan Nasional. Seketika saya sangat merasakan  itulah manifestasi kedzaliman Regim Tel Aviv ke atas ummat Palestine! Tragedi  keganasan Polis yang sebenarnya terus berulang!  Langsung tidak  menampakkan hasrat dan iltizam untuk berubah dan bertindak secara  matang Rakyat yang kalian ganasi itu adalah rakyat kita, rakyat  Malaysia. Hatta  kalian juga tahu sebenarnya yang memulakan angkara provokasi adalah  daripada kalangan kalian sendiri, meski berbaju kuning BERSIH tetapi  jiwa dan gelagat mereka jelas menzahirkan kemunafikan dan kekotoran  asuhan Regim!   Jangan sama sekali mahu berdusta, selagi kalian percaya  adanya Tuhan dan Hari Pembalasan!  Setiap yang terlibat, doa kami mereka  tidak akan selamat! Nah,  setelah terbukti pada 28 April 2012, ratusan ribu rakyat komited  meneruskan acara DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka dengan semua  mereka menghala ke sana secara teratur dan aman….  Hatta saya sendiri  bersama adik-adik Ameerah DUDUK & BANTAH di bahu jalan, bawah tiang  lampu trafik depan DBKL seawal jam 10 pagi.  Kami menjadi saksi betapa  suasana begitu tertib.  Laungan "duduk duduk, bantah bantah", "buka  buka, buka dataran", "bersih bersih, bersih bersih, bersih bersih...",  dan bila lagu Negaraku dinyanyikan maka kelihatan ramai yang duduk tadi  terus berdiri.  Ini adalah bukti semangat hormat, setia cinta dan  sayangkan Negara yang tidak pernah berbelah bahagi. Semua  yang hadir di situ adalah kelompok rakyat Malaysia yang sangat prihatin  terhadap urus tadbir Negara.   Kelompok yang sangat prihatin terhadap  keselamatan dan kedaulatan Negara akibat terlalu banyaknya bukti  penyelewengan dalam Daftar Pemilih SPR dan pemberian hak warganegara  kepada pendatang-pendatang asing atas kepentingan survival BN. Rakyat  yang hadir pada hari itu hakikatnya adalah wira-wira baru Negara.  Dan  jangan Najib mahu berpaling daripada janjinya bahawa dia dakwanya akan  mendengar denyut nadi dan hasrat rakyat!   28 April 2012 itu ratusan ribu  rakyat membanjiri Kuala Lumpur.  Apakah Najib tidak upaya mendengar  denyut nadi BERSIH 3.0?  Najib sebenarnya mahu apa lagi?  Sedang  dilandakah Najib dengan sindrom penafian? Selepas  terbukti limpahan ratusan ribu rakyat Malaysia hadir, mengapa Regim  lebih memilih untuk "BERKERAS HATI" tidak membuka laluan masuk ke  Dataran Merdeka?  Tempat itu bukan kawasan larangan umum.  Tempat itu  bukan kawasan persendirian.   Bahkan dalam banyak masa, tempat itu  menjadi persinggahan anjing, kucing dan tikus!  Tempat itu juga adalah  kawasan pelancongan awam.  Tempat terbuka.  Betapa derhakanya Datuk  Bandaraya Kuala Lumpur bila menafikan hak "para pelancong BERSIH 3" ini. Muhyidin  Yassin dan para proksi Regim UMNO BN (dari kalangan NGOs baru yang  hidup segan mati tak mahu) sibuk menuding jari kepada Penganjur BERSIH  3.0 dan kepimpinan Pakatan Rakyat.  Sehingga sengaja melupakan punca  utama terjadinya DUDUK & BANTAH pada 28 April 2012 itu adalah  daripada kepincangan, penipuan dan penyelewengan dalam sistem dan  perjalanan Pilihan Raya Negara ini yang diterajui oleh SPR yang mana  Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya adalah "baruah" dan "pencacai"  UMNO!  Selama ini makan duit membesarkan anak bini daripada hasil haram,  menipu dan memperbodohkan rakyat Shame on you Muhyidin! Setakat  berhujjah bahawa Dataran Merdeka tidak tergazet sebagai kawasan  himpunan dalam akta yang baru?  Maka apakah laluan dan persinggahan yang  kami semua lalui pada hari itu tergazet?  Umum tahu akta itu ditolak  rakyat. Dunia  tahu betapa akta itu adalah satu pembohongan Regim untuk melakukan  silap mata bahawa kononnya Regim Najib telah berubah dan iltizam untuk  menghormati hak berhimpun rakyat.  Nah, bukankah tragedi malang rakyat  pada 28 April 2012 baru-baru ini adalah bukti kukuh bahawa Regim UMNO-BN  ini sebenarnya dalam kegilaan dan kegelabahan yang cukup parah? Selepas  terkesima dan hampir tidak percaya dengan kata-kata Hishammuddin  Hussien Onn pada 27 April, sehari sebelum BERSIH 3.0 mengambil tempat  yang antaranya berkata  "Apa pun yang berlaku esok (28 April) saya  telahpun menyerahkan tugas kepada Polis...", kini saya fahami.   Rakyat  sebenarnya sengaja diizinkan untuk berkumpul sesak dari semua arah...  sedang pihak polis telahpun siaga untuk "menghukum" rakyat.  Ratusan  ribu rakyat sebenarnya dijadikan "senjata" oleh regim untuk bertindak  kerana mereka tahu dalam keadaan yang sebegitu ramai itu, selepas  melepaskan air berkimia dan gas pemedih mata maka tentulah jumlah yang  ramai itu dengan sendiri menjadi satu kelebihan kepada pihak polis! Dengan  hanya satu tembakan gas pemedih mata hakikatnya ratusan ribu rakyat  yang tidak bersedia dengan kedzaliman itu telahpun lari bertempiaran.   Bergelimpangan. Undur kehairanan.  Saya menyaksikan ramai  terpinga-pinga…"what is going on" sila sebarkan , juga kongsikan pengalaman atau suara hati anda , emailkan ke infotukanglawan@gmail.com 1- #CeritaBersih3.0 - Luahan Hati Seorang Pemuda 2- #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah! Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . .  |   ||
|    BERSIH 3.0 , Kisah Keganasan polis 3 - Video Polis Kacau Restoran Posted: 01 May 2012 02:29 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Sebelum ini sudah 3 kisah kekejaman polis "tukanglawan" kongsikan kepada anda semua, media perdana dikatakan telah memutar belitkan media dengan memberi gambaran bahawa peserta himpunanlah punca ketegangan pada himpunan bersih 3.0 berlaku. ( OK BAWAH NI TAK PENTING, BOLEH TERUS TGK VIDEO) Sepanjang hari peserta himpunan disalahkan, walhal perkara pokok ialah menuntut pilihanraya adil dan bersih, apakah menuntut pilihanraya yang adil dan bersih itu salah.?, najib dan media cuba mengalihkan isu. pengerusi SPR dan timbalannya terus boleh berselindung tanpa diserang. Namun mengapa akhbar dan TV umno tidak menyiarkan banyak video yang dinaik muat ke youtube, dan mengapa mereka mahu menyembunyikan banyak benda yang seharusnya rakyat perlu tahu, sehinggakan siaran dari BBC juga telah disunting oleh pihak astro? ( baca sini) Jangan ada yang pertikai bila "tukanglawan" kata media di negara ini tak adil dan berat sebelah, lihat bukti sepentingpenting yang seharusnya disiarkan di TV juga supaya rakyat boleh menilai sendiri. Ok, dah tengok?, apa pula penilaiaan anda, jangan terlalu cepat menuduh, polis tidak ganas sebenarnya.penjelasan adalah seperti dibawah polis tak ganas, mereka telah bekerja sangat "propesonal" pada himpunan bersih sabtu lalu, selesai bekerja mereka amat lapar, lalu mencari kedai yang buka, apabila naik ke tingkat atas kedai meja penuh, lalu dengan sopan santun mereka telah meminta ruang untuk mereka duduk.  Amacam, logik tak penjelasan  tu? Kisah keganasan polis 2 - Pesara Polis Dikasari Polis MentahKisah keganasan polis 3 - Polis Pukul Orang Dalam Kawasan MasjidLihat video kekejaman polis yang tidak disiarkan TV umno disiniJom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . .  |   ||
|    #CeritaBersih3.0 - Luahan Hati Seorang Pemuda Posted: 01 May 2012 04:27 AM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. "tukanglawan" terjumpa satu artikel pendek di laman facebook, ia adalah luahan seorang remaja yang bernama Muhammad Syafiq Mohammad ( facebook disini ), jadi setelah membaca artikel tersebut, "tukanglawan" rasakan ia wajar dikongsikan pada kawan-kawan lain juga, kerana ia artikel yang sangat baik. Mari kita baca luahan hati Syafiq. Setengah orang KUTUK saya sebab sertai BERSIH 3.0..Cuba kongsi  pengalaman apa yang sebenarnya berlaku di sana pun, saya dipersendakan.  Kononnya baru kena tear-gas, dah kecoh. Orang lain kena tembak  live-bullet & bom phosphorus di Palestin, tak kecoh macam Bersih  (walhal diaorang ni setakat sedut asap rokok je, tak pernah rasa  tear-gas CS yang dinaikkan isipadunya)  
 Malahan, ada yang  kutuk duduk rumah lagi baik, Bersih 3.0 adalah satu perbuatan yang  sia-sia, menyusahkan diri sendiri saja & segala tuntutan kononnya  wujud penipuan & manipulasi dalam pilihanraya TIDAK AKAN DILAYAN  pun...  JAWAPAN SAYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH....  Berlaku  kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor  burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu  menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang  kali. Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain  yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada  burung kecil itu: "Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya  makhluk Allah yang lain. "Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit. "Macam  mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang  banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi  Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia  saja usaha kamu itu," kata burung lain pula. Lalu dijawab  oleh burung berkenaan: "Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu,  tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti,  apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan  bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak." SAYA  YAKIN USAHA KAMI MUNGKIN TAK SEBESAR MANA, SEKADAR BERHIMPUN DENGAN  AMAN, BANGKIT BERSAMA RAKYAT DEMI MASA DEPAN TANAHAIR ... TAPI IA SUDAH  CUKUP MENGGERUNKAN KERAJAAN HINGGA SANGGUP MENGARAHKAN POLIS UNTUK  BERTINDAK KASAR KE ATAS KAMI...  SEKURANG-KURANGNYA JIKA  DITANYA ALLAH SWT, KAMI SUDAH PUN MENENTANG KEMUNGKARAN TERSEBUT &  MEMBANTAH RAKYAT TIDAK RELA DITIPU WALAU SEDIKIT PUN... sila sebarkan , juga kongsikan pengalaman atau suara hati anda , emailkan ke infotukanglawan@gmail.com 1- #CeritaBersih3.0 - Luahan Hati Seorang Pemuda 2- #CeritaBersih3.0 - Regim semakin gila dan gelabah! Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . .  |   ||
|      Posted: 30 Apr 2012 10:35 PM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Gambar kat bawah ni mesti orang umno tengok mereka akan sangat marah, mereka akan minta orang yang pijak bahu najib itu dihukum, kerana bagi mereka najib dan rosmah itu begitu suci. Anggapan orang umno, najib dan rosmah la pemberi rezeki, najib dan rosmah tidak boleh di kritik sikit pun, apa lagi dihina. jom tgk polis pijak bahu najib. Dah la kene pijak, kene pijak dengan kaki kiri pulak tu, mana perkasa nei, apasal tak pertahankan gambar najib tu, kan perkasa dah anggap gambar najib itu sangat suci , sama suci macam jalur gemilang.... bongok.... Ohh untuk perhatian semua, wanita yg pengsan itu ramai yg kata polis, kenapa?, sbb bila dia pengsan, polis lain datang laju tolong, bagi air dan sebagainya. sbb selama hari ini, kalau ade peserta pengsan atau apa , walaupun dah baya bapak mak kita, polis tak pernah peduli pun.. macam mana peserta himpunan kenal orang-orang yg bersama dia, polis juga kenal orang-orang dia, walaupun pakai baju bersih dan menyamar jadi peserta.. So polis ini dah pijak bahu najib, mungkin dia dah lama pasang angan- angan, masa bersih sabtu lepas niat dia tercapai. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . .  |   ||
|    Lepas Akhbar kantoi , Portal pula kantoi menipu Posted: 30 Apr 2012 09:57 PM PDT KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi.. Seelum ni, "tukanglawan" dah siar satu pembohongan jahat oleh sebuah akhbar suku sakat utusan, (baca kat sini) kalau masih tak tahu, utusan ni lidah umno, dipunyai sepenuhnya oleh umno, tujuan utama akhbar ini adalah untuk sebar propaganda umno dekat orang-orang kampung yang dok hari-hari baca utusan. lama-lama jadi bodoh. Kalau suratkhabar negara lain, ia nya bebas, kalau ade benda tak kena mengenai seseorang pemimpin tu diorang boleh kritik, takde masalah pun, tapi tak boleh buat kat negara ni, sbb apa sbb dikawal, sbb tu la kalau baca, memang umno je la betul, pakatan nei sume silap, walaupun laporan ketua audit kata negeri pakatan la yg terbaik dalam mengurus takbir ekonomi. utusan akan kata tipu. Itu lah rialiti akhbar negara ni, sudah berat sebelah, kalau dibiarkan, nanti bukan suratkhabar saja jadi sampah, pengamal media pun makin hilang maruah. Sekali lagi portal berita sudah menipu, kita, macam mana berita boleh ada dua versi berbeza, ingatlah kalau kitaa nak menipu rakyat, bukan kita dapat apa pun. " Mula-mula menipu, lama-lama duit NFC kene sapu" hah, sbb terlalu banyak akhbar dan portal berat sebelahlah duit NFC kene sapu, kenapa?, sebab kerja jahat umno apco telah diselindungkan, itu ke yang pengamal media mahu? Meh la tgk gambar kat bawah nei, M-star kata wartawan kene pukul peserta bersih, tapi lain sebenarnya 7 polis dah pukul dia sampai masuk hospital. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . .  |   
| You are subscribed to email updates from "tukanglawan"   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



No comments:
Post a Comment